Anda di halaman 1dari 2

Sebagai umat Islam, Al-Quran secara jelas menyatakan manusia dijadikan daripada pelbagai kaum

dan kelompok dengan tujuan untuk saling mengenali antara satu sama lain. Kepelbagaian budaya
merupakan konsep atau idea yang berkaitan kepercayaan, pengakuan dan pengiktirafan terhadap
unsur kepelbagaian budaya dan etnik yang wujud yang mempengaruhi gaya hidup, pengalaman
sosial dan identiti peribadi sesuatu bangsa. Kepelbagaian budaya merangkumi pemahaman,
penghargaan dan penilaian terhadap budaya seseorang dan etnik masyarakat. Penilaian ini bukan
bermakna bersetuju dengan budaya berkenaan tetapi melihat bagaimana anggota sesuatu komuniti
etnik mengekspresikan nilai-nilai budaya mereka dan penerimaan bangsa lain terhadap kebudayaan
tersebut (Noraini, 2015).

Sebagai seorang guru, beliau perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai latar belakang budaya pelajar
yang berbeza-beza. Seseorang guru yang menguasai kefahaman mengenai budaya sudah pasti akan lebih
bersedia untuk berhadapan dengan pelajar daripada pelbagai budaya. Hal ini akan membantu murid
mencapai aspirasi kehidupan seperti pencapaian akademik yang baik . Ini dapat dicapai melalui
pengetahuan mengenai budaya pelajar yang akan banyak membantu guru dalam menyediakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar dan menarik kesungguhan serta usaha
untuk mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai. kepelbagaian pengajaran yang
sesuaidengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar mempu memberi pulangan yang cukup baik kepada
semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah.

Selain itu, ,pengetahuan konsep budaya ini juga dapat meningkatkan metodologi pengajaran dan
membantu pelajar-pelajar tertentu dengan lebih efisien. Guru dapat menghasilkan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang lebih bermakna dan bukan hanya berorientasikan kepada peperiksaan semata-
mata. Pengajaran yang lebih mengikut keperluan semasa yang selari dengan hasrat Kementerian
Pendidikan untuk melaksanakan Pdp mengikut kaedah pengajaran abad Ke-21. Suasana pembelajaran
yang baik sememangnya akan membantu meningkat prestasi mereka sebagai aset untuk sesebuah
sekolah. Walhal, menjadi tanggungjawab sebagai seorang pendidik sudah menjadi tanggungjawab guru
untuk membimbing pelajar mencapai potensi diri dalam pencapaian akademik dan sosial.

Disamping itu guru juga akan memahami kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di sekolah. Guru perlu
mengkaji dan memahami sosiobudaya setiap pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran supaya tidak ada murid yang berasa tersisih.Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di dalam
bilik darjah memerlukan guru mengambil perhatian yang sesuai bagi membolehkan setiap pelajar
mendapat peluang yang adil untuk pembelajaran yang berkesan.Guru yang memahami pembelajaran dan
perbezaan daya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud di dalam
sesebuah bilik darjah. Murid-murid ini perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan
memahami latar belakang dan identiti mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina,
sosioekonomi, stail pembelajaran dan sebagainya. Justeru, murid yang berkualiti dapat dilahirkan

Kesimpulannya, apa yang penting adalah guru perlu memahami bahawa terdapat perbezaan antara
individu pelajar atau kumpulan pelajar dengan yang lain yang mendesak guru untuk menggunakan
kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilikdarjah. Malah adalah penting bagi guru memahami
tingkah laku dan budaya pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut
kaedah yang betuldan tepat.Sebagai seorang pendidik sudah menjadi tanggungjawab guru
untukmembimbing pelajar mencapai potensi diri dalam pencapaian akademik dan sosial.$uru perlu
mengkaji dan memahami sosiobudaya setiap pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran

RUJUKAN

https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dalam_Kepelbagaian_
Budaya_Cabaran_dan_Harapan

https://dokumen.tips/documents/kepentingan-memahami-budaya-kepada-guru.html

https://core.ac.uk/download/pdf/291305467.pdf