Anda di halaman 1dari 2

Lampiran 5.4b(Dr.

Boon)

CONTOH FORMAT PENULISAN JURNAL

1. Masalah

Pada minggu kelima, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat
sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat
dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif,
khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari
tertentu.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu
ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa
yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil
perbincangan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan
lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti
sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga
mengurangkan masa yang telah dirancangkan.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki

a. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.

b. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-
hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan.

c. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa
yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan
meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan.
Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil
perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan.

d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing di samping
berbincang dengan rakan-rakan yang lain.

4. Tempoh Masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang kerana pengurusan
masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif
yang telah dirancangkan t idak tercapai sepenuhnya .

5. Tindakan Susulan

Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan
aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Biasanya pada hari Isnin, aktiviti
perhimpunan sekolah mengambil masa yang agak lama sehingga menjejaskan masa belajar.
Jadi saya perlu bersedia dengan plan B bagi mengelakkan masalah pengurusan masa yang
kucar kacir.
Contoh penulisan refleksi harian

I thought that my explanations/instructions were good and what I explained was clear
(to me) and the students understood me. I kept on teaching.

However I was wrong. I noticed that students at the back were a bit restless. They kept
looking at their friends’ notes. I realized that on many occasions I rephrase my
instructions. Each time I gave an instruction, I would try to simplify it and repeat it in
another way. This was probably what confused them.

In the next lesson, I shall try to talk slower and repeat only the things that I think are
important. I shall probably use the same classroom language till the students know what
to expect. I shall make my instructions short and sweet, without any rephrasing which
may confuse them.

I am glad that this student pointed this out to me. I have often wondered why the
students looked so frustrated and kept looking over their friends’ shoulders. I thought
they were copying or uninterested in the lesson. I suppose that it is true that we
teachers tend to think that when we have taught, the students should have learnt.