Anda di halaman 1dari 16

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

PROJEK KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN MOTOR HALUS MURID PEMULIHAN


MELALUI KAEDAH ‘PLAY, PLAY, DO’

Oleh:
NORSHILA BINTI ROSLIN
GURU PEMULIHAN KHAS
SK TUNJUK LAUT,
PETI SURAT 116,
LADANG PASIR PANJANG
81900 KOTA TINGGI,
JOHOR.

SEPTEMBER 2020
PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada murid-murid pemulihan yang membolehkan
saya menghasilkan kajian tindakan ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada Guru Besar dan SK Tunjuk Laut kerana
membenarkan saya menggunakan komputer riba yang dibekalkan kepada pihak
sekolah.

Akhir kata, kepada rakan-rakan guru SK Tunjuk Laut dan ahli keluarga saya,
ucapan terima kasih yang tidak ternilai harganya atas kasih sayang, dorongan,
sokongan dan pengorbanan yang telah anda berikan kepada saya sepanjang
kajian ini.
ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan motor halus murid-murid pemulihan
khas melalui kaedah e-pembelajaran. Murid yang dipilih adalah murid-murid pemulihan khas yang mempunyai masalah
koordinasi motor halus terutama dalam tugasan menulis. Kaedah e-pembelajaran yang digunakan adalah
penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar. Komputer digunakan sebagai bahan pengajaran serta alat
alternatif untuk murid-murid tersebut melaksanakan tugasan menulisnya. Pengisian komputer yang digunakan
adalah Microsoft Power Point dan Microsoft Word. Microsolf Power Point digunakan untuk mengantikan bahan
konvensional untuk mengajar dan memudahkan pelajar tersebut menyelesaikan tugasan. Microsoft Word di gunakan
untuk menghasil lembaran kerja di dalam komputer sendiri atau dicetak sebagai aktiviti pengukuhan secara menulis.
Bahan pengisian Microsoft Power Point dan Microsoft Word adalah disediakan oleh penyelidik sendiri berdasarkan
rancangan pengajaran individu untuk murid-murid tersebut. Pengisian Power Point yang disediakan boleh
diaplikasikan untuk kaedah pembelajaran kendiri iaitu ke arah ‘self access learning’. Pengajaran dan pembelajaran
dengan komputer sebagai media e-pembelajaran juga dapat membantu pengendalian tingkahlaku murid pemulihan
khas. Komputer boleh digunakan sebagai ganjaran untuk peneguhan positif serta dapat menarik perhatian pelajar-
pelajar pemulihan khas dengan pengisian yang interaktif. Penggunaan media e-pembelajaran ini dapat memupuk
perkembangan menyeluruh atau holistik secara berkesan yang diutamakan dalam bimbingan pelajar-pelajar Pemulihan
khas Bermasalah Pembelajaran.
ISI KANDUNGAN

Abstrak

Isi Kandungan

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu


2. Fokus Kajian
3. Objektif Kajian
4. Kumpulan Sasaran
5. Pelaksanaan Kajian
Analisis Tinjauan
Masalah Merancang
Tindakan Melaksanakan
Tindakan
6. Dapatan Kajian
7. Refleksi Kajian
8. Cadangan Lanjutan

Lampiran
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Yuzie ialah seorang pelajar Pemulihan khas tahun 4. Dia telah berada selama
empat tahun dalam kelas pemulihan khas. Yuzie mempunyai masalah dalam menulis
dengan baik. Yuzie juga tidak mampu menulis dalam jangka masa yang lama.

Yuzie berumur 10 tahun dan telah belajar di sekolah ini selama empat tahun. Dia
telah menunjukkan pencapaian yang memuaskan dalam perkembangannya sebelum tahun
2019. Yuzie merupakan seorang yang menunjukkan sahsiah yang baik serta selalu
memberi kerjasama dengan guru.

Sejak awal tahun ini, 2020, perkembangan Yuzie menunjukkan kemerosotan


terutama dalam aktiviti yang melibatkan motor halus. Dia sering tidak melengkapkan
tugasan menulis, tidak memberi kerjasama semasa aktiviti di dalam kelas serta sering
bertingkahlaku melawan dalam pergaulan sosialnya. Tulisan Yuzie yang sukar dibaca,
lambat menyalin serta beban tugasan yang semakin bertambah menyukarkan situasi.

Sikap Yuzie yang selalu bercakap dan mengganggu rakan-rakan sekelas semasa
guru mengajar adalah untuk mengelak daripada diberi tugasan. Ini menyebabkan Yuzie
dilabel sebagai seorang murid yang mempunyai masalah tingkahlaku. .

Guru-guru yang membimbing Yuzie telah menggunakan pelbagai teknik dan


strategi pengendalian tingkahlaku untuk membimbingnya. Sebaliknya Yuzie didapati
semakin muram dan tidak semangat setiap kali diberi tugasan. Pencapaiannya yang
dipamerkan juga tidak setanding dengan rakan-rakannya Secara tidak langsung ini telah
menjejaskan konsep kendiri dan menyukarkan proses bimbingannya.
2. FOKUS KAJIAN

Hasil daripada pemerhatian dan pengalaman membimbing Yuzie, saya mendapat bahawa
dia :

 Boleh memahami arahan mudah dalam Bahasa Melayu


 Boleh melengkapkan tugasan lisan yang diberikan
 Boleh menyalin perkataan, frasa dan ayat mudah dengan kadar yang sangat lambat,
mengambil masa 2 kali lebih lama daripada rakan-rakan sekelasnya
 Tulisan Yuzie yang agak sukar difahami yang diakibatkan oleh kordinasi pergerakan
tangannya.
 Tenaga atau keupayaan yang diperlukan dan digunakan oleh Yuzie adalah 2 kali ganda
lebih berbanding dengan rakan-rakan sekelasnya.
 Yuzie akan berasa cepat letih dan dia akan ’ give up’ dengan tugasannya.
 Penguasaan motor halus menjejaskan keyakinan dan minat dia untuk menyertai tugasan
yang diberikan kepada dia
 Yuzie berasa bosan dan tidak memberi tumpuan bila tugasan yang berkaitan dengan
motor halus diberikan.

Sekiranya situasi ini akan berterusan, Yuzie akan tidak minat untuk hadir ke sekolah.

 Kendiri Yuzie akan menjejaskan keyakinannya untuk melakukan tugasan- tugasan


yang berkaitan dengan motor halus.
 Keyakinan diri Yuzie akan menjejaskan motivasi dia seterusnya menjejaskan
kerjasama dia dengan guru.
 Guru-guru akan melabelkan Yuzie sebagai pelajar yang mempunyai masalah
tingkahlaku.
 Masalah ini menyumba ng kepada isu-isu kurang upaya yang perlu ditangani oleh
guru.
Walaupun terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi penguasaan motor halus Yuzie,
saya hanya menumpu kepada kaedah e-pembelajaran iaitu menggunakan komputer untuk
melakukan tugasan.

3. OBJEKTIF

KAJIAN Objektif

Umum

Meningkatkan kualiti dan kuantiti tugasan yang dilaksanakan oleh Yuzie.

Objektif Khusus

i. Meningkatkan jumlah tugasan yang dilengkapi oleh Yuzie dalam masa diberi.
ii. Mengurangkan masa yang diperlukan oleh Yuzie untuk melengkapi tugasannya.
iii. Meningkatkan peluang kejayaan untuk Yuzie dalam setiap soalan dalam tugasan
yang diberikan.
iv. Membantu Yuzie dalam penggunaan komputer untuk menyelesaikan tugasan
akademik.

4. KUMPULAN SASARAN

Nama Pelajar : Muhammad Shahrol Yuzie


Umur : 10 tahun
5. PERANCANGAN TINDAKAN

Tinjauan Masalah
Pemerhatian awal yang saya lakukan telah menunjukkan bahawa Yuzie memberi
pelbagai alasan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti menulis seperti

a) melengahkan masa untuk mengambil buku tulis dari rak buku


b) lambat mengeluarkan alat tulis
c) sentiasa hendak mengasah pensel
d) alasan tidak boleh membaca tulisan guru
e) sentiasa menyoal semula bimbingan guru
f) memberi jawapan yang tidak ada kaitan dengan soalan apabila disoal
g) mengganggukan rakan semasa mereka melakukan tugasan seperti
mengejek atau berbual-bual

Analisa Tinjauan Masalah

a) Tinjauan Buku Latihan


Berdasarkan buku latihan Bahasa Melayu Yuzie untuk bulan Januari, beliau
hanya melengkapkan tugasan untuk satu hari sahaja.

b) Hasil Temubual dengan Yuzie


Saya mendapati bahawa Yuzie boleh memahami bimbingan guru yang
diberikan berdasar tahapnya. Dia boleh menjawab soalan-soalan
secara lisan tetapi tidak suka melakukan aktiviti yang melibatkan motor halus
terutamanya menulis.

c) Pemerhatian Tingkahlaku
Yuzie sering didapati menghabiskan masa lapangnya atau menyembunyi di
dalam makmal komputer Pemulihan khas untuk menggunakan komputer. Dia
menggunakan komputer untuk bermain dan mendengar lagu.

Merancang Tindakan
Berdasarkan data-data yang dikumpulkan daripada tinjauan awal, saya telah
merancang aktiviti yang perlu saya laksanakan seperti
i. Kemahiran menggunakan tetikus dan ‘keyboard’ komputer.
ii. Proses pengajaran dan pembelajaran seperti Power Point untuk mengajar
dan pengisian Microsolf Words untuk latihan penulisan
iii. Tatacara operasi pengisian Power Point untuk tayangan ‘slide show’ dan
akses kepada ‘hyperlink’
iv. Pembelajaran kendiri (self access learning) – menggunakan
pengisian power point yang telah disediakan.

6. Pelaksanaan Tindakan

Langkah 1 : Kemahiran menggunakan tetikus dan ‘keyboard’

Aktiviti ini telah mengambil masa selama 3 minggu. Saya telah


membimbing Mohd Yuzie secara individu cara untuk menggunakan tetikus. Dia
perlu menguasai kemahiran motor halus untuk mengerakkan tetikus untuk mencari lokasi
gambar atau perkataan dalam skrin komputer. Saya telah menggunakan permainan
komputer yang memerlukan pergerakan tetikus.
Saya telah menggunakan kad perkataan dan kad frasa untuk membimbing Yuzie
menaip menggunakan keyboard. Saya telah membimbing Yuzie menyalin semula
perkataan atau frasa yang dilihat dan menaip dalam komputer.

Keistimewaan untuk bermain komputer juga dijadikan ganjaran kepada Yuzie


sekiranya dia bertingkahlaku yang dikehendaki oleh guru.

Aktiviti ini telah dilaksanakan selama 40 minit, 3 kali seminggu, iaitu sewaktu
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.

Pemerhatian :
Saya dapati Yuzie sangat minat dan mahir dalam penggunaan tetikus. Dia boleh
menguasai penggunaan tetikus untuk mencari lokasi gambar serta klik pada lokasi yang
dikehendaki dalam permainan komputer.

Pada awalnya kemahiran menggunakan keyboard untuk menaip didapati agak


lambat. Beliau juga cepat putus asa sekira bilangan perkataan melebihi 6 perkataan.

Adakala Yuzie tidak memberi kerjasama dalam aktiviti kelas dan ganjaran untuk
menggunakan komputer ditarik balik sehingga tingkahlaku yang dikehendaki dicapai.

Refleksi :
Tingkahlaku Yuzie menunjukkan perkembangan. Dia telah mula menumpukan
perhatian dan memberi kerjasama dalam kelas saya. Yuzie telah boleh menyalin
sekurang-kurangnya 3 perkataan daripada 5 perkataan yang diberikan.
Langkah 2 : Proses pengajaran dan pembelajaran seperti Power Point
untuk mengajar dan pengisian Microsoft Words untuk
latihan penulisan

Saya telah menggunakan komputer sebagai bahan bantu mengajar. Pengisian


Power Point yang disediakan oleh saya adalah berdasarkan topik dan objektif pengajaran
yang hendak disampaikan.

Disamping menggunakan komputer sebagai BBM, saya juga membiasakan pelajar-


pelajar kelas saya terutamanya Yuzie untuk menekan key-key yang terdapat pada
keyboard atau tetikus untuk mendapat tindakbalas interaktif daripada pengisian yang
telah disediakan. Pengisian interaktif adalah seperti bunyi, pertukaran gambar atau warna
serta penjelmaan perkataan.

Saya juga telah membiasakan Yuzie untuk menggunakan pengisian Microsoft


Word untuk menyiapkan tugasan menulis untuk mengantikan buku latihan dan pensel.
Dia hanya perlu menaip jawapan yang diperlukan dalam mukasurat kosong atau
mengisikan tempat kosong dalam lembaran kerja yang disediakan.

Pemerhatian
Pada peringkat permulaan Yuzie didapati sukar untuk menyiapkan tugasan menulis
/ menaip menggunakan komputer. Pada minggu ketiga menggunakan pengisian komputer
Yuzie semakin mahir untuk menaip menggunakan pengisian Microsoft Word.

Refleksi
Selepas tiga minggu menggunakan komputer, Yuzie hanya dapat menyiapkan 5
perkataan/frasa daripada 8 perkataan/frasa yang dikehendaki. Yuzie didapati dapat
menyiapkan semua tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan selepas empat
minggu latihan menggunakan komputer.
Langkah 3 : Tatacara operasi pengisian Power Point untuk tayangan
‘slide show’ dan akses kepada ‘hyperlink’

Selepas Yuzie menguasai kemahiran menggunakan komputer untuk menaip, saya


menggalakkan Yuzie untuk mengoperasikan pengisian Power Point secara sendiri.
Bimbingan ini adalah untuk membolehkan Yuzie :-
i. mencari dan membuka fail tugasannya
ii. mengoperasikan pengisian power point dengan menekan icon ‘slide show’
iii. mengenal icon-icon atau tanda yang menunjukkan ada ‘ hyperlink’
iv. mengakses kepada hyperlink dan menamatkan hyperlink
v. melakukan tugasan yang diberikan dalam pengisian power point.
vi. menekan icon ‘save’ untuk menyimpan hasil tugasannya.

Latihan-latihan diberi kepada Yuzie menggunakan pengisian Power Point yang saya
sediakan.

Pemerhatian

Yuzie didapati semakin menunjukan minat dalam proses pengajaran dan


pembelajarannya. Dia dapat menguasai proses ini dalam masa seminggu sahaja.

Refleksi

Yuzie sememangnya minat dalam komputer dan telah menunjukkan peningkatan


dalam penguasaan kemahiran yang dibimbingnya. Dia telah dapat menyiapkan
tugasannya dengan 100% betul selepas hanya 2 kali cubaan dengan menggunakan
pengisian Power Point yang disediakan.
Langkah 4 : Pembelajaran kendiri (self access learning)

Langkah ini merangkumi penguasaan semua kemahiran dari langkah 1 sehingga


langkah 3. Ditahap ini Yuzie telah tahu apa yang perlu dibuatnya dalam kelas Bahasa
Inggeris saya. Yuzie hanya perlu ke komputer dan mencari tugasan yang disediakan
untuknya.

Sekiranya Yuzie dapat menyelesaikan tugasannya lebih singkat dalam masa yang
ditetapkan, terdapat aktiviti pengayaan yang disediakan juga dalam pengisian power
point.

Atau Yuzie boleh menggunakan komputer untuk bermain sebagai ganjaran untuk
menyelesaikan tugasan dengan memuaskan.

Pemerhatian
Yuzie telah menunjukkan perubahan tingkahlaku yang positif. Dia telah dapat
menyelesaikan tugasan dan memberi kerjasama dalam semua aktiviti kelas.
Kaedah pembelajaran kendiri ini juga mengurang peluang kepada Yuzie untuk
menggangu rakan-rakan yang lain. Masa Yuzie telah dipenuhi dengan pengisian power
point yang disediakan.

Refleksi
Di tahap Yuzie didapati boleh mencapai penguasaan tugasan yang diberi sebanyak
100% sekurang-kurangnya 2 kali percubaan.
7. DAPATAN KAJIAN
Kaedah e-pembelajaran yang dilaksanakan dalam kajian ini adalah menggunakan
komputer sebagai alat untuk mengajar dan sebagai alat untuk memoderasikan penghasilan
tugasan Yuzie. Kelemahan tangan Yuzie yang menjejaskan penguasaan motor halus tidak
mempamerkan keupayaan kognitifnya. Kaedah e-pembelajaran ini dapat membantu
Yuzie meningkatkan keupayaan kognitifnya serta menguasai tugasan yang melibatkan
kemahiran motor halus iaitu menulis. Yuzie dapat mengunakan kaedah alternatif untuk
menghasil tugasan menulis iaitu dengan bantuan komputer.

Kaedah e-pembelajaran ini telah memberi impak yang baik terhadap keseluruhan
perkembangan Yuzie. Bilangan tugasan yang dapat disiapkan oleh Yuzie dalam masa
yang ditetapkan meningkat daripada 3 soalan/perkataan/frasa sehingga 8
soalan/perkataan/frasa.

Pengisian Power Point yang disediakan oleh guru untuk pembelajaran kendiri (self
access learning) juga memberi impak kepada perubahan tingkahlaku Yuzie. Yuzie
didapati lebih memberi kerjasama di dalam kelas dan tidak mengganggu rakan-rakannya.
Perubahan tingkahlaku yang positif ini dapat diperhatikan oleh semua guru yang
membimbingnya.
Kekangan/ Masalah yang dihadapi

Semasa melaksanakan tugasan ini saya telah menemui beberapa kekangan

i) Masa : Penyediaan pengisian power point memerlukan pengorbanan masa yang


sangat lama untuk saya yang kurang mahir dalam penggunaan komputer

ii) Pengendalian tingkahlaku menggunakan ganjaran komputer perlu


melibatkan semua guru yang membimbing Yuzie
iii) Tahap kognitif Yuzie yang memerlukan berkali-kali latihtubi untuk membolehkan
dia mengingat.

8. REFLEKSI KAJIAN
Kaedah e-pembelajaran secara keseluruhan dapat menarik minat semua pelajar-
pelajar Pemulihan khas tanpa mengira tahap ketidakupayaan.

Kaedah e-pembelajaran ini juga memberi impak yang sangat baik terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran Pemulihan khas pelbagai tahap. Kaedah ini adalah satu
kaedah yang interaktif yang mengabungjalinkan kemahiran belajar secara visual, audio
dan kinestetik (keupayaan pergerakan).

Kajian ini juga dapat menunjukkan bahawa kaedah e-pembelajaran dapat


mempertingkatkan keyakinan diri dan pembentukkan konsep kendiri (self esteem) .

Perkembangan secara holistik dan penguasaan kemahiran merupakan halatuju


setiap guru semasa membimbing pelajar-pelajar pemulihan khas. Diharapkan kajian ini
dapat membuka mata semua guru supaya tidak bergantung kepada bahan konvesional
tetapi bergerak ke era ICT.

Pihak kementerian, jabatan dan sekolah perlu menyedari bahawa keperluan


komputer untuk setiap orang guru, untuk membuat inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran yang relevan dengan Pendidikan masa kini.

9. CADANGAN TINDAKAN SELANJUTNYA


Memandangkan kajian ini berkembang ke arah penguasaan kemahiran
pembelajaran kendiri (self access learning) yang mudah dikendalikan oleh pelajar-pelajar
pemulihan khas, saya akan meneruskan kajian ini dengan membuat penambahan koleksi
pengajaran dan pembelajaran dengan pengisian power point.

RUJUKAN

K.A. Razhiyah.2006. Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar? Selangor: PTS Profesional


Publishing Sdn Bhd.

Huraian Sukatan Pemulihan khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendan & Menengah.
Jabatan Pemulihan khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

http://www.time4learning.com/learning-styles.shtml - Learning Style: different Learning


Styles Require diverse Teaching Styles

http://learningdisabilities.about.com/od/resourcesresearch/Research.htm -
Research in Learning Disabilities – Special Education Programs for LDs

http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/custom/portlets/recordDetails/detailmini.js p?
_nfpb=true&_&ERICExtSearch_SearchValue_0=ED256084&ERICExtSearch_
SearchType_0=no&accno=ED256084 – : Affective Learning Styles of
Children:Implication for Special Education

Anda mungkin juga menyukai