Anda di halaman 1dari 11

Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 5 (KSSM) 2020

UNIT 4.1 Pengenalan Kecergasan

A. Pengenalan Kecergasan
1. Kesejahteraan merujuk kepada amalan gaya hidup yang sihat dan seimbang.
2. Individu yang sejahtera dapat mengimbangi lima dimensi kesejahteraan.
3. Lima (5) dimensi kesejahteraan adalah seperti berikut:

Keupayaan menjalankan tugasan harian secara berkesan, bertenaga untuk


Fizikal
menikmati aktiviti riadah atau mampu menghadapi sebarang kecemasan.
Keupayaan mengawal perasaan diri, bersifat optimistik dan positif dalam
Emosi
menangani cabaran harian.
Keupayaan berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan untuk meningkatkan
Mental
kualiti hidup.
Keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan menjalin hubungan yang
Sosial
dapat meningkatkan kualiti hidup antara mereka dan diri sendiri.
Keupayaan memupuk nilai-nilai yang membawa kepada kesejahteraan sejagat
Rohani
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

B. Komponen Kecergasan Fizikal


1. Kecergasan fizikal dibahagikan kepada Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan dan Kecergasan
Fizikal Berdasarkan Lakuan Motor.

Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan


Komposisi Badan
 Merujuk kepada peratus kandungan lemak, jisim tanpa lemak, air dan mineral dalam tubuh
seseorang.
Daya Tahan Kardiovaskular
 Keupayaan jantung mengepam darah beroksigen ke otot yang sedang bekerja bagi membekalkan tenaga agar
dapat melakukan aktiviti fizikal secara berpanjangan.
Daya Tahan Otot
 Keupayaan otot menghasilkan daya secara berulang-ulang untuk jangka masa tertentu.
Kekuatan Otot
 Keupayaan otot menghasilkan daya yang maksimum dalam satu ulangan.
Fleksibiliti
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 5 (KSSM) 2020

 Keupayaan sendi badan melakukan julat pergerakan maksimum anggota badan seperti tangan,
pinggang dan kaki.
Kecergasan Fizikal Berdasarkan Motor
Kuasa
 Merupakan kombinasi kekuatan otot (komponen kecergasan berdasarkan kesihatan) dan kelajuan
(komponen kecergasan berdasarkan lakuan motor).
 Keupayaan memindahkan daya dengan cepat.
Koordinasi
 Keupayaan menggunakan pancaindera seperti mata dan telinga bersama dengan anggota badan untuk
melakukan pergerakan dengan lancar dan tepat.
Imbangan
 Keupayaan mengekalkan imbangan postur badan dalam keadaan pegun atau bergerak.
Masa Reaksi
 Masa antara muncul sesuatu rangsangan dengan permulaan gerak balas terhadap
rangsangan tersebut.
Ketangkasan
 Keupayaan menukar arah pergerakan badan dengan pantas dan efisien.
Kelajuan
 Keupayaan melakukan sesuatu pergerakan dalam masa yang singkat.
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 5 (KSSM) 2020

Bahagian A:
Jawab semua soalan.

1. Maklumat berikut berkaitan kecergasan individu

Ali berupaya mengawal perasaan diri, bersifat optimistik dan positif


dalam menangani cabaran harian.

Dimensi kesejahteraan yang dimiliki Ali ialah

A Kecergasan Emosi

B Kecergasan Fizikal

C Kecergasan Intelek

D Kecergasan Rohani

2. Rajah 1 menunjukkan aksi Atlet P dalam sukan sofbol dan Atlet Q dalam sukan acara terjun .

Rajah 1

Padanan manakah yang paling tepat untuk mengambarkan kategori kecergasan dalam lakuan motor dan
kesihatan bagi atlet K dan atlet L?

Atlet K Atlet L

A Imbangan fleksibiliti

B Kelajuan Daya tahan otot

C Imbangan Kekuatan otot

D Masa reaksi Fleksibiliti


Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 5 (KSSM) 2020

3. Rajah 3 menunjukkan satu situasi selepas perlawanan hoki.

Rajah 3

Komponen kecergasan manakah yang diamalkan ?

A. Kecergasan sosial
B. Kecergasan fizikal
C. Kecergasan emosi
D. Kecergasan mental

4. Rajah 4 menunjukkan satu aksi sukan gimnastik dalam acara pommel horse.

Rajah 4

Apakah komponen kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang membantu atlet diatas
melakukan aksi tersebut.
I. Fleksibiliti
II. Kekuatanotot
III. Daya tahanotot
IV. Daya tahankardiovaskular

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 5 (KSSM) 2020

5. Rajah 5 menunjukkan satu jenis latihan bebanan.

Rajah 5

Pilih komponen kecergasan yang terlibat dalam latihan tersebut.

I. Kelajuan
II. Kekuatan
III. Masa reaksi
IV. Daya tahan otot

A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan I

6. Rajah 6 menunjukkan satu situasi dalam sukan tempur.

Mengelak sepakan

Menepis sepakan

Berdasarkan aksi dalam Rajah 6 pilih komponen kecergasan yang paling dominan.

I Kuasa II Fleksibiliti
III Masa Reaksi IV Kelajuan

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 5 (KSSM) 2020

Bahagian B
Jawab semua soalan.

1. Rajah 1 menunjukkan komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor


Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 5 (KSSM) 2020

Rajah 1

a) Namakan L.

..……………..……………………………………………………………………………………………………………………………………………
(1 markah)
b) Nyatakan satu ujian untuk mengukur komponen imbangan.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………...…
(1 markah)

c) Mengapakah komponen masa reaksi sangat penting bagi seseorang atlet 100 meter?

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
(1 markah)
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 5 (KSSM) 2020

2. Rajah 2 menunjukkan tiga acara sukan olahraga iaitu P, Q dan R.

P Q R

Rajah 2

(a) Nyatakan komponen kecergasan fizikal yang diperlukan oleh atlet :

Q : ………………………………………………………………………………..

R : ………………………………………………………………………………...
(2 markah)

(b) Nyatakan satu ujian yang boleh digunakan untuk menguji atlet Q.

……………………………………………………………………………………
(1 markah)

(c) Nyatakan dua jenis latihan fizikal yang sesuai untuk meningkat prestasi atlet P .

1 ………………………………………………………………………………….

2 ………………………………………………………………………………….
(2 markah)

\
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 5 (KSSM) 2020

3. Rajah 3 menunjukkan satu ujian kecergasan fizikal

Rajah 3

a. Namakan ujian yang dijalankan pada Rajah 3

…………………………………………………………………………………………

[1 markah ]

b. Apakah komponen kecergasan yang diuji dalam ujian tersebut

…………………………………………………………………………………………

[ 1 markah ]

c. Nyatakan ujian yang bersesuaian untuk mengukur komponen kecergasan berikut

a. Kelajuan : …………………………………….

b. Kekuatan otot : ……………………………………

[ 2 markah ]
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 5 (KSSM) 2020

4. Rajah 4 menunjukkan sukan yang diceburi oleh 3 orang atlet.

Atlet A Atlet B Atlet C

Bola Keranjang Gimnastik Bola Sepak

Rajah 4

(a) Nyatakan komponen kecergasan fizikal kesihatan yang diperlukan oleh atlet C.

…………………………………………………………………………………………………………………………
(1 markah)

(b) Sebagai jurulatih anda diminta untuk membuat pemilihan untuk mencari bakat baru
dalam sukan kategori atlet A.

Nyatakan satu ujian yang perlu dilakukan bagi memilih calon atlet untuk sukan A.

.…………………………………………………………………………………………………………………………
(1 markah)

(c) Atlet B sering gagal melakukan persembahan yang terbaik semasa pertandingan
gimnastik. Berpandukan kaedah latihan anaerobik, berikan dua jenis latihan yang boleh
memperbaiki persembahan lompatan atlet tersebut untuk pertandingan akan datang.

1. …………………………………………………………………………………………………………………………

2. ….…………………………………………………………………………………………………………………….
(2 markah)
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 5 (KSSM) 2020

Bahagian C
Jawab soalan esei di bawah ini.

Rajah 1

1. Rajah 1 menunjukkan acara sukan padang yang digemari oleh atlet SMK Pending .

(a) Sebagai Jurulatih Lompat Tinggi sekolah, anda dikehendaki menjalankan satu sesi
ujian kecergasan fizikal untuk memilih atlet untuk mewakili sekolah. Pilih dua
komponen kecergasan yang paling diperlukan untuk acara padang tersebut.

[2 markah]

(b) Rancang dan lakarkan satu sesi latihan litar yang sesuai untuk anda
meningkatkan komponen kecergasan atlet lompat tinggi tersebut.

[4 markah]

(c) Terangkan dua prinsip latihan yang boleh anda aplikasikan dalam latihan
fizikal untuk meningkat komponen kecergasan atlet lompat tinggi.
[4 markah]