11 Cabaran Kepimpinan Transfor

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Globalisasi menyebabkan transformasi dilakukan dalam dunia pendidikan, yang


memungkinkan pelbagai langkah proaktif dilaksanakan. Ini bertujuan untuk memastikan sektor
pendidikan negara mampu bersaing dan bersedia dengan segala kemungkinan. Meskipun ada
segelintir pihak menganggap perubahan itu agak drastik, namun bagi memastikan sektor
pendidikan negara mampu bersaing, ia perlu dilaksanakan tanpa berlengah. Menurut Hasnah
Hussiin (2017), walaupun pada dasarnya, agak sukar mengejar kualiti pendidikan bertaraf
antarabangsa, sesuatu transformasi perlu dilaksanakan bagi memastikan sektor Pendidikan dalam
negara mampu memenuhi kehendak globalisasi dan dapat memacu ke tahap lebih dinamik.
Globalisasi juga membawa impak dan perubahan besar sama ada menerusi kurikulum
pendidikan serta sistem pendidikan itu sendiri.

Justeru semua pihak tidak boleh lalai dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam
persekitaran persaingan global yang semakin sengit. Perubahan besar perlu dilaksanakan
terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian Malaysia. Malah
menurut Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (2013) tidak dinafikan bahawa proses
pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap
murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan khususnya dalam abad ke-21.
Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan
kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik proses
pengajaran dan pembelajaran.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, menggariskan sepuluh lonjakan bagi


meneruskan pemerkasaan Pendidikan Tinggi Malaysia. Menyedari pentingnya pendidikan
berlandaskan teknologi dan kedudukan Malaysia dalam pembangunan kursus dalam talian, pelan
ini merangkumkan Lonjakan kesembilan iaitu Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global atau
Globalised Online Learning (GOL), yang memberi tumpuan kepada peluasan akses pendidikan,
peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran di samping membolehkan pembelajaran
disesuaikan mengikut keperluan semasa pelajar. Usaha ini tidak terbatas kepada peringkat
pendidikan tinggi sahaja malah turut ini perluaskan di peringkat pendidikan prasekolah hingga

1
menengah. Bagi pendidikan prasekolah hingga menengah, kementerian juga menekankan
anjakan ke tujuh iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi untuk mengukuhkan pembelajaran

Justeru, untuk mengharungi cabaran-cabaran dalam pembelajaran teradun, minda para pendidik
perlu diubah kepada “membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul”. Setiap pendidik
perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi maklumat dan
komunikasi. Sehubungan dengan ini, pogram pembangunan profesionalisme berbentuk latihan
praktikal berkaitan kemahiran penggunaan teknologi dalam pengajaran, penyediaan bahan
pengajaran secara digital dan pengendalian masalah teknikal amat diperlukan. Selain itu, para
pendidik juga perlu memperkenalkan apparatus dan metodologi yang dapat membantu
meningkatkan kualiti proses pembelajaran agar kandungan ilmu pelajaran dapat disampaikan
dengan lancar dan berkesan. Para pendidik juga digalakkan untuk menyediakan bahan
pembelajaran secara inovatif bagi mengekalkan tumpuan dan motivasi suasana pembelajaran.

Seterusnya, perancangan strategik tentang pelaksanaan pembelajaran teradun amat diperlukan.


Perancangan strategik yang merangkumi prosidur perancangan dan dan penilaian yang sistematik
boleh menjadi panduan kepada para pendidik. Di samping itu, dokumentasi dan laporan
berdasarkan penilaian dan pemantauan pembelajaran teradun yang lengkap perlu disediakan.
Contohnya, laporan dari segi ujian kelajuan capaian internet dan tahap penggunaanya perlu
direkod untuk membuat analisis dan penambahbaikan keberkesanannya. Begitu juga dengan
rekod refleksi pelaksanaan dari persepsi pendidik dan pelajar.

Kesimpulannya, penyenaraian isu dan cabaran dalam penulisan ini diharap dapat menjadi
panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha merangka usaha lebih efektif
untuk menjayakan Pembelajaran Teradun di Malaysia. Semoga usaha untuk membestarikan
sistem pendidikan sekolah dan seterusnya melahirkan insan yang mampu menangani cabaran
global abad mendatang dapat direalisasikan.

2
3

Anda mungkin juga menyukai