Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Kemunculan teknologi telah menghasilkan institusi pendidikan yang menawarkan


pelbagai kaedah dalam melengkapkan pengalaman pembelajaran di kelas dan meningkatkan
belajar mengikut keperluan individu. Inovasi dalam persekitaran pembelajaran antaranya dapat
mewujudkan gabungan pendekatan pembelajaran bersemuka dan tanpa bersemuka. Menurut
Felder dan Brent (2005) pembelajaran berlaku dalam pelbagai gaya dan dengan kelajuan yang
berbeza. Inovasi ini membolehkan pembelajaran bebas dari sudut masa dan tempat. Persekitaran
pembelajaran yang dihasilkan dari gabungan ini telah diterima dan diiktiraf sebagai pendekatan
pembelajaran teradun atau Blended Learning. (Wayne, 2012). Guards dan Vaughan (2008)
menyatakan bentuk pembelajaran teradun ini sebagai satu pendekatan yang berkesan
merangkumi gabungan persekitaran pembelajaran yang tepat untuk meningkatkan pengalaman
belajar dan menawarkan berpusatkan pelajar, pendekatan kendiri, fleksibel dan pelbagai aspek
dalam pembelajaran dan proses pengajaran.

Walaupun hakikatnya pendekatan pembelajaran teradun masih lagi belum mendapat


tempat dihati pendidik dan pelajar, namun tranformasi ini tetap perlu dilakukan semada secara
rela atau terpaksa. Malah pada tahun 2020, seluruh dunia dikejutkan dengan penularan wabak
COVID19 sehingga menyebabkan sistem ekonomi dan pendidikan khususnya menjadi terjejas.
Penutupan institusi pendidikan sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh kerana sistem pendidikan masa kini masih tertumpu kepada pembelajaran
formal di bilik darjah atau bilik kuliah, penutupannya dalam tempoh yang lama membimbangkan
pelbagai pihak. Pembelajaran tidak dapat dilaksanakan secara normal mengakibatkan jurang
pencapaian pelajar semakin bertambah besar. Hal ini secara langsung memaksa kaedah
pembelajaran mengalami revolusi yang mengejutkan daripada kaedah penyampaian secara
bersemuka kepada pembelajaran secara dalam talian. Ini merupakan satu cabaran yang amat
besar, bukan sahaja kepada pendidik, malahan kepada murid dan ibu bapa (Ehwan Ngadi, 2020).
Para pendidik perlu bijak melaksanakan pembelajaran teradun dengan mencampurkan pelbagai
kaedah pembelajaran bagi memastikan pembangunan murid secara holistik dapat dicapai.

1
Sistem Pendidikan negara seharusnya belajar dari situasi yang berlaku ini. Segala
kemungkinan atau kebarangkalian harus diambil berat. Malah situasi semasa ini menggusarkan
ibu bapa, pelajar dan pendidik kerana sesi pembelajaran menjadi pasif. Situasi ini nyata memberi
impak besar yang secara tidak langsung kepada sistem Pendidikan negara. Terdapat pelbagai
cabaran yang harus dihadapi oleh semua pihak dalam mengaplikasikan pembelajaran teradun.
Cabaran-cabaran ini membuka peluang dan ruang kepada pihak kementerian khususnya agar
dapat membuat penambahbaikan dan memantapkan sistem Pendidikan negara seiring dengan
kehendak dan keperluan semasa sekaligus menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan
serantau.

2
3

Anda mungkin juga menyukai