Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Pengurusan bilik darjah sangat penting bagi seseorang guru kerana bilik darjah
merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan
dan tanggungjawab. Dalam memastikan murid mematuhi disiplin, guru perlulah
memahami dan menguasai model pengurusan disiplin bilik darjah dengan lebih
mendalam. Hal ini kerana murid yang berdisiplin tinggi memudahkan guru
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih lancar malah suasana
bilik darjah menjadi kondusif. Model pegurusan disiplin terbahagi kepada Model
Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok
Kounin, Model Pengurusan Bilik Darjah Thomas Gordon dan Model Beyond Disiplin
Alfie Kohn. Salah satu model yang saya pilih ialah model Pengurusan Kelompok
Kounin.

2.0 Cara Pelaksanaan

Model ini memberi fokus terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan
pengajaran dan pembelajaran (pdp) yang mempengaruhi tingkah laku murid di
sekolah. Selain itu pengasas model ini iaitu Kounin menekankan pengawasan dan
penyeliaan yang teliti guru terhadap aktiviti murid dalam bilik darjah. Seperti yang
diperkatakan Abdullah Sani (2007), kecekapan guru mengurus disiplin bilik darjah
berkait rapat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kajian Mohammad Aziz,
Fauziah, Norhidayah, Khairiyah, Najwa dan Wan Norhasniah (2014), kurangnya
tumpuan murid adalah disebabkan oleh gaya pengajaran guru yang hanya
berpusatkan guru.

Cara guru mengaplikasikan model ini dalam bilik darjah bagi mengawal
tingkah laku murid ialah guru perlulah berkebolehan dalam mengetahui setiap
tanduk semua murid dalam satu masa yang sama. Seorang guru haruslah peka dan
sedar dalam mengawasi pergerakan murid-murid dalam bilik darjah supaya guru
tidak terleka semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru
kehilangan kawalan bilik darjah, akan lebih sukar untuk mendapatkan kawalan
kembali .Maskowitz dan Hayman, (1976) dalam Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi
Salleh (2009) . Contohnya guru mengawasi dan berinteraksi dengan semua

1
kumpulan kecil walaupun sedang mengajar kumpulan tertentu. Apabila guru peka
terhadap setiap pergerakan murid, masalah tingkah laku dapat dikurangkan kerana
murid berasa sentiasa diperhatikan guru. Menurut Haliza dan Samuel (2009),
kepekaan guru dapat menjangka masalah yang akan timbul kemudian menghalang
masalah tersebut menjadi lebih luas.

Dalam masa yang sama seorang guru perlu berkebolehan menangani dua
peristiwa pada satu masa yang sama. Sebagai contoh guru berupaya menulis di
papan tulis sambil mengawasi murid yang berada di barisan belakang. Hal ini dapat
menjadikan suasana bilik darjah terkawal (Choong, 2009). Apabila guru dapat
mengatasi dua peristiwa dalam satu masa yang sama, disiplin murid dapat dikawal
dengan berkesan. Contoh lain guru meminta seorang murid yang lain membaca
petikan yang diberikan dan dalam masa yang sama guru terbabit meminta murid
yang berbuat bising diam. Oleh itu, kaedah dalam melaksanakan model pengurusan
disiplin ini perlu mempunyai elemen merangkumi semua dan pertindanan.

Selain itu, cara perlaksanaan yang kedua ialah guru mestilah tegas, jelas dan
serius semasa menjalankan peraturan. Hal ini kerana apabila guru memberi teguran
yang tegas kepada murid yang melakukan kesalahan, ia turut akan memberikan
kesan kepada murid-murid lain. Teguran guru haruslah memperlihatkan kesan
sesuatu kesalahan kepada murid agar murid dapat memahaminya Contohnya
‘Ahmad, duduk di tempat kamu atau saya akan tarik balik 1 token bintang kamu.’
Jika murid tidak mendengar arahan dan teguran guru, guru perlu melaksanakan
akibat yang dinyatakan kerana ia adalah perlu bagi menunjukkan kepada semua
murid bahawa guru bersikap serius dalam menguruskan disiplin bilik darjah
Robertson (1989) menyatakan guru perlu yakin, tegas dan mengetahui haknya untuk
bertindak dalam menguruskan tingkah laku murid dalam bilik darjah. Apabila
memberikan teguran seorang guru perlu menggelakkan diri daripada melengahkan
teguran. Hal ini kerana apabila guru melengahkan teguran murid akan berani
melakukan kesalahan secara terbuka. Contohnya murid terus bising dan
mengganggu rakan yang lain apabila tidak ada sesiapa yang menegurnya.

Pengawalan tingkah laku murid yang lemah akan memberi ruang mereka
untuk melakukan kesalahan. Di samping itu, teguran guru perlulah jelas dan spesifik
terhadap tindakan yang hendak diperbetulkan selain elakkan teguran secara umum

2
keranan teguran secara umum dapat menjatuhkan motivasi murid tersebut serta
mereka akan merasa malu. Lebih buruk lagi murid tersebut akan menyimpan
perasaan dendam terhadap guru.. Perkara penting yang harus diutamakan ialah
guru mesti menggelakkan teguran dengan menggunakan perkataan kasar atau
lucah. Hal ini kerana perkataan yang tidak baik dapat mempengaruhi murid dan
sindiran akan menjadi dorongan kepada mereka untuk terus melakukan kesalahan.
Barbetta (2005) menasihatkan guru agar tidak menggunakan sindiran ketika
melakukan teguran atau menasihati murid yang bermasalah. Justeru, semasa
menjalankan tindakan disiplin guru perlu tegas, serius dan jelas dalam memberi
teguran agar tingkah laku murid dapat dikawal dalam bilik darjah.

Guru perlulah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti


yang diperkatakan Watson (1998), guru perlu membuat perancangan sebelum
memulakan sesi pengajaran agar guru bersedia. Aktiviti P&P yang tidak lancar,
tertangguh, arahan yang tidak jelas perlu dielakkan kerana faktor tersebut dapat
menyumbang kepada masalah pembelajaran murid dalam bilik darjah. sebagai guru,
pengajaran yang meleret sehingga terkeluar daripada sukatan sebenar perlulah
dielakkan supaya murid tidak berasa bosan apabila belajar. Kebosanan guru
mengajar akan memberi ruang murid melakukan kesalahan.. Contohnya murid mula
bising dalam bilik darjah, bermain dengan kawan dan sebagainya. Menurut Haliza
Hamzah dan Samuel (2009), bagi memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti, guru
perlu elakkan penerangan meleret dan fragmentasi agar peralihan dua aktiviti dalam
pembelajaran menjadi lebih licin.

Bagi melaksanakan model ini guru perlulah memulakan pengajaran dengan


menarik perhatian murid. Pada set induksi guru perlu merancang sesuatu aktiviti
yang dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Menurut Adenan Ayob dan
Khairuddin (2012), kemahiran guru memulakan pengajaran sangat penting kerana
guru bertindak untuk menyerapkan idea kepada murid. Sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran perlulah diterapkan dengan aktiviti yang tidak
membosankan agar murid seronok dan mempunyai perasaan ingin tahu tentang
sesuatu pembelajaran. contohnya melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti
berkumpulan. Oleh itu, guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
banyak melibatkan murid supaya murid tidak berasa bosan serta tingkah laku
mereka dapat dikawal dengan baik.

3
3.0 Faktor Pemilihan Model

Faktor saya memilih model ini kerana model ini mengintergrasikan pengajaran dan
disiplin. Hal ini kerana Model Kounin ini menggunakan corak pengurusan bilik darjah
yang baik dan berkesan dalam mengawal disiplin murid-murid. Penggunaan
pelbagai strategi dan teknik untuk menarik perhatian murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran supaya murid tidak bosan. Selain itu, model ini juga memfokuskan
terhadap pengurusan kelompok bagi mewujudkan suasana bilik darjah dan
persekitaran pembelajaran yang kondusif. Hal ini kerana persekitaran bilik darjah
yang kondusif dapat meningkatkan semangat dan motivasi murid untuk belajar.
Contohnya guru melibatkan murid secara aktif semasa melakukan aktiviti
berpusatkan murid dengan menggunakan pelbagai pendekatan, strategi dan kaedah
pengajaran seperti memanggil murid untuk memberikan maklum balas,menjawab
soalan, membuat demonstrasi atau memberikan penerangan. Cara-cara di atas
membolehkan guru mengekalkan perhatian murid dan membuatkan murid sentiasa
bersedia untuk membuat tugasan dan menjawab soalan guru. Berbanding model
yang lain tidak menekankan aspek persekitaran bilik darjah dalam mengawal disiplin
murid serta kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, kekuatan model ini juga menitikberatkan variasi dan strategi
serta teknik pengajaran yang dapat mengekalkan minat dan semangat murid untuk
belajar. Hal ini kerana murid sentiasa mempunyai tugasan dan dilibatkan dalam
aktiviti bilik darjah yang berpusatkan murid. Pendekatan pengajaran dengan
menggunakan momentum pengajaran Kounin, iaitu guru memulakan pengajaran
dengan menarik perhatian murid serta meneruskan pengajaran dengan lancar,
melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan
membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan
berkesan. Dibandingkan dengan model lain tidak menekankan pengawalan disiplin
melalui set induksi.

 Kekuatan model ini juga melaksanakan teguran dan tindakan guru terhadap


seseorang murid yang melakukan salah laku tetapi turut memberikan kesan kepada
murid-murid lain di dalam bilik darjah. Hal ini apabila guru memberikan teguran atau
tindakan disiplin kepada murid-murid yang bermasalah. Pada masa yang sama,

4
murid-murid lain turut mengambil iktibar daripada tindakan tersebut dan tidak akan
mengulangi perkara yang sama pada masa kelak.

4.0 Kesimpulan

Guru perlulah berupaya untuk mengurus bilik darjah dan tingkah laku murid dengan
baik kerana ianya merupakan perkara yang penting dan perlu bagi menjamin
keselesaan dan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan selesa. Guru perlu
mengambil kira akan ciri fizikal yang baik, faktor emosi murid-murid, suasana sosial,
serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan. Guru juga perlu mengenal pasti akan
masalah dan punca berlakunya masalah tingkah laku yang timbul agar dapat
ditangani dengan segera. Peraturan yang jelas, ringkas, dan penting perlulah
dilaksanakan oleh guru agar bilik darjah berada dalam keadaan yang terkawal. Oleh
itu Model Pengurusan Disiplin pasti dapat membantu guru dalam mengawal tingkah
laku murid dengan baik. Setiap tingkah laku bermasalah yang timbul harus ditangani
dengan intervensi yang sesuai agar masalah tidak menjadi besar.

5
Rujukan

Abdullah Sani Yahya. (2007). Guru sebagai Pemimpin. Selangor: PTS Professional.

Haliza Hamzah dan Samuel, J.N. (2009). Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik Darjah
Dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Akhiar Pardi. (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.

Barbetta, P. M., Norona, K. L. & Bicard, D. F. (2005). Classroom Behavior Management: a


Dozen Common Mistakes and What to Do Instead. Preventing School Failure. 49(3),
11-19.

Choong, Lean Keow Phd. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku untuk program
ijazah sarjana muda perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’. Dalam
Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis.
Kuala Lumpur: McGraw Hill. Pps 161 – 188. ISBN 978-983-3850-54-9.

Mok Soon Sang (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (3rd ed.) Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Robertson, J. (1989). Effective Classroom Control : Understanding Teacher-Pupil


Relationships 2nd Edition. London : Hodder & Stoughton

Shah Bin Mohamed Arip, Mohammad Aziz (2014) Faktor, Kesan Dan Strategi Menangani
Permasalahan Kurang Tumpuan Pelajar Sekolah Menengah Di Dalam Kelas: Suatu
Kajian Kualitatif. In: International Counseling Conference and Work, 13-15 Sep 2014,
Medan.

Watson, G. (1998). Classroom Discipline Problem Solver : Ready-to-Use Techniques &


Materials for Managing All Kinds of Behavior Problems. New York : The Center For
Applied Research In Education.

Anda mungkin juga menyukai