Anda di halaman 1dari 4

SOALAN LAZIM

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR B40


DAN PEMBIAYAAN MIKRO-i SERTA PERUBAHAN
PROSES PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM
DAN BANTUAN BERSASAR KEPADA PELANGGAN
KATEGORI M40

Susulan ucapan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan dan pengumuman Bank Negara Malaysia
(BNM) pada 6 November 2020, Bank Rakyat mengambil inisiatif membantu pelanggan merancang
komitmen pembiayaan menerusi program Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar tambahan kepada
pelanggan individu dan perusahaan mikro. Tawaran ini khusus buat pelanggan B40 dan Pembiayaan
Mikro-i yang menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran pembiayaan mereka berikutan
penularan wabak COVID-19. Bagi pelanggan M40 pula, anda boleh memohon bantuan Lanjutan
Moratorium dan Bantuan Bersasar sedia ada Bank melalui proses yang dipermudahkan.

PROGRAM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR B40

1. Apakah kriteria pelanggan yang layak menikmati Program Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar bagi pelanggan
kategori B40?

Pelanggan yang layak adalah seperti berikut:


a. Individu golongan B40 yang didaftarkan dalam pangkalan data dan menerima Bantuan Sara Hidup
(BSH)/Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Turut layak:
a. Pelanggan yang mana pasangannya adalah penerima BSH/BPR
b. Sekiranya pelanggan tidak memilih moratorium secara automatik (pada bulan Mac 2020), mereka juga layak
untuk menerima bantuan ini.

2. Bagaimana pula dengan pelanggan kategori B40 yang telah mendaftar untuk mendapatkan Bantuan Bayaran
Pembiayaan Bersasar sebelum ini?
Bank akan mempertimbangkan permintaan pelanggan yang sudah mendaftar untuk mendapatkan Bantuan
Bayaran Pembiayaan Bersasar sebelum ini untuk menukar pilihan bantuan mereka jika diperlukan.

3. Apakah bentuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang ditawarkan kepada pelanggan B40?

Pilihan 1
· Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan (moratorium).
· Bagi pembiayaan menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan
dan semasa dalam tempoh tambahan.

Pilihan 2
· Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
· Bagi pembiayaan menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan
dan semasa dalam tempoh tambahan.

*Tertakluk pada terma dan syarat


Layari laman web korporat di www.bankrakyat.com.my untuk maklumat lanjut.
2

4. Apakah produk yang terlibat dalam Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar B40 ini?

Pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan pembiayaan tidak terjejas (tidak tertunggak melebih
90 hari) melibatkan produk pembiayaan berikut:

a) Pembiayaan Peribadi-i e) Pembiayaan Pendidikan-i


b) Pembiayaan Perumahan-i f) Pembiayaan Berjangka-i yang ditukar daripada baki Kad Kredit-i
c) Sewa Beli Kenderaan-i g) Pajak Gadai-i (Ar-Rahnu)
d) Pembiayaan Mikro-i

Nota: Pembiayaan Perumahan-i dan Pembiayaan Pendidikan-i yang masih dalam tempoh tangguhan tidak dibenarkan
untuk penjadualan semula. Walau bagaimanapun, pelanggan layak untuk mendapatkan lanjutan moratorium.

5. Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini?

Pelanggan boleh memohon melalui borang elektronik yang disediakan di laman web rasmi Bank Rakyat,
www.bankrakyat.com.my. Pelanggan juga boleh menghubungi Bank melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut:
i. E-mel ke bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my.
(Sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi)
ii. Pusat Panggilan di talian 1300800800.
iii. Mengunjungi cawangan yang berdekatan.

6. Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh pelanggan kategori B40 untuk memohon?

Pelanggan tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen. Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada semakan
maklumat menerusi pangkalan data BSH/BPR.

7. Bilakah permohonan untuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini boleh dilakukan dan berapa lamakah tempoh
bantuan ini akan diberikan?

Pelanggan boleh mula memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini bermula 23 November 2020. Bantuan
ini ditawarkan untuk pelanggan yang layak sehingga 30 Jun 2021. Bantuan akan bermula bagi ansuran pelanggan
pada bulan berikutnya.

8. Adakah terdapat sebarang kos tambahan seperti pertambahan keuntungan, duti setem dan takaful yang dikenakan
kepada pelanggan yang memohon kemudahan ini?

Ya, bagi pembiayaan kadar terapung, keuntungan akan terus terakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa
dalam tempoh tambahan. Ini akan mengakibatkan keuntungan terkumpul bertambah. Walau bagaimanapun,
jumlah keuntungan yang dikenakan adalah tertakluk kepada baki keuntungan pada kadar siling pembiayaan.

9. Adakah akan berlaku perubahan jumlah ansuran bulanan selepas tamat tempoh moratorium?

Tidak. Walau bagaimanapun, bagi pembiayaan yang menggunakan kadar terapung sebarang perubahan jumlah
ansuran bulanan adalah tertakluk kepada perubahan kadar asas (KA)/kadar asas pembiayaan (KAP) atau
perubahan dari semasa ke semasa.

10. Adakah akan berlaku perubahan pada tempoh pembiayaan selepas tamat tempoh moratorium?

Ya. Bilangan bulan tambahan yang diperlukan untuk menjelaskan pembiayaan boleh melebihi bilangan bulan
moratorium yang diambil.

*Tertakluk pada terma dan syarat


Layari laman web korporat di www.bankrakyat.com.my untuk maklumat lanjut.
3

BANTUAN BAYARAN BERSASAR PEMBIAYAAN MIKRO-i

1. Apakah kriteria pelanggan yang layak menikmati Program Bantuan Bayaran Bersasar Pembiayaan Mikro-i?

a) Perusahaan mikro yang layak dengan nilai jumlah pembiayaan yang diluluskan sehingga RM150,000,
diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan pembiayaan tidak terjejas (tidak tertunggak melebih 90 hari).

b) Pelanggan yang didefinisikan sebagai perniagaan mikro berdasarkan Garis Panduan Definisi Industri Kecil
Sederhana (IKS) yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia merangkumi entiti perniagaan di semua
sektor dengan:
i. Perolehan jualan kurang dari RM300,000; atau
ii. Kurang daripada 5 pekerja sepenuh masa

Bank juga tidak memerlukan penyerahan dokumen untuk membuktikan kelayakan. Bank akan membuat keputusan
berdasarkan maklumat terkini dalam pangkalan data dalaman Bank atau borang perakuan diri oleh pelanggan.

2. Apakah bentuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang ditawarkan kepada pelanggan Mikro-i?

Pilihan 1
Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan (moratorium).

Pilihan 2
Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

3. Bagaimakah cara untuk memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini?

Pelanggan boleh memohon melalui borang elektronik yang disediakan di laman web rasmi Bank Rakyat,
www.bankrakyat.com.my. Pelanggan juga boleh menghubungi Bank melalui saluran komunikasi rasmi
seperti berikut:
i. E-mel ke bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my.
(Sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi)
ii. Pusat Panggilan di talian 1300800800.
iii. Mengunjungi cawangan yang berdekatan.

4. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan untuk memohon?

Borang perakuan diri pelanggan yang menyatakan perolehan jualan kurang dari RM300,000.00 atau pekerja
sepenuh masa kurang daripada 5 orang.

5. Bilakah permohonan untuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini boleh dilakukan dan berapa lamakah tempoh
bantuan ini akan diberikan?

Pelanggan boleh mula memohon Bantuan Bayaran Bersasar ini bermula 23 November 2020. Bantuan ini
ditawarkan untuk pelanggan yang layak sehingga 30 Jun 2021. Bantuan akan bermula bagi ansuran pelanggan
pada bulan berikutnya.

6. Adakah terdapat sebarang kos tambahan seperti pertambahan keuntungan, duti setem dan takaful yang dikenakan
kepada pelanggan yang memohon kemudahan ini?

Tidak.

7. Adakah akan berlaku perubahan jumlah ansuran bulanan selepas tamat tempoh moratorium?

Tidak.

8. Adakah akan berlaku perubahan pada tempoh pembiayaan selepas tamat tempoh moratorium?

Ya. Bilangan bulan akan ditambah untuk memastikan baki pembiayaan dapat dijelaskan.

*Tertakluk pada terma dan syarat


Layari laman web korporat di www.bankrakyat.com.my untuk maklumat lanjut.
4

PERUBAHAN PROSES PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM DAN BANTUAN BERSASAR BAGI


PELANGGAN KATEGORI M40.

1. Apakah kriteria pelanggan yang layak?

Pelanggan golongan M40 yang didaftarkan dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

2. Apakah perubahan yang dinyatakan?

Pelanggan M40 hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri berhubung pendapatan mereka atau pendapatan isi
rumah telah berkurangan akibat penularan pandemik. (contohnya, pendapatan suami dan isteri yang telah
berkurangan apabila digabungkan).

3. Adakah Bank boleh meminta dokumen tambahan selain yang dinyatakan di atas selepas permohonan diluluskan?

Ya, Bank boleh meminta dokumen tambahan untuk tujuan pengesahan setelah permohonan diluluskan dengan
memaklumkan pelanggan terlebih dahulu perkara tersebut semasa menerima permohonan dari pelanggan.
(contoh dokumen adalah seperti penyata gaji dan penyata bank.)

4. Apakah yang perlu dilakukan oleh pelanggan yang berhasrat mendapatkan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini?

Pelanggan boleh memohon melalui borang elektronik yang disediakan di laman web rasmi Bank Rakyat,
www.bankrakyat.com.my. Pelanggan juga boleh menghubungi Bank melalui saluran komunikasi rasmi
seperti berikut:
i. E-mel ke bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my.
(Sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi)
ii. Pusat Panggilan di talian 1300800800.
iii. Mengunjungi cawangan yang berdekatan.

5. Bilakah permohonan ini boleh dilakukan dan berapa lamakah tempoh bantuan ini akan diberikan?

Pelanggan boleh mula memohon bermula 23 November 2020. Bantuan ini ditawarkan untuk pelanggan yang
layak sehingga 30 Jun 2021. Bantuan akan bermula bagi ansuran pelanggan pada bulan berikutnya.

*Tertakluk pada terma dan syarat


Layari laman web korporat di www.bankrakyat.com.my untuk maklumat lanjut.

Anda mungkin juga menyukai