Anda di halaman 1dari 2

FITT merujuk kepada :

F : Frequency atau kekerapan senaman.

I : Intensity atau bebanan

T : Time atau merujuk kepada masa senaman

T : Type merujuk kepada jenis senaman yang dilakukan.

Setelah kita mengetahui makna perkataan FITT maka dapatlah kita kupaskan satu persatu agar lebih
dapat difahami. Merujuk kepada Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat(2008), Senaman
hendaklah dilakukan dengan konsisten. Jumlah hari melakukan senaman boleh dijadikan ukuran
kekerapan. Kebanyakkan komponen kecergasan memerlukan sesuatu aktiviti dijalankan sekurang –
kurangnya 3-5 kali seminggu pada intensiti yang cukup. Ini bermakna untuk mengkalkan kecergasan,
sesorang itu perlu melakukan senaman secara konsisten dalam masa seminggu. Dengan cara ini ia
dapat memberi kesan kepada tahap kecergasan seseorang berbanding melakukan aktiviti senaman
yang hanya acap kali walaupun melakukan senaman yang berat. Untuk mengira latihan bagi pemain
bola sepak, latihan kecergasan amatlah perlu bagi mengekalkan stamina agar dapat memberi tenaga
yang maksimum sehingga 90 minit pada setiap perlawanan. Maka adalah perlu bagi seorang pemain
bola sepak untuk turun ke padang seeloknya setiap hari bagi mengekalkan kecergasannya.

Prinsip FITT yang kedua ialah Intensity atau bebanan. Ia merujuk kepada tahap senaman yang
dilakukan samada senaman tersebut cukup lasak di mana ianya melebihi kadar biasa atau tidak
untuk mencapai kecergasan yang sebenar. Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat(2008), sekali
lagi ada menyatakan bahawa kelenturan atau kelembutan memerlukanotot diregangkan melebihi
had biasa. Kecergasan jantung juga memerlukan senaman yang dapat meningkatkan kadar nadi
melebihi kadar nadi normal. Kadar nadi maksimum yang perlu dicapai adalah 60%-80%. Dengan kata
lain. Sebelum melakukan senaman, seseorang itu perlulah memilih dan mengetahui bebanan atau
kemampuan tahap senaman itu samada memadai, kurang atau melebihi tahap yang dikehendaki
untuk mencapai tahap kecergasan yang maksimum. Individu tersebut perlulah memilih senaman
yang sesuai dengan tahap maksimum kecergasannya agar tidak mengundang keadaan yang tidak
diingin seperti kecederaan otot dan sebagainya. Sebagai seorang pemain bola sepak, pemilihan
bebanan amat penting, ia perlu mengikut keseuai tahap senaman agar yidak berlaku kecederaan
terutama pada otot kaki sewaktu melakukan senaman. Joging dan lari ulang alik adalah senaman
ringan yang wajib dilakukan, namun adalah juga perlu melakukan senaman berat bagi mengimbangi
dan membina fizikal yang sesuai sebagai seorang pemain bola sepak.

Prinsip FITT yang seterusnya ialah merujuk kepada Time atau masa senaman. Masa senaman
perlulah dilakukan dengan keadaan dan cara yang sesuai. Untuk sesuatu sesi senaman yang baik
masa yang disarankan adalah 20 minit tidak termasuk aktiviti memanas dan menyejukkan badan
sebelum dan selepas melakukan aktiviti senaman. Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat(2008),
menyatakan, pada amnya, masa bersenam bergantung kepada intensiti atau bebanan. Jika senaman
yang mempunyai bebanan yang rendah, ia memerlukan masa yang lebih panjang. Contoh
senanaman intensiti rendah ialah berjoging atau berjalan. Untuk mencapai masa yang sesuai,
senaman jenis ini perlu dilakukan dengan mengambil masa yang lebih panjang. Jika hanya 5 minit
sahaja kita berjoging, ia tidak memberi makna apa apa pada tahap kecergasan kita. Berbanding pula
dengan aktiviti senaman berintensiti tinggi seperti mengangkat berat atau sebagainya, memadai
dengan masa yang lebih pendek kerana bebanan yang melebihi kadar biasa. Jelas di sini, masa
senaman memainkan peranan penting di dalam kita mengekalkan kecergasan badan kita. Kebiasaan
masa tidak diambil berat oleh sesetengah individu. Senaman hanya mengeluarkan peluh dan apabila
penat terus berhenti. Penting juga masa yang sesuai untuk senaman ialah kebiasaannya pada waktu
pagi dan petang adalah lebih sesuai berbanding waktu tengahari. Bagi latihan kepada pemain bola
sepak, sebaik baiknya adalah waktu pagi dan petang. Namun bagi seorang pelajar sekolah seeloknya
waktu petang sahaja. Adakan aktiviti memanaskan badan antara 3-5 minit, mulakan latihan dengan
larian lima pusingan padang dan seterusnya latihan asas menyepak dan mengawal bola yang
mengambil masa lebih kurang 20 minit. Seterusnya membuat latihan taktikal seperti menyerang dan
pertahanan. Akhirnya 3-5 minit diperlukan untuk menyejukkan badan. Ini adalah contoh biasa waktu
latihan bagi sebuah pasukan bola sepak di sekolah rendah.

Prinsip FITT yang terakhir merujuk kepada Type atau jenis senaman. Modul OUM HBHE 3103 Gaya
Hidup Sihat(2008), ada menyatakan bahawa sesuatu jenis senaman harus dilakukan mengikut
komponen kecergasan yang berbeza. Pilihlah aktiviti mengikut keupayaan dan minat serta
pelbagaikan senaman yang dilakukan. Sebaiknya lakukan senaman bercorak aerobik, berbasikal,
berenang, berjalan pantas, berjoging atau aktiviti yang menggunakan banyak pergerakan. Jenis
senaman mestilah sesuai dengan tahap kecergasan yang diingini. Bagi seorang pemain bolah sepak,
selain kecergasan stamina, senaman menguatkan oto kaki amatlah penting bagi memberi kekuatan
sepenuhnya ketika bermain bola sepak. Antara contoh senaman bagi pemain bola sepak ialah larian
dan latihan sepakan

Anda mungkin juga menyukai