Anda di halaman 1dari 4

Tip tersebut adalah:-

T dalam formula saya bermakna "Tema".


K dalam formula saya bermakna "Kelompok"
S dalam formula saya bermakna "Soalan".

TEMA
Setiap soalan karangan ada temanya. Tema ialah tajuk utama atau tunjang
penulisan yang menjadi tulang belakang penulisan. Dengan pengenalpastian tema
karangan yang betul, calon dapat menulis karangan tanpa memesongkannya ke
bidang yang berlainan. Bidang yang dibincangkan dalam arahan karangan haruslah
tepat agar temanya menepati kehendak soalan. Yakin bahawa "tema" ada dalam
arahan soalan walaupun kadangkala diabaikan oleh calon peperiksaan.

KELOMPOK
Setiap karangan ada kelompok dibincangkan. Kata kunci untuk kelompok biasanya
seperti "remaja","ibu bapa", "pihak sekolah", "pihak kerajaan" dan sebagainya.
Oleh itu, sasaran kelompok yang dibincangkan dan ditulis dalam karangan mestilah
tepat agar pemeriksa tidak tercari-cari dalam penulisan anda. Oleh hal yang
demikian, "kelompok" yang ditulis oleh calon mestilah menepati kehendak soalan
dan tidak menggunakan kelompok yang berbeza daripada yang diinginkan oleh
penggubal soalan. Hal ini dikatakan kerana skema penulisan tidak banyak berubah
tetapi kelompok yang diuji dalam penulisan sentiasa berubah.

SOALAN
"Soalan" ialah hidangan utama dalam penulisan. Setiap soalan pasti ada arahan
khusus yang menguji calon. Antara kata kunci yang penting adalah seperti
langkah/cara/usaha, kesan/impak/implikasi, punca/sebab/faktor,
kepentingan/manfaat/kebaikan dan banyak lagi. Kata kunci ini mestilah dikenal pasti
oleh calon peperiksaan. Janganlah kita memberikan isi penting dalam pendahuluan,
sebaliknya memberikan gambaran kepada pemeriksa semata-mata.
Contoh soalan 1:
Zaman remaja merupakan tempoh yang sangat berharga dan perlu diisi dengan
sebaik mungkin. Zaman remaja hanya datang sekali dalam seumur hidup. Huraikan
kegiatan-kegiatan bermanfaat yang perlu anda lakukan untuk mengisi zaman remaja
tersebut.

Kerangka Pendahuluan

Tema - Zaman remaja

Kelompok – remaja

Soalan - kegiatan-kegiatan bermanfaat yang perlu saya lakukan untuk mengisi


zaman remaja

Contoh soalan 2:
Minat membaca dalam kalangan murid belum mencapai tahap yang memuaskan.
Huraikan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca.

Kerangka Pendahuluan

Tema: Amalan membaca/Minat Membaca

Kelompok: murid-murid/anak-anak
Soalan: peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca
SOALAN

1. Sekolah anda telah mengadakan kejohanan merentas desa.


Tuliskan pengalaman anda semasa menyertai acara tersebut.

Kerangka Pendahuluan

Tema: 

Kelompok: 

Soalan: 

2. Menabung ialah suatu amalan proaktif untuk menjamin masa hadapan seseorang.
Berikan pendapat anda tentang kepentingan menabung.

Kerangka Pendahuluan

Tema: 

Kelompok: 

Soalan:
3. Kewujudan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram telah mencetuskan gaya
hidup baharu pada hari ini. Jelaskan Tindakan-tindakan yang patut dilakukan olrh ibu
bapa untuk mengelakkan penyalahgunaan laman sosial dalam kalangan anak-anak.

Kerangka Pendahuluan

Tema: 

Kelompok: 

Soalan:

4. Kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun.
Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani masalah tersebut.

Kerangka Pendahuluan

Tema: 

Kelompok: 

Soalan:

Anda mungkin juga menyukai