Anda di halaman 1dari 3

Objektif 3 Kesedaran yang perlu ada pada masyarakat kampus terhadap isu

normalisasi israel.

MODERATOR:

PANEL: Baiklah, terima kasih diucapkan kepada saudara selaku moderator. Isu Palestin
dan israel bukanlah isu baru bagi dunia Islam dan masyarakat antarabangsa. Bahkan ia
turut menjadi isu kemanusiaan sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan negara.

1. Umat Islam perlu sedar bahawa isu ini perlu diambil serius kerana ia melibatkan saudara
seagama kita. Pesanan Syed Muhammad Naquib al-Attas. Katanya, kita mempelajari
sejarah tidak bermakna kita mengkaji kesemua yang berlaku. Kita mengkaji perkara-perkara
yang terpilih. Demikian jugalah jika mengkaji isu semasa. Hal ini kerana umat Islam lebih-
lebih lagi dalam kalangan masyarakat anak muda kini (tidak semua) kekurangan
pengetahuan tentang isu semasa yang terpilih termasuklah isu normalisasi israel. oleh itu,
umat Islam perlu menambahkan pembacaan terhadap isu-isu di dalam negara atau diluar
negara. Hal ini kerana sesetengah isu semasa amat berkait dekat dengan kita seperti isu
normalisasi israel dimana umat Islam perlu menambahkan sudut pembacaan dan
pengetahuan am supaya tidak mudah terpedaya dengan agenda pihak musuh yang sedang
merancang dari dalam untuk memusnahkan dan memporak perandakan umat Islam.
Berdasarkan perkongsian live daripada Nadir al-Nuri berkaitan isu normalisasi israel, beliau
berkata negara-negara yang membuat hubungan dengan israel ialah negara tersebut
sedang membina hubungan dengan pihak musuh dan merupakan pengkianatan terhadap
perjuangan palestin. Pentingnya ilmu isu semasa ini sehingga Sheikh Dr. Yusuf al-Qadrawi
menulis di dalam kitabnya, as-Tsaqafah Ad-Daiyyah memasukkan ilmu isu semasa atau as-
Tsaqafah al-Waqie’yyah dalam senarai 6 cabang ilmu yang perlu dikuasai umat Islam
diakhir zaman ini. Akhirnya, setelah kita faham dan tahu. Kita perlu menjelaskan kepada
masyaraka pula dengan menghidupkan suasana ilmu dan wacana ilmiah agar masyarakat
yang lain mendapat kefahaman yang jelas tentang suatu isu semasa.

2.. Isu Palestin bukanlah isu baru bagi dunia Islam dan masyarakat antarabangsa. Bahkan
ia turut menjadi isu kemanusiaan sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan negara. Hal ini
kerana isu Palestin melibatkan isu hak asasi manusia sebagaimana yang digariskan oleh
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Sebagai pelajar Institut Pendidikan Guru yang
juga merupakan bakal warga pendidik isu sebegini amat perlu untuk dititikbertakan. Hal ini
kerana golongan pendidik inilah yang akan memberikan kesdaran masyrakat tentang
ancaman musuh Islam terhadap kita.

Oleh yang demikian, pencerahan dan kesedaran menegenai normalisasi Israel serta
ancamannya kepada saudara Islam kita di Palestin tidak boleh diendahkan sama sekali. Ini
akan membantu masyarakat majmuk Islam untuk bangkit dan peka terhadap ancaman
tersebut.

3. Seterusnya, kesedaran yang dapat ditimbulkan dalam kalangan masyarakat mesti


diselarikan dengan perbuatan yang akan membantu saudara muslim kita yang teranaiya.
Antara peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat Islam seluruhnya ialah dengan
memboikot barangan buatan Israel dan Amerika Syarikat bagi menunjukkan rasa sokongan
kepada rakyat Palestin yang telah dizalimi Zionis dan sekutunya. Hal ini demikian kerana
dengan cara memboikot produk dan segala perkhidmatan mereka, ekonomi musuh mampu
dilumpuhkan sekiranya semua masyarakat Islam melakukannya secara konsisten dan
berterusan. Antara produk dan perkhidmatan yang wajar diboikot ialah Sprite, Fanta,
Sunkist, IBM, Intel, Apple Computers, Kleenex, Kotex, Hush Puppies, Revlon dan
Timberland (Utusan Malaysia: 2009, 2)

4.Selain itu, kesedaran dalam warga kampus juga dapat diterjemahkan memalui bentuk
bantuan bagi yang berkemampuan, bantua-bantuan ini dapat diberikan kepada mangsa-
mangsa dalam Isu palestin ini melalui pertubuhan NGO -NGO atau Pertubuhan Bukan
Kerajaan yang telah memainkan peranan penting bagi membantu rakyat Palestin seperti:-

I. AMAN PALESTIN.

Aman Palestin Berhad secara khasnya telah ditubuhkan secara rasmi pada 3hb. Januari
2006 sebagai sebuah syarikat berhad yang tidak berteraskan keuntungan (Non-Profit
Organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, sistematik, berterusan dan
berkesan. Namun demikian syarikat ini telah memulakan operasinya pada akhir tahun 2004
bagi menyalurkan bantuan kebajikan dan sumbangan orang ramai untuk meringankan
penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin

II. Malaysian Medical Relief Society (MERCY)

Mercy Malaysia (Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia) merupakan sebuah pertubuhan


bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 1999 dengan fokus utama untuk memberi
bantuan kemanusiaan. Mercy Malaysia sudah bertindak sebagai badan bantuan
kemanusiaan antarabangsa serta bertindak mengikut piawaian antarabangsa. Tujuan
penubuhannya ialah untuk memberi bantuan tindak balas apabila berlaku krisis dan
bencana dalam jangka masa 48 hingga 72 jam daripada ‘bermula sesuatu krisis. Dalam kes
serangan Israel ke atas penduduk Palestin berlaku pada 27 Disember lalu. Maka Mercy
Malaysia telah mengaktifkan mekanismenya pada 30 Disember lalu dengan menghantar
pasukan pertama di sempadan Gaza bagi menepati mandat tempoh yang ditetapkan (Berita
Harian, 2009: 20).

III. Islamic Relief Malaysia (IRM)

Islamic Relief Malaysia (IRM) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
merupakan cawangan kepada Islamic Relief yang berpusat di Birminghan, United Kigdom,
yang ditubuhkan pada tahun 1984. IRM telah memulakan operasinya sejak tahun 1998.
Namun demikian ia ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2005 di Malaysia. Antara objektif
utama penubuhannya ialah untuk memberi bantuan kecemasan dan kemanusiaan kepada
mangsa yang ditimpa bencana

Menjadi Tanggungjawab pendidik untuk mengingatkan kepada masyarakat umum


akan tanggungjawab kita sebagai umat Islam untung bantu-membantu terutama
saudara seagama.Jelaslah Sabda Rasulullah S.A.W asulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda:

“Bantulah saudaramu, baik dalam keadaan sedang berbuat zhalim atau sedang teraniaya.
Ada yang bertanya: “Wahai Rasulullah, kami akan menolong orang yang teraniaya.
Bagaimana menolong orang yang sedang berbuat zhalim?” Beliau menjawab: “Dengan
menghalanginya melakukan kezhaliman. Itulah bentuk bantuanmu kepadanya.”
[HR. al-Bukhâri]

Rujukan:

- https://harakahdaily.net/index.php/2020/09/03/normalisasi-israel-conteng-arang-ke-muka-umat/

-https://harakahdaily.net/index.php/2020/12/28/normalisasi-israel-lupa-hanya-kuasa-allah-yang-
kekal/

- https://www.facebook.com/PMIUSMPages/posts/2274260419327246/

-perkongsian live nadir nuri

https://core.ac.uk/download/pdf/11785655.pdf