Anda di halaman 1dari 12

PT 20503 PSIKOLOGI ORGANISASI

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK TUGASAN: PERMASALAHAN DALAM ORGANISASI

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. DAHLAN BIN HAJI MALEK

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD TUNFITRI MAJIRUN

YR 2008-1424

SEMESTER: 4 SESI 2000/2010

SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


KANDUNGAN

PENGENALAN

PERSONALITI INDIVIDU

DEFINISI TINGKAH LAKU “COUNTERPRODUCTIVE

JENIS TINGKAHLAKU “COUNTERPRODUCTIVE” YANG LAZIM

Jenis Tingkahlaku “Counterproductive” yang tidak LAZIM

PERMASALAHAN KAJIAN

TUJUAN KAJIAN

METODOLOGI KAJIAN

1. PEMERHATIAN

2. TEMURAMAH

CARA MENANGANI PERMASALAHAN YANG DIHADAPI

KESIMPULAN

REFERENCES
PENGENALAN

Di sini saya telah membuat kajian permasalah sesebuah organisasi di premis Mara

Kudat. Pada mulanya saya telah tersalah dalam membuat kajian saya di organisasi ini, yang

mana pensyarah telah mengarahkan tugasan ini di buat adalah untuk melihat permasalahan

dalam sesebuah organisasi, dan sebagaimana saya telah membuat kajian tentang ‘adakah

pekerja seorang yang bermotivasi, disitu saya tidak memdapat maklumbalas yang sesuai

kerana saya telah menerima pekerja yang terdapat di premis Mara ini adalah bermotivasi. Oleh

yang demikian, tidak ada terdapat permasalahan yang terlihat dalam organisasi tersebut dari

aspek permasalahan pekerja.

Saya telah membuat kajian kali yang kedua dengan harapan mendapat apa yang telah

ditugaskan kepada saya untuk melihat permasalahan yang berlaku dalam organisasi. Pada

kajian yang kedua ini saya telah membuat temuramah terhadap pekerja yang ada buat kali

yang kedua dan bertanyakan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja dalam organisasi Mara

bahagian Kudat ini. Disini juga saya tidak mendapat maklumbalas seperti yang saya jangkakan,

yang mana pekerja tersenyum bila saya bertanyakan soalan tentang permasalahan yang

mereka hadapi, dan pekerja tersebut telah berfikir untuk beberapa minit untuk tentang masalah

yang dihadapi dalam organisasi mereka dan akhirnya dia tidak tahu mahu berkata apa-apa

tentang masalah yang dihadapi dalam organisasi tersebut kerana pekerja tersebut berkata

memang tidak ada permasalahan yang ada dalam organisasi mereka.

Pada keesokan harinya saya telah membuat tinjauan pada awal pagi untuk melihat jika

ada pekerja yang datang lewat. Jangkaan saya nampaknya tepat yang mana terdapat pekerja

yang datang lewat daripada masa yang telah ditetapkan untuk datang ke pejabat. Oleh yang
demikian saya telah membuat pemerhatian lagi selama setengah hari da mendapati pekerja

dalam premis ini adalah mudah untuk keluar dan masuk ke pejabat pada waktu kerja.

Pada jam2.30 petang saya telah berjumpa kepada pegawai atasan mereka untuk

memberikan saya keizinan untuk membuat sesi temuduga lagi kepada pekerja-pekerja yang

terdapat didalam organisasi tersebut, dan pegawai atasan itu dengan sukacita telah

memberikan kebenaran kepada saya untuk membuat sesi temuramah kepada pekeraj-pekerja

yang ada dalam pejabat tersebut pada waktu itu. Saya telah berjumpa dengan seorang pekerja

kaunter bahagian hadapan dan membuatkan sesi temuramah kepadanya memandangkan dia

tidaklah sibuk pada waktu itu.

Nama pekerja yang saya temuramah pada masa itu adalah Noorsidah bte Lamat, kerana

hanya dia dan seorang saja lagi yang ada di dalam pejabat tersebut, dan yang lain telah pergi

buat kerja luar memandangkan Mara ini memberikan khidmat pinjaman kepada peniaga-

peniaga kecil terutamanya yang berstatus bumiputera, selain memberikan khidmat pinjaman

Mara juga memberikan khidmat pelanggan terhadap orang ramai terutamanya kepada peniaga

yang mana Mara ini menberikan khidmat nasihat selain memberikan pinjaman. Pelajar-pelajar

yang lepasan SPM dan STPM juga boleh mendapatkan maklumat melalui Mara ini untuk

mendapatkan tempat pembelajaran di mana-mana IPTS bagi pelajar yang tidak mendapat

tempat unutk belajar di IPTA.

Premis Mara ini adalah terdapat banyak cawangan di seluruh Malaysia, di sini saya telah

membuat peninjauan di premis Mara Kudat adalah memudahkan saya untuk melihat atau

membuat pemerhatian di premis ini disebabkan saya juga menetap di kawasan kudat.
Setelah membuat beberapa hari tinjauan saya dapati bahawasanya premis Mara ini tidak

mempunyai “punch kad” yang mana pekerja hanya menulis nama pada buku kehadiran yang

telah disediakan, oleh yang demikian saya dapati lagi bahawa pekerja dalam organisasi Mara ini

senang-senang keluar tidak kira pada masanya. Dengan membuat temuduga terhadap pekerja

yang ada beliau memberitahu bahawa yang mereka memang mudah untuk keluar dan masuk

dalam pejabat kerana ketiadaan “punch kad” tetapi mereka akan menetapkan masa selama

8jam berada di dalam pejabat.

Tidak lama kemudian pegawai atasan mereka telah tiba dan saya meminta kebenaran

kepada pegawai tersebut untuk membuat temuduga tentang permasalahan ketiadaan “punch

kad” dalam pejabat mereka. Beliau memang mengakui bahawasanya organisasi mereka

bermasalah kerana ketiadaan mesi punch kad. Tetapi dia berkata bahawa pekerja-pekerja yang

terdapat tidak mempunyai masalah datang lewat memandangkan di Bandar Kudat tidak ada

terkena jem seperti di Kota Kinabalu dan tempat-tempat yang lain.

Jika ada pun pekerja yang datang lambat itu pun jarang sekali kata pegawai atasan yang

telah saya buat temuduga untuk melihat permasalahan yang dihadapi dalam organisasi Mara.

Pegawai akan memanggil pekerja yang datang lewat untuk disoal selidik kenapa dan apa punca

pekerja tersebut datang lambat dan diminta untuk lampirkan surat tunjuk sebab mengapa

pekerja tersebut lewat pergi ke tempat kerja.


PERSONALITI INDIVIDU

Satu definisi awal tentang personaliti menurut Menninger (1930) personaliti ialah “apa-apa

sebenarnya yang menghuraikan tentang seseorang” dan definisi ini di anggap terlalu ringkas.

Satu definisi yang menyeluruh yang diberikan oleh Warren & Carmicheal (1930) yang mana

menurut mereka personality merupakan “organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri

daripada system psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaian kepada persekitarannya.

Terdapat juga beberapa definisi yang lain tenteng personality selain yang terdapat dua

diatas. Allprt (1937) telah mengumpul lebih kurang lima puluh definisi. Tidak hairanlah jika

tidak ada satu pun definisi personaliti yang diterima umum kerana terlalu banyak definisi yang

dikemukakan.

Dalam kajian personality terdapat dua aspek dalam mempengaruhi tingkah laku iaitu

aspek biokimia dan fisiologi yang mana ia merujuk kepada individu dan tingkah laku mereka.

Dari segi ciri personaliti personaliti hanya boleh ditafsirkan daripada tingkah laku dan tidak

boleh diperhatikan secara langsung.

Setiap daripada satu definisi tersebut merujuk kepada jenis tingkah laku yang berlainan

dan penggunaan kaedah penyelidikan yang berlainan. Definisi-definisi tersebut tersebut ada

yang konkrit atau jelas, dan ada pula yang abstrak. Definisi tersebut mungkin menghuraikan

tentang apa-apa yang berlaku dalam diri individu, atau bagaimana individu berinteraksi sesame

mereka dan ia juga mungkin dapat menghuraikan tentang apa-apa yang dapat diperhatikan

secara langsung dan ada pula yang boleh dibuat tafsiran.


DEFINISI TINGKAH LAKU “COUNTERPRODUCTIVE”

Tingkah laku jenis “counterproduktive” ini adalah bersifat bertentangan dengan

matlamat sesebuah organisasi yang dilakukan oleh pekerja-pekerja, bermaksud apa sahaja

tingkah laku pekerja yang menyukarkan perjalanan kerja dalam sesebuah organisasi untuk

mencapai apa sahaja matlama sesebuaht organisasi akan dianggap sebagai tingkahlaku yang

bersifat ‘counterproductive’, yang mana ia tidak mengambilkira motif dan juga penyebab

disebalik tingkahlaku ‘counterproductive’ ini asalkan ianya terjadi seperti apa yang dimaksudkan

dengan ‘counterproductive’.

JENIS TINGKAHLAKU “COUNTERPRODUCTIVE” YANG LAZIM

1. Prestasi Kerja Tidak Efektif

Merupakan isu yang sukar ditangani oleh organisasi, kerana ianya sangat sukar unutk

dikesan. Tingkahlaku jenis ini adalah dengan cara mendiagnosis bagaimana hendak

member tindak balas serta mencegah tingkah laku itu.

2. Ponteng Kerja

Ponteng kerja adalah pekerja tidak hadir ketempat kerja. Terdapat dua jenis ponteng

kerja iaitu ponteng kerja sah dan tidak sah. Kebiasaannya ponteng kerja ini adalah

berkaitan dengan kepuasan kerja dan komitmen organisasi.


3. Turnover

Terdapat 4 jenis ‘turnover’ dalam sesebuah organisasi, iaitu;

Optomal Turnover

- Pekerja yang berprestasi rendah akan diberhentikan kerja.

Dysfuntional

- Kadar berhenti kerja yang tinggi, sama ada pekerja berprestasi rendah ataupun

tinggi.

Avoidable turnover

- Terdapat langkah-langkah yang boleh diambil oleh organisasi.

Unavoidable turnover

- Organisasi tidak mampu untuk menghalang pekerja berhenti kerja.

4. Kemalangan

Kemalangan adalah sangat merugikan kepada organisasi. Kemalangan biasanya

ditentukan Individu dan Iklim dalam organisasi tersebut.

Jenis Tingkahlaku “Counterproductive” yang tidak LAZIM

- Kecurian.

- Keganasan ditempat kerja.

- Penyalahgunaan bahan terlarang (dadah).

- Gangguan seksual.
PERMASALAHAN KAJIAN

Masalah yang ingin dikaji di organisasi ini adalah unutk melihat adakah pekerja datang

lewat atau sesuka hati ke pejabat memandangkan ketiadaan mesin ‘punchcard’ kehadiran di

organisasi Mara.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat adakah ketiadaan mesin “punchcard” kehadiran

punca menyebabkan pekerja selalu datang lewat ataupun sesuka hati datang ke pejabat dan

keluar dari pejabat sewaktu masa bekerja.

METODOLOGI KAJIAN

3. PEMERHATIAN

Pemerhatian yang saya lakukan adalah selama 3 hari untuk melihat pekerja yang berada di

Organisasi Mara jika mereka datang lewat ke pejabat ataupun awal sebelum masuk waktu

pejabat.

4. TEMURAMAH

Saya telah menemuramah pegawai atasan Mara daerah kudat iaitu En. Mad Yussuf dan

seorang pekerja iaitu Noorshidah Lamat untuk mengetahui tentang kehadiran iaitu datang

lewat atau awal ke pejabat, terhadap semua pekerja yang ada dalam organisasi tersebut.
CARA MENANGANI PERMASALAHAN YANG DIHADAPI

Setiap organisasi haruslah mempunyai misi,visi dan matlamat yang perlu organisasi itu

capai. Setiap organisasi mesti mempunyai masalah dalam organisasi tersebut terutamanya

masalah jenis “counterproductive”. Oleh yang demikian pegawai atasan haruslah membuka

mata dan melihat perlakuan-perlakuan yang akan merugikan organisasi. Pegawai atasan juga

perlulah menjalankan peranannya sebagai orang yang tertinggi jawatannya dalam organisasi

tersebut dengan penuh rasional dan professional untuk mencari jalan penyelesaian terhadap

permasalahan yang terjadi di dalam organisasi yang di pegang atau kawalnya.

1. Pegawai atasan haruslah sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab terhadap pekerja-

pekerja yang ada dalam organisasi tersebut.

2. Pegawai atasan mencari ikhtiar untuk mendapatkan mesin “punchcard” kehadiran agar

masalah kelewatan kerja di organisasi Mara Kudat akan dapat dikurangkan dengan

meminta daripada Pusat Pejabat Mara untuk mengeluarkan peruntukan untuk

mendapatkan mesin tersebut.

3. Pegawai atasan haruslah menggunakan autoriti yang ada padanya untuk membuat

dendaan terhadap pekerja yang datang lewat, seperti mengurangkan cuti tahunan atau

pun memberikan surat amaran setiap kali lambat datang ke tempat kerja.

4. Wujudkan keadaan kerja yang membolehkan pekerja datang awal ke pejabat dengan

membuat pertandingan akan mendapat hadiah tahunan bagi pekerja yang tidak ada

rekod datang lewat ke pejabat.

5. Selalu menghantar pekerja yang ada silih berganti untuk mengikut kursus-kursus yang

berkaitan motivasi kerja dan perkerja, jika pekerja yang mempunyai motivasi untuk

bekerja maka pekerja akan sendiri mengetahui tanggungjawab mereka sendiri sebagai

pekerja.
KESIMPULAN

Matlamat, visi, misi, dan imej organisasi adalah penting dan ianya dilihat berlandaskan

kepada pekerja-pekerja yang ada di dalam sesebuah organisasi. Jika pekerja selalu datang

lewat ke tempat kerja maka imej organisasi tidaklah baik di mata pelanggan malah ianya akan

mendatangkan kepada metlamat organisasi tersebut akan tidak tercapai. Oleh yang demikian

pegawai-pegawai atasan haruslah member perhatian terhadap permasalahan ini walaupun

nampaknya seperti masalah yang berat akan tetapi akan memberikan impak yang besar

terhadap organisasi.

Oleh yang demikian kajian telahpun membuat beberapa jenis jalan penyelesaian

terhadap permasalahan yang diambik. Maka dengan itu permasalahan ini tidaklah dapat

ditangani dengan cepat dan pulih sepenuhnya. Dengan adanya cara-cara penyelesaian ini,

maka permasalahan datang lewat ke pejabat adalah berkurang dari semasa ke semasa, untuk

menepati masa itu pekerja haruslah mempunyai personaliti diri yang baik dan bermotivasi.

Dengan itu matlamat sesebuah organisasi akan mudah untuk tercapai dan organisasi tidak akan

mudah untuk mundur, maka akan organisasi akan terus maju kehadapan.
REFERENCES

Kanfer, R. (1990). Motivation theory and industrial/organization psychology. In M. D. Dunnette


& L. M. Hough (Eds.), Handbook of industrial and organizational psychology (2nd ed., Vol. 1,
pp.75-170). Palo Alto, CA: Consulting Psychologists Press.

Micheal G. Aamodt (2007). Industrial/Organization Psychology An Applied Approach ( fifth ed. ).


United States Of America.

Maslow, A. H. (1943). A theory of human motivation. Psychological Review, 50, 370-396.

Majlis Amanah Rakyat Sabah.

http://www.mara.gov.my/361;jsessionid=1289828B434DCA5AAC301C353F8245B6

Anda mungkin juga menyukai