Anda di halaman 1dari 4

Apakah diskriminasi? Mengapakah ianya terjadi?

Terangkan satu contoh situasi diskriminasi dan langkah

mengatasi diskriminasi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Diskriminasi meliputi tingkah laku yang bertujuan untuk menafikan kumpulan etnik tertentu

daripada mendapat akses yang sama rata terhadap faedah atau kekayaan negara. Justeru, diskriminasi

adalah lebih daripada sekadar mempunyai tanggapan negatif terhadap kumpulan etnik lain. Ia adalah

tindakan atau amalan yang selalunya dilakukan oleh kelompok majoriti atau dominan, ataupun wakil

mereka, yang mempunyai impak negatif terhadap kumpulan bawahan atau kelompok minoriti.

Walaupun prejudis dan diskriminasi saling berkait, ia adalah fenomena yang perlu ditangani

secara berasingan. Sikap prejudis selalunya membawa kepada tindakan diskriminasi tetapi ramai

pengkaji berpendapat bahawa kedua-duanya tidak semestinya berlaku seiring. Apapun, diskriminasi,

sepertimana prejudis, diaplikasikan terhadap seseorang atas dasar ikatan mereka dengan sesebuah

kumpulan etnik tertentu dan bukan sifat peribadinya. Justeru, diskriminasi adalah keadaan di mana

individu dinafikan peluang atau faedah negara bukan kerana kapasiti atau tingkah laku mereka tetapi

disebabkan keahliannya dalam sesebuah kumpulan etnik.

Tindakan diskriminasi berlaku dalam pelbagai bentuk dan tahap. Penggunaan label yang bersifat

menghina terhadap sesebuah kumpulan etnik tertentu adalah suatu bentuk diskriminasi yang paling

rendah. Walaupun begitu, label yang menghina ini berupaya meningkatkan lagi amalan stereotaip dan

membawa kesan psikologikal terhadap mangsa. Bentuk diskriminasi yang lebih serius dan mampu

membawa kesan jangka panjang terhadap golongan minoriti atau bawahan ialah penafian terhadap

pelbagai peluang hidup seperti pekerjaan, perumahan, kesihatan, pendidikan, keadilan dan penyertaan

politik. Golongan yang didiskriminasi bukan sahaja tidak dapat menikmati kualiti hidup seperti mana

kumpulan etnik yang lain, malah jurang antara kumpulan yang dominan dan minoriti sudah pasti akan

bertambah besar. Ini mengukuhkan lagi stratifikasi sosial dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik.
Bentuk diskriminasi yang paling serius ialah tindakan agresif atau fizikal terhadap golongan minoriti atau

bawahan. Tindakan ini merangkumi keganasan yang bersifat terpencil hinggalah kepada keganasan

terancang yang bertujuan menghapuskan mereka secara mutlak. Pada kurun ke-19 dan 20, pelbagai

keganasan etnik berlaku di merata pelusuk dunia yang seringkali membabitkan kelompok minoriti

seperti penyembelihan lebih sejuta etnik Armenia oleh etnik Turki, pembunuhan secara sistematik enam

juta orang Yahudi oleh tentera Nazi, pembunuhan hampir 200,000 orang Bosnia oleh etnik Serbia dan

penghapusan beribu orang etnik Rohingya oleh etnik Rakhine.

Alternatif kepada Teori Park ialah Teori Hubungan Etnik yang diajukan Milton M. Gordon. Ahli

sosiologi Amerika ini menjelaskan bahawa proses asimilasi adalah berdasarkan tujuh tahap yang

berbeza. Gordon menyatakan bahawa masyarakat tidak semestinya melalui setiap satu tahap ini,

sebaliknya ia mungkin berhenti di satu tahap dan kekal stabil di tahap tersebut. Tujuh tahap tersebut

ialah asimilasi budaya, asimilasi struktur, asimilasi perkahwinan, asimilasi identiti, asimilasi sikap,

asimilasi tingkah laku dan asimilasi sivik. Menurut Gordon, asimilasi budaya tidak semestinya membawa

kepada asimilasi struktur. Beliau berpendapat bahawa kumpulan etnik minoriti boleh berubah dan

menjadi seolah-olah seperti kumpulan majoriti atau dominan tetapi segregasi struktur masih tetap

kekal. Walau bagaimanapun, apabila sesebuah masyarakat beralih ke asimilasi struktur, ia boleh

membawa kepada berlakunya asimilasi ketiga hingga ketujuh. Dengan kata lain, asimilasi ketiga hingga

ketujuh adalah sub-kategori kepada asimilasi struktur. Apabila interaksi antara kumpulan pelbagai etnik

meningkat pada tahap primer (hubungan tidak formal dan bersifat emosional seperti di peringkat kelab,

keluarga dan kawan-kawan), ia boleh membawa kepada perkahwinan campuran yang akhirnya boleh

membawa kepada keruntuhan identiti etnik, hilangnya prejudis dan diskriminasi dan akhirnya bersetuju

dengan kumpulan dominan terhadap isu-isu utama seperti nilai dan kuasa (Marger, 2011: 117).
Jadual 1.9 Tahap asimilasi Gordon Sumber: Marger (2011: 117)

Gagasan 1Malaysia ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang

berbilang kaum dengan berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap

rakyat Malaysia. Dalam erti kata lain, 1Malaysia digagaskan sebagai formula pelengkap dasar-dasar

kerajaan yang lebih awal demi membantu mencapai Wawasan 2020 jika diterapkan dalam sanubari

rakyat Malaysia dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat (Hazman Hassan, 2012).

Usaha melahirkan satu generasi rakyat 1Malaysia bukanlah merupakan satu proses asimilasi

yang mampu melenyapkan identiti kaum atau etnik dan digantikan dengan satu identiti nasional seperti

diamalkan di negar-negara lain. Sebaliknya, Gagasan 1Malaysia menghargai dan menghormati malah

memelihara identiti dan keunikan kaum dan etnik masing-masing selaras dengan kerangka persetujuan-
persetujuan yang telah tercapai dalam kontrak sosial oleh pelopor-pelopor kemerdekaan dan

kemudiannya menyerlah dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah, Gagasan 1 Malaysia memajukan konsep bahawa keunikan dan kelainan yang wujud

dikalangan rakyat Malaysia sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan oleh rakyat

Malaysia kerana keunikan itu membantu dalam usaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan

negara kepada tahap yang lebih tinggi. Namun, perlu dijelaskan bahawa Gagasan 1 Malaysia dimajukan

bersandarkan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Ini bermakna dasar-dasar kerajaan dan

program-program pembangunan yang disediakan bagi kaum bumiputra dan bukan bumiputra akan

terus disediakan berdasarkan peruntukan-peruntukan yang sedia ada dalam Perlembagaan

Persekutuan. Semua kaum dan etnik akan mendapat pembelaan dan bantuan selaras dengan

peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang digubal berteraskan semangat tolak

ansur antara kaum

(https://www.academia.edu/7559172/LATARBELAKANG_Gagasan_1_Malaysia_adalah_satu_gagasan_y

ang_diperkenalkan_oleh_YAB_Dato).

Anda mungkin juga menyukai