Anda di halaman 1dari 3

Soalan:

Setelah mengikuti perbahasan berkenaan pengertian Islam dari sudut bahasa dan istilah,
bincangkan

1. Keperluan manusia terhadap agama.

Agama merupakan satu asas dan pegangan yang harus ada dalam diri setiap
manusia. Terdapat beberapa bukti mengapa manusia memerlukan agama. Beragama ini
merupakan fitrah semulajadi bagi seseorang manusia. Hal ini kerana, secara fitrahnya
manusia sangat suka memuji sesuatu yang tinggi dan agung. Sebagai contoh, pada
zaman primitif, masyarakat primitif akan memuja sesuatu yang dianggap penting dan
mepengaruhi kehidupan seharian mereka seperti memuja matahari.

Selain itu, dengan adanya agama, ia membantu manusia untuk mengetahui serta
mengenali hakikat alam, hakikat penciptaan dan tujuan kehidupannya. Seperti yang
dinyatakan dalam firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 85, hakikat alam ini berkait
rapat dengan akal dan pancaindera manusia yang tidak mampu mencapai perkara-
perkara yang berkaitan dengan hakikat alam ini terutama sekali alam roh. Begitu juga
dengan hakikat penciptaan dan tujuan kehidupan yang telah dinyatakan di dalam al-
Qur’an bahawa tidak diciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Nya.

Di samping itu, agama juga penting untuk menjelaskan kepada manusia berkaitan
peraturan dan cara hidup yang mulia. Agama merupakan suatu peraturan yang terbaik
bagi manusia, oleh itu secara tidak langsung ia mampu memandu akal manusia untuk
memilih kebaikan di dunia bertujuan mencapai kebahagian di akhirat kelak.

Bukan itu sahaja, agama juga menjadikan seseorang manusia itu optimis,
mengenal hakikat Allah SWT, para Rasul dan menjadikannya tidak takut pada sesuatu
melainkan Allah SWT. Agama juga memelihara fitrah manusia daripada menyeleweng
dan mentakwilkan sesuatu mengikut nafsu semata-mata. Ianya terbukti apabila fungsi
setiap deria dan pancaindera manusia terbatas dalam mencapai sesuatu kebenaran yang
tepat.
2. Bagaimana islam adalah agama yang benar berbanding agama lain.

Islam adalah agama yang benar dengan adanya ciri-ciri kebenaran islam. Konsep
islam adalah agama yang lengkap. Kandungannya adalah menyeluruh meliputi semua
aspek kehidupan. Ajaran islam adalah mengutamakan akidah tauhid iaitu menyembah
Allah SWT. Akidah adalah pegangan agama seseorang manusia. Akidah yang kukuh
membolehkan seseorang patuh kepada perintah Allah SWT. Nilai ketaqwaan orang Islam
adalah tidak diukur dari segi bangsa, darjat keturunan mahupun warna kulit. Dalam islam,
manusia yang berada disisi Allah ialah seseorang yang bertaqwa kepada-Nya.

Bukti bahwa Islam adalah agama yang benar dan bertoleransi telah disebutkan
dalam al-Quran surah Al-Baqarah 256 Islam menegaskan bahwa tidak boleh ada paksaan
dalam beragama. Agama adalah soal keyakinan yang tidak boleh dipaksa. Maksudnya,
“Tidak ada paksaan untuk memasuki agama Islam Sesungguhnya telah jelas jalan yang
benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut
dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang amat
Kuat (Islam) yang tidak akan putus dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Melalui ayat di atas jelas bahwa Islam adalah agama yang benar dan tidak pernah
memaksa kehendak seseorang. Ia memberi keleluasaan semua orang memilih agamanya
masing-masing tanpa sedikit pemaksaan.

Keistimewaan agama islam adalah disebabkan oleh ajaran islam yang lengkap
dan sempurna membawa rahmat kepada seluruh umat manusia. Ajaran islam juga
adalah merangkumi akidah, syariat, ibadat serta akhlak. Agama islam ini menggalakkan
pembangunan tamadun manusia. Al-Quran pulan merupakan sumber ilmu seperti
perundangan, muamalat dan sistem kekeluargaan. Ajaran islam ini adalah amat istimewa
kerana ianya datang daripada Allah SWT dan bukan ciptaan manusia. Islam adalah
mudah diamalkan serta sesuai dengan fitrah manusia. Islam juga menitik beratkan
pendidikan sepanjang hayat dan menggalakkan persaudaraan seagama.

Terdapat juga unsur-unsur pencemar kesucian islam seperti musuh islam


menyebarkan berbagai-bagai dakyah bertujuan memburukkan islam. Bukan itu sahaja,
mereka juga menyebarkan fahaman-fahaman baru yang boleh menggugat akidah umat
islam dan memisahkan agama dengan kehidupan. Sebagai contoh konsep barat seperti,
sekularisme, materialisme, komunisme, sosialisme dan liberalisme. Sekularisme
merupakan fahaman yang memisahkan nilai-nilai agama dengan kehidupan. Materialisme
pula adalah fahaman yang mempercayai bahawa hanya bendalah yang menyebabkan
terjadinya segala sesuatu di dunia ini. Komunisme didefinisikan sebagai fahaman yang
menjadikan faktor pengeluaran dan barang barang pengguna milik negara atau milik
bersama rakyat. Sosialisme pula merupakan sistem organisasi sosial yang menganjurkan
supaya sumber-sumber kekayaan dijadikan milik negara untuk dinikmati oleh setiap
rakyat dengan sama rata. Liberalisma merupakan fahaman yang mahukan demokrasi
serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi, politik dan sosial. Ajaran islam juga telah
diselwengkan oleh orang islam setelah wujudnya ajaran sesat seperti Qadiani, Bahari,
Taslim dan sebagainya.

Implikasi seseorang yang meragui islam ini salah satunya adalah Allah SWT
menjanjikan azab yang pedih dan akan menghumban orang derhaka terhadapa ajaran
islam ke dalam neraka jahanam. Selain itu, amal kebajikan seseorang itu akan menjadi
sia-sia. Bukan itu sahaja, dengan meragui islam seseorang akan menjadi murtad,
masyarakat juga akan berpecah belah dan negara menjadi mundur.

Anda mungkin juga menyukai