Anda di halaman 1dari 6

Reynolds Number

Formula:

Re = ρ v D / μ

Re : Reynold Number (tiada unit)


ρ : Ketumpatan cecair (kg/m3)
v : halaju aliran @ velocity (m/s)
D : Diameter paip (m)
μ : Kelikatan cecair @ Dynamic viscosity (N.s/m2) @ (Pa.sec)

Profail aliran berpandukan nilai Re pula adalah seperti berikut:

Re < 2000 : Aliran Laminar


2000 < Re < 3000 : Daerah Peralihan Antara Laminar & Turbulent*
Re > 3000 : Aliran Turbulent*

*Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan dalam mengkategorikan profail


aliran yang menyatakan aliran adalah dalam jenis laminar bagi nilai
Re yang kurang 2000 dan mengkelaskan aliran jenis turbulent jika
nilai Re melebihi 2000 atau 2100.

Latihan berkaitan penentuan nilai Re (Reynold Number)

1. Suatu cecair yang mempunyai ketumpatan 910 kg/m3, mengalir


dalam paip berdiameter 25 mm dengan kelajuan aliran 2.6 m/s.
Kelikatan cecair tersebut ialah 0.38 N.s/m2. Tentukan jenis
profail alirannya.
(Jawapan: Aliran laminar berdasarkan nilai Re = 156)

2. Tentukan jenis profail aliran bagi aliran yang melibatkan


parameter berikut:

ρ = 1000kg/m3
v = 0.5 m/s
D = 1 inci
μ = 0.001 Pa.sec (Jawapan: 12700, turbulent)
3. H2o dengan ketumpatan 1.0 g/cm3, mencatatkan halaju aliran
dalam paip berdiameter 1 meter tersebut ialah 100 cm/s. Jika
kelikatan bahan tersebut ialah pada 1 cP (centipoise, 1 cP =
1x10-3 kg/m.s) (Jawapan: 1x106, Turbulent)

Nota berkaitan Kelikatan


Terdapat 3 panggilan berkaitan kelikatan yang terkait dengan kajian
bendalir, ia adalah kelikatan dinamik (dynamic viscosity), kelikatan
mutlak (absolute viscosity) dan kelikatan kinematic (kinematic
viscosity). Namum begitu, apabila kita menyebut tentang kelikatan
dalam kajian aliran bendalir dalam sistem perpaipan atau sesalur
udara, ia adalah merujuk kepada kelikatan dinamik.

Definisi Kelikatan Dinamik : Ditakrifkan sebagai rintangan oleh


“lapisan” bendalir terhadap “lapisan” bendalir yang menyentuh antara
satu sama lain.

Ia boleh dijelaskan lagi oleh lakaran di bawah :

Pada lakaran di bawah, garisan biru lurus tersebut adalah mewakili


aliran bendalir.
Katakan y ialah mewakili ketebalan bendalir dari jarak permukaan
tetap (biasanya paip), pada bahagian paling hampir dengan permukaan
tetap itu, halaju pergerakan bendalir adalah 0 (kosong)(u = 0).
Semakin jauh bendalir yang bergerak itu dari permukaan paip, semakin
meningkat nilai halaju pergerakan bendalir tersebut sehingga ke
tahap maksimum halaju bendalir (umax)

Jika kita lakarkan situasi di atas dalam bentuk profail aliran, ia


akan terhasil seperti berikut:
Dengan mengamati dan memahami rajah di atas, kita akan dapati bahawa
kadar tekanan ricih (shear stress) adalah berkadar terus dengan
peningkatan halaju (velocity gradient). Velocity gradient adalah
merujuk kepada perubahan u (du) bagi setiap perubahan jarak y (dy).
Dan ia adalah selari dengan Tekanan Ricih (T, dengan sebutan taw).

Seterusnya, jika “sifat” proportional atau berkadar terus, atau


selari tersebut ingin dibuang, makai a perlu diletakkan dengan
sesuatu yang bersifat tetap (constant), maka persamaan di atas akan
menjadi…

Dimana, miuw yang disimbolkan oleh μ iaitu pekali (cooefficient)


terhadap du/dy atau lebih dikenali sebagai kelikatan dinamik
(Dynamic viscosity).
Secara formulanya, ia ditulis sebagai:

Kelikatan dinamik ialah bersamaan dengan Tekanan Ricih bagi setiap


perubahan halaju per perubahan jarak.

Unit pengukuran kelikatan dinamik ialah N.s/m2 atau adakalanya ia


diukur dalam unit Poise, di mana 1 Poise adalah bersamaan dengan
1/10 N.s/m2.
Maklumat Tambahan tentang μ:

μ = [Pa.s] = [(N/m2).s] = [((kg.m/s2)/m2).s] = kg/m.s


Nota Berkaitan Bernoulli Equation
Secara asasnya terdapat beberapa cara formula Bernoulli ditulis dan
walaupun ia terlihat berbeza, namu hakikatnya ia adalah dari satu
sumber yang serupa, namun diterjemahkan berbeza mengikut letak duduk
permasalahan yang cuba diselesaikan dan dari sudut apa setiap terma
itu ingin dilihat, adakah dari sudut tenaga, dari segi tekanan dan
sebagainya…

Z1 + P1/ρg + v12/2g = Z2 + P2/ρg + v22/2g

Ada yang ditunjukkan seperti ini,

P1 + (1/2)ρv12 + ρgh1 = P2 + (1/2)ρv22 + ρgh2

Dimana,
Z atau h : ketinggian rujukan
P : tekanan
ρ : ketumpatan
v : halaju
g : pecutan gravity
Latihan 1 (https://www.youtube.com/watch?v=yvNU3RSEbns)

Air mengalir dalam paip dengan kadar 30 liter per saat. Tekanan
mutlak di titik A ialah 200 kPa dengan kedudukan titik B adalah 8-
meter lebih tinggi dari titik A. Paip pada seksyen A mempunyai
diameter 16 cm manakala paip semakin mengecil ke seksyen B
menjadikan diameter di situ hanya 10 cm.

a) Tentukan halaju air pada titik A dan titik B


b) Perolehi tekanan (pressure head) pada titik B

Penyelesaian:
Diketahui formula bagi kadar aliran = halaju x luas

QA = QB, Oleh itu, VA.AA = VB.AB

Teori Bernoulli menyatakan:

P + 1/2 ρv2 + ρgh = constant

Dengan menggunakan formula di atas, maka halaju titik A diperolehi


iaitu 1.49 m/s manakala bagi titik B pula ialah 3.82 m/s.

Bagi menjawab soalan b pula, teori Bernoulli adalah digunakan:

PA + 1/2 ρvA2 + ρghA = PB + 1/2 ρvB2 + ρghB

Maklumat tersedia:
PA = 200 kPa
vA = 1.49 m/s
vB = 3.82 m/s
hA = 0 m
hB = 8 m

Anda mungkin juga menyukai