Anda di halaman 1dari 3

NUR HABIBAH BINTI YUSUF

Kementerian Pendidikan Malaysia


Sekolah Menengah Agama Shamsul Maarif Al Wataniah
34250, Tanjung Piandang, Perak
Tel : 05-7250234 / 013-5563761
E-mel : nhy7629@gmail.com

BAHAGIAN BIASISWA DAN PEMBIAYAAN


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000, Cyberjaya, Selangor
Tel: 03-83217151/7144/7149
E-mel : penawaran.bb@moe.gov.my
(UP: HLPS) Tarikh : 12hb Januari 2021

Tuan,

PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) / CUTI


BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA BAGI PPP SESI 2021

Merujuk perkara di atas, saya Nur Habibah Binti Yusuf. No Kad Pengenalan :
760629086406 ingin memohon berkenaan HLP bagi Cuti Belajar Bergaji Penuh
dengan Biasiswa.

2. Untuk makluman pihak tuan, antara sebab saya memerlukan HLP dan biasiswa
kerana :-
A. Saya mula menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda sejak tahun
2012 dan hingga tahun 2019 saya masih tidak dapat menamatkan pengajian
kerana bebanan kewangan yang terpaksa saya hadapi. Hal ini diluar kemampuan
saya untuk membiayai kos pengajian tersebut.
B. Saya memohon cuti belajar kerana faktor umur yang semakin meningkat iaitu
umur saya 44 tahun memungkinkan tahap kemampuan saya belajar adalah terhad.

1
C. Saya kerap mengambil Cuti Sakit kerana tekanan semasa menghadapi
peperiksaan dan semasa menghantar tugasan saya sedikit sebanyak mengganggu tugas
hakiki di sekolah.
D. Emosi saya juga kurang stabil dan saya kurang berinteraksi dengan rakan
sejawat kerana saya perlu fokus kepada pembelajaran secara ‘Online’.
E. Kelas pembelajaran secara “Online” menyukarkan saya ketika berada di sekolah.
F. Pembelajaran saya sedikit sebanyak mengganggu rakan sejawat yang lain ketika
berada di sekolah kerana mereka tidak memahami keadaan saya yang sedang belajar.
G. Memandangkan saya mempunyai 7 orang anak berusia 19 hingga 5 tahun
memungkinkan komitmen masa dan kewangan yang agak tinggi. Di sini, saya ingin
memaklumkan kepada pihak tuan bahawa tahap pendidikan anak-anak saya:-
BIL NAMA UMUR SEKOLAH
1. UMMU AQILAH BT RAIZUL AZIS 19 UiTM BERTAM P.PINANG
2. NUR FATINI BT RAIZUL AZIS 17 SMA AL FALAH
3. BALQIS BATRISYIA BT RAIZUL AZIS 15 SMK DR BURHANUDDIN
4. RABIATUL ADAWIYAH BT RAIZUL AZIS 11 SK MATANG GERDU
5. AUNI WAJIHAH BT RAIZUL AZIS 9 SK MATANG GERDU
6. AHMAD IZZUDDIN IRFAN BIN RAIZUL AZIS 7 SK MATANG GERDU
7. AMNI INSYIRAH BT RAIZUL AZIS 5 PASTI AL-IMTIYAZ

3. Bersama-sama surat ini, saya sertakan salinan sijil kelahiran anak-anak saya yang
berumur dibawah 12 tahun untuk makluman dan rujukan pihak tuan. Diharap pihak
tuan dapat mempertimbangkan dan menyokong permohonan tajaan HLP / Cuti
Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa.

Kerjasama daripada pihak tuan dalam perkara ini amatlah saya hargai. Hanya Allah
berhak membalasnya amal soleh.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

___________________________
(NUR HABIBAH BINTI YUSUF)

2
3