Anda di halaman 1dari 4

Kajian Masa Depan

Strategi Kajian Masa Depan (KMD) adalah ibarat analogi memandu kereta

Definisi:

1. KMD merupakan strategi yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam
hadapi cabaran hidup.
2. Cara memperoleh gambaran masa depan- Kajian sejarah, apa yang berlaku, sedang
berlaku.
3. Program, teknik, alat dan strategi melengkapkan pelajar dengan keupayaan dan
wawasan untuk hadapi cabaran masa depan.

Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan:

1. Membina generasi masa depan


- Beri kesedaran dan rangsang murid berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang
bakal dihadapi. Yakin dan optimis serta mengambil bahagian dalam merancang
masa depan mereka.
2. Menghasilkan tenaga manusia yang berfikir.
- Hasilkan tenaga manusia yang dapat berfikir tentang masa depan, menggambarkan
serta menjangkakan masalah yang bakal timbul.

3. Menjangka masalah dan membuat pilihan yang baik.


- Murid dapat cari alternatif dan pilihan ke arah masa depan yang lebih baik.

4. Membawa anjakan paradigma


- Daripada budaya belajar berasaskan pengetahuan dan ingatan kepada budaya
berfikir.
Objektif Kajian Masa Depan:

1. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa
depan. Dapat membina minda suka bertanya dan kemahiran intelek yang dapat
membantu murid berfikir secara kreatif, terarah, analitis dan reflektif tentang
keseluruhan hidup manusia dan proses meneroka alternatif dan pilihan.

2. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan KMD juga membantu
pelajar memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan kebaikan dunia dan
membina strategi menambah keupayaan pelajar dalam menghadapi berbagai-bagai
cabaran hidup.

3. Membina sikap dan nilai tentang masa depan. KMD membina keyakinan pelajar
supaya mereka mampu mengawal diri, boleh membuat pilihan berasaskan etika dan
nilai moral serta berupaya mempengaruhi masa depan.

4. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan. Memahami


dan menghayati wawasan 2025 dan memantapkan pelajar dengan ilmu
pengetahuan, konsep, kemahiran dan kaedah dalam mengkaji masa depan.

5. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan. Pelajar
digalakkan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, tahu membezakan
dan menilai, berketerampilan dan mempunyai gambaran jelas tentang masa depan.

Komponen Kajian Masa Depan

Kemahiran asas Kajian Masa Depan


1) Membuat ramalan
2) Menjangka akibat
3) Mengawal dan mengendalikan perubahan

Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan

● Pemahaman konsep masa depan


● Pengumpulan maklumat dan analisis trend
● Ramalan dan analisis
● Penggunaan imaginasi dan kreativiti
● Strategi mengatasi kebimbangan
● Proses Inovasi Sosial
● Pembinaan senario
● Penjelasan nilai dan masa depan
● Pemahaman dimensi kemapanan
Pengajaran dan Pembelajaran Kajian Masa Depan Perancangan Guru

1. Perancangan yang strategik


2. Isu dan Tema yang relevan
3. Berpusatkan murid
4. Aplikasi sebagai projek, kerja kokurikulum atau sepanjang hayat
5. Peranan guru sebagai fasilitator

PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN


CONTOH PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV

Apa yang anda ingin mengajar?

MATA PELAJARAN
PSV TAHUN 4
Tajuk Membuat Corak dan Rekaan
Modul 2
Aktiviti: Lukisan
Tema: Alam semula Jadi/ Buatan Manusia
Tajuk: Langsir Idaman Ibu

Dari manakah anda mencari bahan untuk mengajar tajuk?

Gambaran masa depan yang mungkin berlaku seandainya murid-murid kini didedahkan
dengan TMK yang dapat menjadikan murid-murid celik IT dan nilai estetik dalam seni digital
dapat berkembang dalam generasi masa depan.

Membuat Corak dan Rekaan


Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada
corak teknik lukisan digital.

Bagaimanakah saya boleh mengaplikasikannya dalam kelas?

Cadangan Idea Aktiviti

Idea: Guna Microsoft Words, Paint, Powerpoint)

1. Cari langkah untuk mengenalkan penggunaan TMK bagi generasi masa depan.
2. Membina senario tentang perbandingan lukisan tangan dengan lukisan digital dalam
tujuan komersial dan pentingnya TMK untuk kegunaan masa depan.
3. Main peranan sebagai generasi masa depan yang dapat mewarisi kemahiran dalam
penghasilan corak digital dan membantu generasi sebelumnya.
4. Memberi kebebasan untuk murid-murid menggunakan kreativiti, imaginasi mereka
sendiri.

Anda mungkin juga menyukai