Anda di halaman 1dari 13

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)

ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (27-39)

PENGGUNAAN Inst Card UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN


MENGEJA PERKATAAN DENGAN SUKU KATA TERTUTUP BAGI
MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

The Use of Inst Card to Improve Spelling Skill Of Closed Syllables Words KVK
Among Pupils with Learning Disability

Rashidah Elias
Senana Sulaiman
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu
rashidah@ipgm.edu.my

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan Inst Card dalam meningkatkan
kemahiran mengeja perkataan dengan suku kata tertutup kvk bagi murid bermasalah pembelajaran kategori slow
learner. Model Kurt Lewin telah digunakan dalam penyelidikan tindakan ini. Peserta kajian terdiri daripada dua orang
murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dipilih melalui keputusan ujian diagnostik. Data dikumpulkan
melalui pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Hasil analisis data mendapati bahawa kedua-dua peserta kajian
menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa penggunaan Inst Card berkesan dalam meningkatkan kemahiran mengeja perkataan dengan
suku kata tertutup kvk.

Kata kunci: Inst Card, kemahiran mengeja, perkataan suku kata tertutup

Abstract

This action research was conducted to evaluate the effectiveness of Inst Card in improving spelling skills of closed
syllables words, kvk among learning disability pupils, in the category of slow learners. The Kurt Lewin Model was
used for this action research. Two pupils from the Special Education Programme (integration class) were chosento
participate in the study. They were selected based on the result of a diagnostic test. Data was collected via observation,
pre-test and post-test. The data analysis reveals that both participants showed significant improvement in post-test
compared to pre-test. The findings of the study indicated that the usage of Inst Card is effective in improving spelling
skills with closed syllables, kvk.

Keywords: Inst Card, spelling skills, closed syllable words

PENGENALAN

Setiap murid termasuk murid keperluan khas perlu menguasai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan
mengira. Membaca merupakan satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh
ilmu pengetahuan dan memudahkan seseorang individu untuk menjalani kehidupan. Dalam era globalisasi
ini, murid-murid perlu pantas dalam segala hal dan jika mereka tertinggal dalam sesuatu perkara
terutamanya perancangan yang telah dirancang oleh Pihak Kementerian Pelajaran, sudah pasti mereka akan
ketinggalan malah diistilahkan sebagai keciciran (Kuntom, 2012).

27
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (27-39)

Keupayaan membaca bagi murid-murid bermasalah pembelajaran kategori slow learner


dipengaruhi oleh kebolehan individu itu sendiri. Selain daripada itu, murid-murid slow learner mengalami
kekeliruan pengamatan yang sedikit sebanyak mempengaruhi emosi, pengalaman, keperluan dan kehendak
mereka. Ramai yang mengalami masalah dalam pembelajaran sebenar. Murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran kategori slow learner merupakan murid-murid yang berfungsi di bawah keupayaan
mereka dari segi kecerdasan, pencapaian dan kemahiran sosial Noor Aini (2010).

Murid-murid khas kategori slow learner lambat membaca, tidak aktif semasa belajar, tidak
berupaya menyatukan bunyi-bunyi huruf dan membentuk perkataan serta ayat, sukar membezakan sebutan-
sebutan perkataan, tidak berupaya mengingati urutan dan kurang penumpuan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Dahlin, 2010). Kelemahan murid-murid khas kategori slow learner dalam membaca
sememangnya menjadi masalah besar kepada guru-guru dan murid-murid itu sendiri.

Murid slow learner perlu menguasai kemahiran mengeja dan membatang suku kata kv dan kvk. Ini
jelas ditunjukkan dalam sukatan pelajaran tahun tiga bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) untuk
murid keperluan khas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2004). Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi,
maka hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membolehkan murid-murid masalah
pembelajaran menguasai kemahiran ini akan terbantut. Justeru itulah, pengkaji mengambil inisiatif untuk
mengatasi masalah ini dengan harapan masalah murid-murid khas bermasalah pembelajaran kategori slow
learner ini dapat diatasi.

REFLEKSI MASALAH

Terdapat enam orang murid yang terlibat dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) tahun tiga
yang dikendalikan oleh pengkaji. Kesemua murid tersebut terdiri murid kategori slow learner. Semasa
menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP), pengkaji mendapati sebahagian murid kelas ini masih
lagi tidak dapat menguasai kemahiran membaca suku kata tertutup dengan baik. Mereka sudah dapat
mengenal abjad dan sudah boleh membatang suku kata terbuka gabungan kv dan kv serta membaca frasa
mudah yang melibatkan suku kata terbuka kv dan kv. Namun demikian, murid masih tidak dapat menguasai
kemahiran mengeja atau pun membatang suku kata yang melibatkan perkataan yang mengandungi suku
kata tertutup kvk. Berdasarkan dapatan ujian diagnostik, terdapat dua orang murid yang amat lemah dan
masih tidak menguasai kemahiran tersebut.

Kedua-dua murid yang bermasalah ini mempunyai latar belakang yang agak selari. Bapa mereka
merupakan pekerja am, dengan isteri tidak bekerja dan anak-anak yang agak ramai. Selain belum mampu
menguasai kemahiran membatang suku kata tertutup kvk, mereka aktif, suka bergerak dan kadangkala
mengganggu proses PdP. Mereka juga kurang memberi tumpuan dan bermain semasa proses PdP
dijalankan, selari dengan apa yang dinyatakan oleh Abdul Rasid (2011) di mana murid yang tidak
menguasai kemahiran membaca tidak berminat atau tidak memberi tumpuan terhadap pembelajaran
mereka. Pengkaji telah memikirkan bahawa terdapat keperluan untuk mencari cara dan kaedah yang
berkesan untuk mengatasi masalah ini.

Mok (2008) menyatakan antara faktor bagi masalah pembelajaran adalah disebabkan oleh bahan
bantu belajar yang digunakan kurang menarik minat murid. Seperti yang diketahui murid-murid masalah
pembelajaran kategori slow learner ini mempunyai daya pengamatan yang kurang, maka murid-murid ini
memerlukan satu alat yang boleh meningkatkan pengamatan mereka. Penggunaan alat atau kaedah yang
bersesuaian amat membantu murid-murid slow learner dalam mengeja dan membatang perkataan dengan
suku kata tertutup kvk, contohnya perkataan lawan atau waktu. Penggunaan alat bantu yang berwarna-warni
akan dapat membantu murid-murid ini.

Oleh itu, berasaskan permasalahan tersebut, pengkaji cuba menggunakan alat bantu pembelajaran
untuk mengeja dan membatang suku kata tertutup kvk yang dipanggil Inst Card. Penggunaan Inst Card
disertakan dengan gambar berwarna untuk membantu pemahaman murid terhadap suku kata yang dibaca.
28
Penggunaan Inst Card untuk Meningkatkan Kemahiran Mengeja
Perkataan dengan Suku Kata Tertutup bagi Murid Bermasalah Pembelajaran

Inst Card merupakan kad suku kata dengan gabungan kv dan kvk atau kvk dan kv yang ditulis dengan warna
berbeza bagi membantu peserta kajian meningkatkan penguasaan mengeja suku kata berkenaan.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara keseluruhan, kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran membaca perkataan dengan gabungan
suku kata tertutup dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran kategori slow learner. Secara khusus,
dua objektif kajian ini adalah:

i. Meningkatkan kemahiran mengeja dan membatang suku kata tertutup kvk dalam kalangan murid
slow learner dengan menggunakan Inst Card.

ii. Meningkatkan kemahiran membaca perkataan yang mempunyai suku kata tertutup kvk dengan
menggunakan Inst Card.

SOALAN KAJIAN

Terdapat dua soalan kajian yang difokuskan dalam kajian ini iaitu:

i. Adakah kemahiran mengeja dan membatang suku kata tertutup kvk dalam kalangan murid slow
learner dapat ditingkatkan dengan menggunakan Inst Card?

ii. Adakah kemahiran membaca perkataan yang mempunyai suku kata tertutup kvk dalam kalangan
murid slow learner dapat ditingkatkan dengan menggunakan Inst Card?

TINJAUAN LITERATUR

Membaca dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk
bunyi melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan bentuknya (Mahzan, 2012). Pemahaman bacaan
bergantung kepada gabungan daripada pengetahuan bahasa, gaya kognitif dan pengalaman membaca.
Keupayaan membaca akan menjadikan murid mampu meneroka pembelajaran yang lebih kompleks.

Apabila seseorang murid tidak menguasai kemahiran membaca, mereka tidak dapat membunyikan
huruf dan suku kata dengan tepat sehingga meninggalkan sebutan yang patut dibunyikan Kuntom (2012).
Malah mereka tidak dapat menzahirkan apa yang dibaca. Seterusnya menimbulkan pola bacaan yang
merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bacaan
tersebut (Abdul Rasid, 2011). Selain itu murid menjadi lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang
terdapat dalam bahan grafik atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. Justeru itu guru perlu
mempelbagaikan teknik pengajaran membaca agar dapat menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik
serta dapat menimbulkan minat murid untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Masalah kegagalan murid menguasai kemahiran membaca akan meninggalkan kesan yang negatif.
Pengajaran pemulihan yang dijalankan pada peringkat awal akan mencegah kesan kumulatif ke atas
pembelajaran seseorang kanak-kanak (Chua & Koh, 1992). Jika dibiarkan kelemahan akan bertambah sukar
untuk diatasi. Murid bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar membaca (Melekoğlu &
Wilkerson, 2013). Masalah kegagalan membaca menjadi semakin serius jika tiada langkah sistematik
dilakukan ke atas murid. Kajiannya mendapati bahawa masalah membaca memang timbul pada murid
lemah seperti murid bermasalah pembelajaran slow learner. Mereka memerlukan lebih tumpuan daripada
guru untuk memberikan bimbingan berterusan secara beransur-ansur.

29
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (27-39)

Kemahiran membaca murid bermasalah pembelajaran slow learner boleh ditingkatkan dengan
menggunakan cara yang sesuai. Dapatan kajian Tovli (2014) menunjukkan murid bermasalah pembelajaran
semakin boleh membaca setelah mereka diberi kaedah rawatan yang betul dan sesuai dengan tahap
kebolehan mereka. Kaedah rawatan yang sesuai mampu meningkatkan keseronokan membaca untuk murid
bermasalah pembelajaran. Noor Aini dan Zamri (2015) pula mencadangkan bacaan berfungsi untuk
membantu murid bermasalah pembelajaran di mana perkataan-perkataan yang digunakan mempunyai
perkaitan dengan kehidupan mereka.

Penggunaan bahan konkrit atau bahan maujud dapat membantu murid slow learner untuk membaca
dengan lebih baik. Menurut Shaw (2002) strategi mengajar kanak-kanak slow learner hendaklah secara
jelas dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan bantuan alat bantuan
berteraskan foto dan grafik akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal ini
supaya murid-murid keperluan khas kategori slow learner dapat melihat dengan jelas perkara-perkara yang
diajar.

Dapatan kajian oleh Farah Nur Imaniah (2011) pula menunjukkan kemahiran membaca dengan
menggunakan kad suku kata tertutup kvk dan gambar telah dapat ditingkatkan berdasarkan keputusan kajian
beliau dalam ujian pos berbanding dalam ujian pra. Keputusan kajian beliau menunjukkan kesemua peserta
kajian menunjukkan peningkatan di mana murid pertama memperoleh peningkatan markah sebanyak
58.3%. Markah murid kedua meningkat sebanyak 58.3%, murid ketiga meningkat sebanyak 62.5%, murid
empat meningkat sebanyak 58.3% dan murid kelima sebanyak 58.3%. Peningkatan markah ini
menunjukkan bahawa penguasaan murid dalam kemahiran membaca juga telah meningkat melalui
penggunaan kad suku kata.

Ganjaran, peneguhan dan motivasi amat penting untuk murid slow learner. Kajian oleh Nor Hayati
(2012) menunjukkan bahawa kaedah pemberian ganjaran merupakan salah satu cara untuk menarik minat
responden melakukan tugasan mereka dengan betul dan kemas. Dalam kajian beliau ganjaran yang
diberikan merupakan peneguhan positif. Ganjaran dan peneguhan juga digunakan dalam kajian ini.

Berdasarkan pandangan dan dapatan kajian lepas yang telah dibincangkan di atas, pengkaji
membuat rumusan bahawa membaca merupakan suatu proses yang penting dan mesti dikuasai oleh setiap
murid, tidak terkecuali murid keperluan khasslow learner. Kegagalan dalam penguasaan kemahiran
membaca akan menyebabkan murid ketinggalan dan gagal dalam pembelajaran yang lain. Penggunaan
bahan bantu pembelajaran yang bersesuaian akan memberikan motivasi dan meningkatkan kemahiran
membaca murid slow learner. Justeru, sebagai seorang guru pengkaji telah mengambil keputusan untuk
menggunakan Inst Card supaya murid yang bermasalah boleh dibantu untuk menguasai kemahiran mengeja
perkataan yang mempunyai suku kata tertutup kvk.

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kajian tindakan.Pengkaji menggunakan model Kurt Lewin
(1946) untuk melaksanakan kajian tindakan ini yang ditunjukkan seperti dalam Rajah 1.

Model Kurt Lewin menerangkan bahawa dalam satu lingkaran terdapat empat peringkat iaitu
refleksi awal terhadap masalah yang berlaku, merancang, bertindak, memerhati dan proses ini berulang
secara berterusan dalam bentuk kitaran yang boleh berulang sehingga masalah yang berlaku telah dapat
diselesaikan.

30
Penggunaan Inst Card untuk Meningkatkan Kemahiran Mengeja
Perkataan dengan Suku Kata Tertutup bagi Murid Bermasalah Pembelajaran

MERANCANG

REFLEKSI BERTINDAK

MEMERHATI

Rajah 1 Prosedur Kajian Tindakan (Kurt Lewin, 1946)

Fasa Refleksi Masalah

Penyelidikan tindakan bermula dengan penghasilan idea umum iaitu masalah atau isu yang akan dijelaskan
dan dikenal pasti punca masalah berkenaan. Refleksi terhadap masalah yang berlaku telah diperjelaskan
dalam bahagian sebelum ini.

Fasa Merancang

Seterusnya, pelan tindakan dirancang untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Perancangan berkenaan
dilaksanakan dan menentukan hasil yang diperoleh selepas memberi tindakan atau intervensi. Selepas
mengambil tindakan dan mengenal pasti hasil dapatan, refleksi dibuat untuk menentukan sama ada tindakan
yang dilaksanakan menunjukkan hasil yang baik. Jika tidak, perancangan masalah memerlukan
penambahbaikan.

Berdasarkan model di atas, pengkaji merancang terlebih dahulu apakah langkah-langkah yang akan
pengkaji jalankan untuk melaksanakan kajian ini. Kemudian pengkaji bertindak untuk menyelesaikan
permasalahan dan seterusnya membuat pemerhatian dan refleksi. Di bawah ini adalah langkah-langkah yang
dilaksanakan semasa fasa merancang:

Langkah 1: Ujian diagnostik


Pengkaji telah menjalankan satu ujian diagnostik kepada semua murid Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) kelas kedua bagi mengesan berapa ramai murid yang tidak menguasai kemahiran mengeja dan
membatang perkataan yang mempunyai suku kata tertutup kvk. Setiap murid diberikan satu set soalan yang
mengandungi 40 soalan dan menjawab dalam masa yang telah ditetapkan.

Langkah 2: Ujian Pra


Setelah memilih murid yang menjadi peserta kajian, pengkaji menjalankan ujian pra ke atas peserta kajian
yang dipilih. Ujian ini bertujuan mengesan tahap kemahiran mengeja dan membatang perkataan yang
mempunyai suku kata tertutup kvk peserta kajian. Rajah 2 di bawah menunjukkan contoh perkataan yang
dimasukkan dalam ujian pra.

31
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (27-39)

Rajah 2 Contoh Perkataan dalam Ujian pra/pasca

Fasa Bertindak

Pada fasa ini langkah kajian dilanjutkan lagi iaitu peserta kajian mula melakukan aktiviti dengan set Inst
Card yang dibina. Langkah-langkah kajian dalam fasa bertindak ini dilanjutkan dengan Langkah 3 sehingga
Langkah 5 yang dijelaskan di bawah:

Langkah 3: Mencantum Inst Card bagi membentuk perkataan


Peserta kajian perlu menjalankan aktiviti mencantumkan Inst Card. Jika kad yang dicantumkan itu betul,
peserta kajian diberikan pelekat gambar senyuman dan mereka menampalkan pelekat tersebut dalam buku
HOREY Inst Card yang telah disediakan. Inst Card yang digunakan adalah sebanyak 20 set. Kemudian
pengkaji memberikan lembaran kerja di mana peserta kajian akan membentuk dan menulis perkataan
berdasarkan suku kata yang diberi. Rajah 3 di bawah menunjukkan aktiviti mencantum Inst Card.

Rajah 3 Aktiviti Mencantum Inst Card

Langkah 4: Permainan Bersama Pasangan


Peserta kajiandiberi satu sampul yang mengandungi kad gambar dan pasangannya mencari Inst
Cardberdasarkan gambar tersebut. Giliran akan bertukar. Peserta kajian diberikan 10 keping gambar dan 10
keping Inst Card. Rajah 4 menunjukkan aktiviti permainan bersama pasangan.

32
Penggunaan Inst Card untuk Meningkatkan Kemahiran Mengeja
Perkataan dengan Suku Kata Tertutup bagi Murid Bermasalah Pembelajaran

Rajah 4 Aktiviti Permainan Bersama Pasangan

Seterusnya peserta kajian sama-sama mengeja dan menyebut perkataan tersebut. Apabila guru memastikan
jawapan betul barulah mereka menyalin perkataan tersebut dalam buku HOREY Inst card. Sebagai
peneguhan pengkaji memberi pelekat senyuman dan mereka menampal di dalam buku HOREY Inst Card.
Rajah 5 menunjukkan buku HOREY Inst Card.

Rajah 5 Buku HOREY Inst Card

Langkah 5: Membaca Kad Cerita


Bagi menguji sejauh mana peserta kajian menguasai kemahiran mengeja dan membatang suku kata tertutup
kvk, pengkaji memberi peserta kajian kad bacaan sebanyak lima keping. Peserta kajian perlu membaca
kesemua perkataan di atas kad tersebut. Pengkaji juga merakam bacaan peserta kajian untuk melihat tahap
pencapaian bacaan mereka. Rajah 6 di bawah menunjukkan contoh kad cerita yang digunakan dalam
langkah ini.

33
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (27-39)

Rajah 6 Contoh Kad Cerita

Fasa Memerhati

Fasa memerhati dilaksanakan semasa peserta kajian membuat aktiviti. Dalam fasa ini pengkaji
memerhatikan tingkah laku mereka semasa bermain dengan Inst Card. Jika mereka masih seronok bermain,
pengkaji memberi ruang untuk terus melakukan aktiviti sehingga masa pembelajaran tamat. Sekiranya
kelihatan mereka sudah agak penat, pengkaji memberi mereka ruang untuk berhenti sebentar, sama ada
untuk minum air atau berehat.

Pemerhatian juga dilakukan ke atas cara peserta kajian menyebut suku kata yang terpisah, cara
mereka melaksanakan aktiviti dan juga keupayaan peserta kajian membaca perkataan yang ditunjukkan.
Semasa peserta kajian membuat aktiviti, pengkaji juga bersoal jawab dengan peserta kajian untuk
memastikan mereka menyebut suku kata kvk dan membaca perkataan yang mengandungi suku kata kvk
dengan betul.

Fasa Refleksi Akhir

Pada fasa refleksi akhir pengkaji menjalankan ujian pasca iaitu setelah peserta kajian lengkap bermain
dengan set suku kata Inst Card yang diberikan dan boleh menyusun perkataan menjadi ayat. Hasil ujian
tersebut dianalisis dan digunakan oleh pengkaji untuk mengukur tahap penguasaan peserta kajian.Refleksi
juga dijalankan untuk mengubahsuai cara pelaksanaan yang perlu untuk lingkaran yang seterusnya.Dapatan
analisis untuk fasa ini dihuraikan selanjutnya dengan lebih terperinci dalam bahagian Dapatan Kajian dan
Perbincangan.

Kajian dijalankan dalam dua fasa lingkaran. Dalam lingkaran pertama, pengkaji hanya memberi set
huruf, suku kata kv dan suku kata kvk yang terhad supaya mereka tidak berasa tertekan dengan bilangan set
huruf dan suku kata kvk yang banyak. Seterusnya peserta kajian diberikan aktiviti permainan dan token
sebagai ganjaran jika berjaya.

Pada lingkaran yang kedua pula, pengkaji memperbanyakkan atau menambah bilangan suku kata
tertutup dan perkataan yang terlibat supaya kemahiran peserta kajian dapat dikukuhkan dengan menambah
pengalaman dalam mengumpul skema perkataan dalam minda mereka supaya menjadi pengalaman yang
bermakna. Pada lingkaran kedua ini peserta kajian diberikan kad cerita yang mudah untuk mereka membaca
secara bermakna.

34
Penggunaan Inst Card untuk Meningkatkan Kemahiran Mengeja
Perkataan dengan Suku Kata Tertutup bagi Murid Bermasalah Pembelajaran

Peserta Kajian

Peserta kajian terdiri daripada dua (2) orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah
Kebangsaan Banggol Peradong. Peserta kajian ini terdiri daripada murid-murid bermasalah pembelajaran
kategori slow learner. Kedua-dua peserta kajian tersebut adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Kedua-dua mereka adalah lelaki. Selepas ini peserta kajian dinamakan PK1 (peserta kajian 1) dan PK2
(peserta kajian 2) secara khusus.

Teknik Pengumpulan Data

Dua bentuk data dikumpul iaitu data kualitatif dan data kuantitatif. Data kualitatif diperoleh melalui
pemerhatian dan analisis dokumen. Pengkaji menjalankan pemerhatian secara tidak berstruktur bagi melihat
sejauh mana perubahan yang telah berlaku terhadap peserta kajian. Antara perkara yang diperhatikan ialah
ketika murid melaksanakan aktiviti-aktiviti yang diberikan. Pengkaji memberi fokus kepada kemahiran
mengeja dan membatang perkataan yang mempunyai suku kata tertutup kvk. Pengkaji mencatat nota bagi
melihat perkembangan mereka. Analisis dokumen pula dijalankan terhadap lembaran kerja yang diberikan
kepada peserta kajian dan buku latihan mereka.

Manakala data kuantitatif pula diperoleh melalui ujian pra dan ujian pasca. Pengkaji telah
menjalankan ujian pra bagi memastikan bahawa peserta kajian memang menghadapi masalah membaca
perkataan dengan suku kata tertutup kvk. Manakala ujian pasca pula diberi setelah pengkaji menggunakan
Inst Card dalam membimbing peserta kajian. Ujian pra dan pasca mengandungi 20 soalan yang berkait
dengan perkataan yang mempunyai suku kata tertutup kvk.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian yang dibincangkan adalah bagi menjawab soalan kajian di atas dan dibincangkan dalam
sub-topik di bawah.

Peningkatan Kemahiran Mengeja dan Membatang Suku Kata Tertutup kvk dalam Kalangan Murid
Slow Learner Melalui Penggunaan Inst Card

Pengkaji memerhatikan peserta kajian semasa menjalankan aktiviti mengeja dan membatang suku kata kvk
dan kv menggunakan Inst Card. Pada fasa pertama peserta kajian masih lagi tersekat-sekat dan lambat
semasa mengeja tetapi pada fasa kedua perubahan mula dapat dilihat kerana mereka mula kelihatan
berminat dan lebih lancar mengeja dan membatang suku kata tertutup kvk. Pelekat senyuman diberikan
kepada peserta kajian sebagai ganjaran setiap kali mereka dapat mengeja dan membatang suku kata kv dan
kvk dengan betul. Rajah 7 di bawah menunjukkan jumlah pelekat senyuman yang diperoleh oleh peserta
kajian dalam aktiviti mengeja dan membatang suku kata.

35
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (27-39)

16
14
12
10
8 Minggu 1
6 Minggu 2
4
2
0
PK 1 PK 2
Rajah 7 Jumlah Pelekat Senyuman yang Diperoleh Peserta Kajian

Berdasarkan Rajah 7 di atas, dapat dilihat dengan jelas peningkatan jumlah pelekat senyuman yang
diperoleh peserta kajian pada minggu kedua berbanding minggu pertama. Ini menunjukkan tahap
penguasaan PK1 dan PK2 dalam mengeja dan membatang suku kata tertutup kvk semakin bertambah setelah
penggunaan Inst Card. Dapatan kajian menunjukkan PK2 lebih banyak menguasai kemahiran tersebut
berbanding PK1. Kesemua pelekat senyuman yang diperoleh semasa menjalankan aktiviti ditampalkan
dalam buku HOREY Inst Card. Peserta kajian yang dapat mengumpulkan pelekat senyuman terbanyak
diberikan hadiah lain seperti pensel dan pemadam sebagai galakan atas pencapaian mereka.

Analisis dokumen yang dijalankan pula merujuk kepada lembaran kerja untuk latihan bertulis.
Latihan yang diberikan adalah melengkapkan perkataan dengan suku kata tertutup kvk. Dapatan kajian
daripada analisis dokumen (lembaran kerja) ditunjukkan seperti dalam Rajah 8 di bawah.

Rajah 8 Hasil Lembaran Kerja Peserta Kajian

Berdasarkan Rajah 8, didapati peserta kajian telah dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. Ini
menunjukkan penggunaan Inst Card dapat membantu peserta kajian dalam menguasai kemahiran mengeja
perkataan yang mempunyai suku kata tertutup kvk dengan baik.

Peningkatan Kemahiran Membaca Perkataan Suku Kata Tertutup Dalam Kalangan Murid Slow
Learner Melalui Penggunaan Inst Card

Kemahiran membaca perkataan dengan gabungan suku kata tertutup dilaksanakan secara berpasangan
dalam bentuk permainan. Dalam permainan ini, PK1 mengambil satu sampul yang berisi kad gambar lalu
36
Penggunaan Inst Card untuk Meningkatkan Kemahiran Mengeja
Perkataan dengan Suku Kata Tertutup bagi Murid Bermasalah Pembelajaran

PK2 akan mencari perkataan berdasarkan gambar tersebut. Kemudian mereka sama-sama mengeja dan
membaca perkataan tersebut. Aktiviti ini dilakukan secara bergilir-gilir diantara PK1 dan PK2. Pelekat
senyuman juga diberikan kepada peserta kajian yang membaca perkataan dengan betul sebagai peneguhan.
Rajah 9 menunjukkan jumlah pencapaian pelekat senyuman yang diperoleh setiap peserta kajian dalam
aktiviti membaca perkataan.

Rajah 9 Bilangan Pelekat Senyuman Dalam Permainan Membaca Perkataan Bersama

Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua peserta kajian menunjukkan peningkatan dalam


pemerolehan pelekat senyuman.Ini bermakna terdapat kemajuan tahap penguasaan membaca perkataan
yang mempunyai suku kata tertutup kvk setelah menggunakan Inst Card. Pada minggu pertama PK1
mendapat empat pelekat senyuman berbanding tujuh pelekat pada minggu kedua. Begitu juga dengan PK2
di mana pada minggu pertama memperoleh limapelekat berbanding 10 pelekat pada minggu kedua. Ini
menunjukkan adanya penambahan bilangan pelekat dan peningkatan penguasaan membaca perkataan
dengan suku kata tertutup kvk setelah menggunakan Inst Card.

Selain daripada itu pengkaji juga menjalankan aktiviti membaca perkataan melalui skrin komputer
yang dipaparkan.Pengkaji menggunakan dua warna pada perkataan tersebut bagi membezakan suku
kata.Contohnya suku kata “ka” dan “sut”. Aktiviti ini pengkaji jalankan secara individu kemudian peserta
kajian akan menulis perkataan yang disebut ke dalam buku Horey Inst Card. Melalui pemerhatian semasa
aktiviti ini dijalankan, pengkaji mendapati peserta kajian telah agak mahir dalam menguasai kemahiran
mengeja dan membaca perkataan dengan suku kata kvk.

Akhirnya sekali pengkaji membuat pemerhatian terhadap aktiviti membaca kad cerita. Di sini
pengkaji telah menyediakan lima set teks mudah yang berbeza. Peserta kajian perlu membaca kad cerita
tersebut di hadapan pengkaji. Setiap kad cerita yang dibaca dengan betul diberikan dua pelekat senyuman.
Rajah 10 menunjukkan jumlah pelekat senyuman yang diterima sebagai menandakan keupayaan membaca
kad cerita dengan suku kata tertutup kvk.

10
8
PK
6 1
4
2
0
PK 1 PK 2
Rajah 10 Pencapaian Pelekat Senyuman Membaca Kad Cerita
37
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (27-39)

Pada minggu pertama, kedua-dua peserta pengkaji kajian masih tersekat-sekat dan tidak lancar
membaca. Apabila masuk minggu kedua, peserta kajian telah dapat membaca dengan lancar kad cerita yang
disediakan oleh pengkaji. PK2 dilihat lebih cepat menguasai kemahiran membaca berbanding dengan PK1.
Berdasarkan Rajah 10, PK2 dapat menghabiskan bacaan kelima-lima set teks yang diberikan berbanding
hanya empat set yang dihabiskan oleh PK1. Ini adalah kerana PK2 lebih menunjukkan kesungguhan untuk
menghabiskan bacaan. Dapatan kajian daripada ujian pra dan pasca ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1 Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian Pra Ujian Pasca


PK Markah Gred % Markah Gred %
1 3/20 E 15 15/20 B 75
2 5/20 D 25 18/20 A 90

Berdasarkan Jadual 1, dapat dilihat bahawa markah ujian pra PK1 adalah sebanyak 3/20 (15%)
manakala ujian pasca pula adalah sebanyak 15/20 (75%). Bagi PK2 pula markah yang diperoleh semasa
ujian pra ialah sebanyak 5/20 (25%) berbanding ujian pasca sebanyak 18/20 (90%). Keputusan ujian pra
dan pasca ini menunjukkan bahawa penggunaan Inst Card dapat membantu peserta kajian menguasai
kemahiran membatang suku kata tertutup kvk dan seterusnya dapat membaca dengan lancar.

Keseluruhan hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa berlaku peningkatan dalam
penguasaan kemahiran membaca perkataan dengan suku kata kvk setelah Inst Card digunakan. Ini
membuktikan bahawa penggunaan Inst Card telah berjaya membantu murid mengeja perkataan yang
mempunyai suku kata tertutup kvk, selari dengan dapatan kajian Farah Nur Imaniah (2011) yang juga
menggunakan kad suku kata kvk sebagai bahan bantu belajar.

Inst Card yang berwarna-warni juga dapat mempertingkatkan kemahiran mengeja perkataan yang
mempunyai suku kata tertutup peserta kajian oleh Shaw (2002) di mana penggunaan kad berwarna dan
bantuan alat fotografik telah memudahkan proses PdP di bilik darjah kerana murid-murid keperluan khas
kategori slow learner dapat melihat perkara yang diajar dengan jelas dan secara konkrit.

Pemberian pelekat senyuman juga dapat membantu peserta kajian menunjukkan minat dalam
pembelajaran mereka. Penggunaan Inst Card dan pemberian ganjaran merupakan salah satu cara untuk
menarik minat murid melakukan tugasan mereka dengan baik. Ini selaras dengan Teori Behaviorisme yang
menyatakan peneguhan positif dapat meningkatkan tingkah laku yang diingini. Dapatan kajian ini juga
menyokong dapatan kajian Nor Hayati (2012) yang menyatakan kaedah pemberian ganjaran merupakan
salah satu cara untuk menarik minat peserta kajian melakukan tugasan mereka dengan betul dan kemas.

PENUTUP

Keupayaan membaca murid bermasalah pembelajaran kategori slow learner boleh ditingkatkan dengan
menggunakan kaedah intervensi yang betul berserta alat bantu pembelajaran yang sesuai. Penggunaan Inst
Card telah dapat membantu secara berkesan dalam meningkatkan kemahiran mengeja, membatang suku
kata tertutup kvk dan membaca perkataan dengan gabungan suku kata tertutup kvk bagi murid-murid slow
learner. Adalah diharapkan agar penggunaan Inst Card ini dapat diperluaskan untuk membantu murid-
murid slow learner menguasaikemahiran membaca dan seterusnya membolehkan mereka bersaing dalam
arus pendidikan abad 21 ini.

38
Penggunaan Inst Card untuk Meningkatkan Kemahiran Mengeja
Perkataan dengan Suku Kata Tertutup bagi Murid Bermasalah Pembelajaran

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu murid-murid sekolah
rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN: 2180-4842, 1(1), 1-12.
Chua, T.T.,& Koh, B.B. (1992). Pendidikan khas dan pemulihan: Bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Dahlin,K. I. E. (2010). Effects of working memory training on readingin children with special needs. Springer
Science+Business Media B.V. DOI 10.1007/s11145-010-9238-y. Dimuat turun daripada https://eric.ed.gov/
Farah Nur Imaniah Mohd Shukri. (2011). Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) teknik KALAM (Kenali Abjad
Lantas Arif Membaca) untuk meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata dalam kalangan murid-murid
Prasekolah SK Tronoh. Kertas projek sarjana yang tidak diterbitkan, IPG Kampus Ipoh, Ipoh.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Sukatan pelajaran pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah
rendah dan menengah. Putrajaya: Jabatan Pendidikan Khas.
Kuntom Wahab. (2012). Membantu murid menguasai membaca suku kata tertutup kvk bagi murid Tahun Dua
Gemilang menggunakan kaedah SISKAD. Kertas projek sarjana muda yang tidak diterbitkan, IPG Kampus Dato’
Razali Ismail, Kuala Terengganu.
Mahzan Arshad. (2012). Pendidikan literasi awal kanak-kanak: Teori dan amali. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.
Melekoğlu, M.A., & Wilkerson, K.L. (2013). Motivation to read: How does it change for struggling readers with
andwithout disabilities? International Journal of Instruction,6(1), 78-88.
Mok, S.S. (2008). Psikologi pendidikan dan pedagogi: Murid dan alam belajar. Puchong, Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Noor Aini Ahmad. (2010). Pengajaran kemahiran bahasa bagi murid-murid bermasalah pembelajaran. Tesis doktor
falsafah yang tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Noor Aini Ahmad & Zamri Mahamod. (2015). Pengubahsuaian dalam pengajaran kemahiran Bahasa Malaysia
bagimurid bermasalah pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40(1), 63-73.
Nor Hayati Ahmad Mokhtar. (2012). Meningkatkan kemahiran membaca suku kata KVKV dan KVK untuk murid Khas
Bestari menggunakan kad suku kata dan gambar. Kertas projek sarjana yang tidak diterbitkan, IPG Kampus Ipoh,
Ipoh.
Tovli, E. (2014). "The Joy of Reading" - An intervention program to increase reading motivation for pupils with
learning disabilities. Journal of Education and Training Studies, 2(4), 69-84.

39

Anda mungkin juga menyukai