Anda di halaman 1dari 13

MODEL-MODEL KESANTUNAN

Model Prinsip Kerjasama (PK) Grice (1975)

a. Pada 1967, Grice mencetuskan PK berasaskan penggunaan implikatur


perbualan dalam meneroka sesuatu ujaran. “jadikan sumbangan anda
sebagaimana yg dikehendaki sahaja, di tahap apabila perbualan itu
mengambil tempat, dan tepat pula dengan arah tujuan perbualan yang sedang
berlangsung
b. Grice mengemukakan 4 maksim
i. maksim kuantiti (sempurna)–memberi maklumat yang cukup imformatif dan
memastikan maklumat tidak melebihi daripada apa yang sepatutnya
j. maksim kualiti (betul)-tidak menyebut sst yg difikirakn tidak betul dan tidak
menyebut sst yang tidak cukup dalil atau bukti
k. maksim pertalian – berkesinambungan dan relevan maklumatnya
l. maksim cara (sejelas mungkin) – elakan kesamaran, ketaksaan, ringkas
dan teratur
c. Peranan PK utk mengekalkan kesinambungan sosial dan pertalian mesra dan
membolehkan kita mengandaikan bahawa yang kita ajak berbual itu memang
rela bekerjasama dengan kita.
d. Berdasarlkan prinsip ini, penutur harus menjadikan perbualannya sebagai
satu sumbangan sebagaimana yg diperlukan si pendengar
e. Penutur harus memastikan perbualan bersifat dua hala yang turut melibatkan
pendengar sebagai penutur kedua. Pastikan tujuan perbualan itu sesuai
dengan konteks perbualan serta dapat diterima/difahami pendengar
f. Leech (1983) PK membantu kita memahami pertalian antara maksud dengan
kuasa dalam suatu ujaran.
g. Kritikan terhadap Pk. Pertama, kritikan thd garis maksim boleh
diiinterpretasuikan sebagai kod moral/etika. Perlu ada maksim santun. Bagi
Leech beberapa ilokusi secara semula jadi tidak santun dan yang lain secara
semula jadi santun.. Kesantunan merupakan kualiti abstrak yang memberi
fokus kepada ekspresi tertentu.
h. Sadock (1975) maksimnya terlalu kabur seolah-olah segala masalah
perbnualan boleh selesai dengan maksim yang sedia ada
i. Sperber & Wilson (1981)- kekaburan bidang semantik dengan pragmatik.
Maksim Grice maksim pragmatik atau apa yang diimplikasikan. Ttp Grice
mengatakan maksim semantik atau apa yang diperkatakan. Berlakulah
pertindihan fungsi maksim. Maksimya lewah. Semuanya boleh digarap dalam
maksim relevan (cukup bukti, jelas dan teratur)
j. Prinsip ini tidak mencukupi untuk menjekaskan pertalian maksud dengan
kuasa. Mengapa orang tidak terus menyampaikan apa yg mereka
maksudkan?
k. PK mementingkan kebenaran mutlak dan mementingkan makna proposisi.
Leech (199#) menyarankan prinsip pragmatik perlu diterapkan dgn cara
meluas serta peka masyarakat dan peka psikologi.
l. Leech berpendapat ada maksim tidak sesuai digunakan apabila unsur
penipuan kerana hendak menjaga hati. . Misalnya A mengajak B ke jamuan,
tetapi B enggan. B berpura-pura ada banyak kerja perlu dilakukan. Leech

1
menamakan sbg ‘white lies’ bertujuan untuk tidak menyinggung perasaan A.
Ujaran B melanggar maksim kualiti. Sukar diputuskan B tidak bekerjasama
sebaliknya B bersikap santun terhadap A. Leech memperkenalkan PS bagi
menyelamatkan PK Grice.
m. PK Grice tidak dapat bertahan lama kerana maksimnya bukan bersifat sejagat
kerana ada komuniti linguistik yang tidak menggunakan semua maksim
tersebut.

Kalau anda tidak beradab dengan jiran anda, saluran komunikasi antara anda
dengan jiran anda akan terputus.

Model Kesantunan Lakoff (1978)

a. Lakoff menyarankan 3 peraturan sekiranya sesuatu perbualan mengekalkan


keharmonian perbualan.
i. Jangan memaksa
ii. Berikan pilihan
iii. Jadikan Pendengar selesa

b. Jangan memaksa – peraturan untuk mengejkalkan kesantuanan formal utk


mengekalkan jarak pendengar dengan penutur
c. Berikan pilihan – peraturan dlm situasi tidak formal. Memberi peluang
pendengar membuat pilihan menerima atau menolak sst permintaan., berfikir
dan bertindak balas thd permintaan bersesuaian dgn kehendaknya. Penutur
membina ujaran dengan ayat tanya
d. Jadikan pendengar selesa – merapatkan hubungan baik antara penutur dgn
pendengar. Menonjolkan perasaan positif penutur-pendengar dan digunakan
dalam kalangan yang menjalin hubungan rapat
e. Namun model ini tertumpu pada kepentingan pendengar dan bersifat
egosentrik. Penutur lakukan apa sahaja demi kepuasan pendengar. Model ini
mengutamakan kepentingan pendengar , tidak dapat dipertahankan dlm
semua peristiwa bahasa yang mempunyai matlamat yang berbeza.

Prinsip Kesantunan Leech (1983)

a. Leech membina model kesantunan kerana maksim Kualiti dan maksim


Kuantiti Grice tidak praktikal apabila penutur cuba bertindak santun terhadap
pasangannya.
b. Prinsip kesantunan bermaksud penjalin tersirat yang penting, bukan khusus
bermakna baik-baik, tetapi menjalinkan prinsip kerjasama dengan masalah
bagaimana menghubungkan maksud dengan kuasa.
c. Ada enam maksim kesantunan Leech.
i. Maksim santun/berhemah –meminimumkan kos dan memaksimumkan
faedah kepada orang lain

2
ii. Maksim budiman/kedermawanan- meminimumkan faedah/manfaat dan
memaksimumkan kos ke atas diri sendiri
iii. Maksim sokongan/berkenan-meminimumkan cacian dan
memaksimumkan pujian terhadap orang lain
iv. Maksim merendah diri/kerendahan hati-meminimumkan pujian,
memaksimumkan cacian terhadap diri sendiri
v. Maksim persetujuan-meminimumkan perbalahan, memaksimumkan
persetujuan antara diri dengan orang lain
vi. Maksim simpati- meminimumkan antipati, dan memaksimumkan simpati
antara diri dengan orang lain

d. Mengaitkan maksim santun dengan lakuan bahasa Searle, mengecualikan


kategori peristiharan. Empat maksim pertama berpasangan dalam skala bipola,
iaitu kos-faedah/pujian-cacian. Dua maksim lain dalam skala unipolar, iaitu skala
simpati dan skala persetujuan.

e.Dalam maksim santun/berhemah, Leech (1995) membahagikan fungsi ilokusi


kpd empat.
i. bersaingan-matlamat ilokusi bersaingan dengan matlamat sosial spt
memerintah, mendesak, merayu
ii. beramah tamah –matlamat ilokusi sama matlamat sosial spt mempelawa,
menyapa, mengucapkan terima kasih
iii. kolaboratif- matlamat ilokusi tidak peka terhadap matlamat sosial, spt
menyatakan, mengumumkan
iv. berkonflik-matlamat ilokusi berkonflik dengan matlamat sosial seperti
mengancam, menuduh
f. Ada dua isu. Pertama. Kedudukan sosial penutur yang menunjukkan nilai
kesantunan yang berbeza untuk kes-kes individu. Kewujudan hirarki sosial
memerlukan kesantuan secara total. Misalnya dlm tentera. Ya tuan! Dalam
tentera diianggap hierarki sopan. Kedua kesantunan terhadap arahan
bergantung pd beberapa faktor seperti kesan positif atau negatif terhadap sso
yg diberi arahan. Makanlah kuih. Silalah duduk (Manfaat/ positrif). Ambil beg
saya. Potong bawang itu (tidak mendapat manfaat/negatif)
g. Kesantunan adalah untuk meminumkan kesan pernyataan tidak sopan dan
memaksimumkan kesantuan ilokusi santun
Ibu (I). Ada sso yang memakan aising pada kek ini
Anak(a). Bukan saya.
Ini perbualan biasa antara ibu dengan anaknya. Si anak memberi jawapan yg tdk
relevan dan cuba melepaskan diri drpd tuduhun ibu. Lakuan si Anak melanggar
maksim pertalian. Pernyataan si ibu dianggap lebih sopan yakni di tdk tahu siapa
yg melakukannya dan mengesyaki anaknya yg melakukannya. Maka kata ada
sso sebagai ganti nama am. Si anak bertindak balas thd perytaanibunya dgn
menafikan terus kerana si anak bertindak balas thd implkikatur pada ujaran si
ibu. Ketakterusan implikatur ini tercetus melalui kesantunan dan bukan drpd apa
yg sebenarnya. Leech berpendapat ujaran berdasarkan kesantunan dan
bukannya kerjasama.
h. Bagi Leech, Prinsip kesantunan bukan sahaj ditambah pada prinsip kerjasama
tetapi merupakan pelengkap.
a. Kita merindui Ali dan Aminah

3
b. Ya, Kita merindui Ali

Ayat b, gagal mematahui maksim kuantiti apabila si A meminta pendapat B. Si B


hanya memperaku sebahagian sahaja dan mengabaikan lainnya. Rumusanya, si
B boleh menjelaskan lagi apa yg dimaksudkan, tetapi dianggap biadap oleh
pihak ketiga. Si B memendamkan sahaja makllumat tambahan kerana dia tidak
mahu melanggar prinsip santun. Ini dianngap santun tetapi dianggap kurang baik
kerana tidak menyebut Aminah.
i. Fungsi kesantuanan untuk mewujudkan jarakan antara interlocuter atau
melahirkan jarak kewujudan yang sedia ada, seperti dalam tentera

Yes Sir! (hirarki terbatas)

Model Kesantunan Brown dan Levinson (1978 & 1987)

a. Model B & L berasaskan ‘konsep menyelamatkan muka’ yang diicetuskan daripada konsep air muka Goffman
(1967). Goffman mentakrifkan air muka sebagai imej gambaran diri dalam atribut sosial yang dibenarkan, meskipun
imejnya dikongsi bersama dengan orang lain. Sso melakukan prestasi terbaik dalam profesion dan agama dengan
melakukan persembahan terbaik untuk dirinya.” Konsep ini untuk menafsir tingkah laku yang santun sebagai asas
dalam mengekalkan kehendak air muka
b. Istilah air muka ‘reputasi’ atau ‘nama baik’ digunakan di China pada 1876 dalam ungkapan ‘persiapan apabila cina
jatuh air muka’. Menurut James Galworthy, menjaga air muka merupakan motif terkuat di dunia.
c. Air muka dikaitkan dengan perasaan nilai diri atau imej diri, perlu dicari, boleh hilang, boleh dikekalkan, dimusnahkan
atau ditingkatkan apabila berinteraksi dengan orang lain. Yule (1996) menganggap konsep ini citra diri awam
seseoarng di khalayak ramai.
d. Air muka dibahagi air muka positif dan air muka negatif. Air muka positif berupa keinginan individu utk disukai,
dihargai, dipersetujui, dihormati orang lain. Air muka negatif berupa keinginan untuk mempertahankan hak dan
kebebasan melakukan sesuatu tidak dihalang.
e. B & L mengemukakan beberapa strategi untuk mengurangkan ancaman air muka,
i. Lakuan Mengancam air muka (LMM)/face Threathening Act
1. Berekod
-Tanpa Penyesuaian
- Dengan Penyesuaian
a. Kesantunan Positif
b. Kesantunan Negatif
2. Tanpa rekod
ii. Tidak melakukan Lakuan Mengancam air muka

f. B & L , penutur akan melakukan LMM apabila ujaran mengancam pendengar.Ada 2 strategi. Pertama, strategi
berekod, penutur menggunkan stategi tanpa penyesuaian , ujarannya kurang santun. Untuk mengurngakn LMM,
strategi penyesuaian menerisi startegi kesantunanpositif dan kesantunan negatif digunakan
g. Strategi tanpa penyesuaian dianggap jelas, ringkas dan tidak kabur. Menepati maksim kualiti dan maksim kuantiti
Grice.
h. Kesantunan positif ialah ujaran yang berupa air muka positif pendngar diutamakan. B & L berpendapat strategi ini
digunakan apabila keinginan air muka pnutur dan pendengar mempunyi persamaan.Penutur mahu pendengar
dihargai seperti kemahuannya seperti ujaran pujian, tahniah, simpati dan bersetuju.
i. Kesantunan negatif ialah strategi kesantunan yang memancarkan rasa hormat terhadap hak dan kebebasan
menghadapi ancaman muka apabila terkena sst. LMM dibetulkan dan diubahsuai . Penggunaan kata ‘maaf
didahulukan . Misalnya “maaf tuan, boleh saya bantu. Ujaran ayat “Boleh saya tolong angkat barang ini”. Ini dinggap
strategi mengurangkan ancaman muka ketika mengujarkan lakuan berbentuk permintaan dan cadangan.. Strategi ini
budaya Barat malahan Leech (1983) berpendapat orang British berhati-hati membuat permintaan dan mereka
bersikap lebih santun.
j. Strategi Tanpa Rekod melibatkan metafora, ironi, makna tersirat, kisan dan peribahasa. Strategi ini untuk
mengekalkan penghormatan atas air muka pendengar dengan menepati kamahuan air muka negatifnya. Penutur
menjaga air muka pendengar tanpa mengenakan sebarang pengenaan.Sebaliknya pengenaannya terselindung.
k. Teori B&L ada kelemahannya. Model ini beracuanka Barat dan tidak sesuai dengan Timur (Matsumoto 1988 & Mao).
Orang timur mengutamakan nilai sosal dan budaay dan meletakkan diri sendiri dalam perkara kedua.
l. Aras kesantunan menerusi 5 stratregi dipertikaikan . Coupland (1988) susunan 5 strategi mengikut hierarkinya tidak
dapt dibuktikan, disahkan oleh sesiapa pun. Anggapan Strategi Tanpa Rekod berada aras kesantuanan tertinggi dan
mampu mengurngkan LMM dikritik.
m. B & L mengusulkan beberapa strategi lain. Bergantung pada 3 pemboleh ubah sosial iaitu kuasa relatif (P=Power),
jarak sosial (D=Distance) dan tahap pengenaan mutlak (Rx =absolute ranking of an imposition)
-P =kuasa penutur ke atas pendengar
-D –darjah keakkraban hubungan penutur dengan pendengar
-Rx = darjag pengenaan dalam sesuatu ujaran

4
Ketiganya akan menentukan pemberatan LMM.

Model Asmah Haji Omar (2000)

a. Asmah menyebut Kesantunan Asas dan Kesantunan Berkendala


b. i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang menjadi pedoman kepada ahli masyarakat untuk
berhubung antara satu sama lain dgn cara menunjukkan sikap berbaik-baik antara mereka. Ada kaitan
dengan pendidikan awal sesorang .
c. ii. Kesantunan berkendala ialah usaha yang dilakukan dalam sesuatu interaksi dgn menekankan kendala
tertentu
i. Taraf dan peranan orang yg bercakap dgn kita
ii. Di mana dan bagaimana keadaan percakapan itu berlaku
iii. Apa yg dipercakapkan
iv. Mengapa percakapan itu berlaku
v. Cara percakapan itu disampaikan (bersemuka, telefon, telesidang dsb)

Menekankan perhatian terhadap peranan sosial pihak yg terlibat dalm percakapan, latar belakang
percakapan, judul percakapan, sebab dan cara percakapan, serta penyesuaian peraturan
pertuturan. Strategi tambahan kesantunan asas. Kesantunan asas disertai dgn strategi
komunikasi.
d. Asmah mencadangkan beberapa strategi komunikasi yang santun,
i. Pengakuan adanya kaitan peranan antara peserta yang terlibat
ii. Kesedaran terhadap perbezaan taraf sosial dalam kalangan peserta
iii. Kesedaran akan kuasa yang ada pada sesuatu peranan
iv. Menjaga air muka
v. Kepatuhan pada tajuk dan peraturan rundingan
e. Faktor ini merupakan pemboleh ubah sosial B & L. B & L menyifatkan faktor ini sebagai faktor jarak sosial
(D), kuasa (P) dan tahap sesuatu pengenaan (R)..Asmah menambah faktor penjagaan air muka sbg faktor
yang setaraf dengan faktor peranan, kuasa dan taraf sosial, manakala B & l menganggap strategi
kesantunan itu diplih kerana hendak menjaga air muka.

“Kesopanan dalam pertuturan sangat


dipentingkan dalam masyarakat Melayu.
Jelaskan dengan mengemukakan contoh yang
sesuai.”

Asmah Hj. Omar, 1996. “Kesopanan dalam Perbincangan dan Perbahasan: Satu
Analisis Kelakuan Bahasa dalam Keadaan Perbezaan Taraf dan Peranan”,
dibentangkan dalam Seminar Memperingati 100 Tahun Za’ba. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya. Hlm. 121-149.

1.0 PENGENALAN
Tugasan ini akan membincangkan mengenai kesopanan dalam pertuturan
masyarakat Melayu. Huraian awal tugasan ini akan menerangkan secara am
mengenai Prinsip Kesopanan berdasarkan kepada tokoh bahasa tertentu. Antara

5
tokoh bahasa tersebut adalah Grice, Lakoff, Leech, Brown dan Levinson, dan Asmah
Hj. Omar.
Pada bahagian yang seterusnya, maksim-maksim kesopanan dalam Prinsip
Kesopanan Leech akan diterangkan dengan mengaitkannya dalam masyarakat
Melayu sendiri.

2.0 KONSEP BERKAITAN

Bahagian ini akan menghuraikan mengenai konsep kesopanan berbahasa


berdasarkan kepada pandangan tokoh-tokoh bahasa. Selain itu, bahagian ini akan
menerangkan secara awal mengenai lima Model-model Kesantunan oleh enam
tokoh bahasa termasuk Leech. Teori Kesopanan Leech.

2.1 KONSEP KESOPANAN BERBAHASA

Dari segi bahasa, perkataan sopan dapat diistilahkan sebagai adab, adat,
berdisiplin, santun dan lemah lembut. Kesopanan menurut Asmah Hj. Omar boleh
dilihat dari segi tingkah laku bukan bahasa dan juga dari segi bahasa (1995:121).
Tambah beliau lagi:
“Kesopanan yang betul-betul memberi perhatian kepada peranan
sosial pemeran latar, judul percakapan, dan menyesuaikan
peraturan pertuturan dengan keadaan sebenar.(1995:125)”

Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu, “bahasa” adalah bermaksud “bicara”,


ujaran”, “tatatertib”, “sopan-santun”, “tingkah laku” dan “percakapan yang baik”.
Kesopanan berbahasa memberi pengertian yang luas yang merangkumi makna
komunikasi yang sempurna dan beradab dengan perlakuan yang baik. Kamus
Dewan pula mendefinisikan kesopanan sebagai perihal sopan yang ditonjolkan
melalui tingkah laku, tutur kata dan sebagainya.

“Kesopanan bahasa” oleh Teo Kok Seong mentakrifkan kesopanan sebagai


bentuk bahasa atau penggunaan bahasa yang bermaksud untuk berlaku sopan
kepada orang yang diajak bercakap bagi tujuan menghormatinya, di samping
memperlihatkan kehemahan pada orang yang bercakap itu agar dia dianggap
sebagai berbudi bahasa.

Awang Sariyan (2007:1) kesopanan berbahasa merujuk kepada penggunaan


bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak ayng menjadi teman bicara. Thomas(1995:158)
kesopanan berbahasa dapat didefinisikan sebagai strategi yang digunakan oleh
penutur terhadap pendengar dalam usaha mencapai pelbagai matlamat, seperti
memelihara perhubunganyang harmonis.

2.2 MODEL-MODEL KESOPANAN

Topik ini akan membncangkan mengenai Model Prinsip Kerjasama Grice, Model
Kesantunan Lakoff, Model Kesantunan Brown dan Levinson, Model Kesopanan Asmah Haji
Omar, dan Prinsip Kesopanan Leech.

2.2.1 MODEL PRINSIP KERJASAMA (PK) GRICE (1975)

6
Pada 1967, Grice mencetuskan PK berasaskan penggunaan implikatur perbualan
dalam meneroka sesuatu ujaran Tokoh ini menghuraikan prinsip kesopanan mengikut
pandangnnya dengan menjadikan sumbangan seseorang sebagaimana yang dikehendaki
sahaja, di tahap apabila perbualan itu mengambil tempat, dan tepat pula dengan arah tujuan
perbualan yang sedang berlangsung. Beliau telah mengemukakan 4 maksim iaitu maksim
kuantiti, maksim kualiti, maksim pertalian, dan maksim cara.
Maksim kualiti adalah maksim yang sempurna untuk memberi maklumat yang
cukup informative dan memastikan maklumat yang cukup melebihi daripada apa
yang sepatutnya. Maksim kualiti adalah maksim yang mementingkan perkara yang
betul sahaja dan tidak menyebut sesuatu yang tidak betul dan juga tidak akan
meyebut sesuatu yang tidak cukup dalil atau bukti. Maksim pertalian merupakan
kesinambungan dan relevan maklumatnya. Maksim cara adalah maksim yang
mementing pernyataan yang sejelas mungkin dan mengelakkan kesamaran,
ketaksaan, ringkas dan teratur. Prinsip ini mengekalkan kesinambungan sosial dan
pertalian mesra dan membolehkan kita mengandaikan bahawa yang kita ajak
berbual itu memang rela bekerjasama dengan kita.

2.2.2 MODEL KESANTUNAN LAKOFF (1978)

Lakoff menyarankan tiga peraturan sekiranya sesuatu perualan mengekalkan


keharmonian iaitu:
a) Jangan memaksa
b) Berikan pilihan
c) Jadikan pendengar selesa
Jangan memaksa adalah peraturan untuk mengekalkan kesantunan formal
untuk mengekalkan jarak pendengar dengan penutur. Peraturan berikan pilihan pula
adalah peraturan dalam situasi tidak formal. Memberi peluang pendengar membuat
pilihan menerima atau menolak sesuatu permintaan, berfikir, membina ujaran
dengan ayat tanya. Peraturan ketiga iaitu jadikan pendengar selesa bertujuan
merapatkan hubungan baik antara penutur dengan pendengar. Peraturan ini
menonjolkan sifat positif penutur-pendengar dan digunakan dalam kalangan yang
menjalin hubungan rapat.
Walau bagaimanapun, model ini tertumpu pada kepentingan pendengar dan
bersifat egosentrik. Penutur lakukan apa sahaja demi kepuasan pendengar. Model
ini mengutamakan kepentingan pendengar , tidak dapat dipertahankan dalam semua
peristiwa bahasa yang mempunyai matlamat yang berbeza.

2.2.3 MODEL KESANTUNAN BROWN DAN LEVINSON (1978 & 1987)

Model Brown dan Levinson (B&L) ini berasaskan “konsep menyelamatkan air
muka yang dicetuskan daripada konsep air muka Goffman pada 1967. Konsep ini
menafsirkan tingkah laku yang santun sebagai asas dalam mengekalkan kehendak
air muka. “air muka” dikaitkan dengan perasaan nilai diri atau imej diri, perlu dicari,
dan boleh hilang, boleh dikekalkan, dimusnahkan atau ditingkatkan apabila
berinteraksi dengan orang lain. “air muka” positif merupakan keinginan individu
untuk disukai, dihargai, dipersutujui, dihormati, orang lain. Air muka negatif
merupakan keinginan untuk mempertahankan hak dan dan kebebasan melakukan
sesuatu tidak dihalang. B&L telah mengemukakan beberapa strategi untuk
mengurangkan ancaman air muka iaitu Lakuan Mengancam Air Muka dan tidak

7
melakukan Lakuan Mengancam Air Muka. Namun begitu, Teori B&L ada
kelemahannya. Model ini menurut Matsumoto dan Mao adalah beracuankan Barat
dan tidak sesuai dengan tradisi Timor yang mengutamakan nilai sosial dan budaya
yang meletakkan diri sendiri dalam perkara kedua.

2.2.4 MODEL KESOPANAN ASMAH HAJI OMAR


Asmah Haji Omar pula menyatakan kesopanan berbahasa dapat didefinisikan sebagai
“penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kemarahan dan kegusaran atau rasa
kecil hati daripada pihak yang lain”. Menurut Asmah Haji Omar, beliau telah mengatakan
bahawa terdapat dua jenis kesopanan iaitu kesopanan asas dan kesopanan terkendala.

Kesopanan asas ialah kesopanan yang sedia ada dalam masyarakat dan
menjadi penghubung antara satu sama lain dengan cara menunjukkan sikap berbaik-
baik antara satu sama lain. Kesopanan berkendala pula menggambarkan usaha
yang dilakukan oleh ahli masyarakat dalam berhubungan antara satu sama lain
dengan memberi perhatian kepada kendala tertentu. Kendala-kendala tersebut
adalah seperti berikut:
a) Taraf dan peranan orang yang bercakap dengan kita.
b) Di mana atau dalam keadaan yang bagimana percakapan itu berlaku.
c) Apa yang dipercakapkan.
d) Mengapa percakapan itu berlaku.
e) Cara percakapan itu disampaikan sama ada secara bersemuka, dalam
perbualan telefon ataupun sidang video.

Perkara yang penting dalam pertuturan ialah cara penutur mengungkapkan


tutur kata dan pertuturan itu mempunyai mesej atau tujuan tertentu. Proses
pertuturan ini melibatkan:

1. Pemilihan kata dan ungkapan yang sesuai dan membawa suasana sopan.
2. Pemilihan ayat yang sesuai, bukan sahaja dari segi nahunya , tetapi dari segi
makna pragmatik yang didukungnya.
3. Penggunaan intonasi yang sesuai.
4. Penggunaan kata panggilan yang betul iaitu nama sapaan atau nama gelaran.

2.2.5 PRINSIP KESANTUNAN LEECH

Geoffrey Leech dalam bukunya yang bertajuk “Prinsip Pragmatik” (1993)


telah mendefinisikan kesopanan sebagai strategi komunikasi semata-mata. Beliau
berpendapat bahawa sesuatu keadaan pertuturan biasanya bergantung kepada
beberapa faktor relatif kekal seperti umur, jantina, status, darjah keintiman dan
peranan. Leech menyatakan maksim kesopanan ini dapat menjelaskan perkaitan
sopan dengan tingkah laku manusia. Hal ini kerana maksim kesopanan ini akan
kurangkan ungkapan pendapat yang tidak beradab dan hanya versi positif sahaja
dengan ungkapan pendapat yang beradab sahaja digunakan. Leech telah
mengemukakan maksim-maksim kesopanan atau maksim kesantunannya yang
dapat menjelaskan perkaitan antara “kesopanan” dengan tingkah laku manusia.
Kesopanan terdiri daripada dua iaitu kesopanan mutlak dan kesopanan relatif.

8
Maksim kesopanan Leech melihat kaitan kesopanan sebagai aspek penting
dengan ketidakterusan berbahasa, pengecualian pematuhan prinsip kerjasama
Grice dan lakuan bahasa. Pendekatan prinsip kesopanan dapat dilihat melalui
maksim yang berpasangan iaitu meminimumkan iaitu pernyataan kepercayaan yang
tidak sopan dan memaksimumkan kepercayaan yang sopan serta berpusat kepada
diri sendiri, penutur, pendengar atau individu lain.

Dengan itu, Leech mengutarakan enam maksim. Maksim tersebut ialah


maksim santun, maksim kerendahan hati, maksim persetujuan, maksim simpati,
maksim kedermawaan dan maksim sokongan. Setiap maksim akan diterangkan
dalam subtopik 3.

3.0 MAKSIM-MAKSIM DALAM PRINSIP KESOPANAN LEECH

Bahagian ini akan menghuraikan enam maksim yang diutarakan oleh Leech
dalam Prinsip Kesopanan Leech. Maksim yang akan diterangkan adalah maksim
santun, maksim kerendahan hati, maksim persetujuan, maksim simpati, maksim
kedermawaan dan maksim sokongan. Setiap maksim diberikan contoh yang sesuai
dengan perlakuan seharian dalam masyarakat Melayu.

3.1 MAKSIM SANTUN


Maksim santun ialah satu strategi untuk memininumkan manfaat bagi diri
sendiri dan cuba untuk memaksimumkan manfaat kepada orang lain. Melalui
maksim santun, penutur akan cuba memininumkan kuasanya kepada orang lain
dengan cara memaksimumkan manfaat kepada orang lain. Selain itu, maksim santun
ini digunakan sebagai salah satu alat untuk mengungkapkan pujian kepada
seseorang. Contohnya:
Contoh 1:
Pekerja : Saya rasa, belum masanya lagi untuk saya terima jawatan itu,
Datuk. Encik Salleh lebih layak.
Majikan : Kenapa awak kata Encik Salleh lebih layak?
Pekerja : Yela, kan Encik Salleh lebih senior daripada sya. Lagipun, dia
lebih lama bekerja di sini berbanding saya yang baru bekerja dengan
Datuk tiga bulan.

Contoh 2:
A : Leman, bila dah habis belajar universiti nanti, jangan jadi macam abang kau
tu, belajar tinggi-tinggi tapi tak nak kerja kat bandar, kerja di sawah juga yang
dia nak.

9
B : Janganlah mak kata begitu, kan abang yang juga bersusah payah sara
keluarga kita selama ni.

3.2 MAKSIM KERENDAHAN HATI


Maksim kerendahan hati adalah maksim yang meminimumkan pujian
terhadap diri sendiri dengan cara memaksimumkan cacian terhadap diri sendiri.
Melalui maksim ini, penutur akan merendahkan diri sehingga kadang kala
menyebabkan pendengar merasakan penutur mencaci dirinya dan merupakan
lakuan larangan sosial iaitu bercakap besar. Maksim ini dapat dilihat melalui tutur
kata yang disampaikan iaitu kata yang merendahkan diri. Hal ini kerana untuk
mengingatkan diri bahawa pujian tersebut hanyalah sebagai salah satu penghargaan
yang diberi agar seseorang itu lebih berusaha gigih.
Selain itu, maksim ini juga digunakan dalam situasi tertentu iaitu apabila
pujian diterima daripada seseorang yang lain. Adalah menjadi kebiasaan apabila
dipuji seseorang itu akan menggunakan maksim ini untuk mengelakkan dari lupa diri
akibat pujian tersebut. Dalam masyarakat melayu umpamanya, maksim ini
digunakan untuk menimbulkan perbualan yang harmonis dengan masing-masing
tidak memperlihatkan kelebihan masing-masing dan sebaliknya akan menyatakan
kekurangan diri sendiri. Contohya, dari segi pencapaian anak-anak, pembelian
sesuatu dan sebagainya. Keadaan ini berlaku untuk mengelakkan timbulnya
tanggapan negatif kepada penutur seperti sombong, berlagak dan megah.
Contohnya:

1. “Macam awak bolehlah baca buku Cina sebab tahu bahasanya, tapi macam
saya ni baca buku-buku Melayu sajalah.” kata Lina kepada Jenny.
2. “Tak mengapalah Mak Mah, lagipun Datuk bukannya memilih sangat, yang
penting boleh dimakan. Mak Mah masaklah apa yang patut untuk makan
tengah hari ni.” kata Datin Zura kepada pembantu rumahnya.

3.3 MAKSIM PERSETUJUAN


Maksim persetujuan ialah maksim yang memperlihatkan kecenderungan
seseorang untuk melebih-lebihkan persetujuan terhadap orang lain. Maksim ini akan
memininumkan kerugian kepada pendengar sebaliknya akan memaksimumkan
kerugian kepada diri sendiri. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada konflik dan
perbalahan di antara satu sama lain.
Selain itu, maksim ini adalah bertujuan menjaga air muka seseorang.
Berdasarkan konsep menjaga air muka seseorang ini lahirlah persetujuan yang
menghormati orang yang dilawan bercakap. Persetujuan yang dituturkan adalah
semata-mata menghormati penutur tersebut sahaja dan bukan isi pertuturan
tersebut. Contohnya:
Contoh 1:
A: Awak fikir Afifah ada kat rumah?
B: Barangkali ada. Kan hari ini cuti.
Contoh 2:
A: Nyanyiannya memang merdu kan?
B: Betul, tapi suara Akma lagi merdu kalau dia yang nyanyi.

3.4 MAKSIM SIMPATI

10
Maksim simpati ialah maksim yang cuba memaksimumkan simpati kepada
orang lain dan memininumkan antipati antara diri sendiri dengan orang lain. Dengan
itu, penutur akan cuba untuk menghilangkan rasa benci atau perasaan negatif yang
lain terhadap diri orang tersebut dan sebaliknya akan memberi sifat simpati dan
belas kasihan terhadap orang tersebut. Dalam maksim ini ditunjukkan oleh dua
penanda yang besar iaitu takziah dan tahniah. Ucapan takziah dan tahniah ini
adalah lakuan tuturan berabad walaupun ucapan takziah mengungkapkan pendapat
negatif kepada pendengar.
Maksim ini juga digunakan untuk menyatakan kata-kata nasihat yang
membantu meringankan beban yang ditanggung oleh pendengar dan menyalurkan
maklumay yang berguna untuk pendengar tersebut. Dalam pernyataan simpati ini,
nasihat adalah cara terbaik untuk menggambarkan seseorang itu membantu dengan
cara saling mengambil berat dan tidak semestinya dengan kebendaan.
Dalam masyarakat Melayu, maksim ini digunakan bukan sahaja terhad
kepada ucapan yang menyatakan perasaan sedih sahaja malah turut mengandungi
unsur-unsur nasihat, ambil berat, kasih sayang dan nilai-nilai kesopanan yang lain.
Contohnya:

1. “Kesian budak tu, selepas mak ayah dia meninggal terpaksa tinggal di rumah
anak yatim piatu.” luah Pat Itam kepada Mak Leha. Mak Leha hanya
mendiamkan diri kerana terkenangkan perbuatan ibu bapa Leman yang
pernah merosakkan rumah tangganya.
2. “Kalau betul nak kerja, kenapa pula pilih kerja sebagai pelayan. Awak masih
muda, kerja itu tak baik untuk awak.” nasihat Mak Mah kepada Rina.

3.5 MAKSIM SOKONGAN


Maksim sokongan ialah maksim yang memininumkan cacian terhadap orang
lain dan memaksimumkan pujian terhadap orang lain. Maksim ini sebenarnya
adalah maksim mengampu namun adalah tidak sesuai kerana bunyinya yang tidak
sopan dan memberi konotasi yang negatif. Maksim ini biasanya adalah dengan
cara memuji dan mengiyakan perbuatan seseorang agar individu tersebut
meningkatkan semangat dan usahanya untuk melakukan sesuatu perkara dengan
baiknya.
Dalam masyarakat Melayu, sokongan yang diberikan bukan untuk tujuan
“mengampu” semata-mata sebaliknya untuk memberi sokongan yang ikhlas.
Sokongan ini adalah bertujuan memberikan dorongan dan meningkatkan semangat
seseorang untuk berusaha dengan lebih gigih dalam melakukan sesuatu perkara.
Contohnya:

1. “Kalau dapat pekerjaan yang lebih baik, awak boleh saja berhenti kerja ini.”
kata Encik Zali kepada pekerja barunya.
2. “Jika awak berusaha sudah pasti cita-cita awak tercapai lagipun awak ini
budak pintar.” kata Cikgu Murni kepada Rashid.

3.6 MAKSIM KEDERMAWAAN


Maksim kedermawaan ialah maksim yang memininumkan manfaat atau
keuntungan bagi diri sendiri dan berusaha memaksimumkan kos bagi diri sendiri.

11
Melalui maksim ini, pernyataan seseorang itu merupakan suatu tawaran atau
ungkapan yang sopan seperti bantuan, pertolongan dan kasih sayang. Contohnya:
Contoh 1:
A: Duduklah dulu ya. Saya pergi buat air jap.
B: Tak payahlah. Kakak tak lama pun, singgah jap je ni.
Contoh 2:
“Sebelum awak balik, terimalah buah tangan dari kami yang tak seberapa ni.” Ujar
Datin Seri Zaleha sambil menghulurkan sekeping sampul surat ke tangan Mak
Munah.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kesopanan dalam pertuturan sangat dipentingkan dalam


masyarakat Melayu. Berdasarkan Prinsip Kesopanan Leech yang meminimumkan
iaitu pernyataan kepercayaan yang tidak sopan dan memaksimumkan kepercayaan
yang sopan, masyarakat Melayu dilihat ada yang masih mengamalkan prinsip ini dan
ada juga yang mengamalkan kesopanan dalam pertuturan berdasarkan model
kesopanan lain.
Masyarakat Melayu dianggap lebih bersikap menjaga air muka orang lain
lebih daripada menjaga air muka sendiri. Secara mudahnya, masyarakat Melayu
lebih beranggapan positif dan mengurangkan anggapan negatif terhadap orang lain.
Dalam perkaitan antara Prinsip Kesopanan Leech dengan masyarakat Melayu
sekarang, dikesan wujud percanggahan.
Ada anggota masyarakat yang lebih selesa mengutarakan niatnya dengan
bercakap secara terus terang. Unsur paksaan dalam mendapatkan persetujuan
orang yang dikehendaki juga semakin sering digunakan. Dalam erti kata lain,
masyarakat Melayu sekarang semakin selesa untuk menggunakan kata yang
menggambarkan niat mereka tanpa menggunakan kata-kata yang mempunyai
maksud tersirat.

Darwis Harahap dan Abdullah Hassan, 2004. Mutiara Budi. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Kamus Besar Bahasa Melayu, 1995. Kuala Lumpur: Utusan Pubications.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Dewan Bahasa dan Pustaka; Kuala Lumpur.

12
Kamus Linguistik, 1997. Dewan Bahasa dan Pustaka; Kuala Lumpur.

Leech, Geoffrey, 1993. Principles of Pragmatics, First Edition. Diterjemahkan oleh

Azhar M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13