Anda di halaman 1dari 2

Tutorial minggu 3

Falsafah pendidikan Islam ialah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan


ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah bagi
menjadi hamba Allah yang bertanggungjawab untuk kebaikan dunia dan akhirat. Falsafah
pendidikan Islam ini bertujuan untuk mendidik seseorang mengamalkan perkara yang
mulia dalam semua aspek kehidupan dan menjaga hubungan dengan pencipta, sesama
manusia dan alam.

Falsafah pendidikan Islam mementingkan hubungan dengan penciptanya kerana


ia dapat menjadikan seseorang itu beramal dengan akhlak mulia. Ini kerana ia mendidik
supaya taat kepada segala perintah agama dan menjauhi segala larangannya. Ketaatan
seseorang kepada perintah agama sangat penting untuk menjadikanny seorang yang
berakhlak mulia kerana setiap agama menuntut untuk melakukan perkara yang baik dan
tiada agama yang mengajar untuk melakukan perkara yang buruk. Pendidikan Islam
menekankan tentang pendidikan duniawi dan ukhrawi. Pendidikan duniawi ialah apa yang
diungkapkan oleh pendidikan moden dengan tujuan kemanfaatan atau persediaan untuk
hidup. Pendidikan ukhrawi pula bertujuan keagamaan iaiatu beramal untuk akhirat dan
menunaikan hak-hak Allah yang telah diwajibkan.

Selain menjaga hubungan dengan pencipta seperti menunaikan hak-haknya,


menjaga hubungan dengan manusia juga dituntut. Apabila seseorang itu menjaga
hubungan dengan tuhannya secara tidak langsung dia juga akan mentaati suruhannya
untuk berakhlak baik dengan manusia. Pendidikan Islam mendidik dengan bersumberkan
al-Quran dan hadis dan menjadikan Rasulullah sebagai contoh teladan dalam setiap
aspek kehidupan. Dengan menjadikan Rasulullah sebagai contoh teladan dalam menjaga
hubungan dengan manusia, hubungan dengan alam juga dapat dijaga. Hal ini kerana
pendidikan Islam juga mendidik untuk sentiasa menjaga kebersihan, kesucian diri dan
alam sekitar. Islam melarang umatnya melakukan perkara yang boleh mendatangkan
kemudaratan kepada diri dan orang lain. Contohnya dengan tidak menjaga kebersihan,
seseorang akan mudah mendapat penyakit dan kebersihan alam juga terjejas dan
mendatangkan keburukan kepada haiwan yang hidup.

Pendidikan Islam banyak memberikan implikasi yang baik kepada kehidupan saya.
Dengan menjaga hubungan dengan tuhan seperti menjaga solat, menuntut ilmu-ilmu
agama dan sebagainya dapat menjadikan saya seorang yang taat kepada perintah
agama. Hati juga sentiasa tenang dan tenteram dan hidup lebih diberkati. Hubungan
dengan manusia juga semakin baik kerana saling tolong-menolong dan menjauhi buruk
sangka. Hubungan dengan alam juga diamalkan dengan tidak membuang sampah
merata-rata dan sebagainya. Kesimpulannya, pendidikan Islam mampu untuk mengubah,
melatih dan mendidik akal, jasmani dan rohani dengan nila-nilai Islam yang dapat
membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai