Anda di halaman 1dari 12

KOLEJ VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DIPLOMA TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

DMA 1263 – LUKISAN CAD 1

PRACTICAL SHEET
AMALI 13
DRAWING ORGANIZING AND INQUIRY
COMMAND
(LAYERS)

NAMA PELAJAR /
STUDENT'S NAME
NO. KAD PENGENALAN /
IC. NO
TAHUN / YEAR
NAMA PENSYARAH /
LECTURER’S NAME
TARIKH / DATE

MARKAH:

AMALI 13

TAJUK : Memanipulasi Layer 2D

PENGENALAN :

Layer merupakan suatu arahan yang membolehkan pengguna untuk membuat lukisan
dengan pelbagai warna, jenis garisan, ketebalan garisan dalam lapisan berbeza. Layer
memudahkan pengguna untuk menyunting atau mengubahsuai sesuatu objek dalam lukisan
dengan mudah.

Lukisan boleh mengandungi pelbagai objek seperti pendawaian elektrik, paip, dinding, tingkap atau
bumbung. Setiap satu daripada objek-objek ini boleh diletakkan di dalam layer berbeza dengan
warna dan ketebalan berbeza.

Dalam sesebuah lukisan, boleh terdapat pelbagai layer. Layer akan menentukan warna
khusus lukisan seperti garisan objek, dimensi, template dan sebagainya.

Rajah 13.1: Contoh Layer Lukisan

OBJEKTIF :
1. Menggunakan arahan Layer bagi membina dan menentukan warna khusus lukisan
seperti garisan objek, dimensi, template dan sebagainya.
PERALATAN / MESIN / ALAT :

Bil Bahan / Komponen / Peralatan Saiz Kuantiti

1 Komputer dengan Perisian AutoCAD - 1
2 Plotter/ Printer - 1
3 Kertas A3/A4 - Secukupnya
4 Pendrive - Secukupnya

PANDUAN KESELAMATAN :
1. Pastikan tangan tidak terkena air semasa menyentuh tombol ON.
2. Pastikan penebat wayar yang bersambung dengan komputer tidak mengalami kerosakan
atau pecah.
3. Jika terdapat bau atau kebakaran, sila beritahu kepada guru dengan segera.
4. Dilarang membuka dan mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa kebenaran guru.
5. Pengguna adalah dilarang merokok semasa menggunakan peralatan.

KAEDAH / PROSEDUR :
1. Memulakan Perisian AutoCAD 2016
 Pilih AutoCAD 2016 pada menu program atau klik pada ikon AutoCAD 2016. Klik Start
Drawing untuk memulakan lukisan baru

2. Paparan Muka Autocad

 AutoCAD secara automatik akan membuka lukisan dengan menggunakan nama ‘Drawing
1’
 Sekirannya perlu, klik pada anak panah bawah dalam ‘Quick Acess Bar’ dan pilih ‘Show
Menu Bar’. Bar menu menyediakan akses kepada semua arahan AutoCAD

2. Tetapan Unit Dalam Lukisan

 Dalam bar menu pilih:
[Format] [Units]
 Klik pada pilihan ‘Length Type’ bagi menunjukkan beberapa jenis unit panjang yang ada.
Pastikan ‘length type’ dalam ‘decimal’

3. Penggunaan arahan Layers

1. [Format] [Layers]

2. Command line : Layer

Rajah 14.2 : Tetingkap Layer

Apabila suatu lukisan dicipta, secara automatiknya layer „0‟ akan tercipta. Untuk menambah layer
baru, pengguna boleh klik „New Layer‟.

Jadual 13.2 : Arahan dan fungsi dalam layer

Mencipta layer Baru.

Untuk mencipta layer baru, klik New Layer. Satu layer baru akan terhasil. Rajah 4.6 menunjukkan
arahan untuk mencipta layer baru.

Untuk menukarkan nama layer,di ruangan ‘Name’ klik dua kali dan tukarkan nama layer1 kepada
nama layer yang anda kehendaki.Nama layer asal
„Layer1‟ telah ditukar kepada „Latihan1‟
Rajah 13.3: Layer Latihan 1

Untuk mengaktifkan layer „Latihan1‟, klik 2 kali pada status sehingga status menunjukkan √. Rajah
4.8 menunjukkan layer yang sedang aktif ialah layer Latihan 1.

Rajah 13.4: Layer Latihan 1 diaktifkan

Menukar warna pada layer.

Klik pada tab color seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.8. Satu tetingkap color akan dihasilkan.
Pilih warna yang dikehendaki dan klik „ok‟.
Rajah 13.5 : Tab Color Layer

Rajah 13.5 menunjukkan contoh warna yang telah dipilih untuk setiap layer.

Rajah 13.6 : Warna layer

Memadam Layer

Untuk memadam layer yang tidak dikehendaki, klik pada layer tersebut dan klik Delete Layer. Rajah
13.7 menunjukkan arahan delete untuk memadamkan
layer.

Rajah 13.7: Arahan untuk memadam layer

Linetype.

Arahan linetype membolehkan pengguna memilih jenis garisan yang dikehendaki. Pengguna perlu
klik pada linetype ‘continuous’, tetingkap select linetype akan terhasil. Di ruangan tetingkap ini,
pengguna boleh memuatnaik jenis garisan yang diperlukan. Untuk memuatnaik pelbagai jenis garisan
klik pada Load. Rajah 13.8 menunjukkan proses memuatnaik garisan menggunakan arahan Load.
Tetingkap load or Reload Linetypes akan ditunjukkan seperti rajah 13.9. Pengguna boleh memilih
jenis garisan yang dikehendaki dan klik ok.
Rajah 13.8: Memuatnaik garisan
Rajah 13.8 menunjukkan proses memuatnaik garisan menggunakan arahan

Load. Tetingkap Load or Reload Linetypes akan ditunjukkan seperti

Rajah13.19. Pengguna boleh memilih jenis garisan yang dikehendaki dan klik ok.

Rajah 13.9: Tetingkap Load or Reload Linetypes

Dalam Rajah 13.9, garisan yang dipilih ialah Tracks dan ZigZag. Rajah 13.10 menunjukkan garisan
yang dipilih telah dimuatnaik dalam tetingkap linetype.
Rajah 13.10: Garisan Tracks dan ZigZag telah dimuatnaik

Kemudian, pengguna hanya perlu klik pada garisan yang dipilih dan klik „ok‟.

Linetype pada layer anda akan bertukar mengikut garisan yang dipilih. Rajah 13.11 menunjukkan
garisan pada Linetype layer anda telah bertukar mengikut mengikut garisan yang dipilih.

Rajah 13.11: Linetype pada layer ialah ZIGZAG

Lineweight

Lineweight digunakan untuk memilih ketebalan garisan yang dikehendaki. Klik pada lineweight
‘default’ dan satu tetingkap lineweight akan terhasil seperti di dalam Rajah 13.12. Dari tetingkap
tersebut, pilih ketebalan garisan yang dikehendaki dan klik „ok‟. Setiap ketebalan garisan
mempunyai ukuran masing-masing dalam unit millimeter.

Rajah 13.12: Tetingkap Ketebalan Garisan

PEMERHATIAN :
Berikan langkah-langkah asas bagi membina penghasilan Layer dalam lukisan
menggunakan perisian Autocad.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nyatakan spesifikasi bagi Dimension Line, Object Line, Construction Line dan Dotted Line
dalam pemggunaan Lukisan CAD.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUMUSAN :

Anda mungkin juga menyukai