Anda di halaman 1dari 1

Nor Hayatun Binti Mohd Zain,

SMK Clifford,
27200 Kuala Lipis,
Pahang.

Encik Zainal Alias,


Yong Soon & Co Sdn. Bhd.
4 Lorong Indera Mahkota 3/7,
Kawasan Perindustrian Indera Mahkota 3,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang. 20 Ogos 2019

Tuan,

PERMOHONAN MENDAPATKAN PENAJAAN MINUMAN MILO

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, SMK Clifford akan mengadakan sambutan Hari Kokurikulum bagi
tahun 2019 peringkat sekolah. Sehubungan itu,kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat
menyumbangkan air minuman MILO kepada pelajar-pelajar kami .

3. Ketetapan bagi program tersebut adalah seperti berikut:

Program : Hari Kokurikulum SMK Clifford Tahun 2019


Tarikh : 9 Oktober 2019
Hari : Rabu
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan SHAS, SMK Clifford
Bilangan pelajar : 650 orang pelajar
Bilangan guru dan staf : 120 orang

4. Dilampirkan bersama tentatif bagi program tersebut.

5. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini dan kami
dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………….
(NOR HAYATUN BINTI MOHD ZAIN)

Anda mungkin juga menyukai