Anda di halaman 1dari 3

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : ROMNA BINTI ROSLI


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : SK TAMAN RAKAN, KAJANG
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: Everyone Communicate, Few Connect

2. Pengarang: John C. Maxwell

3. Tahun diterbitkan 2010 (288 ms)

4. Penerbit : Harper Collin Leadership

5. Sinopsis Buku
Bab 6 : Berhubung di atas Landasan yang Sama
Yang Dibaca:
Semua hubungan positif dibina berdasarkan kepentingan dan nilai
bersama. Mereka ditubuhkan atas persetujuan, bukan perselisihan.
Walaupun demikian, kebanyakkan pemimpin seringkali mengabaikan
tugas mereka untuk mencari landasan yang sama. Mereka membuat
andaian tentang apa yang orang lain mahu, diikuti dengan agenda
mereka sendiri, lantas cuba mengendalikan situasi secara individu
bukannya bekerjasama dengan pasukan mereka.

Justeru itu, Maxwell telah membuat kesimpulan di dalam bab ini


bahawa pentingnya sesebuah komunikasi itu untuk berada di atas
landasan yang sama. Landasan ini bermaksud kedua dua pihak mestilah
mempunyai kesepakatan dan toleransi dalam hubungan mereka. Berikut
merupakan empat halangan dalam membentuk landasan yang sama
antara pemimpin dan anak buahnya.
1. Assumption (Andaian) : Saya sudah tahu apa yang orang
lain tahu, rasa dan inginkan.z
2. Arrogance (Kesombongan) : Saya tidak perlu tahu apa yang
diketahui, dirasakan atau
dikehendaki orang lain.
3. Indifference (Tidak peduli) : Saya tidak peduli untuk
mengetahui apa yang diketahui,
dirasakan atau dikehendaki oleh
orang lain.
4. Control (Kawalan) : Saya tidak mahu orang lain
mengetahui apa yang saya tahu,
berasa atau mahu.

1
Ketidakpedulian wujud hasil dari ego yang tinggi dari individu
tersebut. Pemimpin yang baik tidak akan sesekali membiarkan anak
buahnya hidup dalam kealpaan dengan sengaja. Oleh hal yang
demikian, kita haruslah mengubah perspektif dan pemikiran kita
kerana komunikasi merupakan pilihan dan pemikiran yang boleh
dipelajari. Kunci utama dalam sesebuah perhubungan yang
mempunyai komunikasi yang efektif adalah seperti di bawah :
1. Availability (Ketersediaan) :
Saya akan meluangkan masa
dengan yang lain.
2. Listening (Mendengar) :
Saya akan mendengar apabila
yang lain bersuara dalam proses
membentuk landasan yang sama.
3. Questions (Soalan) : Saya akan
sentiasa berminat untuk menyoal
soalan kepada yang lain.
4. Humility (Rendah Hati) :
Saya akan sentiasa memikirkan
yang lain dahulu sebelum diri
saya.
5. Adaptability ( Kesesuaian) :
Saya akan menyesuaikan diri
saya untuk hidup di dalam dunia
mereka.
1. Sekiranya kita mahu mencapai landasan yang sama dengan
orang lain, mula dengan memahami perasaan mereka. Apabila
kita dapat mendekati mereka di tahap emosi, berhubung pada
tahap-tahap berikutnya akan menjadi lebih mudah.
6. Manfaat/
pengajaran yang 2. Terdapat perbezaan yang besar antara mengetahui dan
diperoleh memahami. Kita mungkin mempunyai maklumat yang banyak
daripada buku mengenai sesuatu perkara tanpa benar-benar memahami
yang dibaca perkara itu.

3. Landasan persamaan adalah tempat orang dapat


membincangkan perbezan antara mereka, berkongsi idea,
mencari solusi da mencipta sesuatu bersama.

7. Tandatangan

ROMNA BINTI ROSLI


2

Anda mungkin juga menyukai