Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA KEMPEN GALAKAN MEMBACA

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN DENDANG


2019

1.0 RASIONAL PROGRAM

Para ahli bijak pandai ada menyatakan bahawa orang yang mendapat kebahagiaan
hidup ialah orang yang menimba ilmu pengetahuan. Ada juga yang beranggapan bahawa
kejayaan seseorang diukur berdasarkan kekuatannya tetapi istilah ‘kekuatan’ yang dirujuk ini
ialah kekayaan ilmu pengetahuan yang dipelajari serta dimiliki untuk diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Maka persoalan yang akan timbul ialah bagaimanakah cara untuk
memperkayakan ilmu pengetahuan ?. Tentulah dengan cara membaca sebagai jambatan ilmu
dalam kehidupan.

Sehubungan dengan itu, Kempen Galakan Membaca kini sedang giat dijalankan
diseluruh Negara kita, namun keberkesanan kempen ini masih lagi tidak menampakkan
hasilnya kerana tidak mendapat sambutan dan tidak dilaksanakan secara holistik di semua
peringkat. Oleh yang demikian, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Dendang mengambil
inisiatif untuk mempergiatkan lagi kempen ini bagi membentuk masyarakat yang gemar
membaca dan menjadikan membaca satu budaya yang berilmu. Pelbagai aktiviti jangka masa
pendek dan jangka masa panjang yang telah dirancang bagi memastikan objektif penganjuran
kempen ini mencapai seperti yang dihasratkan.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Untuk menjadikan budaya membaca sebagai budaya berilmu yang perlu diamalkan
oleh semua murid dan warga sekolah.

2.2 Untuk menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan secara berterusan dimana
sahaja mereka berada untuk mengisi masa lapang.

2.3 Untuk menggalakkan murid – murid membaca buku sebanyak yang boleh serta
direkodkan hasil pembacaannya.

2.4 Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama murid dengan aktiviti bertukar – tukar
bahan bacaan sebagai salah satu medium perkongsian ilmu bersama.

3.0 TEMA PROGRAM

“ Membaca Jambatan Ilmu Kejayaan ”

4.0 TARIKH, HARI DAN MASA PROGRAM

4.1 Majlis Perasmian Kempen Galakan Membaca

Tarikh : 5 Mei 2019


Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi
5.0 SASARAN PENYERTAAN PROGRAM

Semua murid Tahap 1 dan 2 SK Dendang.

6.0 CADANGAN GARIS MASA PELAKSAAN PROGRAM

Bil. Cadangan Aktiviti Tempoh Pelaksanaan Tindakan


1. Amalan Budaya Buku di Tangan Mei - Julai  Penyelaras
(dilaksanakan pada waktu rehat dan waktu Program
lapang murid)  Guru Bertugas
Mingguan

2. Pertandingan Mewarna Poster Kempen Mei  Penyelaras


Galakan Membaca (Tahap 1) Program
 Guru
Pendidikan
Seni Tahap 1

3. Pertandingan Ulat Buku Terpanjang Mei  Penyelaras


(Tahun 4) Program
 Guru
Pendidikan
Seni Tahun 4

4. Pertandingan Diari Membaca Mingguan Mei  Penyelaras


(Tahun 5) Program
 Guru Panitia
Bahasa
Melayu &
Bahasa
Inggeris Tahun
5

5. Pertandingan Menyambung Cerita Paling Mei  Penyelaras


Kreatif (Tahun 6) Program
 Guru Panitia
Bahasa
Melayu Tahun
6

6. Pertandingan Mengeja Perkataan Dengan Jun  Penyelaras


Tepat (Tahap 1 & 2) Program

7. Cabutan Pembaca Buku Bertuah Mei – Julai  Penyelaras


(Tahap 1 & 2) Program

8. Santai Minda (Tahap 2) Julai  Penyelaras


(Aktiviti Treasure Words) Program
 Panitia Bahasa
Melayu &
Bahasa
Inggeris
7.0 JAWATANKUASA KERJA PROGRAM

PENGERUSI : Ustaz Ahmad Soffe bin Mahmud


TIMBALAN PENGERUSI 1 : Cikgu Mohd Ridhuan bin Ishak
TIMBALAN PENGERUSI 2 : Cikgu Azaizuddin bin Ismail
TIMBALAN PENGERUSI 3 : Cikgu Khairuddin bin Ismail
PENYELARAS : Puan Norhatikah binti Abdullah
SETIAUSAHA : Ustazah Nik Hazizah bin Nik Ishak
BENDAHARI : Cikgu Hartini binti Abdul Rahman

AHLI – AHLI JAWATANKUASA : Semua guru

8.0 PENGURUSAN PERBELANJAAN

Bil. Peralatan / Bahan Kuantiti Harga Seunit Jumlah


(Unit) (RM)
1. Banner Perasmian Kempen 1 unit RM 100.00 RM 100.00
Galakan Membaca 4’ x 6’

2. Kertas A4
 Putih 3 rim RM 14.00 RM 56.00
 Warna Warni (Mix) 1 rim RM 14.00

3. Hadiah Cabutan Pembaca


Bertuah 30 set RM 2.00 RM 60.00
(dibungkus hamper kecil)
 Pensel
 Pemadam
 Note Pad Kecil
 Plastik Pembalut Hadiah
Lutsinar

4. Peralatan Gimik Perasmian


 Belon 12 unit RM150
 Poppers 3 unit
 Fishtail Kempen 1 unit
Membaca
JUMLAH KESELURUHAN (RM) RM366.00

9.0 PENUTUP

Diharapkan dengan penganjuran Kempen Galakan Membaca Peringkat SK Dendang kali ini
mendapat sambutan dan sokongan padu daripada semua pihak dan mencapai objektif yang
telah ditetapkan dengan jayanya.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

………………………………………… ………………………………………
(NORHATIKAH BINTI ABDULLAH) ( )
Penyelaras Program Kempen Galakan Membaca Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Dendang Sekolah Kebangsaan Dendang

Anda mungkin juga menyukai