Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
DENGAN KEPUJIAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
Tandatangan : ______________________
Tarikh : 13 / 03 / 2017
PENGHARGAAN
Syukur kepada tuhan kerana telah mengurniakan saya kekuatan, kesihatan dan masa untuk
menyiapkan tugasan kerja kursus ini seperti yang dikehendaki dan dalam masa yang
ditetapkan.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
iaitu En.Zulkifli bin Zakaria ke atas segala panduan dan penerangan yang teliti telah
diberikan oleh beliau supaya saya dapat menjalankan tugasan projek ini dengan baik dan
sempurna. Dengan adanya penerangan yang jelas dan teliti, saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan lebih baik.
Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana
mereka telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya semasa menjalankan
tugasan ini. Saya sangat menghargai sokongan dan dorongan yang diberikan itu.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak
memberi kerjasama dan nasihat semasa membuat tugasan ini agar saya dapat
menyiapkannya ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
atas kerjasama yang telah diberikan. Saya sangat menghargai semua kerjasama dan
dorongan yang telah diberikan dalam membantu saya menyiapkan tugasan projek ini.
Kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, jari-jari tangan,
kaki, jari kaki, bibir dan lidah adalah dinamakan sebagai kemahiran motor halus. Seperti
yang telah dinyatakan, motor halus melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ
deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata. Kanak-kanak
harus melakukan aktiviti harian mereka dengan sendiri bagi meningkatkan kemahiran motor
halus. Antara contoh aktiviti bagi kemahiran motor halus untuk kanak-kanak ialah,
menggunakan gunting untuk memotong kertas dan membuat bentuk.
Cara Mengelola : (i) Manik, benang dan gunting disediakan oleh saya
untuk kanak- kanak.
Gambar rajah
3
Saya menyediakan benang, manik dan
gunting bagi kanak-kanak.
Perkembangan motor kasar dan motor halus adalah perkembangan yang perlu dicapai oleh
kanak-kanak sejak kecil lagi. Gerakan motor4 kasar dan motor halus kanak-kanak dapat
dipertingkatkan dengan memberi peluang kepada mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti.
Aktiviti yang dirancang harus melibatkan kanak-kanak melakukannya. Oleh yang demikian,
bagi mengembangkan dan meningkatkan perkembangan motor kanak-kanak, saya telah
merancang satu aktiviti bagi kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun. Saya telah
memilih aktiviti menguntai manik dan membuat pergerakan. Hal ini demikian kerana, aktiviti
tersebut :-
Sebagai pembuka tirai, melalui aktiviti menguntai manik, kemahiran motor halus kanak-
kanak akan meningkat. Mereka mampu memegang benang dan manik dengan kuat. Kanak-
kanak juga dapat memasukkan manik tersebut dalam benang bagi menjadikannya sebagai
rantai. Kekuatan tangan dan jari mereka dapat diperkembangkan dengan memberi mereka
alat-alat seperti manik, benang, gunting dan sebagainya. Dengan cara ini, sebagai seorang
guru prasekolah, saya dapat memerhati cara kanak-kanak memegang benang dengan
manik menggunakan motor halus mereka dengan betul. Selain itu, aktiviti menggengam dan
memegang manik, mengikat tali benang membantu otot halus mereka dibina secara kuat
sejak kecil lagi. Keadaan ini menjadikan aktiviti menguntai dapat dikawal dengan lebih baik
dan sempurna. Dengan aktiviti sebegini, kanak-kanak juga boleh menghasilkan rantai
mereka dengan sendiri. Ini memberikan satu peneguhan positif kepada mereka bagi
menghasilkan barang-barang dengan sendiri.
Tambahan pula, apabila kanak-kanak memakai rantai tersebut dan membuat pergerakan,
kemahiran motor kasar dapat diperkembangkan. Kanak-kanak yang berumur 5 – 6 tahun
boleh melakukan pergerakan yang kompleks bagi mengukuhkan kemahiran motor kasar
mereka. Kanak-kanak juga akan mempunyai daya imbangan badan yang tinggi dan boleh
meningkatkannya dengan membuat aktiviti seperti pergerakan mengikut irama dan rentak
lagu. Aktiviti menari akan memberi kekuatan kepada kaki, tangan dan badan mereka supaya
boleh melakukan aktiviti lasak yang lain. Perkembangan motor kasar akan membantu
mereka untuk meningkatkan potensi dalam diri mereka sendiri.
Selain itu, apabila kanak-kanak memakai rantai yang disediakan oleh mereka sendiri,
sosioemosi mereka tidak terganggu, malah menjadi lebih positif. Aktiviti membuat
pergerakan mengikut irama lagu akan lebih menstabilkan emosi mereka serta
mengembangkan emosi yang positif. Kemahiran bersosial dan berkomunikasi dapat
diwujudkan dalam diri kanak-kanak melalui aktiviti ini. Sebagai seorang pendidik, saya akan
menjalankan aktiviti berkomunikasi untuk kanak-kanak meluahkan tentang perasaan
mereka apabila menguntai manik dan menari.
7
LAMPIRAN
4.0 PENGENALAN PEMAKANAN
Setiap individu meneruskan kehidupan dengan memenuhi keperluan yang paling penting
untuk hayat dan kehidupan berkomuniti. Keperluan individu yang asas ialah makanan,
pakaian, tidur, air dan tempat kediaman. Makanan merupakan keperluan yang terlalu
penting dan manusia harus menerimanya dalam kuantiti yang cukup. Makanan seimbang
ialah makanan yang memberi segala zat-zat makanan dalam kandungan yang betul untuk
seseorang individu dan dibahagi dengan betul dalam sehari. Tanpa makanan yang tidak
mencukupi dan kualitinya yang tidak baik, kesihatan individu akan terganggu. Dalam jangka
masa yang tertentu, individu yang tidak makan akan kelaparan, seterusnya boleh membawa
maut.
9
5.0 PERANCANGAN MENU MAKANAN TENGAHARI UNTUK KANAK-KANAK
PRASEKOLAH YANG BERUMUR 4 – 6 TAHUN.
Nasi putih
Sayur Campur
Ikan kukus ( 1 )
Sup ayam
Air kosong
Buah Oren
Pemakanan merupakan salah satu sumber perkembangan diri kanak-kanak. Minda yang
10 yang demikian, pemakanan boleh dikatakan
sihat datang daripada badan yang sihat. Oleh
sebagai sumber pemangkin untuk kanak-kanak. Makanan berkhasiat merupakan agen
penting bagi membekalkan nutrient untuk perkembangan dan pertumbuhan yang optimum
dari segi fizikal, kognitif, bahasa dan sosioemosi mereka. Dengan itu, sebagai seorang guru
pendidikan awal kanak-kanak, saya telah membuat satu perancangan menu makanan
tengahari untuk kanak-kanak prasekolah yang berumur 4 hingga 6 tahun. Perancangan
menu ini akan membantu kanak-kanak untuk hidup dalam keadaan yang sihat dan
sejahtera.
Sebagai pembuka tirai, saya telah merancang menu tengahari berdasarkan piramid
makanan yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya telah
memasukkan nasi putih (1), sayur campur, ikan kukus (1), sup ayam, air kosong dan 1 ketul
buah oren dalam menu saya. Ini merupakan hidangan bagi seorang kanak-kanak. Gambar
di bawah menunjukkan piramid makanan yang diikuti oleh masyarakat di negara kita.
Melalui nasi putih yang terdapat dalam menu makanan tengahari yang dirancang
oleh saya, kanak-kanak dapat menyerap tenaga karbohidrat yang terkandung dalamnya.
Karbohidrat merupakan sebatian organik yang paling cepat berubah sebagai tenaga. Dalam
piramid makanan, makanan yang kaya dengan karbohidrat terletak pada aras 1. Aras 1
menandakan bahawa, aras yang paling luas dan perlu dimakan dengan kuantiti yang
banyak. Nasi putih juga kaya dengan tenaga karbohidrat dan bertindak sebagai bahan bakar
bagi tubuh dan membantu otak berfungsi secara normal. Kanak-kanak seharusnya
mengambil nasi putih sebagai hidangan utama dalam pemakanan tengahari mereka supaya
mendapat tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti lasak di prasekolah.
Kandungan mineral mangan dalam nasi putih penting untuk menjaga kekebalan tubuh
terutamanya kepada kanak-kanak kecil.
Jika kanak-kanak tidak diberi nasi yang secukup, mereka akan kehilangan zat
11 mengalami masalah hipoglikemia. Ia diertikan
karbohidrat dan kemungkinan besar akan
sebagai kekurangan glukosa dalam darah di seluruh badan. Oleh itu, mereka harus
dibekalkan dengan nasi yang secukup supaya tidak kehilangan tenaga dalam badan
mereka.
Selain itu, sayur campur dan buah oren merupakan hidangan yang terdapat dalam
menu tengahari saya. Aras 2 dalam piramid makanan menunjukkan sayur-sayuran dan
buah-buahan yang perlu dimakan supaya tidak kekurangan zat vitamin, protein dan serat.
Sayur-sayuran ini membekalkan kalsium yang dapat membantu memastikan gigi dan tulang
sangat kuat. Bagi mendapatkan tulang yang kuat, kanak-kanak memerlukan kalsium,
vitamin D dan vitamin K yang bekerjasama untuk membina dan membaiki tulang.
Sayur campur dan buah oren baik untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi
prebiotik yang merupakan pemangkin ketahan badan. Dengan memakan sayur-sayuran dan
buah-buahan, kanak-kanak membesar dengan sihat tanpa masalah kesihatan. Jikalau
kanak-kanak tidak menerima vitamin yang secukup iaitu, sayur-sayuran dan buah-buahan,
kemungkinan mereka akan mengalami penyakit skurvi. Ia bererti pendarahan yang mudah
berlaku pada gusi gigi. Selain itu, tisu-tisu dalam badan akan mula pecah serta pembaikan
tisu badan boleh terjejas akibat kekurangan vitamin dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu,
mereka harus diberi makanan yang mengandungi zat vitamin seperti sayur campur dan
buah oren sejak kecil lagi.
Tambahan pula, saya telah memasukkan sup ayam dan ikan kukus dalam menu
tengahari kanak-kanak supaya tidak ketinggalan zat protein. Menurut piramid makanan, aras
3 menunjukkan makanan yang kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan
magnesium. Kanak-kanak memerlukan zat protein agar ia dapat melindungi badan terhadap
penyakit melalui antibodi dan juga menguatkan sistem imun badan. Zat protein yang
terdapat dalam sup ayam dan ikan kukus akan membantu kanak-kanak untuk mengatur
metabolisme badan. Kanak-kanak yang berasa kurang selesa untuk makan ayam, mereka
juga boleh mendapatkan proteinnya melalui sup.
Di samping itu, air kosong merupakan salah satu minuman yang terdapat dalam
menu tengahari kanak-kanak tersebut. Air merupakan medium yang membolehkan pelbagai
12
proses berlaku di dalam badan seseorang manusia. Air adalah amat penting bagi kanak-
kanak kerana ia mengelakkan kulit menjadi cepat kering. Melalui ini, kanak-kanak dapat
mengelakkan masalah kulit menjadi kering dan masalah lain seperti kulit berminyak dan
berjerawat. Sebagai seorang pendidik, kita harus mengelakkan minuman manis diberikan
kepada kanak-kanak. Ini disebabkan adalah minuman tersebut akan membawa kepada
penyakit seperti diabetes kepada kanak-kanak kecil.
Selain itu, kekurangan air dalam tubuh badan juga akan membawa masalah yang
berisiko tinggi kepada kita terutamanya kanak-kanak kecil. Kanak-kanak akan menjadi
lemah dan daya ingatan mereka akan menjadi kurang. Selain itu, jumlah oksigen yang
sampai ke otak berkurangan menyebabkan kanak-kanak mudah merasa mengantuk. Oleh
itu, kanak-kanak harus diberi air kosong yang secukupnya supaya mereka tidak mengalami
penyakit.
7.0 RUJUKAN
13
BUKU
Peter L.C.C., & Tan K.L. (2014). Whizz Thru Biologi SPM. Shah Alam, Selangor : Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Wong.K.W., Khairuddin Mohamad., Maridah Hj.Alias., Rashinawati Abd Rashid., & Azlina
Ahmad. (2013). Perkembangan Kanak-kanak. Shah Alam , Selangor : Oxford Fajar Sdn.
Bhd
INTERNET
Dhia Kamila.,(2014). 6 jenis makanan kanak-kanak yang sihat. Dimuat turun pada 21
Februari 2017, daripada https://siraplimau.com/jenis-makanan-kanak-kanak-mesti-makan/
Ilham.,(2012). Perkembangan motor kasar. Dimuat turun pada 24 Februari 2017, daripada
http://wajip.blogspot.my/2012/08/perkembangan-motor-kasar.html.
Kavut Mapanai., (2010). Strategi meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak. Dimuat
turun pada 27 Februari 2017, daripada http://faisalrazali.blogspot.my/2010/10/strategi-
meningkatkan-kemahiran-motor.html.
Sobri Yaacob.,(2014). Kebaikan makan sayur-sayuran. Dimuat turun pada 28 Februari 2017,
daripada http://www.sobriyaacob.com/2014/05/10-kebaikan-memakan-sayur-sayuran.html.
un.,(2010). Pengenalan makanan dan pemakanan. Dimuat turun pada 1 Mac 2017, daripada
https://farafeez.wordpress.com/2010/02/22/pengenalan/.
un., (2015). Pengertian koordinasi mata tangan, manfaat, fungsi, definisi dalam permainan
bola voli. Dimuat turun pada 1 Mac 2017, daripada
http://kebugarandanjasmani.blogspot.my/2015/12/pengertian-koordinasi-mata-tangan.html
un.,(2015). Perkembangan motor kasar mengikut umur anak. Dimuat turun pada 2 Mac
2017, daripada http://www.excelqhalif.com/2015/08/10/perkembangan-motor-kasar-
mengikut-umur-anak/
SENARAI KANDUNGAN
Biodata diri i
Halaman judul ii
Penghargaan iv
Senarai kandungan v
Tugasan 1 (a) 1
1.0 Pengenalan 2
Tugasan 1 (b) 8
7.0 Rujukan vi