Terapi Pasir
Alatan : Kayu
Pada mulanya, guru menyediakan tempat yang luas untuk kanak-kanak melukis
seperti kawasan pinggir pantai. Kawasan tersebut haruslah luas dan permukaannya
rata dan tidak merbahaya kepada kanak-kanak pendidikan khas. Guru mengarahkan
murid-murid untuk melukis lukisan yang mereka suka. Aktiviti ini mampu memberi
peluang kepada murid-murid untuk berimaginasi dan menggunakan bakat dan
kreativiti masing-masing dalam melukis. Mereka akan melukis pelbagai jenis lukisan
yang mereka suka. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak pendidikan khas ini
mempunyai daya fokus yang sangat lemah oleh itu, melalui aktiviti ini sedikit
sebanyak ia mampu meningkatkan fokus mereka dan minat kanak-kanak dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang di tunjukkan oleh guru.
Laporan Terapi Main
Tajuk : Parachute
Alatan: Parachuet
Saya merasa sangat bertuah kerana di dedahkan dengan aktiviti seperti ini
kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk menjadi guru kelak. Saya
yakin dengan input yang saya dapat ini, ia akan banyak memberilampu hijau kepada
saya untuk menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas nanti.