Anda di halaman 1dari 41

MPU3122: HUBUNGAN ETNIK

M8

Perlembagaan dalam Konteks


Hubungan Etnik
Hasil Pembelajaran

• Menjelaskan konsep perlembagaan dan sejarah


penggubalan perlembagaan

• Membincangkan perlembagaan negara 1948


sehingga 1963 dan kaitannya dengan hubungan
etnik
Pengenalan

Isu: Kebebasan
Beragama dan
Kesamarataan
Definisi dan Konsep
Perlembagaan
Perlembagaan
Persekutuan Isu: Diskriminasi
Perlindungan dan
Persoalan Perkara 153
Sejarah Penggubalan
Perlembagaan
Persekutuan
Isu: Perkara 20 dan
Perkara 18

Perlembagaan 1948-
1963
Pengenalan
• Setiap negara mempunyai perlembagaan dan perlembagaan
terhasil dari perjalanan sejarah sosial setempat
• Setiap etnik dilindungi kepentingan dalam perlembagaan
• Contoh, terdapat perimbangan peruntukan orang Melayu dengan
orang bukan Melayu :
– Islam agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan
– Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain
dibenarkan
– Kedudukan Istimewa orang Melayu dan bumiputera tetapi hak
etnik lain tidak boleh dinafikan
Konsep Perlembagaan
• Definisi
– Undang-undang dasar yang menjadi teras
panduan pemerintahan negara.
– Kerangka asas yang membentuk dan memandu
sistem pemerintahan sesebuah negara.
– Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua
undang-undang lain di dalam negara.
– Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk
pemerintahan negara.
– Mengawal pemerintah dan yang diperintah
dalam mempertahankan kewujudan dan
kesinambungan negara.
Konsep Perlembagaan

Perlembagaan merupakan satu set perundangan


yang mengatur perhubungan antara pemerintah dan
rakyat, juga antara rakyat dengan rakyat yang bersifat
majmuk seperti Malaysia.

7
Definisi

“Suatu suratan atau suratcara yang


mengandungi semua undang-undang
tertinggi yang difikirkan mustahak bagi
menubuhkan sebuah negara moden.
Undang-undang inilah menjadi punca
bagi semua undang-undang sama ada
yang sudah ada atau yang akan dibuat”

Sumber: Tun Salleh Abbas, 2003

8
• Konsep Ketinggian Perlembagaan

Dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi yang


berfungsi sebagai panduan dan rujukan kepada segala urusan
pemerintahan dan pentadbiran negara.

9
Kaedah Pembentukan Perlembagaan

Kaedah yang dipraktikkan di dalam pembentukan

Perlembagaan Persekutuan

(i) Konsep win-win situation

(ii) Persefahaman dan tolenrasi

10
Perlembagaan Persekutuan sepintas lalu:

– Bertulis
– Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual
– Menyentuh bidang kuasa perundangan,
kehakiman dan eksekutif
– Menyentuh juga aspek bahasa, agama,
kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya
Tujuan Perlembagaan

– Sumber undang-undang tertinggi sesebuah


negara dan setiap individu perlu mematuhi
keluhurannya.

– Panduan mengatur dan menyelaras


pemerintahan sesebuah negara.

– Panduan bagi pembentukan undang-undang


sama ada di pihak kerajaan atau rakyat atau
sesiapa sahaja
Sejarah Penggubalan

• Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Batu


Bersurat Terengganu membuktikan telah wujud sistem
perlembagaan di Tanah Melayu

• Diikuti Perlembagaan Johor dan Terengganu yang


memperuntukkan seorang Menteri mestilah Melayu, rakyat
sultan dan beragama Islam

• Menjelaskan sistem perlembagaan itu telah wujud sebelum


kedatangan penjajah British
Sejarah Penggubalan Perlembagaan

Perlembagaan Malayan Union (1946)


[1 Mac 1946]

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu


(1948)
[1 Febuari 1948]
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
(1957)
[31 Ogos 1957]
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
[16 September 1963]

14
MALAYAN UNION. 10 OKT 1945

• Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan:

1. Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan


pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri seperti Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu.

2. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu


bekerjasama dengan Jepun dan pengenalan Malayan Union dapat
melemahkan kuasa Raja-Raja Melayu.

3. Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan bagi


memerintah negara sendiri.
• Ciri-ciri Malayan Union

1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah


pemerintahan Gabenor British yang dibantu oleh Majlis Mesyuarat
Persekutuan dan Majlis Undangan.

2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.

3. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan kecuali dalam hal agama


Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.

4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira
bangsa dan keturunan. Pengenalan Malayan Union telah
memberikan hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di
Tanah Melayu.
• Penentangan orang Melayu terhadap
Malayan Union
• Tentangan orang Melayu kerana:

1. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan.

2. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai


tanah jajahan Inggeris.

3. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu


penduduk asing yang telah bermastautin lebih sepuluh tahun dan
lahir selepas Malayan Union, secara terus menjadi warganegara.

4. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa


iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.

5. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja


Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan
Kedah telah diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan
Malayan Union atau dilucutkan dari tahta pemerintahan.
Persekutuan Tanah Melayu 1948

• British telah membatalkan cadangan menubuhkan Malaya


Union lalu menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946
yang terdiri daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua wakil
UMNO dan enam pegawai British
• Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka sebuah
perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu.
• British menubuhkan Jawatankuasa Perundingan pada
Disember 1947 yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan
India dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan orang
bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu.
Ciri-ciri penting dalam Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1 Feb 1948:
 Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan
termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal
menjadi tanah jajahan yang berasingan
.
 Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi
British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan
dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
 Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17
ahli iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak rasmi dan
tiga ahli ex-officio.
 Sultan-sultan diberi hak dan kuasa memerintah
dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan
Majlis Undangan Negeri.
– Syarat kewarganegaraan diketatkan, pemohon mesti lahir
di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga
12 tahun. Pemohon asing mestilah pemastautin selama 15
tahun. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut
adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa
Melayu yang baik.

– Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum


bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam
Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

• Keadaan politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak


ekoran daripada perkembangan penubuhan parti-parti politik
ke arah berkerajaan sendiri. Hasrat Kerajaan Inggeris untuk
memberikan kemerdekaan dapat di lihat daripada beberapa
peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1950-an seperti
pengenalan Sistem Ahli, Pilihanraya Majlis Tempatan dan
Pilihanraya Umum 1955.

• Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya dalam tahun


1955 telah memaksa penjajah British mengadakan satu
Persidangan Perlembagaan di London.
Persidangan London 1956

• Persidangan ini berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Febuari


1956 dengan dihadiri oleh satu perwakilan yang terdiri dari
empat orang wakil raja-raja Melayu, ketua menteri
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) berserta tiga orang menteri
lain, Pesuruhjaya Tinggi British dan penasihat-penasihatnya.

• Persidangan ini telah mencadangkan supaya dilantik sebuah


suruhanjaya yang bebas untuk menggubal satu perlembagaan
untuk Persekutuan Tanah Melayu yang berkerajaan sendiri
dan merdeka.
• Cadangan ini telah diperkenankan oleh Queen of British
Empire dan Raja-Raja Melayu.

• Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah


ditandatangani pada 8 Februari 1956.

• Sebelum bertolak, wakil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu


telah berjaya mencapai persetujuan dalam soal kemerdekaan
dan ini sudah tentu memudahkan rundingan berjalan dengan
lebih lancar lagi. Pihak British diketuai oleh Lord Lennox Boyd,
Setiausaha Tanah Jajahan British.
• Beberapa persetujuan telah berjaya dihasilkan, iaitu

- Kerajaan British akan memberikan kemerdekaan pada 31


Ogos 1957;
- Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan
menjalankan pemerintahan secara demokrasi;
- Selaras dengan tanggungjawabnya terhadap Komanwel,
British juga mendapat hak menempatkan tenteranya di
negara ini; dan
- Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal
perlembagaan Tanah Melayu yang dinamakan Suruhanjaya
Reid.
Delegasi kemerdekaan bertolak ke London.
Rundingan 18/01-08/02 1956 (3 minggu).

30
SURUHANJAYA REID 1956

• Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan pada tahun 1955

• Usaha merangka perlembagaan TM yang merdeka


dibuat menerusi Suruhanjaya Reid.

Ahli: Lord Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell,


B. Malik dan Hakim Abdul Hamid

Bersidang: 118 kali.


Menerima 131 memorandum bertulis. Dua dianggap penting dari majlis
Raja-raja dan Parti Perikatan
Tujuan

Menjamin kedudukan orang Melayu.

Melindungi kepentingan sah bukan Melayu.

Menekankan kepada kewujudan sebuah


kerajaan pusat yang kuat.

Pembahagian kuasa yang jelas dalam


pemerintahan demokrasi berparlimen.
Menerima memorandum penting daripada
Parti Perikatan; Kontrak Sosial.

UMNO:
Bersetuju melonggarkan syarat bagi
kerakyatan.

MCA, MIC:
Menerima kedudukan istimewa Melayu,
kedaulatan sultan Melayu,
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Febuari 1957, suruhanjaya ini mengumumkan
Rang Perlembagaan untuk TM yang merdeka.

Dibantah oleh Parti Perikatan kerana:

1. Islam tidak diakui sebagai agama rasmi,


2. Dwi-kerakyatan dibenarkan,
3. Penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil
dalam badan perundangan selama
10 tahun selepas merdeka.

34
Rang ini dikaji semula oleh Jawatankuasa
Kerja
- 4 orang wakil Raja-raja Melayu
- 4 orang wakil kerajaan persekutuan
- Pesuruhjaya Tinggi
- Ketua setiausaha
- Peguam negara
Kandungan dan Inti Pati Perlembagaan PTM
1957
• Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan
• Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen.
• Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
• Pemisahan kuasa Persekutuan dengan kuasa Negeri
melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
• Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana
pentadbiran dan dibantu oleh Dewan Undangan Negeri
dan Exco.
• Tiga jenis kerakyatan diwujudkan, iaitu secara kuatkuasa
undang-undang, permohonan, dan naturalisasi.
• Prinsip jus soli diterima
• Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
• Agama Islam sebagai agam rasmi Persekutuan
• Tanah simpanan Melayu dikekalkan
• Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan

Sebagai rumusannya perjanjian PTM 1957 penting untuk


pembinaan negara dan bangsa yang kukuh sepertimana kita
nikmati hari ini. Selain itu, unsur kesultanan Melayu dan
sistem birokrasi Barat turut digabungkan untuk membentuk
identiti negara dan bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963
• Menjelang Disember 1962, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah
dan Sarawak bersetuju dengan pembentukan Malaysia pada 31 Ogos 1963

• Bagaimanapun tarikh itu terpaksa ditunda pada 16 September 1963,


disebabkan laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan serta tentangan
daripada Indonesia dan Filipina manakala Brunei menarik diri pada saat-
saat akhir.

• Bagaimanapun perjanjian Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963, dan


pada bulanberikutnya, Ratu Elizabeth memperkenankan Akta Malaysia
yang diluluskan oleh Parlimen British.

• Akhirnya perjanjian Malaysia diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu,


Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Majlis
Undangan Sabah. Pada 26 Ogos 1963, Yang diPertuan
Agong memperkenankan Akta Malaysia.
• Pada 16 September 1963, Malaysia ditubuhkan secara
rasmi.

• Antara lain inti pati perjanjian Malaysia 1963, ialah:

a. Semua urusan hal ehwal luar tanggungjawab kerajaan


Persekutuan.
b. Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan kecuali
Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan.
c. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa
Inggeris dan bahasa lain masih boleh diamalkan.
d. Bahasa rasmi Sabah dan Sarawak adaiah bahasa Inggeris
sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.
e. Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal
imigresen dan perkhidmatan awam.

f. Sarawak memperolehi 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan


Singapura 15 kerusi perwakilan kuasa.

g. Rakyat Bumiputera Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang


sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
Sekian. Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai