Anda di halaman 1dari 13

SENI DALAM PENDIDIKAN

Pendekatan bertema seringkali digunakan untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam
perkembangan kanak-kanak. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan
budaya dan minat pelajar dan guru. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.

Anda telah melakukan satu lawatan bersama-sama murid-murid anda.

(a) Berdasarkan lawatan tersebut, jelaskan cara menjalankan pendekatan bertema yang dapat
digunakan dalam proses mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran.

(8 markah)

(b) Bincang tentang tajuk-tajuk tema dan soalan-soalan yang boleh menjadi panduan bagi
anda memilih tema tersebut

(10 markah)

(c) Berikan pandangan anda mengenai jumlah mata pelajaran yang boleh dilibatkan
berdasarkan tema yang anda pilih. Huraikan perlaksanaan tema yang dipilih bagi setiap
mata pelajaran tersebut dalam bentuk PowerPoint bagi menunjukkan penggabungjalinan
tersebut.

(12 markah)

1
SENI DALAM PENDIDIKAN

PENDAHULUAN

Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema
ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan
mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan
mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep
yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema
menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi
pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat
mengikut tahap umur kanak-kanak.

Di dalam lawatan sambil belajar, kanak-kanak didedahkan dengan keadaan persekitaran ,


beberapa persoalan boleh dibangkitkan kepada minda kanak-kanak, antaranya adalah tentang
alam dan kaitannya dengan manusia, kaitan alam dengan haiwan, kaitan manusia dan haiwan dan
sebagainya.

Pengaktifan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran dilakukan melalui pengamatan kanak-


kanak dan interaksi mereka dengan guru, guru perlu menunjukkan secara teliti apa yang mereka
lihat dan menerangkan kepada mereka.

2
SENI DALAM PENDIDIKAN

PENDEKATAN BERTEMA MELALUI LAWATAN LUAR KELAS

Tema Persekitaran

Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu
memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain. Persekitaran sosial dipengaruhi
oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. Tema persekitaran
Pula terbahagi kepada 3 jenis:

1. Alam semula jadi

2. Buatan manusia

3. Teknologi

Alam Semulajadi

Peranan dan kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi yang meliputi segala aspek yang
berada dipersekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan tingal dan berinteraksi antara satu
sama lain dalam ekosistem yang seimbang. Alam semula jadi yang stabil dari semua segi akan
memberikan kesan kepada minda murid-murid. Didalam lawatan sambil belajar , pendekatan
bertema persekitaran kita akan menyentuh alam serangga.

Lawatan akan dijalankan ke Taman Rama- Rama, lawatan tersebut dipilih adalah untuk
menerapkan pendekatan bertema dengan menggabung jalinkan subjek-subjek lain.

3
SENI DALAM PENDIDIKAN

Contohnya :

Rama- rama – Apakah permulaan kehidupan rama-rama, bagaimana rama-rama bertelur, apakah
yang menyebabkan rama-rama meletakkan pulpa di tempat tertentu dan sebagainya.

Proses pemindahan pembelajaran berlaku melalui pengamatan dan penerangan. Dalam pelajaran
sains contohnya, pelajar diajar tentang apakah kitaran hidup seekor rama-rama , dan ianya adalah
sebahagian daripada keadaan daripada alam sekitar terutama di dalam hutan.

Kelebihan tema persekitaran adalah memberi pelajar melihat contoh melalui pengamatan tanpa
pembacaan. Lawatan ke taman rama-rama juga merupakan satu proses perkembangan sosial
merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan
orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini
kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak
mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka.

Perkembangan sosial di dalam lawatan sambil belajar dapat diadaptasikan melalui perhubungan
mereka dengan kawan-kawan, Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang
diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. Contohnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi
yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.
Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi
sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya yang lain. Namun demikian, terdapat
banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan
budaya.

Komunikasi juga memainkan peranan penting dalam mengaktifkan minda kanak-kanak dalam
pendekatan bertema, guru berkomunikasi secara verbal dan tidak verbal, Selain daripada
menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga
menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan diri, sikap saling membantu, bertoleransi dengan
pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak.

Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi
menyiapkan projek kelas dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan
peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.

4
SENI DALAM PENDIDIKAN

Guru akan menggunakan kaedah pemerhatian terhadap alam sekitar didalam lawatan, tema yang
sama dan tajuk yang sama, murid juga boleh ditanya melalui soalan sains dimana murid boleh
ditanya bagaimana proses alam semulajadi dapat menjana oksigen. Dalam pengajaran dan
pembelajaran tema alam sekitar akan menjadikan pula subjek yang sama mengenal haiwan
kepada integrasi kepada subjek lain, contohnya:

Subjek : Agama Islam

Pelajar akan diajar bahawa serangga adalah ciptaan Allah yang merupakan sebahagian makhluk
yang perlu dikasih dan dijaga habitat mereka sekiranya serangga tersebut tidak merbahaya,
dalam pendekatan bertema – alam serangga iaitu rama-rama. Murid-murid didedahkan setiap
satu makhluk di dunia ada penciptanya. Lawatan ke Taman Rama-rama akan memberikan satu
kefahaman baru kepada pelajar bahawa kita harus senantiasa bersyukur dengan kurniaan Allah
setiap satu kejadian di muka bumi,.

Subjek Sains

Dalam mata pelajaran yang lain pula pelajar seperti subjek sains pelajar diajar tentang habitat
haiwan serta keperluan hutan kepada manusia yang membekalkan oksigen kepada hidupan di

5
SENI DALAM PENDIDIKAN

bumi. serangga ini dikatogerikan tidak merbahaya kepada persekitaran malah merupakan salah
satu keseimbangan eko system dan pendebungaan tumbuhan . Murid mendapat input tentang
subjek ini dimana mereka dapat melihat secara langsung keperluan rama-rama terhadap kitaran
eko system. Murid juga diberi penerangan dan pengamatan tentang kitaran hidup rama-rama,
dari awal hingga ke akhir. Satu proses kehidupan seekor rama-rama.

Subjek : Seni

Guru boleh melakukan aktiviti berkumpulan dengan menggunakan pengalaman yang mereka
melihat dan menterjemahkan dalam kreativiti seni. Murid-murid diminta membuat satu gambar
rama-rama berdasarkan apa yang mereka lihat.

6
SENI DALAM PENDIDIKAN

Subjek Matematik :

Guru mampu menggunakan seekor rama-rama dan menterjemahkan dalam bentuk matematik,
antaranya adalah ; berapakah ekor rama-rama berwarna kuning ? Berapakan sesungut rama-rama
? Berapakah kaki rama-rama ? Murid yang berada di tahap satu pastinya dapat menggunakan
pengamatan mereka terhadap rama-rama dan memahirkan mereka dalam mengira

Soalan kepada murid ; Berapa ekorkan rama-rama berwarna kuning ?

Subjek : Bahasa Melayu

Murid-murid boleh diminta untuk membuat karangan tentang “ Aku seekor rama-rama” murid
diminta untuk menulis kitaran hidup rama-rama atau mengadaptasi kehidupan rama-rama
sebagai pendebunga atau menggunakan kehidupan rama-rama sebagai makhluk yang cantik dan
berwarna –warni.

7
SENI DALAM PENDIDIKAN

Secara total pendekatan bertema melalui lawatan ke Taman Rama-rama dapat menghasilkan satu
situasi yang kondusif kepada pengajaran dan pembelajaran, dimana pendekatan bertema melalui
tema persekitaran untuk mewujudkan suasana yang menyeronokan dan kondusif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, dapat menyemai daya imaginasi melalui penerokaan, dapat
meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu,
dapat menghadapi cabaran , dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan,
untuk memperbaiki kemahiran interpersonal , menyemai nilai empati ,harmoni dan pemahaman
sesama insan yang pelbagai budaya untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang
menghubungkait pengetahuan dan kemahiran

SOALAN BAGI TEMA PERSEKITARAN – LAWATAN KE TAMAN RAMA-RAMA

WHY

Soalan : Kenapa anda memilih lawatan ke Taman Rama-Rama ?

8
SENI DALAM PENDIDIKAN

Jawab : Taman Rama-rama dipilih kerana ianya dapat menjadikan tema persekitaran
bermanafaat kerana melibatkan serangga yang cantik dan menarik perhatian murid

Soalan : Kenapa tidak menggunakan alat BBM seperti audio video ?

Jawab : Kerana melalui pendekatan secara langsung , murid dapat berinteraksi secara
langsung dan melihat serangga tersebut malah ianya dapat mengukuhkan pendekatan social
murid- murid

WHAT

Soalan : Apakah yang akan diperolehi pelajar melalui lawatan ini ?

Jawab : Murid akan mendapat pengalaman baru samada dari segi pembelajaran dan kehidupan
sosial

Soalan : Apakah subjek yang dapat digabung jalinkan melalui pendekatan bertema –
lawatan ke Taman Rama-rama ?

Jawab : Subjek yang boleh digabung jalinkan adalah Seni , Bahasa Melayu, Matematik, Sains
dan Pengetahuan Agama Islam

WHEN

Soalan : Bilakah anda menggunakan pendekatan bertema lawatan ini kepada murid-
murid dari segi pengajaran dan pembelajaran ?

Jawab : Pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan melalui penerangan dari guru-guru dan
pengamatan murid .

9
SENI DALAM PENDIDIKAN

Soalan : Bilakan murid akan dapat mengadaptasikan pendekatan bertema – alam sekitar –
lawatan ke taman rama-rama ?

Jawab : Murid akan mendapat faedah dari lawatan ini melalui aktiviti-aktiviti yang digabung
jalinkan dalam subjek-subjek Seni , Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Pengetahuan Agama
Islam.

WHERE

Soalan : Dimanakah terletaknya kekuatan pendekatan bertema ini ?

Jawab : Pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan
verbal sama ada berbentuk pengamatan dan aktiviti Bersesuaian dengan situasi, masa atau
peristiwa.

Soalan : Dimanakah kelemahan pendekatan bertema ini - lawatan ke Taman Rama-rama


?

Jawab : hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza dari aktiviti
gabung jalin kepada subjek tertentu.

WHO

Soalan : Siapakah yang mendapat manafaat dari pendekatan bertema ini - Lawatan ke
Taman Rama-rama ?

Jawab : Murid- murid - berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi
baru.

10
SENI DALAM PENDIDIKAN

Soalan : Siapakah dapat menyusun dan merangka aktiviti ini agar lebih bermanafaat dari
sudut pengajaran dan pembelajaran ?

Jawab : Guru dan murid dimana - peranan dan kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi
yang meliputi segala aspek yang berada dipersekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan
tingal . Murid pula mengambil bahagian dalam lawatan ini akan dapat menyusun aktiviti
bersama guru secara selaras dan bermanafaat.

KESIMPULAN

11
SENI DALAM PENDIDIKAN

Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema
ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan
mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan
mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep
yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema
menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi
pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat
mengikut tahap umur kanak-kanak.

Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman
melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru
dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran
bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar
belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka.

Rujukan

Bustam Kamri (2009). HBPS2303 Pendekatan dan kurikulum dalam pendidikan awal kanak,
Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).

Kasnani Ab Karim, Ramlah Jantan, Akmal Hisyam Ar Shad & Siti Norsyafika Kamarudin (2006
. Perkembangan pendidikan prasekolah untuk kursus persediaan, sarjana muda (PISMP), KPLI,

12
SENI DALAM PENDIDIKAN

dan kursus diploma perguruan malaysia, KEMAS dan perpaduan, Subang Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2005). Panduan pendidikan prasekolah, Bentong:
PTS Publications & Distibutors Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2008), Pelaksanaan kurikulum prasekolah kebangsaan


pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna jilid , Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia.

13