Anda di halaman 1dari 53

JIG PEMBENANG LUAR

MUHAMMAD MU’IZZDDIN BIN HASNI


AHMAD NORHAFIZ BIN AHMAD MALEKKI
VENTHAN SIVA A/L SIVALINGAM

2019

DIPLOMA TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI


KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG

1
JIG PEMBENANG LUAR

Oleh

Laporan Projek Yang Dikemukakan


KepadaKolej Vokasional Batu Lanchang Bagi Memenuhi
Sebahagian Daripada Keperluan Diploma Teknologi Pemesinan
Industri

PROGRAM TEKNOLOGIPEMESINAN INDUSTRI


2019

PENGAKUAN PENULIS

2
“Dengan ini saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri dan
dibuat berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah peraturan Kolej
Vokasional. Ia adalah asli berpandukan daripada kajian yang telah dilakukan oleh
saya. Projek ini masih belum dihasilkan oleh mana-mana pihak atau institusi untuk
mana-mana diploma atau kelayakan.

Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan oleh saya melanggar
mana-mana syarat yang tertera di atas, segala hasil kerja saya akan di gagalkan
dan didapati sebagai tidak melengkapkan diploma dan bersetuju untuk dikenakan
sebarang tindakan undang-undang di bawah peraturan Kolej Vokasional.”

Nama Penulis 1:

Tandatangan :

No Kad Pengenalan :

Nama Penulis 2:

Tandatangan :

No Kad Pengenalan :

Nama Penulis 3 :

Tandatangan :

No Kad Pengenalan :

3
Program : TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

Nama Kolej : KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG

Tajuk Projek :JIG JEJARI BOLEH LARAS

Tarikh : 00/00/2019

Penyelia Projek :

Tandatangan :

4
PENYELIA PROJEK (PP) DAN PERAKUAN LUARAN (PPL)

PERAKUAN PENYELIA PROJEK (PP)

“Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dan segala
yang terkandung di dalama dalah benar. Projek ini adalah memadai dari segi
skop dan kualiti serta telah memenuhi segala syarat dan undang-undang di
bawah peraturan Kolej Vokasional bagi tujuan penganugerahan Diploma
Teknologi Elektronik dan Diploma Kemahiran Malaysia.”

Tandatangan : ……………………………………….

Nama : ……………………………………….

No. Kad Pengenalan : ……………………………………….

Tarikh : ……………………………………….

PERAKUAN PEGAWAI PENGESAHAN LUARAN (PPL)

“ saya mengaku telah membaca Laporan Projek ini dan pada pandangan saya,
lapran ini adalah mencukupi dan memenuhi skop dan kualiti bagi tujuan
penganugerahan Persijilan Kemahiran Malaysia.”

Tandatangan : ……………………………………….

Nama : ……………………………………….

No. Kad Pengenalan : ……………………………………….

Tarikh : ……………………………………….

PENGHARGAAN

5
Assalamualaikum dan Bismillahirahmannirrahim. Dengan nama Allah yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah yang memberi akal
dan fikiran, Sesungguhnya dengan limpah dan kurnia serta keberkatanNya, maka
keseluruhan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana yang
telah direncanakan sebelum ini dan memenuhi kehendak pemeriksa. Sesunguhnya
tanpa keberkatan dan kekuatan yang diberikan olehNya, nescaya segala apa yang
telah dirancangkan tidak mungkin dapat dilakukan dengan sempurna. Saya
mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga khasnya kepada kedua
ibubapa saya yang telah bnyak membantu, menyokong serta memberi dorongan
semangat kepada saya untuk menyiapkan projhek ini dengan jayanya.
Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan berbanyak-banyka jutaan terima kasih
dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Penyelia Projek saya iaitu Tuan
Muhammad Syafiq bin Ahmad Tarmidi telah banyak memberi bimbingan dan
nasihat kepada saya untuk menyiapkan projek ini dengan penuh kesabaran.

Selain daripada itu juga, saya ingin mngucapkan ribuanterima kasih dan sekalung
penghargaan diucapkan kepada semua pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional
Batu Lanchang. Tidak ternilai bantuan pensyarah yang membantu saya
menyiapkan projek ini secara langsung dan tidak langsung. Tidak lupa juga
ucapan terima kasih ini ditujukan kepada ahli kumpulan saya sendiri dan buat
semua rakan seperjuangan yang turut serta dalam membantu saya terutamanya
dari segi menyuarakan pendapat serta memberi pandangan mereka kepada saya
untuk meneruskan projek ini sehingga siap sepenuhnya. Alhamdullilah dengan
berkat berdoa dari semua pihak, projek ini sudah siap dilaksanakan denga
jayanya. Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
jutaan terima kasih yang tidak terhingga diatas kerjasama dari semua pihak yang
terlibat dalam membantu saya sepanjang proses menyiapkan projek tahun akhir
ini dengan penuh jayanya. Semoga kajian yang telah dijalankan ini mendapat
keberkatan dari Tuhan.

Sekian

ABSTRAK

6
Jig pembenang luar adalah bahan yang direkabentuk bagi bertujuan untuk
memudahkan kepada para pengguna untuk menghasilkan ulir luar pada bahan yang
berdiameter kecil seperti 6mm hingga 12mm. Sekirannya bahan kerja melebihi
12mm dan keatas hendaklah menggunakan mesin larik. Jig pembenang luar ini
dapat memudahkan pengguna untuk mendapatkan sudut 90° darjah dengan tepat
berbanding menggunakan proses die secara manual. Selain itu, jig pembenang luar
juga dapat menjimatkan masa apabila melakukan proses ulir luar. Kebiasaanya,
para pengguna yang menggunakan die secara manual akan melalui masalah yang
sama iaitu untuk mendapatkan sudut 90° darjah dengan tepat. Sekirannya produk
yang dihasilkan menjadi ulir luar menggunakan die secara manual tidak mendapat
sudut 90° dengan tepat akan mengakibatkan kesukaran untuk memasukkan nat ke
dalam ulir tersebut. Dengan mengunannya jig pembenang luar ini dapat
memudahkan kepada para pengguna dan dapat menjimatkan masa berbandi
menggunakan proses die secara manual. Hasil kajian menunjukkan secara
puratanya jig pembenang luar ini jauh lebih pantas dari segi masa berbanding die
secara manual dan dari segi keselamatan juga projek ini tidak merbahayakan
kepada para pengguna kerana jig pembenang luar ini tidak mempunyai permukaan
atau bahagian-bahagian yang dapat mencederakan kepada para pengguna.

7
ABSTRACT

Jig outside thread is a material designed to make it easier for users to produce
exterior on small diameter materials such as 6mm to 12mm. The workpiece should
be 12mm in height and above should use an lathe machine. These jig outside
thread make it easier for users to get 90 ° degrees accurately compared to using the
manual die process. In addition, jig outside thread can also save time when doing
outside thread. Typically, users who use the die manually go through the same
problem, to get an accurate 90 ° degree angle. Whenever a product is made into an
outer worm using a die that does not have a 90 ° angle accurately it will cause
difficulty in inserting the nut into the thread. Wearing this jig outside thread makes it
easier for users and saves time compared using the die process manually. The
results show that the jig outside thread is faster in time than the manual die and also
in terms of safety this project is not harmful to the users because jig outside thread
has no surface or parts that can hurt the users.

8
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

Muka Dalam Laporan Projek i


Pengakuan Penulis ii
Perakuan Penyelia Projek (PP) iii
Perakuan Pegawai Pengesah Luaran (PPL) iv
Penghargaan v
Abstrak vi
Isi Kandungan vii
Senarai Jadual viii
Senarai Rajah Ix

BAB 1 Pengenalan 1
1.1 Pendahuluan 2
1.2 Latar belakang kajian 3
1.3 Proses Pencetusan Idea 4
1.4 Pengenalan Masalah 5
1.5 Objektif 6
1.6 Kepentingan 7
1.7 Skop Projek 8
1.8 Rumusan 9

BAB 2 Kajian Literatur


2.1 Pengenalan

2.2

BAB 3 Metodologi
3.1
3.1.1
3.2
3.2.1
3.3

BAB 4 Dapatan Dan Analisis


4.1

9
KANDUNGAN MUKA SURAT

4.1.1
4.2

Perbincangan, Cadangan Dan Kesimpulan


BAB 5
5.1
5.1.1
5.2
5.2.1

Rujukan
Lampiran

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN PROJEK

Mesin larik adalah satu mesin yang digunakan untuk kerja-kerja seperti memotong

selari, permukaan sebelah luar atau dalam seperti menggerudi, membenang skru,

melulas, menggerek, memotong tirus, mencanai, mengilap dan lain-lain.

10
Pemotongan yang dilakukan dengan menyuapkan mata alat pemotong ke arah

bahan kerja yang sedang berpusing pada kelajuan yang telah ditetapkan. Suapan

mata alat sama ada selari atau bersudut tepat dengan paksi bahan kerja semasa

dalam kerja pemotongan tirus. Proses membenang luar boleh dilakukan dengan

dua cara iaitu menggunakan proses pemotongan membenang luar pada mesin larik

dan menggunakan proses dail. Proses membenang luar pada mesin larik biasanya

dilakukan apabila bahan yang dibenang luar lebih panjang. Proses dail digunakan

semasa proses membenang luar dengan kepanjangan yang pendek dan diameter

yang kecil seperti Ø5, Ø8, Ø12. Kesukaran menggunakan die ialah untuk mendapat

paksi 90° darjah berbanding menggunakan proses membenang luar pada mesin

larik. Projek yang dilakukan ini dapat memudahkan proses pemotongan

menggunakan die kerana projek yang dilakukan ini dapat mengeset 90 darjah

dengan lebih tepat. Projek ini digunakan pada mesin larik yang disambungkan

melalui alatan belakang.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kebanyakkan mesin-mesin yang terdapat di bengkel Kolej Vokasional di seluruh

Malaysia khasnya untuk tujuan pembelajaran dan tidak sama dengan aspek-aspek

mesin di kilang. Mesin-mesin CNC yang terdapat di Kolej Vokasional Batu

Lanchang ialah CNC Larik dan CNC kisar dengan keupayaan memotong bahan

Teflon sahaja. Projek untuk menghasilkan benang luar selalunya perlu

menggunakan proses dail bagi diameter bersaiz kecil dan menggunakan mesin larik

atau CNC bagi diameter bersaiz besar. Pelajar-pelajar Pemesinan Industri di Kolej

Vokasional Batu Lanchang mempunyai masalah sudut ketepatan 90° apabila

11
melakukan proses benang luar dengan menggunakan dail. Projek yang dihasilkan

ini dapat membantu para pelajar Pemesinan Industri untuk menghasilkan proses

membenang luar dengan mendapat sudut 90° dengan mudah dan cepat.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Bedasarkan pemerhatian dan pengalaman untuk melakukan proses dail, terdapat

beberapa masalah yang dapat sewaktu melakukan proses dail tersebut seperti;

1. Kesukaran untuk mendapat paksi 90 darjah dengan tepat.

2. Bahan kerja mudah rosak jika tidak berhati-hati menggunakannya.

3. Membuang masa yang lama.

1.4 TUJUAN

Tujuan projek ini dihasilkan untuk memudahkan kerja untuk proses dail pada bahan

kerja yang pendek dan berdiameter kecil. Secara tidak langsung projek ini dapat

memudahkan proses dail dengan paksi yang lebih tepat iaitu 90 darjah. Selain itu,

projek tidak akan mudah rosak apabila menggunakan projek jig pembenang luar.

12
Akhir sekali, menggunakan projek jig pembenang luar dapat mejimatkan masa dan

pada masa yang sama dapat melakukan projek dengan kuantiti yang lebih banyak.

1.5 OBJEKTIF PROJEK

Objektif ini projek adalah :

1. Mereka bentuk projek jig pembenang luar yang dapat melakukan proses

membenang luar yang berdiameter saiz kecil seperti Ø8, Ø10, Ø12.

2. Menghasilkan projek yang mudah untuk mendapat sudut 90° dengan mudah

dan tepat.

3. Dapat menjimatkan masa.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan dan sumbangan kajian yang kami melaksanakan dapat membantu

para pelajar vokasional bidang permesinan industri. Projek ini senang dikendalikan

oleh pelajar vokasional yang kurang berkemahiran dalam proses mengulir luar

“Die”.

13
1.7 SKOP PROJEK

1. Projek ini direka bertujuan untuk memudahkan proses “Die” untuk mendapat

paksi 90 darjah.

2. Saiz projek ini tidak terlalu besar dan mudah untuk diletakkan dimana-mana

sahaja ruang yang mempunyai permukaan yang mendatar.

3. Dapat mempercepatkan proses “Die”.

4. Had limit diameter yang ditetapkan untuk “Die” membenang luar adalah dari

Ø3mm hingga Ø12mm.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

14
2.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan secara teori langkah-langkah yang menyokong

kepada kajian penyelidikan. Beberapa literatur akan digunakan sebagai asas

kepada pembentukan modal kajian. Pertama, bab ini akan melihat literatur berkaitan

gelagat kepada latihan. Kedua, bab ini akan membincangkan konsep penentu yang

mempengaruhi keberkesanan latihan kelompok. Modal kajian ini digunakan sebagai

asas kepada beberapa ujian hipotesis.

2.2 JENIS-JENIS “DIE”

15
Secara amnya “Die” mempunyai pelbagai rupa bentuk dan pelbagai saiz yang

dikeluarkan oleh pelbagai jenis kilang di serata dunia. Ia hanya boleh digunakan

untuk menghasilkan proses membenang luar sahaja mengikut saiz dan diameter

bendakerja.

2.3 SAIZ DIE

16
Secara amnya “Die” mempunyai pelbagai jenis saiz dari diameter yang kecil iaitu

M3(0.5), M4(0.7), M5(0.8) M6(1.0), M7(1.0), M8(1.25), M9(1.25) dan M10(1.5). Di

Kolej Vokasional Batu Lanchang dari bidang Pemesinan Industri juga menggunakan

jenis-jenis dan saiz “Die” seperti gambar rajah di atas.

2.4 CONTOH-CONTOH PRODUK YANG DIHASILKAN OLEH DIE

17
Berikut merupakan contoh-contoh produk yang dihasilkan menggunakan

proses “Die”.

2.5 KEMALANGAN YANG BERLAKU AKIBAT KECUAIAN SEMASA

PROSES DIE DILAKUKAN

Penggunaan “Die” secara konvensional akan menyebabkan kerosakan dan

kecacatan kepada produk dengan mudah apabila berlakunya kecuaian sewaktu

melakukan proses “Die”. Kecuaian ini dapat dielakkan sekirannya menggunakan jig

pembenang luar.

2.6 KAJIAN-KAJIAN YANG LEPAS

18
Berikut adalah kajian-kajian lepas yang menggunakan proses “Die” secara

manual. Terdapat beberapa kekurangan akibat menggunakan proses “Die” secara

manual iaitu susah untuk mendapatkan sudut 90° dengan tepat. Selain itu, akibat

kecuaian apabila melakukan proses “Die” akan menyebabkan berlakunya

kerosakan atau kecacatan pada produk yang dihasilkan. Proses “Die”

menggunakan tangan akan mengambil masa yang lama dan menggunakan tenaga

manusia yang lebih untuk menghasilkan sesuatu produk.

19
BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Di dalam bab ini, penyelidik menerangkan kaedah-kaedah perlaksananaan


projek bermula dari perancangan sehinggalah projek ini disiapkan. Bagi
menerangkan kaedah perlaksanaan projek ini dengan lebih jelas, gambarajah,
jadual, foto, carta atau lakaran akan ditunjukkan. Selain dari perancangan dan
perlaksanaan projek, bahagian ini juga menunjukkan proses awal analisis yang
dilaksanakan termasuk kos, bahan serta kos-kos lain yang berkait secara
langsung dalam pelaksanaan projek. Metodologi adalah salah satu cara untuk
mengenalpasti bagaimana projek ini dijalankan dari peringkat awal sehinggalah
kepada proses pembentangan projek ini.

20
3.3 CARTA ALIR

Carta alir adalah sejenis rajah yang mewakili suatu algoritma atau proses di


mana ia ditunjukkan dalam pelbagai jenis kotak dan susunannya dihubungkan dengan
anak panah. Gambara rajah dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang
timbul secara langkah demi langkah. Operasi proses diwakili dalam bentuk kotak dan
anak panah yang menghubungkannya pula mewakili aliran kawalan data. Aliran data
tidak selalunya diwakili dalam carta aliran, berbanding dengan gambar rajah aliran
data; sebaliknya, mereka tersirat oleh turutan operasi. Carta alir telah digunakan dalam
menganalisis, merekabentuk, mendokumentasi atau menguruskan proses atau
program dalam pelbagai bidang.

Sewaktu perlaksanaan projek ini, penggunaan Carta Alir dapat:

a. Menunjukkan cara kerja yang teratur dan perancangan yang sistematik.

b. Memudahkan proses penyelesaian masalah dilakukan.

c. Memberi penerangan tentang cara dan perlaksanaan setiap kerja mengikut


bahagian – bahagian projek.

d. Memperolehi perlaksanaan kerja yang betul dan tempoh masa yang ditetapkan.
3.4 SENARAI BAHAN DAN PERALATAN

3.4.1 Senarai Bahan

Senarai Bahan

Set Screw

Silinder Keluli Lembut

Die

Mata alat HSS

Mata alat membunga

Mata alat menggerek

3.4.2 Senarai Mesin Dan Peralatan

Peralatan Dan Mesin Gambar

Mesin Larik
Mesin

Gergaji Bilah Beputar

Mesin CNC larik

Angkup Vernier

Mata Alat Menggerek


Pembaris Keluli

Tukul

Tukul Besi Tukul Getah

Mata Gerudi
Mata alat HSS

juhuh

Dail Caliper

Mata alat membunga

Tolok tinggi vernier

Ragum
Gergaji tangan

Tap

Mata gerudi
Perengkuh

3.5 JADUAL KOS BAHAN

Bi Bahan Spesifikasi Kuantiti Harga Jumlah


l Seunit (RM)
(RM)

1 Keluli Lembut Ø55mm x 1 15.00 15.00


Silinder 255mm

Ø55mm x 1 10.00 10.00


135mm

2 Set skru - 1 1.00 1.00

3 Pemegang die 8,10,12 3 5.00 15.00

4 WD 40 1 10.00 10.00

Jumlah Keseluruhan RM51.00


3.6 PROSES-PROSES PEMBUATAN

3.6.1 PENYOKONG PEMEGANG DIE

Gambar Proses Huraian

 Memotong bahan mentah


mengikut panjang yang
dikehendaki di mesin bandsaw.
 Kepitkan di ragum mesin larik
dan melakukan proses larik
penampang untuk
mendapatkan panjang ukuran
yang dikehendaki

 Melakukan proses melarik selari


pada benda kerja hingga
mendapat ukuran yang
dikehendaki.

 Melakukan pemotongan larik


selari sehingga mendapat
ukuran diameter 20mm dan
panjang 100mm.
 Melakukan proses membuang
segi di penjuru projek.

 Melakukan pemotongan larik


selari pada bahagian tengah
penyokong die sehingga
mendapat diameter 40mm dan
panjang 20mm
 Melakukan proses membuang
segi .

 Melakukan proses memotong


tirusan moose hingga mendapat
ukuran yang dikehendaki untuk
memasukkan ke dalam
bahagian alatan belakang
dengan menggunakan mesin
CNC Lathe.

 Melakukan proses membuang


segi.
3.6.2 Bahagian 1 : PEMEGANG “DIE”

Gambar Proses Huraian

 Melakukan pemotongan
bahan dengan
menggunakan mesin gergaji
bendsaw.

 Melakukan proses melarik


penampang di mesin larik
untuk mendapatkan ukuran
yang tepat pada bahagian
itu.

 Melakukan proses melarik


selari sehingga medapat
ukuran panjang 100mm dan
Ø35mm.
 Melakukan proses
membuang segi.

 Seterusnya melakukan
proses melarik selari dengan
berukuran panjang 30mm
dan Ø50mm.

 Melakukan proses
membuang segi pada bucu
bahagian yang telah dilarik.

 Seterusnya, melakukan
proses menggerudi lubang
tembus dengan
menggunakan mata gerudi
bersaiz Ø10mm.

 Melakukan proses
menggerek pada lubang
yang telah digerudi sehingga
mendapat ukuran Ø20mm.

 Melakukan proses
membuang segi pada bucu
yang telah digerek.

 Seterusnya, melakukan
proses menggerek pada
bahagian tempat mengunci
die sehingga mendapat
ukuran bersaiz Ø30mm dan
panjang 20mm.

 Melakukan proses
membuang segi pada
bahagian bucu yang telah
digerek.

 Melakukan proses
membunga pada bahagian
pemegang “Die”.

 Melakukan proses
penandaan di meja
menanda bagi mendapatkan
pusat untuk menggerudi
lubang bagi membuat
pengunci pada “Die”.

 Melakukan proses
menggerudi lubang yang
bersaiz M6.

 Melakukan proses tap untuk


menjadikan ulir pada lubang
yang telah digerudi.

 Melakukan proses
membuang segi-segi tajam
pada bahagian lubang yang
telah di tap.

3.6.7 Proses Maintenance


Semasa melakukan proses-proses di atas, terdapat beberapa proses maintenance
dilakukan. Antaranya ialah :

3.6.7.1 Proses Menukar Arah Pengikat

Rajah 3.6.7.1 : Proses Menukar Arah Pengikat

3.6.7.2 Proses Mencanai Mata Alat HSS

Rajah 3.6.7.2 : Proses Mencanai Mata Alat HSS

BAB 4
DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

4.1 PENGENALAN

Melalui hasil dapatan yang diperoleh serta beberapa masalah yang timbul daripada
analisis yang dikumpul maka satu alternatif atau pendekatan yang baru mungkin dapat
diwujudkan bagi memberi satu petunjuk bagi memastikan segala permasalahan yang
timbul dapat diselesaikan dengan cepat dan bijak.

4.2 SENARAI ALATAN PENGUJIAN

1. Angkup Vernier
2. Dail caliper
3. Tolok tinggi Vernier
4. Thread Gauge
5. Jam

4.3 KESELAMATAN DALAM PENGUJIAN / LANGKAH BERJAGA-JAGA


Ciri-ciri keselamatan dalam penggunaan projek jig pembenang luar ini adalah jig
pembenang luar ini tidak terlalu bahaya kepada pengguna kerana setiap bahagian
pada jig pembenang luar tidak mempunyai sudut atau bucu-bucu yang tajam yang
mengakibatkan kecederaan kepada pengguna. Jig pembenang luar ini dilengkapi
dengan pemegang yang telah dibunga bagi keselesaan pengguna dan tidak
mengakibatkan berlakunya kecederaan pada tapak tangan. Tambahan pula, jig
pembenang luar ini mudah untuk pengguna membawa ke suatu tempat ke tempat
yang lain kerana jig pembenang luar ini panjangnya hanyalah 250mm dan Ø50mm.

4.4 KAEDAH PENGUJIAN DAN PENENTU UKURAN

1. Menguji jig yang boleh di pegang pada alatan belakang.

Dengan menggunakan “Die” diameter berukuran Ø8, Ø10, Ø12, penghasilan jig
perlulah dihasilkan berdasarkan diameter “Die” yang telah ditetapkan. Ketepatan pada
jig merupakan satu perkara penting dimana “Die” yang ingin dimasukkan mesti
berkeadaan tepat. Antara faktor penting dalam penghasilan jig adalah ukuran
pemegang “Die” tersebut.
Berdasarkan lukisan diatas, penghasilan jig yang telah dihasilkan mengikut
lukisan yang telah dirancang.

2. Menguji bebenang ulir luar untuk mendapat bersudut 90˚.

Dengan meletakkan jig pada alatan belakang, Jig pembenang luar tersebut akan
berkedudukan sudut 90˚ dimana ia di ikat pada alatan belakang dan dikunci seperti
alatan gerudi. Ini menyebabkan tiada pergerakan akan berlaku semasa proses
pemotongan dilaksanakan. Berikut merupakan perbezaan diantara penggunaan jig
yang telah dihasilkan dan perengkuh “Die”.
“Die” jig Perengkuh “Die”

Di ikat pada alatan belakang Dengan menggunakan tangan


Berkedudukan tepat bersudut 90˚ Tidak berkedudukan tepat, perlu mengawal
dengan tangan untuk menghasilkan
kedudukan tepat
Pengawalan pemotongan dengan Pengawalan pemotongan tidak selari
selari
Perbezaan antara “Die” jig dan perengkuh “Die” menunjukkan “Die” jig lebih mudah
dikendalikan dan tepat untuk mendapat sudut 90˚.

3. Penjimatan masa semasa melakukan pemotongan

Semasa melaksanakan pemotongan bebenang ulir luar, lima ujian masa telah
dilakukan bagi membuktikan jig ini dapat menjimatkan masa semasa melakukan
pemotongan. Ujian tersebut dilakukan antara dua alatan iaitu “Die” jig dan juga
perangkuh “Die” diamana catatan masa akan diambil berdasarkan lima ukuran yang
telah ditetapkan. Jadual dibawah menunjukkan keputusan ukuran yang telah
dilakukan.
Catatan masa (Saat)
Alatan 5mm 10mm 15mm 20mm 25mm
Jig pembenang luar 5 15 18 23 26
Perengkuh “Die” 60 120 150 180 210
Jadual menunjukkan perbezaan masa antara Jig pembenang luar dengan Perengkuh
“Die”.

Graf catatan masa menunjukkan perbezaan masa yang diambil sewaktu melakukan
proses membenang luar.

Berdasarkan catatan masa dan graf yang telah dihasilkan menunjukkan penggunaan
jig pembenang luar dapat mengurangkan masa untuk melakukan bebenang ulir luar.
4.5 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN

Dari hasil dapatan pengujian yang telah dilakukan menunjukkan jig pembenang luar
dapat dilaksanakan dalam kedudukan bersudut 90˚ dan lebih pantas semasa
melakukan pemotongan bebenang ulir luar. Berdasarkan data dan juga ujian, didapati
jig pembenang luar lebih mudah digunakan berbanding perengkuh “Die” biasa kerana
dapat menghasilkan kuantiti benda kerja yang banyak dan juga mengurangkan masa
semasa melakukan bebenang ulir luar bagi setiap benda kerja. Ini membuktikan
dengan adanya jig pembenang luar ini dapat mengurangkan masa dan
mempercepatkan proses dalam menghasilkan benda kerja / produk didalam sesebuah
industri.
BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN
Mesin perlarik adalah satu mesin yang digunakan untuk kerja-kerja seperti memotong
selari, permukaan sebelah luar atau dalam seperti menggerudi, membenang skru,
melulas, menggerek, memotong tirus, mencanai, mengilap dan lain-lain. Pemotongan
yang dilakukan dengan menyuapkan mata alat pemotong ke arah bahan kerja yang
sedang berpusing pada kelajuan yang telah ditetapkan. Suapan mata alat sama ada
selari atau bersudut tepat dengan paksi bahan kerja semasa dalam kerja pemotongan
tirus. Proses membenang luar boleh dilakukan dengan dua cara iaitu menggunakan
proses pemotongan membenang luar pada mesin larik dan menggunakan proses dail.
Proses membenang luar pada mesin larik biasanya dilakukan apabila bahan yang
dibenang luar lebih panjang. Proses dail digunakan semasa proses membenang luar
dengan kepanjangan yang pendek dan diameter yang kecil seperti Ø5, Ø8, Ø12.
Kesukaran menggunakan die ialah untuk mendapat paksi 90° darjah berbanding
menggunakan proses membenang luar pada mesin larik. Projek yang dilakukan ini
dapat memudahkan proses pemotongan menggunakan die kerana projek yang
dilakukan ini dapat mengeset 90 darjah dengan lebih tepat. Projek ini digunakan pada
mesin larik yang disambungkan melalui alatan belakang.

5.2 PERBINCANGAN
Kumpulan kami telah membuat perbincangan dengan guru penyelia mengenai projek
yang telah dilakukan iaitu jig pembenang luar untuk mengenalpasti masalah atau
kekurangan pada projek jig pembenang luar yang telah dihasilkan. Terdapat sedikit
kekurangan pada pemegang die iaitu apabila menggunakan die yang berdiameter
10mm atau 12mm akan belakunya kesukaran untuk memegang atau memotong bahan
yang perlu diulir.
Selain itu, kelebihan projek jig pembenang luar ini dapat memudahkan kepada para
pengguna untuk menghasilkan ulir luar yang berdiameter Ø12mm dan kebawah.
Sewaktu menggunakan projek jig pembenang luar ini dapat menjimatkan masa
pengguna dan secara tidak langsung projek jig pembenang luar ini akan mendapat
sudut 90˚.

5.3 CADANGAN
Selepas perbincangan yang dilakukan oleh penyelia, kekurangan tersebut dapat
diselesaikan dengan menambahkan satu tiang penahan pada ruangan hadapan
pemegang die yang berdiameter 50mm. Dengan menambah satu tiang penahan di
bahagian hadapan pemegang die dapat memudahkan pengguna apabila proses
pemotongan dijalankan. Dengan ini para pengguna jig pembenang luar tidak perlu
menggunakan daya kekuatan untuk menghasilkan ulir.

5.4 KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dilakukan di sini ialah jig pembenang luar dapat memudahkan
kepada pengguna untuk melakukan proses mengulir luar yang berdiameter kecil
seperti 6mm hingga 12mm. Jig pembenang luar juga tidak mempunyai bucu-bucu yang
tajam dan tidak merbahayakan para pengguna sewaktu menggunakan jig pembenang
luar ini. Jig pembenang luar dapat menghasilkan ulir luar dengan cepat berbanding
menggunakan die tangan. Akhir sekali, jig pembenang luar hanya boleh digunakan di
mesin larik sahaja.

5.5 RUMUSAN
Rumusan yang dapat dilakukan di sini ialah projek yang dihasilkan iaitu jig pembenang
luar menjadi suatu produk yang dapat membantu kepada para pengguna untuk
menghasilkan ulir luar dengan mudah dan cepat. Di samping itu, produk yang
dihasilkan ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada pengguna yang lain untuk
meningkatkan kemahiran inovasi hingga ke peringkat antarabangsa. Akhir sekali,
harapan untuk jig pembenang luar ini dapat mencapai di peringkat yang lebih tinggi.
5.6 RUJUKAN

1. Ibrahim Che Muda, 1990. Teknologi Bengkel Mesin. Dewan


Bahasa dan Pustaka.

2. Mohd. Nasir bin Tamin, Kaharrudin bin Ismail dan Nawawi bin
Mohd. Jan, 2005. Amalan Bengkel Mekanikal. Dewan Bahasa
dan Pustaka

3. Wikipedia, 2019. Tap and Die di akses pada Feb 4 2019 dari
laman sesawang https://en.wikipedia.org/wiki/Tap_and_die

4. Tool, Feb 28, 2016. Tap and Die di akses pada Feb 20 2019
dari laman sesawang
https://mechanics.stackexchange.com .

5. Taps and Dies, Dec 13, 2017. Tap and Die di akses pada Mac
17 2019 dari laman sesawang http://wiki.dtonline.org

6. Taps & Die Sets, 2019. Tap and Die di akses pada Mac 3
2019 dari laman sesawang https://my.element14.com
LAMPIRAN
LAMPIRAN B
CONTOH
CARTA GANTT PELAKSANAAN PTA

BULAN / MINGGU

BIL PERKARA JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT
2019 2019 2019 2019 2019 2019 2019 2019 2019 2019
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

1. PENGENALAN PTA 1

2. MERANCANG DAN
MEMBUAT KERTAS
CADANGAN
(PROPOSAL)
3. PENULISAN ABSTRAK
.
4. PENULISAN BAB 1 :
PENGENALAN
5. PENULISAN BAB 2 :
KAJIAN LITERATUR

6. PENULISAN BAB 3 :
METODOLOGI

7. PEMBENTANGAN
KERTAS CADANGAN
(PROPOSAL)
8. PENGENALAN PTA 2

9 PENULISAN BAB 4 :
DAPATAN DAN
ANALISIS
10 PENULISAN BAB 5:
PERBINCANGAN,
CADANGAN DAN
KESIMPULAN
11 PELAKSANAAN
PROJEK

12 PEMBENTANGAN
LAPORAN DAN HASIL
PROJEK
 Panel Penilai
 Penyelia Projek (PP)
 Pegawai Pengesah
Luaran (PPL)

PETUNJUK :

PERANCANGAN

PELAKSANAAN