Anda di halaman 1dari 3

Otai PoTaTo6 months ago

Kandungan dalam cecair vape Secara basic, cecair perisa vape boleh dibuat dengan 3 - 4

bahan je, iaitu: 1) Propylene Glycol (PG) 2) Vegetable Glycerin (VG) 3) Concentrated Flavor

4) Nikotin - [Tak masuk pun tak apa] Tapi, brewer-brewer perisa vape sekarang dah maju ke

depan. Mereka tambah bahan-bahan lain untuk sedapkan lagi perisa tu, contohnya: 5)

Menthol / Cooling Agent 6) Pewarna Makanan 7) Pemanis Sukralos / Stevia Sekarang, biar

kami terangkan secara detail untuk semua bahan-bahan tu. 1) Propylene Glycol (PG)

Propylene Glycol atau lebih dikenali sebagai PG banyak digunakan dalam bidang perubatan.

PG boleh didapati dalam sabun, ubat mata, ubat alahan, dan banyak lagi. Selain itu, PG juga

digunakan sebagai pengawet makanan binatang dan diperakui oleh FDA. PG di dalam cecair

vape berfungsi sebagai bahan asas yang cair dan bawa manis dalam cecair vape. Ada cecair

vape yang menggunakan 100% PG yang cair seperti air, tapi hasil yang terbaik selalunya

kombinasi PG dan VG. 2) Vegetable Glycerine (VG) Vegetable Glycerine atau lebih dikenali

sebagai VG banyak digunakan dalam pembuatan kek. Seperti namanya, VG dihasilkan

daripada sayuran yang mana ia selamat digunakan. VG di dalam cecair vape berfungsi juga

sebagai bahan asas yang pekat dan manis. Cecair vape yang menggunakan 80% - 100% VG

agak mendapat sambutan di kalangan vapers yang menggunakan dripper, kerana VG

menghasilkan lebih banyak wap berbanding PG. Walaubagaimanapun, ratio 50:50 (PG:VG)

tetap yang paling hangat di pasaran memandangkan ratio tersebut lebih fleksibel untuk

digunakan pada mana-mana atomizer vape. Dari segi pembuatan cecair, majoriti 95%

kandungan dalam cecair perisa vape adalah terdiri daripada PG dan VG ini. Lebih tinggi

peratusan VG, lebih pekat cecair vape. Lebih tinggi peratusan PG, lebih cair cecair vape. 3)

Concentrated Flavor Concentrated Flavor digunakan untuk mempelbagaikan rasa cecair vape.

Terdapat pelbagai perisa di pasaran seperti fruit base, beverage base, tobacco base, cake base,

dan macam-macam lagi. Di pasaran cecair vape sekarang, brewer bersaing dengan
mempelbagaikan perisa vape dengan mencampur beberapa flavor menjadikan perisa vape

lebih unik. Pada kebiasaannya, brewer akan mencampur 5% - 20% flavor dalam setiap botol

cecair vape. Majoriti flavor menggunakan PG sebagai agen pembawa perisa. 4) Nikotin

Penggunaan nikotin hanya sebagai bahan untuk membantu perokok tegar mengalih

ketagihannya pada rokok. Nikotin adalah sejenis bahan yang menyebabkan ketagihan, dan

penggunaan nikotin yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan nikotin. Oleh itu, brewer

disarankan berhati-hati dalam membancuh cecair perisa yang menggunakan nikotin. Had

maksimum nikotin yang selamat digunakan adalah 24mg bergantung kepada individu yang

menggunakannya. Majoriti cecair perisa vape di Malaysia menggunakan kekuatan 6mg

nikotin. Pengguna vape yang gemarkan US flavor biasanya memilih kekuatan 12mg bagi

perisa daripada Amerika (US). Vaper yang memang berhasrat untuk berhenti merokok

disarankan menurunkan kekuatan nikotin dari masa ke semasa sehingga bebas nikotin dan

lebih baik lagi berhenti sepenuhnya daripada rokok dan vape. 5) Menthol / Cooling Agent

Menthol dan Cooling Agent digunakan dalam cecair perisa untuk menghasilkan rasa sejuk

dalam vape. Menthol mempengaruhi rasa dalam vape, sedikit rasa seperti ubat gigi. Coolong

Agent pula menghasilkan mint dalam vape. Ramai vaper yang sukakan rasa sejuk dalam

vape, malah ada yang berpendapat perisa vape akan jadi lebih sedap jika dicampur dengan

menthol atau cooling agent. Menthol atau Cooling Agent ini dicampur bersama ketika

membancuh perisa vape, dan hanya sedikit sahaja sudah memadai. 6) Pewarna Makanan

Pewarna makanan adalah bahan yang paling tidak diperlukan dalam penghasilan cecair vape.

Ia hanya digunakan untuk menghasilkan cecair vape yang lebih menarik dengan warna. Ada

pendapat yang mengatakan pewarna makanan ini mendatangkan kesan yang tidak baik untuk

paru-paru, ada juga yang menyangkal tuduhan tersebut. Jalan selamat ialah gunakan cecair

vape yang jernih atau tanpa pewarna tambahan. 7) Pemanis Sukralos / Stevia Pemanis

sukralos dan stevia adalah dua bahan yang berbeza tetapi tujuannya sama, iaitu untuk
memaniskan perisa vape. Pemanis sukralos ialah pemanis tiruan. Ada pemanis sukralos yang

tidak baik untuk kesihatan, tetapi hasil daripada forum vaper luar negara mengatakan

pemanis sukralos keluaran Splenda adalah yang terbaik di samping tiada kesan sampingan.

Namun begitu, penggunaan pemanis sukralos akan meninggalkan kesan kerak pada coil yang

memerlukan vaper kerap menukar kapas/wick. Berbeza dengan stevia, stevia ialah pemanis

semulajadi yang dihasilkan daripada daun stevia dan 30 kali lebih manis berbanding gula.

Stevia terbukti lebih selamat berbanding pemanis sukralos. Oleh kerana stevia agak mahal,

lebih ramai brewer suka menggunakan pemanis sukralos berbanding stevia.

Anda mungkin juga menyukai