Anda di halaman 1dari 1

KANTIN SKK 2021 (Pasca PKPB)

SOALAN LAZIM
1. Adakah murid akan makan di kantin apabila sesi persekolahan bermula nanti?
Tidak. Murid akan makan di kelas seperti yang pernah dilaksanakan sebelum PKPB pada Oktober 2020.
2. Bagaimanakah murid ingin membeli makanan?
Murid/ Ibu Bapa hanya perlu membuat tempahan pada malam hari melalui aplikasi whatsapp. Guru kelas
akan mengumpul tempahan murid dan diserahkan kepada pihak kantin. Tempahan ditutup pada jam 8
malam.
3. Mengapa perlu diserahkan senarai tempahan tersebut kepada pihak kantin?
Hal ini bagi memudahkan pihak kantin untuk membuat anggaran jumlah makanan yang perlu disediakan pada
keesokan hari.
4. Bagaimana jika murid/ibu bapa tidak sempat membuat tempahan pada malam hari?
Murid perlu membawa duit secukupnya untuk tempahan yang tercicir. Guru pada masa pertama akan
mencatat semula bilangan yang perlu disediakan oleh pihak kantin, mengikut bilangan murid yang hadir
pada hari tersebut. Namun, makanan murid yang tercicir bergantung kepada lebihan disediakan oleh pihak
kantin.
5. Bagaimana murid ingin membayar makanan mereka?
Guru masa pertama telah ditugaskan untuk menguruskan tempahan murid. Guru akan mencatatkan jumlah
sebenar serta menguruskan pembayaran pada hari tersebut.
6. Bagaimanakah makanan tersebut diagihkan kepada murid?
Makanan disediakan dalam bentuk bungkusan. Pihak kantin akan menyediakan bungkusan berdasarkan
bilangan yang dicatatkan oleh guru masa pertama. Pekerja kantin akan menghantar makanan tersebut ke
kelas-kelas sebelum masuk waktu rehat.
7. Apakah menu yang disediakan oleh pihak kantin sekolah?
Pihak kantin sekolah hanya menyediakan 1 menu utama setiap hari. Minuman yang disediakan adalah air
mineral 250ml.
8. Adakah murid RMT diberikan makanan?
YA. Murid RMT akan diberikan makanan mengikut menu pada hari tersebut.
9. Mengapa tempahan tidak dilaksanakan mengikut minggu jika menu yang ditentukan adalah sama?
Setelah dibincangkan, kaedah tersebut akan menyebabkan kesukaran dari sudut pembayaran. Dikhuatiri,
murid telah membuat bayaran untuk seminggu tetapi murid tidak hadir ke sekolah untuk beberapa hari. Jadi
duit baki untuk minggu tersebut akan menambah beban dan merumitkan proses tempahan makanan tersebut.
10. Dimanakah murid mencuci tangan selepas makan?
Pihak sekolah telah menyediakan sinki sementara berdekatan kelas supaya pergerakan murid dapat dikawal.
11. Pihak sekolah amat menggalakkan murid untuk membawa bekal dari rumah supaya kebersihan
dan kesihatan makanan lebih terjamin.

Sekian, Harap maklum.

Anda mungkin juga menyukai