Anda di halaman 1dari 19

Nama Subjek : Morfologi dan Sintaksis

Bahasa Melayu (SMP)


Kod Subjek : HBML2103SMP
Nama : Ting Leh Ing
Nombor Matriks : 761210135728002
Nombor Telefon : 019-8883167

Nama Tutor : Encik Subandi Kasidan


Pusat Pembelajaran : PPT Sibu

1
Isi kandungan

1.0 Pendahuluan m/s 3

2.0 Definisi morfologi dan sintaksis m/s 3


2.1 Morfologi m/s 4
2.2 Sintaksis m/s 4
3.0 Analisis morfologi dan sintaksis berdasarkan Minda Pengarang m/s 5
3.1 Analisis morfologi m/s 7
3.1.1 Bentuk perkataan m/s 7
3.1.2 Golongan kata m/s 9
3.2 Analisis sintaksis m/s 12
3.2.1 Ayat tunggal m/s 12
3.2.2 Ayat majmuk m/s 12
4.0 Refleksi m/s 16
5.0 Kesimpulan m/s 18
6.0 Rujukan m/s 19

1.0 Pendahuluan
2
Linguistik adalah suatu bidang seni yang mengkaji bahasa secara saintifik, empirikal, dan
objektif. Penganalisisan terhadap sesuatu bahasa itu berasaskan teori-teori bahasa dengan
teknik-teknik yang telah diperaku oleh pakar bahasa dengan menolak sebarang keraguan
dan prasangka. Hal ini sejajar dengan pandangan yang dikemukakan oleh David Crystal
dalam bukunya A Dictionary Of Linguistics and Phonetics (1986:181) yang mengatakan
bahawa lingusitik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa.

Kamus Dewan (1981) pula menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa.
John Lyons (1968) juga turut mengatakan bahawa linguistik adalah suatu ilmu pengkajian
bahasa yang dilakukan secara saintifik.

Oleh itu, linguistik menjadi satu cabang ilmu yang mempunyai disiplinnya tersendiri.
Dengan itu, ilmu linguistik mempunyai prinsip-prinsipnya yang tertentu.

Dalam linguistik, bidang yang menghuraikan aspek kata dinamakan bidang morfologi.
Manakala, bidang yang menghuraikan struktur binaan ayat, klausa dan frasa dinamakan
sebagai bidang sintaksis.

2.0 Definisi morfologi dan sintaksis

Manusia berkomunikasi dengan menggunakan perkataan-perkataan. Perkataan-perkataan


boleh terbina secara semulajadi sebagai perkataan, atau dibina dengan mencantumkan
imbuhan kepada perkataan lain, atau dengan menggabungkan dua perkataan berlainan
menjadi sebuah perkataan baharu. Tiap-tiap perkataan mempunyai makna. Perkataan-
perkataan ini kemudiannya disusun menjadi ayat-ayat. Cara-cara perkataan-perkataan
dibina dan kemudiannya disusun dalam ayat juga mempunyai makna iaitu tatabahasa.
Istilah lamanya nahu.

2.1 Morfologi

Apabila membincangkan morfologi, kita mulai memasuki bidang bentuk iaitu suatu bidang
yang penting dalam bahasa. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam(1985) serta
3
Drs. A. Bakar Hamid (April 1964: 153-157), morfologi membicarakan tentang perkataan
dan pembentukannya. Manakala Nik Safiah Karim (1996) pula menyatakan bahawa
morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan
kata.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), morfologi merupakan kajian tentang
pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk pengimbuhan, terbitan, dan
pemajmukan.

Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993) pula mendefinisikan morfologi sebagai
satu bidang yang mengkaji struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata.

Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan
morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Secara ringkasnya, morfologi
ialah satu aspek kajian tatabahasa tentang struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Ia
termasuklan perubahan perkataan sama ada pada ertinya mahupun pada bentuk dan
jenisnya disebabkan oleh tambahan-tambahan imbuhan dan lain-lain. Dengan itu,
morfologi merupakan sebahagian daripada tatabahasa.

2.2 Sintaksis

Sintaksis mencakupi bidang yang lebih luas daripada morfologi iaitu klausa dan ayat.
Bagaimana klausa-klausa dibentuk dan bagaimana klausa-klausa ini membentuk ayat
merupakan pokok-pokok pembicaraan dalam sintaksis.

Menurut Drs. A. Bakar Hamid dalam makalahnya ‘Beberapa Cara Pengkajian Sintaksis’,
sintaksis membincangkan pembentukan frasa, klausa dan ayat. Manakala mengikut Modul
HBML 2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu, sintaksis ialah cabang ilmu yang
mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat.

Kesimpulannya, bidang sintaksis merupakan kajian tentang hubungan antara perkataan


dengan perkataan dalam proses pembentukan ayat. Kajian ini melibatkan kajian tentang
bentuk, struktur, dan binaan ayat serta hukum tatabahasa yang mendasari cara-cara

4
penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat. Kita juga dapat
memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang
mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan
untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

3.0 Analisis morfologi dan sintaksis berdasarkan Minda Pengarang

Tajuk : Sistem baru ganti PMR mampu kurangkan tekanan peperiksaan

Ayat 1 : Teka-teki mengenai kedudukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah pun terjawab.
Ayat 2 : Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, merangkap
Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa UPSR akan dikekalkan dengan
melakukan sedikit penambahbaikan.
Ayat 3 : Sementara PMR akan dimansuhkan dan diganti dengan sistem penilaian baharu
berasaskan sekolah.
Ayat 4 : Perubahan itu sejajar dengan desakan pelbagai pihak yang mahu kerajaan
memperbaiki sistem persekolahan di negara ini kerana berpendapat sistem yang
diguna pakai sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan.
Ayat 5 : Berikutan keputusan itu, mulai 2016 UPSR akan menggunakan format baru
dengan beberapa penambahbaikan dari segi bentuk dan komposisi subjek.
Ayat 6 : Antara perubahan dicadang itu termasuk mengambil kira bidang utama dengan
60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan selebihnya
berteraskan aktiviti kokurikulum atau sivik.
Ayat 7 : Perubahan itu mengurangkan penilaian pretasi pelajar yang selama ini hanya
berasaskan akademik dan peperiksaan.
Ayat 8 : Bagi PMR pula, kementerian melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
akan memastikan aspek integriti pentaksiran supaya tiada sekolah

5
mengamalkan pilih kasih terhadap mana-mana calon dalam pemberian markah.
Ayat 9 : Kita yakin, jika soalan disediakan atau dipantau LPM, masalah perbezaan
soalan dan sistem pemarkahan dapat ditangani, sekali gus mengelak dakwaan
pihak sekolah mengamalkan pilih kasih terhadap calonnya.
Ayat 10 : Keputusan kerajaan ini tentunya tidak mampu memuaskan hati semua pihak
kerana sebelum ini pun pelbagai pandangan berbeza dilontarkan mengenai
perubahan yang sepatutnya dibuat terhadap sistem peperiksaan, termasuk
daripada wakil Kementerian Pelajaran atau agensi kerajaan sendiri, sektor
swasta, ahli akademik serta tokoh pendidikan.
Ayat 11 : Malah ada yang menyarankan supaya kerajaan memansuhkan langsung
kedua-dua peperiksaan, sebaliknya memadai dengan satu peperiksaan saja,
iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ayat 12 : Kita yakin keputusan Kementerian Pelajaran itu dibuat selepas mengambil
kira pandangan dari pelbagai pihak dan mengkaji secara mendalam dari
pelbagai sudut.
Ayat 13 : Selain itu, Kementerian Pelajaran turut melakukan ujian perintis membabitkan
50 sekolah pada 2008 dan 500 lagi tahun lalu bagi melihat kesesuaian
cadangan yang bakal dilaksanakan itu.
Ayat 14 : Rakyat mesti yakin dengan tindakan kerajaan kerana apa yang diputuskan
tentu sekali demi kebaikan semua pihak, apatah lagi jika ia membabitkan
masa depan anak kita.
Ayat 15 : Pendidikan adalah proses membangunkan insan.

Ayat 16 : Sebab itu setiap perubahan memerlukan perancangan teliti kerana jika tersilap
langkah, ia bukan hanya menjejaskan masa depan rakyat, malah kemajuan
negara juga boleh terancam.
Ayat 17 : Pelajar, guru dan sekolah adalah pihak yang terbabit secara langsung dalam

6
memastikan berjaya atau gagalnya pelaksanaan perubahan baru yang
dicadangkan itu.
Ayat 18 : Kita tentunya tidak mahu sesuatu perubahan dilaksanakan separuh jalan,
kemudian menemui kegagalan seperti apa yang berlaku terhadap Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang
terpaksa dimansuhkan selepas mendapat bantahan banyak pihak.
Ayat 19 : Walaupun peperiksaan adalah mekanisme penting untuk mengukur
kecemerlangan pelajar, namun belum tentu dapat menjamin anak kita menjadi
insan berketrampilan dari segi sahsiah dan berkemahiran dalam pelbagai
bidang untuk mereka bersaing dalam dunia moden hari ini.

3.1 Analisis morfologi

3.1.1 Bentuk perkataan

Menurut Nik Safiah Karim dan rakan (1996), perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas
dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi
bahasa. Dengan itu, dapatlah kita simpulkan bahawa kita dapat membentuk perkataan
baharu melalui tiga cara. Contohnya, kita dapat membentuk perkataan baharu dengan
menambahkan imbuhan kepada satu perkataan lain iaitu kata terbitan. Kita juga boleh
membentuk perkataan baharu dengan menggabungkan perkataan kepada suatu perkataan
lain iaitu kata majmuk. Malah, kita juga boleh membentuk perkataan baharu dengan
menggandakan sesuatu perkataan iaitu kata ganda. Perkataan yang diimbuhkan,
digabungkan, dan digandakan ini dipanggil kata dasar. Berikut merupakan contoh-contoh
bentuk perkataan yang boleh didapati dari petikan Minda Pengarang :

a) Kata terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan
sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan.
7
Awalan Akhiran Sisipan Apitan Imbuhan
Yunani-Latin-
Inggeris
terjawab , merangkap desakan Pelajar mengenai , kedudukan mekanisme
diganti , sejajar mulai mengumumkan , dikekalkan
diguna , terlalu dakwaan melakukan , dimansuhkan
dicadang , termasuk pandangan berasaskan , perubahan
mengambil , terpilih cadangan memperbaiki , persekolahan
selama , terhadap tindakan berorientasikan , peperiksaan
dipantau , mengelak bantahan berikutan , keputusan
sebelum , berbeza menggunakan , penggredan
dibuat , menjadi berteraskan , mengurangkan
mengkaji , mendalam melalui , memastikan
tersilap , terancam pentaksiran , mengamalkan
terbabit , berjaya pemberian , disediakan
separuh , terpaksa menemui , kegagalan
mengukur , menjamin dicadangkan , pelaksanaan
bersaing , melihat kemajuan , menjejaskan
perancangan , memerlukan
membangunkan , kebaikan
diputuskan , dilaksanakan
membabitkan , menyarankan
pendidikan , dilontarkan
perbezaan , pemarkahan

b) Kata majmuk

Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan dua
kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.

Rangkaian kata bebas Istilah khusus Mendukung maksud kiasan


8
ujian pencapaian masa depan pilih kasih
sekolah rendah
menengah rendah
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Pelajaran
Kementerian Pelajaran
Lembaga Peperiksaan

c) Kata ganda

Proses penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar. Terdapat tiga jenis
penggandaan iaitu penggandaan penuh, separa dan berentak.

Penggandaan penuh Penggandaan separa Penggandaan berentak

mana-mana kedua-dua teka-teki

3.1.2 Golongan kata

Nik Safiah Karim et.al (1996) menjelaskan bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa dapat
digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya kriteria
struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis, dan kriteria
semantik.

Dalam Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga 2008), perkataan tergolong kepada empat jenis
yang utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Berikut merupakan
contoh-contoh golongan kata dari Minda Pengarang :

a) Kata nama

9
Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara.
Terdapat tiga jenis kata nama iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.

Kata nama am Kata nama khas Kata ganti nama

kerajaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mereka


negara Penilaian Menengah Rendah (PMR) kita
subjek Timbalan Perdana Menteri
peperiksaan Tan Sri Muhyiddin Yassin
kementerian Menteri Pelajaran
sekolah Kementerian Pelajaran
calon Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
rakyat Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
anak
pelajar
guru

b) kata kerja

Za’ba (1965) menamakan kata kerja sebagai perbuatan. Dalam bahasa Melayu,
kebanyakan kata kerja digunakan dengan cara memberi imbuhan pada kata dasarnya. Ada
sebilangan sahaja kata kerja yang boleh digunakan tanpa imbuhan. Berikut merupakan
antara contoh-contoh kata kerja dari Minda Pengarang ialah :

Kata kerja transitif aktif Kata kerja transitif pasif

mengumumkan dipantau
melakukan diganti
memperbaiki dicadang
mengamalkan disediakan

10
bersaing dilaksanakan
menyarankan diputuskan
memansuhkan dibuat
mengkaji
melihat
membangunkan , mengukur

c) Kata tugas

Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk
mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, kata praklausa, prafrasa,
atau sebagai kata pascakata. Berikut merupakan antara contoh-contoh kata tugas dari
Minda Pengarang ialah :

Jenis kata tugas Contoh-contoh

Kata bantu aspek sudah , akan

Kata bantu ragam dapat

Kata sendi nama dan, dengan, di, dari, dalam, terhadap, daripada,
bagi, selepas, pada

Kata hubung gabungan dan, atau, serta, malah, kemudian

Kata hubung pancangan keterangan kerana, supaya, jika, untuk, namun, sementara

3.2 Analisis sintaksis

3.2.1 Ayat tunggal

Menurut Abdullah Hassan (1993), ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua
bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan
predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Ayat 15 dalam petikan Minda
Pengarang adalah contoh ayat tunggal.

Subjek Predikat

11
Pendidikan adalah proses membangunkan insan.

3.2.2 Ayat majmuk

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada
gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat majmuk juga disebut ayat berlapis. Ada empat
jenis ayat majmuk iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan, ayat majmuk
campuran dan ayat majmuk pasif. Berikut merupakan contoh-contoh ayat majmuk dari
petikan Minda Pengarang :

a) Ayat majmuk gabungan

Ayat majmuk gabungan terbentuk dengan menggabungkan dua atau lebih klausa, iaitu ayat
dalam ayat. Klausa-klausa atau ayat-ayat yang digabungkan adalah sama taraf dan sama
sifatnya. Klausa-klausa ini dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi,
maka, lalu, sambil, dan lain-lain. Klausa-klausa itu juga boleh dihubungkan dengan tanda
koma (,) sahaja. Contohnya:

Ayat 1 : Teka-teki mengenai kedudukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah pun terjawab.

Analisis :
Klausa 1 : Teka-teki mengenai kedudukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Kata hubung : dan
Klausa 2 : Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah pun terjawab.

Ayat 5 : Berikutan keputusan itu, mulai 2016 UPSR akan menggunakan format baru
dengan beberapa penambahbaikan dari segi bentuk dan komposisi subjek.
Analisis :

12
Klausa 1 : Berikutan keputusan itu
Kata hubung : ,
Klausa 2 : mulai 2016 UPSR akan menggunakan format baru dengan beberapa
penambahbaikan dari segi bentuk
Kata hubung : dan
Klausa 3 : komposisi subjek

b) Ayat majmuk pancangan relatif


Ayat relatif boleh dikenal pasti melalui penggunaan kata yang seperti contoh berikut
:
Ayat 7 : Perubahan itu mengurangkan penilaian pretasi pelajar yang selama ini hanya
berasaskan akademik dan peperiksaan.
Analisis :
Klausa utama : Perubahan itu mengurangkan penilaian pretasi pelajar
Klausa relatif : yang selama ini hanya berasaskan akademik dan peperiksaan.

c) Ayat majmuk pancangan keterangan

Menurut Nik Safiah dan rakan-rakan (2002:492), ayat majmuk terdiri daripada satu ayat
induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.
Contohnya,

Ayat 3 : Sementara PMR akan dimansuhkan dan diganti dengan sistem penilaian
baharu berasaskan sekolah.
Analisis :

13
Kata hubung (keterangan waktu) : Sementara
Klausa 1 : PMR akan dimansuhkan
Kata hubung (keterangan cara): dan
Klausa 2 : diganti dengan sistem penilaian baharu berasaskan sekolah.

d) Ayat majmuk pancangan komplemen


Menurut Nik Safiah et.al (2002:488), pembentukan ayat-ayat komplemen biasanya disertai
kata komplemen bahawa dan untuk. Contohnya,

Ayat 2 : Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, merangkap
Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa UPSR akan dikekalkan dengan
melakukan sedikit penambahbaikan.
Analisis :
Klausa utama : Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan (sesuatu)
Klausa komplemen : bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan sedikit
penambahbaikan.
Kata komplemen : bahawa

e) Ayat majmuk campuran


Menurut Nik Safiah Karim et. al (2002:496), ayat majmuk campuran ialah ayat yang
mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat
tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Contohnya,

Ayat 10 : Keputusan kerajaan ini tentunya tidak mampu memuaskan hati semua pihak
kerana sebelum ini pun pelbagai pandangan berbeza dilontarkan mengenai
perubahan yang sepatutnya dibuat terhadap sistem peperiksaan, termasuk
daripada wakil Kementerian Pelajaran atau agensi kerajaan sendiri, sektor
14
swasta, ahli akademik serta tokoh pendidikan.
Analisis : Ayat majmuk campuran ini terdiri daripada :
i) ayat majmuk pancangan keterangan sebab yang disambung dengan kata
hubung kerana dan dipancangkan dengan ayat relatif iaitu yang
ii) ayat majmuk gabungan yang disambung dengan kata hubung ‘atau’ dan
‘serta’.

Ayat 19 : Walaupun peperiksaan adalah mekanisme penting untuk mengukur


kecemerlangan pelajar, namun belum tentu dapat menjamin anak kita menjadi
insan berketrampilan dari segi sahsiah dan berkemahiran dalam pelbagai
bidang untuk mereka bersaing dalam dunia moden hari ini.
Analisis : Ayat majmuk campuran ini terdiri daripada :
i) ayat majmuk pancangan keterangan pertentangan yang disambung
dengan kata hubung keterangan pertentangan iaitu walaupun…… namun…..
ii) ayat majmuk pancangan komplemen yang disambung dengan kata hubung
keterangan tujuan untuk.

4.0 Refleksi

Berdasarkan analisis saya dalam Minda Pengarang, saya mendapati dari segi morfologi,
penulis amat mengambil berat terhadap kata-kata yang dipilih supaya bersesuaian dengan
konteks ayat dan juga mudah difahami oleh pembaca. Penulis membentuk perkataan
baharu melalui tiga cara iaitu dengan menambahkan imbuhan kepada satu perkataan lain
iaitu kata terbitan, menggabungkan perkataan kepada suatu perkataan lain iaitu kata
majmuk dan juga menggandakan sesuatu perkataan iaitu kata ganda. Perkataan yang
diimbuhkan, digabungkan, dan digandakan ini dipanggil kata dasar.

15
Dalam kata terbitan, penulis lebih banyak menggunakan imbuhan awalan dan apitan dalam
penulisan artikelnya. Bahkan, penulis juga memasukkan imbuhan Yunani-Latin-Inggeris
iaitu perkataan mekanisme dalam artikelnya. Apabila menambahkan imbuhan pada kata
dasar, maka berlakulah perubahan makna. Contohnya, kata dasar menteri dalam Minda
Pengarang apabila diberi imbuhan apitan ke-…..-an, maka perkataan baharu yang dibentuk
ialah kementerian yang membawa maksud yang berlainan. Saya mendapati hampir semua
perkataan boleh menerima imbuhan bagi menerbitkan kata terbitan. Jumlah perkataan yang
tidak boleh menerima apa-apa imbuhan tidak banyak. Contohnya, cuma perkataan dan,
saya, pun, akan, aktiviti, Sarawak (dan lain-lain nama tempat), Siti (dan lain-lain nama
orang) dan sebagainya.

Dari segi golongan kata pula, penulis turut menggunakan keempat-empat jenis yang utama
iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Golongan-golongan perkataan ini
boleh berubah kerana bentuk dan tugasnya berubah. Perubahan ini berlaku kerana imbuhan
yang diberikan kepada perkataan-perkataan tersebut. Sebagai contoh :

Ayat 1 : kena (kata kerja) --------- mengenai (kata tugas)


Ayat 5 : putus (kata sifat) -------- keputusan (kata benda)
Ayat 19 : periksa (kata kerja) -------- peperiksaan (kata nama)

Dalam bidang sintaksis pula, unit yang terpenting ialah ayat. Ayat terdiri daripada dua
bahagian terpenting iaitu subjek dan predikat. Ayat yang mempunyai satu subjek dan satu
predikat dinamakan ayat tunggal atau selapis. Dalam Minda Pengarang, penulis hanya satu
ayat tunggal sahaja dalam penulisannya iaitu dalam ayat 15 manakala yang lain
kesemuanya adalah ayat majmuk. Ini membuktikan bahawa penulis telah mencapai
kemahiran yang tinggi dalam pembinaan ayat.

16
Ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal.
Ayat majmuk juga disebut ayat berlapis. Ada empat jenis ayat majmuk iaitu ayat majmuk
gabungan, ayat majmuk pancangan, ayat majmuk campuran dan ayat majmuk pasif. Dalam
Minda Pengarang, ayat majmuk yang digunakan oleh penulis mempunyai aras yang tinggi
dan memerlukan penelitian untuk memahaminya. Oleh itu, penulisan artikel yang baik
mestilah mengandungi unsur-unsur morfologi dan sintaksis yang betul untuk memudahkan
pembaca memahaminya.

Secara ringkasnya, dalam sesuatu bahasa itu walaupun terdapat jumlah ayat yang tidak
terkira banyaknya, semua ayat tersebut sebenarnya dibina daripada sebilangan kecil ayat-
ayat dasar. Ayat-ayat dasar inilah yang menjadi asas kepada pembentukan semua ayat yang
terdapat dalam bahasa itu. Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat dasar yang
dapat membentuk semua ayat dalam bahasa ini. Dengan hanya menguasai empat pola ayat
ini, seseorang itu boleh membuat apa sahaja ayat, sekalipun ayat itu belum pernah
didengarnya. Pola-pola tersebut adalah seperti berikut :

Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama


Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja
Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif
Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, lingustik adalah kajian bahasa secara saintifik iaitu mengkaji dan
menganalisis sesuatu bahasa secara empiris dan objektif tanpa dipengaruhi oleh agakan,
ramalan, sentimen, dan falsafah. Pengetahuan yang mendalam dalam bidang morfologi dan
sintaksis dapat membantu seseorang menggunakan sesuatu bahasa itu dengan bentuk yang
betul. Ini kerana bahasa mementingkan hukum-hukum tatabahasa yang betul. Oleh itu,
amat penting bagi semua pengguna menguasai tatabahasa sesuatu bahasa itu secara betul
dan mendalam termasuk Bahasa Melayu.
17
6.0 Rujukan

Ab. Rahman Ab. Rashid. Yap Kim Fatt. Ab.Rahim Selamat. (1997). Pengetahuan
dan ketrampilan pengkhususan: Pengajian melayu 1. Selangor Darul Ehsan:
Longman Malaysia Sdn Bhd.

Abdul Hamid Mahmood. (1993). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printext
(M) Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa bahasa melayu morfologi dan sintaksis. Pahang:
PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

18
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik am untuk guru bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan. (1993). Tatabahasa pedagogi bahasa melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.
Abdullah Hassan. (1985). Penerbitan kata dalam bahasa malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.
Asmah Hj. Omar. (1995). Susur galur bahasa melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Asraf. (2007). Petunjuk tatabahasa bahasa melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Azman Wan Chik (pnyt.). (1989). Mengajar bahasa Malaysia jilid 1: Perkaedahan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Dr. Ali Mahmood, Mashudi Bahari. Dr. Seman Salleh dan Munsyi Zainal Abidin Kasim.
(2010). HBML2103 Morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Selangor Darul
Ehsan: Open University Malaysia.
Kamarudin Hj. Husin. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dan Arb’ie B. Sujud. (1997). Pengajian
melayu 1: Ilmu bahasa dan kecekapan bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.
Kamus Dewan. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob. (1993). Bahasa Melayu kertas satu STPM.
Kajang: Masa Enterprise.
Nik Safiah Karim. Farid M. Onn. Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (1996).
Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sidang Pengarang. (1989). Teman setia anda bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Pustaka
Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). (1965). Pelita bahasa melayu penggal 1.Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). (2000). Pelita bahasa melayu penggal 1-111. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkifly Hamid. (1996). Bahasa (Konsep, fungsi dan penguasaannya oleh penutur). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

19