Anda di halaman 1dari 4

PUSAT SUMBER SEKOLAH

SK JELAI 3 (F)

KERTAS KERJA
PONDOK BACAAN

DISEDIAKAN OLEH:
PN. AZIAH BINTI OTHMAN
PENYELARAS PSS
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 3 (F)
73480 GEMAS, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
PONDOK BACAAN

1.0 Nama Program

Pondok Bacaan

2.0 Rasional

Pondok Bacaan adalah sebagai satu cara pendekatan perpustakaan bagi mengalakkan
murid-murid menambahkan ilmu pengetahuan. Pondok Bacaan akan memberi
kemudahan bahan bacaan kepada para murid yang tidak berkesempatan pergi
kepustakaan.
Murid-murid lebih mudah berinteraksi, bertukar pendapat dan berbincang dengan
lebih bebas dalam kumpulan yang lebih kecil tanpa mengganggu murid yang lain.
Murid-murid juga dapat menambahkan bilangan bahan bacaan dalam buku rekod
nilam mereka.

3.0 Objektif.

i. Menggalakkan para murid menggunakan bahan bacaan tanpa mengganggu kelas


atau rakan sekelas dalam suasana pembacaan yang lebih santai.
ii. Mewujudkan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong murid lebih
bersemangat untuk menjadi murid yang terbilang dan cemerlang.
iii. Membudayakan sikap membaca di mana sahaja mereka berada.
iv. Penggunaan secara maksima kemudahan-kemudahan bahan bacaan yang
disediakan oleh pihak pusat sumber sekolah, khusus bagi membantu
kecemerlangan murid.

4.0 Modus Operandi Pondok Bacaan

i. Terbuka kepada semua murid dan guru.


ii. Bahan bacaan disediakan di dalam bakul.
iii. Pondok Bacaan diwujudkan di wakaf sebelah kantin sekolah.
iv. Para murid bebas menggunakan Pondok Bacaan semasa waktu rehat pada pukul
10.10 pagi hingga 11.00 pagi.
v. Pondok Bacaan disediakan dengan bahan bacaan ringan dan berfaedah untuk
kemudahan murid.
vi. Di Pondok Bacaan para murid dibolehkan makan dan minum semasa mereka
menggunakan kemudahan bahan bacaan.

5.0 Kumpulan Sasaran.

Murid-murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Jelai 3 (F).

6.0 Tarikh Perlaksanaan

Penggal kedua ( Jun hingga November 2013 )


7.0 Implikasi Kewangan

BIL. PERKARA JUMLAH (RM)


1 Bakul (6 x RM5) 30.00
2 Riben 50.00
3 Kain langsir (8 meter x RM5) 40.00
4 Cat 50.00
5 Runcit 30.00
JUMLAH 200.00

8.0 Sumber kewangan

Peruntukan PSS RM 50.00


Keperluan pembiayaan/sumbangan RM150.00
RM200.00

9.0 Pelaksanaan

Pengerusi : En. Adam Bin Hj. Omar, Guru Besar


Naib Pengerusi : En. Zahari Bin Hj. Mokhtar, GPK 1
Penyelaras : Pn. Aziah Binti Othman
Setiausaha : Pn. Zaini Binti Ramli
AJK : Pn. Samsila Binti Sulaiman
Pn. Maziah Binti Malek
Pengawas Perpustakaan SK Jelai 3 (F)

i. AJK guru akan memastikan persiapan Pondok


Bacaan dan perjalanan program berjalan seperti
yang dirancang.
ii. AJK murid akan bertugas secara bergilir-gilir
mengikut jadual yang telah ditetapkan.
iii. Tugas AJK merangkumi membawa bahan
bacaan ke pondok bacaan dan merekodkan
penggunaan bahan bacaan kedalam fail yang
disediakan.
10.0 Penutup

Semoga hasrat sekolah untuk memupuk tabiat membaca dan belajar di mana juga
akan tercapai. Akhirnya akan dapat melahirkan murid yang berketrampilan, berdikari
dan bersemangat akan tercapai melalui kemudahan ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……….……………………………………….
Pn. Aziah Binti Othman
Guru Perpustakaan & Media
SK Jelai 3 (F)
REKOD PENGGUNAAN BAHAN BACAAN
PROGRAM PONDOK BACAAN
SK JELAI 3 (F)

BULAN : _________________________

NO TARIKH BILANGAN BILANGAN PENGAWAS BERTUGAS


BAHAN PENGGUNA

Anda mungkin juga menyukai