Anda di halaman 1dari 3

Sekolah Kebangsaan Sri Bukit Pasir, Tel.

: 06 – 9856120
84300 Bukit Pasir, Faks : 06 – 9856120
Muar, Johor Darul Ta’zim E-mel : jbb5037@moe.gov.my

Rujukan kami : SKSBP.700-2/1/3 ( )


Tarikh : 24 Januari 2021

Ibu Bapa dan Penjaga,


Murid-murid SK Sri Bukit Pasir.

Tuan/Puan,

MAKLUMAN PEMULANGAN DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS SPBT

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan urusan pemulangan dan pengagihan buku teks SPBT SK Sri
Bukit Pasir akan dilaksanakan mengikut ketetapan seperti di dalam Lampiran A.

3. Sehubungan dengan itu, diharapkan tuan/puan mematuhi perkara berikut :


3.1 Hanya seorang sahaja ibu bapa atau penjaga yang hadir dengan memakai pelitup
muka, mengambil bacaan suhu dan mendaftar kehadiran di dalam aplikasi
Mysejahtera atau buku rekod kehadiran di Pos Pengawal Keselamatan.
3.2 Sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian
penularan wabak Covid-19
3.3 Hadir pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti di dalam Lampiran A
3.4 Memastikan buku teks yang hendak dipulangkan mencukupi dan berada dalam
keadaan yang baik dan diikat dengan kemas.
3.5 Sekiranya buku teks hilang, ibu bapa bersedia membuat pembayaran tunai sebagai

ganti rugi di kaunter pembayaran yang disediakan

3. Kehadiran ibu bapa / penjaga adalah mengikut SOP Covid-19 iaitu elakkan 3S (Sesak,
Sempit, Sembang lama). Kerjasama pihak tuan/puan amat diharapkan dan diucapkan ribuan
terima kasih. Segala pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi Tuan Haji Zulkurnain
bin Abd Samad, Guru Besar SK Sri Bukit Pasir di talian 012-6898987.

Sekian.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(TN. HJ. ZULKURNAIN ABD SAMAD)


Guru Besar,
SK Sri Bukit Pasir, Muar, Johor.
Sekolah Kebangsaan Sri Bukit Pasir, Tel. : 06 – 9856120
84300 Bukit Pasir, Faks : 06 – 9856120
Muar, Johor Darul Ta’zim E-mel : jbb5037@moe.gov.my

Lampiran A.

Darjah Tarikh Hari Masa Tempat

Tahun 5 | 2020
Serah Buku Teks Tahun 5/2020 26.01.2021 Selasa
Ambil Buku Teks Tahun 6/2021

Tahun 4 | 2020
Serah Buku Teks Tahun 4/2020 27.01.2021 Rabu
Ambil Buku Teks Tahun 5/2021

Tahun 3 | 2020 8.30 pagi Dewan


Serah Buku Teks Tahun 2/2020 31.01.2021 Ahad hingga Sekolah
Ambil Buku Teks Tahun 3/2021 12.00
tengahari

Tahun 2 | 2020
Serah Buku Teks Tahun 2/2020 01.02.2021 Isnin
Ambil Buku Teks Tahun 3/2021

Tahun 1 | 2020
Ambil Buku Teks Tahun 3/2021 02.01.2021 Selasa

* 28.01.2021 (Khamis) | Cuti Thaipusam

NOTA : Pembelian barang-barang keperluan persekolahan Tahun 2021 boleh dilakukan pada
tarikh, hari dan masa pemulangan dan pengagihan buk teks SPBT dijalankan seperti
di dalam Lampiran A di atas.

Anda mungkin juga menyukai