Anda di halaman 1dari 14

1.

0 JUSTIFIKASI REKA BENTUK KURIKULUM PROGRAM FUTURISTIK / INOVASI

Mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan banyak mendatangkan

kebaikan dalam hidup kita. Namun, kebanyakan pelajar di Malaysia tidak begitu

mementingkan penglibatan dalam aktiviti sukan kerana beranggapan aktiviti itu hanya

membuang masa. Lagipun masyarakat lebih memandang pencapaian akademik

sebagai ukuran. Jadi, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil langkah

proaktif untuk mengikis pendapat jumud ini selaras dengan Dasar Sukan Negara

melalui pelaksanaan program 1 Murid 1 Sukan(1M1S) yang menuntut penglibatan

aktif dan komitmen penuh pelajar dalam satu sukan atau lebih mengikut kemampuan.

KPM telah mewajibkan setiap sekolah melaksanakan program ini agar minat pelajar

terhadap aktiviti sukan dapat dipupuk sejak kecil.

Selain itu, objektif dasar 1Murid 1Sukan selaras dengan Falsafah Pendidikan

Negara yang mana melahirkan individu yang sempurna dari segi Jasmani, emosi,

rohani, Intelektual dan social.

Menurut Caplan 1973, aktiviti main adalah sebagai penentu penting bagi

perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial

dan intelek di samping dapat memperkembangkan fizikal, koordinasi dan ketangkasan

murid. Oleh itu, dasar 1Murid 1Sukan ini amat sesuai dilaksanakan di semua sekolah

tetapi terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam mencapai

objektif sebenar dasar ini.

1
Kemudahan alatan dan keluasan tempat permainan yang terhad menjadi

halangan bagi dasar ini. Seperti yang diketahui, semua sekolah tidak mempunyai

modal yang cukup besar dan padang atau gelanggang untuk bermain. Maka pihak

sekolah menghadapi masalah dalam pelaksanaan dasar ini dengan jayanya.

Oleh itu, pihak sekolah wajib mencari cara penyelesaian yang sesuai serta

mudah supaya dasar 1Murid 1Sukan dilaksanakan dengan jayanya di sekolah. Maka

guru –guru harus mengambil intensif dan inovasi yang baharu demi kebaikan anak

murid kita.

2.0 KONSEP KURIKULUM FUTURISTIK/INOVASI YANG SAYA PILIH

2.1 KONSEP INOVASI

Pendidikan fizikal merupakan sebahagian daripada proses pendidikan adalah bidang

yang memberi fokus terhadap pembelajaran fizikal, intelektual, sosial dan emosi yang

berlaku melalui pengalaman aktiviti fizikal dalam pelbagai keadaan ( Doherty dan

Brennan, 2008). Maka dasar 1Murid 1Sukan amat sesuai dengan pendapat Brennan.

Dalam dasar 1Murid 1Sukan, sukan Olahraga juga disenaraikan dan ia dipilih

sebagai sukan utama oleh sekolah saya. Sukan Olahraga meliputi beberapa acara

seperti acara pecut, lompatan dan balingan.

2
Seperti yang diketahui sekolah saya tidak mempunyai alatan serta tempat

aktiviti yang secukupnya bagi melaksanakan sukan ini. Walau bagaimanapun saya

tetap melaksanakan aktiviti sukan ini melalui intensif dan inovasi yang diambil oleh

saya.

Sebenarnya inovasi bermaksud, pembaharuan, modifikasi, atau membaiki

idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-

fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu

(Sufean Hussin, 2001). Selain itu, ramai tokoh berpendapat seperti berikut:

Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang

kelihatan baru pada unit yang menggunakannya.

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di

anggap baru oleh seseorang.

Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih

baik daripada yang lama oleh seseorang individu.

Secara kesimpulannya, inovasi boleh diterangkan seperti sesuatu penghasilan baru

yang berbentuk maujud dan mujarad berdasarkan proses penyusunan semula dengan

menggunakan unsur yang sedia ada.

Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau trendsetter

untuk menjadi peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimum dalam

3
ekosistem yang banyak persaingan. Secara am, inovasi terdapat dalam dua

peringkat iaitu peringkat individu dan peringkat organisasi.

Saya memilih inovasi peringkat individu yang mana di peringkat ini, inovasi

dibuat oleh individu kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti persekitaran dan

seterusnya membina idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru atau

membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Istilah

penting di sini ialah modifikasi.

2.2 INOVASI YANG SAYA PILIH

Dalam acara Olahraga terdapat beberapa peringkat latihan. Salah satunya adalah

“drill” yang man membantu murid menguasai koordinasi, kepantasan serta

ketangkasan yang mana terdapat dalam sukan Olahraga. Alatan yang digunakan

dalam melaksanakan drill adalah ‘Ladder’ yang mana harga seunit adalah RM250.00.

Sekolah tidak mempunyai modal wang yang secukupnya untuk membeli alatan ini.

Selain itu, tempat yang sempit juga tidak membenarkan saya melaksanakan aktiviti

Olahraga ini dengan betul.

Maka saya mengambil usaha dan berjumpa dengan En.Jegatisan jurulatih

utama sukan Olahraga serta jurulatih sukma Johor. Saya berbincang dengan beliau

dan mengubahsuai alatan ‘Ladder’ ini dalam bentuk yang mudah serta menggunakan

modal yang murah. Pada masa yang sama, saya menjalankan aktiviti Olahraga dalam

bentuk Formula 1. Tujuan formula 1 adalah meningkatkan stamina / endurance serta

4
menarik minat murid dalam acara Olahraga. Dengan ini berikut adalah inovasi /

modifikasi yang dibuat oleh saya dalam melaksanakan Formula 1.

 LADDER.

Alatan ini digunakan untuk membuat latihan drill bagi memastikan koordinasi

serta kepantasan dan ketangkasan murid. Alatan ini biasanya dijual RM250.00

seunit. Maka saya mengubahsuai alatan ini dengan menggunting tikar pada

ukuran yang berbeza supaya pelbagai kebolehan murid boleh digunakan. Di

sini saya dapat mengurangkan modal serta ia boleh menyimpan di mana-mana.

Selain itu, saya membalut dengan tap hitam di sekeliling tikar supaya ia tahan

lama.

 HURDELS

Papan atau pagar yang digunakan untuk lompat berpagar adalah agak mahal.

Modal kewangan tidak mencukupi untuk membeli alatan tersebut. Maka saya

membeli kotak-kotak dan membalutkan menjadi sebagai halangan semasa lari.

Pada masa yang sama saya memastikan ia pelbagai saiz dan ketinggian yang

berbeza. Paip PVC juga boleh digunakan tetapi ia juga perlu membelanjakan

lumayan yang lebih.

5
 AKTIVITI FORMULA 1

Aktiviti Formula 1 ini merupakan aktiviti yang berunsur berstesen dan aktiviti-

aktivitinya berlandaskan kecergasan kesihatan dan kecergasan motor. Dalam

Formula 1 ini, sekali gus boleh memerhati kebolehan murid dalam koordinasi,

pecutan, ketangkasan, daya tahan otot, kelenturan dan sebagainya. saya

memilih Formula 1 ini dengan menggunakan strategi “CHANGE IT”. Berikut

adalah maksud strategi CHANGE IT. Melalui strategi ini, saya memastikan

komponen-komponen seperti gaya pengajaran, tempat yang sesuai, peralatan,

jumlah murid, peraturan permainan dan sebagainya. Selain itu, permainan

Formula 1 ini berunsur pertandingan.

Maka murid sangat suka untuk bertanding dan mencuba yang terbaik

untuk menangi. Dengan ini, permainan Formula 1 ini sangat menepati strategi

ini dan dapat menarik minat murid dalam melakukan aktiviti olahraga.

6
(strategi yang digunakan bagi Formula 1)

3.0 PROGRAM YANG DIREKA BENTUK

3.1 MATLAMAT

 Membantu murid melakukan aktiviti dengan seronok

 Membantu murid melakukan aktiviti berlandaskan kecergasan dan kesihatan.

 Membantu guru mengatasi masalah alatan dan kekurangan kawasan.

3.2 KANDUNGAN KURIKULUM

3.2.1 TAJUK : FORMULA 1

3.2.2 AKTIVITI :

Murid melaksanakan aktiviti Formula 1 yang berlandaskan aktiviti

kecergasan kesihatan dan motor dengan betul dan mengikut peraturan

aktiviti.

3.2.3 BAHAN :

 ‘LADDER’ ubah suai

 Kotak

 Kon dan kayu

7
 Hurdle (ubah suai)

 Tilam

3.3 PROSEDUR

 Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.

 Seorang murid dari setiap kumpulan akan melaksanakan aktiviti yang

disediakan pada masa yang sama.

 Murid yang melepasi semua stesen dan melepasi garisan tamat maka

ahli seterusnya akan mengikut sampai semua ahli dihabiskan.

3.3.1 AKTIVITI FORMULA 1 (LIMA AKTIVITI)

 Gulingan (tilam ataupun kotak yang besar)

 Lari pecut

 Lari zig zag (susun kon atan guna kayu)

 Ladder (tikar yang digunting seperti ladder)

 Lari halangan (kotak)

8
9
CONTOH GAMBAR RAJAH FORMULA 1

CONTOH LADDER

4.0 PENILAIAN

 Guru memastikan semua murid melepasi semua halangan dengan betul.

 Kumpulan yang melepasi semua halangan dengan pantas akan dikira menang.

 Guru boleh memantau dan memberi markah kepada murid dari segi perlakuan.

10
5.0 KESIMPULAN

Dasar Sukan Negara adalah satu dasar sukan untuk semua. Dasar ini merangkumi

sukan prestasi tertinggi dan sukan untuk semua. Dasar 1Murid 1Sukan amat sesuai

bagi dasar sukan Negara yang mana ia untuk semua. Bagi merealisasikan objektif

dasar ini maka inovasi dan program futuristic amat digalakkan tanpa mengubah

objektif sebenarnya.

Berdasarkan tersebut, saya telah mencuba modifikasi alatan dan membina

permainan berbentuk futuristic iaitu Formula 1 dengan menggunakan strategi

‘CHANGE IT’. Saya telah modifikasikan beberapa alatan dengan mengikut prinsip

inovasi yang digariskan oleh pakar-pakar. Pada pendapat saya sukan perlu diubahsuai

mengikut umur dan tahap kebolehan seseorang murid supaya menarik minat mereka.

Sukan ubahsuai telah dilaksanakan bermula pada hujung 70-an dan awal 80-an lagi.

Transformasi pengubahsuaian sukan ini hanyalah tertumpu kepada peralatan-

peralatan sukan yang diguna pakai serta bersesuaian dengan saiz kanak-kanak.

Pengubahsuaian terhadap sesuatu jenis sukan mendorong setiap golongan umur untuk

mencubanya. Jika dibandingkan, sebilangan sukan yang dimainkan pada masa kini

kebanyakannya telah diubahsuai dari segi peralatan, peraturan dan sebagainya.

Antaranya sebahagian sukan yang telah diubah suai ialah seperti bola tampar pantai,

futsal, mini bola keranjang, bola sepak 7 sebelah, ragbi 7 sebelah, ragbi sentuh dan

11
sebagainya. Maka setiap guru dan pihak sekolah perlu mengambil inovasi untuk

melaksanakan dasar 1Murid 1Sukan dengan jayanya dan dapat melahirkan murid

yang menguasai JERIS.

6.0 RUJUKAN

Fraser J, Ziff A. ( 2009)., Children and Young People’s Participation in Organised Sport
Omnibus Survey. London: Ipsos MORI; . Department for Children Schools and
Families Publication DCSF-RR135

Griffiths LJ, Cortina-Borja M, Sera F, et al. ( 2013) How active are our children? Findings

from the Millennium Cohort Study. BMJ open. ;3(8).

12
Sallis J, Conway T, Prochaska J, McKenzie T, Marshall M, Brown M: ( 2001) The

association of school environments with youth physical activity. Am J Pub Health


91:618–620

Sallis JF, Conway TL, Prochaska JJ, et al: (2001) The association of school environments

with youth physical activity. Am J Public Health, 91(4):618–620.

Sallis JF, Prochaska JJ, Taylor WC: ( 2000) A review of correlates of physical activity of

children and adolescents. Med Sci Sports Exerc , 32(5):963–975.

Telama R, Yang X, Viikari J, et al: ( 2005) Physical activity from childhood to adulthood: a
21-year tracking study. Am J Prev Med , 28(3):267–273

Washington RL, Bernhardt DT, Gomez J, et al: (2001), Organized sports for children and

preadolescents. Pediatrics , 107(6):1459–1462.

BIL M/SURAT
PERKARA
1-2

1.0 JUSTIFIKASI REKA BENTUK KURIKULUM PROGRAM

FUTURISTIK / INOVASI
2-6
2.0 KONSEP KURIKULUM FUTURISTIK/INOVASI YANG SAYA

PILIH
6-9

13
3.0 PROGRAM YANG DIREKA BENTUK
4.0 PENILAIAN 10
11
5.0 KESIMPULAN

12
6.0 RUJUKAN

7.0 LAMPIRAN

ISI KANDUNGAN

14

Anda mungkin juga menyukai