Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN

Globalisasi menyebabkan transformasi dilakukan dalam dunia pendidikan, yang


memungkinkan pelbagai langkah proaktif dilaksanakan. Ini bertujuan untuk memastikan sektor
pendidikan negara mampu bersaing dan bersedia dengan segala kemungkinan. Meskipun ada
segelintir pihak menganggap perubahan itu agak drastik, namun bagi memastikan sektor
pendidikan negara mampu bersaing, ia perlu dilaksanakan tanpa berlengah. Menurut Hasnah
Hussiin (2017), walaupun pada dasarnya, agak sukar mengejar kualiti pendidikan bertaraf
antarabangsa, sesuatu transformasi perlu dilaksanakan bagi memastikan sektor Pendidikan dalam
negara mampu memenuhi kehendak globalisasi dan dapat memacu ke tahap lebih dinamik.
Globalisasi juga membawa impak dan perubahan besar sama ada menerusi kurikulum
pendidikan serta sistem pendidikan itu sendiri.

Justeru semua pihak tidak boleh lalai dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam
persekitaran persaingan global yang semakin sengit. Perubahan besar perlu dilaksanakan
terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian Malaysia. Malah
menurut Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (2013) tidak dinafikan bahawa proses
pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap
murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan khususnya dalam abad ke-21.
Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan
kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik proses
pengajaran dan pembelajaran.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, menggariskan sepuluh lonjakan


bagi meneruskan pemerkasaan Pendidikan Tinggi Malaysia. Menyedari pentingnya pendidikan
berlandaskan teknologi dan kedudukan Malaysia dalam pembangunan kursus dalam talian, pelan
ini merangkumkan Lonjakan kesembilan iaitu Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global atau
Globalised Online Learning (GOL), yang memberi tumpuan kepada peluasan akses pendidikan,
peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran di samping membolehkan pembelajaran
disesuaikan mengikut keperluan semasa pelajar. Usaha ini tidak terbatas kepada peringkat
pendidikan tinggi sahaja malah turut ini perluaskan di peringkat pendidikan prasekolah hingga

1
menengah. Bagi pendidikan prasekolah hingga menengah, kementerian juga menekankan
anjakan ke tujuh iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi untuk mengukuhkan pembelajaran
murid sekaligus meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Transfoemasi ini adalah selari
dengan gelombang teknologi yang dilihat telah banyak mengubah corak kehidupan sesebuah
komuniti dan masyarakat di seluruh dunia sama ada dalam bidang pendidikan, ekonomi, sosial
dan sebagainya (Noraini, 2010). Oleh demikian, perlunya inovasi dalam sistem Pendidikan
dengan mengintegrasikan teknologi dalam proses pembelajaran agar dapat menghasilkan suasana
PdP yang lebih menarik dan fleksibel selain penggunaan ruang pembelajaran yang lebih santai
dan mengikut peredaran keperluan pendidikan abad 21. Bahkan terdapat konsep bilik darjah
maya atau tanpa bilik darjah tradisional sama ada di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi
memberi peluang kepada pendidik untuk mempelbagaikan pendekatan dalam pengajaran
pengajaran supaya pelajar dapat didedahkan dengan satu set kemahiran yang relevan dalam
menangani cabaran masa depan selaras dengan Revolusi Industri 4.0 (Noraini Mohamed Noh,
Norazilawati Abdullah, Wong Kung Teck & Mahizer Hamzah, 2019).

Kemunculan teknologi telah menghasilkan institusi pendidikan yang menawarkan


pelbagai kaedah dalam melengkapkan pengalaman pembelajaran di kelas dan meningkatkan
belajar mengikut keperluan individu. Inovasi dalam persekitaran pembelajaran antaranya dapat
mewujudkan gabungan pendekatan pembelajaran bersemuka dan tanpa bersemuka. Menurut
Felder dan Brent (2005) pembelajaran berlaku dalam pelbagai gaya dan dengan kelajuan yang
berbeza. Inovasi ini membolehkan pembelajaran bebas dari sudut masa dan tempat. Persekitaran
pembelajaran yang dihasilkan dari gabungan ini telah diterima dan diiktiraf sebagai pendekatan
pembelajaran teradun atau Blended Learning. (Wayne, 2012). Guards dan Vaughan (2008)
menyatakan bentuk pembelajaran teradun ini sebagai satu pendekatan yang berkesan
merangkumi gabungan persekitaran pembelajaran yang tepat untuk meningkatkan pengalaman
belajar dan menawarkan berpusatkan pelajar, pendekatan kendiri, fleksibel dan pelbagai aspek
dalam pembelajaran dan proses pengajaran.

Walaupun hakikatnya pendekatan pembelajaran teradun masih lagi belum mendapat


tempat dihati pendidik dan pelajar, namun tranformasi ini tetap perlu dilakukan semada secara
rela atau terpaksa. Malah pada tahun 2020, seluruh dunia dikejutkan dengan penularan wabak
COVID19 sehingga menyebabkan sistem ekonomi dan pendidikan khususnya menjadi terjejas.

2
Penutupan institusi pendidikan sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh kerana sistem pendidikan masa kini masih tertumpu kepada pembelajaran
formal di bilik darjah atau bilik kuliah, penutupannya dalam tempoh yang lama membimbangkan
pelbagai pihak. Pembelajaran tidak dapat dilaksanakan secara normal mengakibatkan jurang
pencapaian pelajar semakin bertambah besar. Hal ini secara langsung memaksa kaedah
pembelajaran mengalami revolusi yang mengejutkan daripada kaedah penyampaian secara
bersemuka kepada pembelajaran secara dalam talian. Ini merupakan satu cabaran yang amat
besar, bukan sahaja kepada pendidik, malahan kepada murid dan ibu bapa (Ehwan Ngadi, 2020).
Para pendidik perlu bijak melaksanakan pembelajaran teradun dengan mencampurkan pelbagai
kaedah pembelajaran bagi memastikan pembangunan murid secara holistik dapat dicapai.

Sistem Pendidikan negara seharusnya belajar dari situasi yang berlaku ini. Segala
kemungkinan atau kebarangkalian harus diambil berat. Malah situasi semasa ini menggusarkan
ibu bapa, pelajar dan pendidik kerana sesi pembelajaran menjadi pasif. Situasi ini nyata memberi
impak besar yang secara tidak langsung kepada sistem Pendidikan negara. Terdapat pelbagai
cabaran yang harus dihadapi oleh semua pihak dalam mengaplikasikan pembelajaran teradun.
Cabaran-cabaran ini membuka peluang dan ruang kepada pihak kementerian khususnya agar
dapat membuat penambahbaikan dan memantapkan sistem Pendidikan negara seiring dengan
kehendak dan keperluan semasa sekaligus menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan
serantau.

3
4

Anda mungkin juga menyukai