Anda di halaman 1dari 15

BEBERAPA minggu lalu, tersebar di media sosial dakwaan penubuhan Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai tidak berperlembagaan dan perlu


dimansuhkan.

Inilah antara idea kontroversi golongan liberal (pelonggar agama) menyerang agensi
agama Islam, sekali gus menolak apa sahaja usaha untuk mendaulatkan Islam.

Pandangan sebegini menyamai pandangan usang Orientalis Barat seperti Ignaz


Goldziher, Joseph Shahct dan NJ Culson yang sekian lama mendakyahkan syariat
Islam sebagai legasi ciptaan fuqaha zaman silam.

Mereka mendakwa ia kononnya hanya disusun selepas kewafatan Rasulullah SAW


pada era Umaiyyah dan Abbasiyyah. Acuan pemikiran mereka tidak mengakui apa
pun selain akal dalam memahami agama.

Melalui rujukan yang diperoleh, JAKIM ditubuhkan secara berperlembagaan,


menepati Perkara 3, Perkara 12(2), Perkara 121(1A) dan Sumpah Jawatan Yang di-
Pertuan Agong di bawah Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan.

JAKIM adalah agensi yang menguruskan dana awam pembangunan agama Islam
berdasarkan peruntukan Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan dan berada di
bawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Malahan, banyak peruntukan berkaitan agama Islam dan hak orang Melayu dalam
Perlembagaan Persekutuan, antaranya:

 Islam sebagai agama bagi Persekutuan.


 Hak kebebasan menganut, mengamal dan menyebarkan Islam.
 Menggunakan dana awam bagi tujuan Islam.
 Kedudukan terpelihara Mahkamah Syariah.
 Pengecualian penolakan undang-undang Islam ketika darurat.
 Penetapan hal ehwal Islam terletak dalam bidang kuasa negeri.

Dalam hal ini, tidak wajar mengatakan JAKIM mahupun mana-mana agensi agama
sebagai organisasi tidak berperlembagaan.

Kesan modenisme semasa menyebabkan berkembangnya pemikiran Islam liberal,


hari ini idea kontroversi diketengahkan atas alasan kebebasan individu.

Dipengaruhi Barat

Gagasan pemikiran liberal ini kelihatan terjebak dengan kerangka pemikiran Barat
dan berpegang kuat kepada rasionalisme.

Mereka bertindak lebih berani daripada Orientalis Barat dengan harapan


meruntuhkan institusi Islam di Malaysia.

Keruntuhan autoriti agama secara tidak langsung membawa kepada keruntuhan


Islam.
Hari ini pemikiran liberal kelihatan berjaya mempengaruhi umat Islam sehingga
muncul pandangan yang menolak autoriti agama, menuntut kesamarataan gender,
menolak autoriti ulama, menjadi imam dan wali perkahwinan.

Terdapat individu yang aktif memuat naik status di media sosial memperkatakan
mengenai kebebasan mutlak, terkeluar daripada lunas agama, tidak menyokong
undang-undang syariah, selain mempertikaikan peraturan Islam, Mahkamah Syariah
dan autoriti agama.

Dapatan kajian mendapati belia adalah kumpulan paling berisiko terpengaruh


dengan pemikiran sebegini.

Tidak mahu terikat al-Quran dan al-Sunnah

Golongan liberal adalah golongan ekstrem kerana tergolong dalam kelompok yang
ifrat (longgar) dalam menafsirkan Islam, tidak mahu terikat dengan nas al-Quran dan
al-Sunnah sebaliknya menjadikan akal sebagai kayu ukur memahami agama.

Islam sebenarnya tidak menolak akal dan tidak juga mengagungkan akal.

Imam al-Ghazali Rahimahullah ada berkata dalam kitab al-Iqtisad fi al-I'tiqad


antaranya:

"Akal itu umpama penglihatan yang sempurna. Al-Quran umpama matahari yang
menyinari alam, melalui kedua-duanya seseorang memperoleh hidayah. Seorang
yang mengambil satu daripadanya tergolong dalam kalangan yang bodoh. Orang
yang menolak akal hanya cukup dengan al-Quran adalah sama dengan mereka
yang mendapat cahaya matahari tetapi menutup mata, maka dia tidak berbeza
dengan orang yang buta."

Gerakan Islam liberal adalah usaha halus mengeluarkan umat Islam daripada
agama mereka tanpa disedari dan dilakukan melalui nama Islam.

Ini program pemurtadan terancang dan sistematik yang dilaksanakan melalui


platform intelektual, ilmiah dan akademik.

Situasi ini seharusnya memberikan pengajaran agar masyarakat Islam berusaha


menangani unsur yang merosakkan akidah pada peringkat awal lagi supaya tidak
berkembang menjadi ancaman dan sukar dikawal.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Ke-74 yang bersidang pada 25-27 Julai 2006, memutuskan aliran pemikiran liberal
adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 10 Oktober 2013 pula memutuskan :

SIS Forum (Malaysia) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang
berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan
menyeleweng daripada ajaran Islam.
Mana-mana bahan terbitan yang berunsur pemikiran fahaman liberalisme dan
pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hendaklah menyekat


laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.

Mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme


agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam.

Islam tidak menolak akal dan adat. Dalam ilmu fiqh terdapat ruang yang cukup luas
bagi maslahah (istihsan dan istislah) dan adat (uruf) selama ia tidak bercanggah
dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Adat pada umumnya bersandarkan kemaslahatan manusia. Paduan wahyu dan akal
menjadikan peradaban Islam berkembang membentuk peradaban dunia seperti di
Baghdad, Cordoba, Istanbul, Kaherah, Delhi, Aceh dan Melaka yang melahirkan
ilmuwan, saintis dan ulama.

Pendekatan wasatiyyah

Inilah pendekatan wasatiyyah, menolak ekstrem dan melampau, pendekatan jalan


tengah di antara tafrit (terlalu ketat) dan ifrat (terlalu longgar), berada di antara
golongan yang menerima konsep kebebasan mutlak manusia dan golongan yang
menyerah bulat-bulat kepada takdir.

Berada di antara golongan yang memberontak dan golongan yang terlalu


mengagungkan pemimpin mereka, di antara golongan yang mengagungkan akal
fikiran dan golongan jumud yang menolak akal fikiran.

Inilah paduan di antara nas dan konteks, wahyu dan akal. Tidak ada pemisahan di
antara dunia dan akhirat, sains dan agama.

Umat Islam berpegang kepada wahyu dan akal dalam memahami agama dan tidak
terkeliru meletakkan kedua-duanya di kedudukan yang sewajarnya.

Penulis adalah Penasihat Agama Perdana Menteri

Pluralisme, liberal ancam institusi Islam

Oleh Tan Sri Dr Abdullah Muhammad Zin - Mac 10, 2018 @ 7:02am


Mukadimah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan
besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW
serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW hingga hari
kesudahan.

Liberalisme agama[1] adalah satu bentuk serangan pemikiran yang paling menonjol


dan berbahaya pada abad ini. Apabila disebut serangan pemikiran atau al-ghazwu
al-fikri di dalam bahasa Arab, ia merujuk kepada serangan yang bukan berbentuk
fizik, tetapi ia mempunyai karakteristik yang hampir sama dengan brain
washing atau dengan istilah lain thought control atau ideological reform. Setiap
ideologi atau ajaran akan mendakwa mempunyai autoriti kebenaran dan berusaha
meyakinkan pihak luar dengan pelbagai cara. Penerimaan kebenaran pada
pemikiran seseorang memerlukan pembersihan terhadap kepercayaan lama orang
tersebut tentang makna kebenaran. Lihat Islam dan Serangan Pemikiran, hlm. 11.

Serangan pemikiran ini apabila dilihat dari susunan katanya sudah jelas bahawa
yang dimaksud dengan serangan itu bukanlah secara fizik seperti menggunakan
senjata atau apapun yang berhubungan dengan gerakan fizik seperti kekerasan, tapi
lebih merupakan serangan yang sepintas lalu tidak kelihatan atau tidak disedari
tetapi mampu menembus akal dimana akal seseoranglah yang menentukan gerak
tubuh dan perilaku seseorang tersebut.

Penggunaan istilah al-ghazwu al-fikri di kalangan umat Islam, bererti maksud


sebenarnya adalah ghazwu al-fikri al Islami atau serangan yang ditujukan kepada
pemikiran Islam oleh lawan pemikiran itu sendiri. Serangan ini biasanya difahami
berasal dari dunia Barat atau doktrin bukan Islam yang mempunyai kepentingan
tertentu terhadap agama dan umat Islam. Lihat Pembaratan di Dunia Islam, hlm.
11-12.

Serangan pemikiran terhadap dunia Islam bermula dengan usaha westernisasi yang
dilakukan oleh pihak Barat. Westernisasi berasal dari perkataan
Inggeris Westernization yang membawa erti proses membaratkan sebuah negara.
Lihat Kamus Dwi-Bahasa, hlm. 1428. Antara dua matlamat gerakan westernisasi
atau pembaratan adalah memaksakan falsafah-falsafah materialisme yang
mengandungi kedengkian, hawa nafsu, angan-angan ateis dan pengingkaran
terhadap segala sesuatu yang tidak terjangkau oleh penglihatan (empirik) dan
tuntutan-tuntutan metodologi dalam kajian. Kedua, mengingkari agama dan
menganggapnya sebagai tahap perkembangan yang terkebelakang daripada tahap-
tahap kemajuan sosial, memisahkan Islam daripada politik dan akhlak masyarakat
serta menyerang akidah dan nilai-nilainya. Lihat Pembaratan di Dunia Islam, hlm.
9.

Berasaskan matlamat ini, pelbagai ideologi dan pemikiran baru yang datang dari
Barat dibawa masuk ke dunia Islam termasuk fahaman liberalisme agama. Ia
ditambah pula dengan proses globalisasi yang sedang berlaku di seluruh dunia,
maka ia telah menghasilkan suatu perubahan yang agak drastik terhadap pegangan
akidah dan pemikiran umat Islam. Dalam konteks kajian ini, serangan pemikiran
liberalisme agama akan dinilai menerusi perspektif Ahli Sunnah Wal-Jamaah
(ASWJ) sebagai satu-satunya aliran yang benar, kukuh dan berpengalaman dalam
mendepani cabaran pemikiran menyeleweng.

Bagi menilai fenomena liberalisme agama yang kian membarah dalam masyarakat,
kami akan memperincikannya dengan melihat kepada tiga isme utama yang menjadi
instrumen kepada penyebaran fahaman liberalisme agama dalam masyarakat Islam
iaitu sekularisme, humanisme dan pluralisme agama.

Sekularisme

David Marten menyatakan istilah sekularisme berasal dari bahasa


Latin saeculum iaitu secular yang mempunyai banyak dan luas pengertiannya
seperti juga perkataan religion. Lihat The Religion and The Secular: Studies in
Secularization, pg. 48. Manakala Michael Hill pula menyatakan bahawa sekularisme
ini adalah merujuk kepada masa dan tempat. Lihat A Sociology of Religion, pg. 229.
Syed Muhammad Naguib al-Attas menghuraikan maksud masa ialah masa sekarang
yang bersifat kekinian dan tempat pula ialah dunia yang bersifat keduniaan.
Lihat Islam, Faham Agama dan Asas Akhlak, hlm. 72. Prof. Dr. H.M. Rashidi
menyatakan sekularisme adalah sistem etika dan falsafah yang bertujuan memberi
interpretasi atau pengaturan kepada kehidupan manusia tanpa kepercayaan kepada
Tuhan dan Kitab Suci atau kehidupan di kemudian hari. Lihat Sekularisme Dalam
Persoalan Lagi, hlm. 20.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka perkataan sekular ini diertikan sebagai
duniawi. Lihat Kamus Inggeris Melayu Dewan, hlm. 886. Manakala kamus Oxford
pula ialah keduniaan dan kebendaan tanpa keagamaan dan kerohanian.
Lihat Oxford Advanced Learner’s Dictionary of Current English, hlm. 771.

Sebagai kesimpulannya, sekularisme adalah fahaman yang mengasingkan urusan


keduniaan seperti pentadbiran, ekonomi, politik dan sebagainya daripada bercampur
dengan urusan keagamaan atau ketuhanan. Atau ringkasnya, fahaman yang ingin
membebaskan diri daripada cengkaman atau peraturan agama dalam kehidupan.

Nilai-Nilai Sekularisme Yang Menentang Agama

 Sekular boleh menerima agama sebagai anutan umat semata-mata dan tidak lebih
daripada itu. Oleh itu, sekular tetap menolak Islam kerana syariah dan akidah Islam
dijadikan sebagai asas dalam kehidupan ini. Ini adalah satu kongkongan dan
batasan bagi mereka. Islam hanya diterima sebagai ibadat dan upacara sahaja
manakala pengamalannya bergantung kepada individu. Akhlak dan adab Islam
diterima tetapi bukan bermaksud mereka terikat dengannya. Semua perkara halal
dan haram bergantung kepada individu atau masyarakat, bukannya agama.

Sekular hanya akan mengambil perkara tertentu daripada Islam sekiranya ia


menepati dan bersesuaian dengan kehendak mereka. Oleh itu, dalam kebanyakan
perkara, sekular telah mengisytiharkan perang terhadap Islam. Lihat al-Islām wa
al-‘Ilmāniyyah Wajhan li Wajhin, hlm. 83. Golongan sekular berpada sekadar
mendirikan syiar Islam seperti solat, puasa, haji dan umrah. Tetapi mereka musykil
dan tidak memahami Islam secara tepat. Dalam hal ini, mereka juga tidak
menjadikan ulama dan pemikir Islam yang dipercayai (thiqah) sebagai rujukan.
Lihat Awlawiyyāt al-Harakāt al-Islāmiyyah fi Marhalah al-Qadāmah, hlm. 170.

Syariah ialah musuh utama kaum sekularis. Ini adalah lanjutan daripada
penentangan mereka terhadap agama dan akidah. Syariah Islam banyak
bertentangan dengan undang-undang dan falsafah perundangan mereka. Misalnya,
pengharaman riba, judi, arak, zina dan sebagainya. Bagi mereka, Allah diakui
sebagai pencipta alam sahaja bukan pemerintah seluruh alam. Mereka beranggapan
bahawa perundangan dan pemerintahan adalah hak mutlak mereka. Oleh itu,
mereka boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak dan kemahuan mereka tanpa
batasan atau ikatan agama. Mereka ingin membebaskan diri mereka daripada ikatan
agama.

Gerakan Kamalisme di Turki adalah merupakan manifestasi terpenting menunjukkan


realiti ini. Gerakan ini berdasarkan sekularisme, materialisme, nasionalisme,
peoplisme, republikanisme, revolusi dan menjuruskan kepada de-Islamisme.
Gerakan ini melakukan pembaharuan undang-undang iaitu undang-undang Barat
menggantikan al-Quran dan al-Sunnah. Undang-undang sivil dari Itali, undang-
undang perniagaan dari Jerman manakala undang-undang jenayah dari Swiss.
Lihat Sekularisme: Perkembangan Dalam Masyarakat Muslim, hlm. 38.

 Malah seorang pemimpin politik beraliran Islam di Turki, Reccep Tayyip Erdogan
pernah dihukum penjara selama empat bulan dan tidak boleh menjawat apa-apa
jawatan dalam tempoh tersebut oleh Mahkamah Perlembagaan Turki atas dakwaan
cubaan menghapuskan sistem sekular Turki. Manakala speaker Turki, Bulent Arinc
telah dikecam kerana isterinya, Munevver memakai tudung ketika menghadiri satu
majlis rasmi. Cara Munevver telah dianggap mencabar prinsip asas negara itu iaitu
sekular. Lihat Berita Harian, 22 November, hlm. 24.

Oleh yang demikian, kelangsungan sekularisme terus menerus berlaku dalam


masyarakat Islam. Perasaan ingin maju dan rasa hormat terhadap budaya sekular
ini telah menyebabkan masyarakat Islam cuba membebaskan diri daripada
pegangan agama sebaliknya menyesuaikan diri dengan nilai-nilai sekular. Ini bukan
sahaja berlaku di Turki tetapi telah menular sehingga negara-negara lain seperti
Iran, Iraq, Mesir, Algeria, Syria, Tunisia dan lain-lain termasuk Malaysia.

  

Humanisme

Istilah humanisme sebagaimana yang difahami pada hari ini adalah merujuk kepada
satu sistem pemikiran atau isme yang memberi penekanan terhadap nilai
kemanusiaan dan kebajikannya. Fahaman ini juga telah menafikan kebergantungan
manusia kepada unsur agama dan agama dilihat sebagai suatu yang menyusahkan
hidup manusia. Lihat Encyclopedia of Ethics, 2/800.
Menurut Ali Shari‘ati, humanisme menekankan peranan akal fikiran, budi pekerti,
keintelektualan dan kehendak manusia sendiri dalam menyelesaikan segala perkara
yang terdapat di dalam dunia ini. Semua benda dinilai dengan logik akal manusia
yang sudah pastinya terbatas. Manusia bagi pendukung aliran humanisme ini telah
disifatkan sebagai mempunyai nilai moral sejak azali lagi dan akan bersikap baik
sekalipun tidak berpegang kepada ajaran agama dan tidak percaya kepada Tuhan.
Lihat Marxisme and Other Western Fallacies, an Islamic Critique, pg. 23

James R.Ozinga pula menjelaskan bahawa tiada sebarang kebaikan yang


terkandung di dalam gagasan humanisme tersebut. Ia adalah mirip atau serupa
dengan fahaman atheisme yang tidak mengakui kewujudan Tuhan. Manusia adalah
makhluk bijak yang boleh mengurus atur kehidupan dan mampu menangani segala
permasalahan yang timbul walaupun tanpa petunjuk agama. Agama menurut
pendukung aliran ini hendaklah dihapuskan sekiranya seseorang itu ingin mencapai
jati dirinya. Lihat Communism, the Story of Idea and Implementation, pg. 237.

Humanisme dengan makna dan pendekatan atheism sebagaimana yang difahami


hari ini merupakan cetusan idea tokoh komunisme; Karl Marx. Ini diakui oleh dua
orang tokoh yang banyak membincang dan mengkaji latar belakang fahaman ini iaitu
Bruno Baucer (1882) dan Ludwing Feuerbach (m. 1872). Menurut Karl Marx,
humanisme diperkenalkan bertujuan untuk menafikan kewujudan dan kekuasaan
Tuhan seterusnya memisahkan manusia daripada agama. Malahan, Marx dengan
berani telah menegaskan bahawa manusia adalah pencipta agama dan bukan
agama yang mencipta manusia. Lihat Encyclopedia of Ethics, 2/801-802.

Daripada faham humanisme inilah tercetusnya perjuangan Hak Asasi Manusia


(HAM) di Barat. Di peringkat antarabangsa, perjuangan menuntut hak asasi
sememangnya telah menjadi agenda suci. Ia bermula dengan Perisytiharan Hak
Asasi Manusia Sejagat 1948 (PHAMS 1948). Perisytiharan tersebut dipelopori oleh
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Antara komuniti dunia terkuat yang
mendukung perjuangan hak asasi ialah masyarakat Eropah sehingga mereka telah
memaktubkan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950
yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara
anggota komuniti Eropah.

Antaranya beberapa perkara yang dikatakan sebagai HAM oleh PHAMS 1948 ialah
seperti Perkara 16 (1) yang berbunyi, “Men and women of full age, without any
limitation due to race, nationality or religion, have the right to marry and to found a
family. They are entitled to equal rights as to marriage, during marriage and at its
dissolution”. Bagi penganut Islam perkara ini sudah tentu bertentangan dengan
syariat Islam yang telah menentukan hukum- hakam berkaitan perkahwinan. Begitu
juga Perkara 18 yang berbunyi, “Everyone has the right to freedom of thought,
conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief,
and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to
manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance”. Bagi
Islam, Perkara 18 jelas tidak boleh diterima kerana telah mencabuli hak asasi umat
Islam dalam beragama.

 
Pluralisme agama

Pluralisme agama adalah pandangan, fikiran dan keyakinan bahawa agama-agama


yang bermacam-macam dan berbeza-beza itu mempunyai kesamaan dari segi
ontologi, soteriologi, dan epistemologi. Seperti dikemukakan Peter Byrne, profesor di
King’s College London UK, pluralisme agama merupakan persenyawaan tiga tesis.
Pertama, semua tradisi agama-agama besar dunia adalah sama, semuanya merujuk
dan menunjuk kepada satu realiti tunggal yang transcendent dan suci; kedua,
semuanya sama-sama menawarkan jalan keselamatan; dan ketiga, semuanya tidak
ada yang final. Ertinya, setiap agama mesti sentiasa terbuka untuk dikritik dan
ditinjau kembali. Antara tokoh-tokoh yang mengembangkan fahaman pluralisme
agama adalah seperti Raimundo Panikkar (seorang paderi Katolik kelahiran
Sepanyol), Wilfred Cantwell Smith (pengasas dan mantan pengarah Institute of
Islamic Studies di McGill University Canada), Fritjhof Schuon (bekas penganut
Kristian yang pergi mengembara dan keluar masuk pelbagai macam agama) dan
John Hick (profesor teologi di Claremont Graduate School California USA).
Lihat Prolegomena to Religious Pluralism, pg. 191.

Kesimpulannya pluralisme agama adalah satu istilah yang merujuk kepada faham
menyamakan semua agama dalam erti: (a) Kebenaran ada dalam semua agama,
dan (b) Keselamatan boleh dicapai menerusi mana-mana agama. Pluralisme dalam
pengertian ini harus dibezakan daripada toleransi antara agama dalam sebuah
masyarakat majmuk. Selain itu ia juga harus dibezakan daripada sinkritisme yang
selalu diertikan sebagai faham campur-aduk pelbagai agama. Kebelakangan ini
faham pluralisme agama mulai di disambut dan dianut oleh kelompok tertentu di
rantau ini khususnya di Malaysia dan Indonesia.

Usaha penyebarannya ketika ini dikaitkan dengan era globalisasi dengan segala
bentuk bawaannya, termasuk fenomena plural yang secara terasnya menuntut sikap
terbuka, toleran, akomodatif dan inklusif. Menurut golongan pluralis, dalam situasi
sekarang sikap tertutup dan eksklusif sudah tidak relevan lagi. Dengan semangat
zaman yang sedemikian, umat Islam perlu tampil sebagai kaum pluralis-inklusif.
Keinginan untuk dilihat selari dan lebih ideal dengan dasar-dasar luar negara-negara
Barat berkuasa besar terutamanya Amerika Syarikat membentuk sikap dan pola fikir
model pluralis-inklusif tersebut yang ketika ini sedang menggila memburu mereka
yang dilabelkan sebagai kaum fanatik, fundamentalis, ekstrimis dan teroris Muslim.

Oleh itu kaum pluralis begitu resah dengan citra Islam yang unik dan berbeza
daripada yang lain. Perbezaan mereka dirasakan sebagai pertentangan, konflik dan
konfrontasi. Kerana itu mereka amat tidak senang dengan hal-hal yang dilihat
kontras seumpama: hak-batil, Mukmin-kafir, Muslim-bukan Muslim, dosa-pahala,
syurga-neraka dan seumpamanya. Dalam perspektif pluralis-inklusif tidak ada lagi
perbezaan-perbezaan seperti itu. Dengan menyamakan semua agama bererti
semua agama adalah benar, penganut agama mana pun adalah muslim dan
semuanya berpeluang masuk ke syurga. Apa yang berbeza hanya jalannya, tetapi
matlamat yang dituju adalah sama, iaitu Tuhan, dan semuanya akan sampai ke
matlamat yang satu.

 
Perbezaan Pluraliti Agama dan Pluralisme Agama

Sebahagian umat Islam masih terkeliru dengan perbezaan antara pluraliti agama
dan pluralisme agama. Pluraliti agama adalah fakta kewujudan kepelbagaian dan
perbezaan agama-agama di dunia ini. Sebagai fakta, pluraliti merupakan ketentuan
Tuhan atau Sunnatullah, oleh kerana itu ia adalah sesuatu yang tidak mungkin
dinafikan. Manakala pluralisme agama adalah pandangan, fikiran, sikap dan
pendirian seseorang terhadap realiti kepelbagaian dan fakta perbezaan tersebut.

Secara khususnya pluralisme agama adalah pandangan, fikiran, keyakinan bahawa


agama-agama yang pelbagai dan berbeza-beza itu mempunyai kesamaan dari segi
ontologi, soteriologi dan epistemologi. Seperti dikemukakan Peter Byrne, professor
di King’s College London UK, pluralisme agama merupakan persenyawaan tiga
tesis. Pertama, semua tradisi agama-agama besar dunia adalah sama, semuanya
merujuk dan mengisyarat kepada suatu realiti tunggal yang transcendent dan suci.
Kedua, semuanya sama-sama menawarkan jalan keselamatan. Dan ketiga,
semuanya tidak ada yang final. Ertinya, setiap agama mesti senantiasa terbuka
untuk dikritik dan diteliti kembali.  

Perbezaaan Pluralisme Agama dan Toleransi Agama

Pluralisme agama juga bukan bermakna toleransi agama. Islam sememangnya


adalah agama yang toleran dan mengajarkan toleransi kepada umatnya sejak dari
awal. Malah, Islam sama sekali tiada masalah dengan toleransi agama. Apa yang
menjadi masalah dengan Islam adalah apabila ajaran toleransi Islam cuba dikaitkan
dengan pluralisme agama, lalu disimpulkan bahawa Islam adalah agama yang
mengajarkan persamaan semua agama.

Anggapan bahawa pluralisme agama adalah sama dengan toleransi agama adalah
anggapan yang subjektif, sangat semberono dan kurang cermat berpunca daripada
kegagalan seseorang untuk memahami hakikat doktrin pluralisme agama. Malah,
tanggapan ini ditolak mentah-mentah oleh golongan pakar dan pendukung
pluralisme agama sendiri. Sebagai contoh, Diana L. Eck, pengarah The Pluralism
Project di Universiti Harvard, Amerika Syarikat dalam penjelasan rasmi beliau yang
berjudul “What is pluralism?” dan diulangi dalam “From Diversity to Pluralism”,
membentangkan empat karateristik utama untuk mengidentifikasi ajaran pluralisme
agama secara terperinci. Dalam karakter yang kedua, beliau mengatakan “pluralism
is not just tolerance, but the active seeking of understanding across lines of
difference. Tolerance is a necessary public virtue, but it does not require Christians
and Muslims, Hindus, Jews and ardent secularists to know anything about one
another. Tolerance is too thin a foundation for a world of religious difference and
proximity. It does nothing to remove our ignorance of another, and leaves in place
the stereotype, the half-truth, the fears that underlie old patterns of division and
violence. In the world in which we live today, our ignorance of one another will be
increasingly costly”.[2]

Dalam perkara ini, Eck secara terus terang mengatakan bahawa “pluralism is not
just tolerance” yang bermakna “pluralisme bukanlah sekadar toleransi semata-mata”.
Tetapi pluralisme adalah satu pencarian persefahaman yang aktif melangkaui
perbezaan antara agama.

Beberapa Fenomena Liberalisme dan Pluralisme Agama

1. Membenarkan murtad atau pertukaran agama

Fenomena membincangkan isu murtad bermula dengan masalah yang berkaitan


dengan kedudukan Mahkamah Syariah di sisi Perlembagaan Persekutuan. Terdapat
pihak tertentu yang memohon pindaan Perkara 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan
berkaitan kedudukan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dianggap
mengancam hak kebebasan beragama. Terdapat kumpulan tertentu yang berusaha
untuk mendapatkan sokongan rakyat terhadap tafsiran mereka mengenai
kebebasan beragama di bawah Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan ("Tiap-tiap
orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada
fasal (4) mengembangkan ugamanya") dengan mentafsirkannya sebagai
memberikan hak semua orang dalam negara ini bebas untuk menukar agama
mereka tanpa mengira agama dan ianya termasuk orang Islam. Ini bermakna
penentuan isu agama termasuk pertukaran agama orang Islam hendaklah
diputuskan oleh Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah.

Tafsiran kebebasan agama yang diperjuangkan oleh kumpulan tertentu ini adalah
mengikut tafsiran sepertimana yang dimanifestasikan dalam Artikel 18 Deklarasi Hak
Asasi Sejagat 1948 (Universal Declarations of Human Rights, 1948) yang antara lain
memperuntukan bahawa 'Everyone has the right to freedom of thought, conscience
and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, maksudnya,
“setiap orang mempunyai hak untuk kebebasan berfikir, bersuara dan beragama,
hak ini termasuk kebebasan untuk menukar agamanya atau kepercayaannya”.

2. Mempertikaikan hukum syariah dan autoriti fatwa

Menurut Wahbah al-Zuhayli, hukum beramal dengan hukum-hakam fiqh yang


diijtihadkan adalah wajib ilzami kerana para imam mujtahid wajib beramal dengan
apa yang dihasilkan menerusi ijtihadnya sendiri. Baginya ia adalah seumpama
hukum yang jelas daripada Allah S.W.T melalui al-Quran dan al-Sunnah. Lihat al-
Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 1/27.

Namun bagi selain mujtahid (pengikut atau muqallid) maka hendaklah beramal


dengan fatwa mujtahid memandangkan di hadapannya tiada lagi jalan lain untuk
mengetahui hukum syarak melainkan dengan memohon fatwa daripada yang
mengetahui dan mampu berijtihad. Oleh itu memungkiri mana-mana hukum yang
sabit melalui jalan ijtihad yang terbina atas dasar melampaui andaian (ghalabah al-
µann) ia adalah maksiat, kefasiqan dan kezaliman; ini kerana mujtahid telah
memeras segala daya upaya untuk mengeluarkan (istinba³) kebenaran dan
keterangan tentang hukum Allah S.W.T, jauh daripada mengikut hawa nafsu diri
sendiri atau kepentingan tertentu atau mengharapkan nama dan kedudukan, tetapi
mereka hanya menurut dalil-dalil syarak dan panduan kebenaran dengan penuh
amanah dan keikhlasan. Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 1/27.

Oleh itu, adalah sesuatu yang amat menyinggung sensitiviti umat Islam jika sesuatu
fatwa itu disanggah atau dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Malah orang Islam
yang memperlekeh atau menghina sesuatu fatwa dan institusi ulama dianggap
sebagai kurang berakhlak. Ia berbeza dengan apa yang berlaku pada masa kini,
apabila institusi fatwa yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa dan penjelasan
hukum diperlekeh dan diperleceh tanpa rasa bersalah oleh pihak tertentu. Walhal
bagi orang awam, mempertikaikan institusi fatwa dengan tujuan untuk mengkritik
ijtihad yang dikemukakan, ia boleh menjerumuskan seseorang terhadap perbuatan
dosa kerana ijtihad yang dilakukan tetap bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

Sebaliknya bantahan dan tentangan yang dikemukakan oleh sesetengah pihak, tidak
lebih daripada suatu tuntutan supaya setiap individu termasuk muslim diberi
kebebasan mutlak untuk berfikir dan memilih pandangannya sendiri sekalipun dia
tidak mahir atau memiliki ilmu yang memadai tentang soal hukum agama. Sikap
yang seumpama ini boleh dianggap sebagai sebahagian daripada fenomena
liberalisme dalam beragama kerana mereka yang terlibat inginkan supaya agama ini
difahami dan dipraktiskan sekalipun tanpa mengikuti disiplin-disiplin ilmu yang
ditetapkan. Beberapa fenomena yang dilihat hasil daripada kesan fahaman ini
adalah seperti berikut:

 Memperjuangkan kebebasan media secara mutlak termasuk mengecam


tindakan kerajaan mengawasi filem-filem atau buku-buku yang boleh
mengancam kesucian agama Islam dan anutan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di
negara ini.
 Memperjuangkan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan
Transgender (LGBT) secara terbuka bagi menuntut supaya setiap individu
diberikan hak dan kebebasan untuk memperlakukan apa sahaja yang dia
mahu terhadap seksualiti dan tubuhnya seperti menjadi gay atau menukar
jantina.
 Menolak dan mempertikaikan fatwa-fatwa yang dikatakan mengongkong
kebebasan hak asasi manusia dan masyarakat majmuk seperti fatwa
Valentine's Day, Islam liberal, doa bersama bukan Islam dan lain-lain.

Implikasi Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama Terhadap Umat Islam

1. Menyebabkan kelonggaran kepada batas-batas yang menjejaskan iman


Antara implikasi terbesar pemikiran liberalisme agama ialah meniadakan sama
sekali hukum-hakam yang boleh menggelincirkan iman seseorang. Ia adalah
berdasarkan fahaman sesiapa yang membenarkan dalam hati dan mengaku dengan
lidah, maka ia dianggap kekal beriman dengan sempurna walaupun orang tersebut
tidak melakukan sebarang amal perbuatan seorang muslim seperti solat, zakat,
puasa dan haji. Malah sekiranya dia melakukan apa jua kemungkaran yang boleh
mengkafirkan seperti menyembah berhala dan sujud kepada matahari, dia tetap
dianggap mukmin selagimana masih tidak mengiktikadkan perbuatan tersebut di
hati.

Antara kebatilan liberalisme agama ialah menafikan hukum syarak berkenaan


kaedah menentukan hukum ke atas manusia secara zahir iaitu:

‫نحن نحكم بالظواهر وهللا يتولى بالسرائر‬


Maksudnya: “Kita berhukum secara zahir, manakala bagi diserahkan perkara-
perkara tersembunyi”. Lihat Talkhis al-Habir fi Ahadith al-Rafi‘i al-Kabir, 4/192.

2. Mengubah Islam menjadi agama kepercayaan semata-mata

Pemikiran liberalisme agama boleh menjadi punca kandungan agama Islam yang
meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia dihapuskan. Hasilnya, Islam akan
menjadi agama kepercayaan semata-mata. Hanya dengan beriman di dalam hati
dan melafazkan dua kalimah syahadah, maka ia dianggap sebagai mukmin yang
sempurna. Fahaman ini menyebabkan hakikat agama yang dibawa oleh para rasul
a.s., perutusan kitab-kitab suci dan pertembungan yang berlaku antara golongan
beriman dan golongan kuffar tidak mempunyai apa-apa makna. Ini kerana ia tidak
memperjuangkan konsep “penyerahan diri” seperti yang terkandung dalam makna
Islam itu sendiri sebaliknya hanya menerima ucapan lafaz syahadah sebagai penilai
terhadap kesempurnaan iman seseorang.

Konsep ibadah juga tidak akan mempunyai apa-apa erti. Ini kerana ia hanya
mementingkan pengakuan hati dan lidah sedangkan ibadah meliputi pelbagai
amalan zahir yang menjadi lambang ketundukan, kehinaan dan ketaatan manusia
sebagai hamba Allah SWT. Ibadah solat, zakat, puasa dan haji, kesemuanya adalah
ibadah zahir yang wajib dilakukan oleh setiap hamba bagi membuktikan keimanan
mereka kepada Allah SWT. Ia adalah matlamat dan tujuan mereka diutuskan di
muka bumi ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Dhariyyat ayat 56 :

‫ون‬ َ ِ ‫ت ْال ِجنَّ َواإْل‬


ِ ‫نس إِاَّل لِ َيعْ ُب ُد‬ ُ ‫و َما َخ َل ْق‬ َ
Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”.

Surah al-Dhariyyat (56)


3. Mengubah persepsi umat Islam terhadap dosa dan azab neraka

Liberalisme agama cuba menjadikan iman itu tidak akan sekali-kali tergugat dengan
dosa dan maksiat yang dilakukan oleh anggota badan. Fahaman ini adalah amat
bertentangan dengan nas-nas al-Qur’an dan hadith berkenaan dosa dan maksiat.
Nas-nas syarak telah menetapkan bahawa dosa syirik dan kekufuran tidak sekali-
kali akan diampunkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak. Manakala dosa selain
kedua-duanya, telah dijanjikan Allah SWT dengan balasan tertentu di dunia dan di
akhirat berdasarkan kecil atau besarnya dosa tersebut. Oleh itu, sesiapa yang
mengatakan seorang mukmin atau muslim yang berdosa tidak sekali-kali akan
diazab di akhirat kelak, ia adalah kenyataan yang membohongi Allah SWT dan
Rasul-Nya SAW.

Antara ayat-ayat al-Qur’an yang menunjukkan balasan Allah SWT terhadap mereka
yang melakukan dosa-dosa kecil adalah kesemua ayat yang menyebut tentang
balasan Allah SWT terhadap perbuatan manusia secara umum. Sebahagian ayat-
ayat tersebut adalah seperti berikut :

ِ ‫ َمن َيعْ َم ْل سُوءًا يُجْ َز ِب ِه َواَل َي ِج ْد َل ُه مِن ُد‬  ۗ‫ب‬


‫ون‬ ِ ‫ْس ِبأ َ َما ِن ِّي ُك ْم َواَل أَ َمانِيِّ أَهْ ِل ْال ِك َتا‬
َ ‫لَّي‬
‫اللَّـ ِه َولِ ًّيا َواَل َنصِ يرً ا‬
Maksudnya: “(Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati
hanya dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula dengan angan-
angan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani), sesiapa yang melakukan kejahatan, ia akan
dibalas dengan kejahatan itu, dan ia pula tidak akan mendapat - selain dari Allah -
seorang pun yang akan melindunginya, dan tidak ada juga yang dapat
menolongnya”.

     Surah al-Nisa’ (123)

4. Menghapuskan eksklusiviti kebenaran pada agama Islam dan


meletakkan agama Islam seriring dengan kedudukan agama lain

Secara ringkas beberapa implikasi buruk yang bakal menimpa sekiranya pengaruh
pluralisme agama dibiarkan berleluasa di dalam negara atau di seluruh dunia iaitu:

 Penghapusan agama itu sendiri disebabkan usaha untuk menyeragamkan


semua agama dan menolak sebarang pertindihan yang berlaku membabitkan
perbezaan fahaman atau kepercayaan.
 Pluralisme skeptik yang menjurus kepada kesangsian dan keraguan terhadap
kewujudan agama dan kepercayaan.
 Ancaman ke atas Hak Asasi Manusia terutama hak untuk mengamalkan
agama atau kepercayaan masing-masing.
 Kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini akan terhakis sedikit
demi sedikit demi memenuhi tuntutan mereka yang menafikan kelebihan atau
keistimewaan mana-mana agama.
 Agama akan menjadi tidak lebih melainkan urusan peribadi masing-masing
dan mustahil untuk dijadikan sebagai undang-undang (syariah) kerana ketika
itu yang wujud hanyalah etika dan moral yang diakui bersama.
 Agama akan menjadi sesuatu yang boleh dipermain-mainkan, setiap individu
berhak untuk masuk atau keluar daripada agama sesuka hatinya akibat
hilangnya kekudusan atau kesucian sesebuah agama itu.
 Wujudnya agama baru yang mengajak manusia supaya tidak beragama,
walaupun golongan pluralisme menafikan tetapi dari sudut teori dan praktikal
ini bakal akan berlaku sekiranya pluralisme diterima masyarakat dunia.

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Berdasarkan pembentangan di atas, tuntasnya kami simpulkan bahawa liberalisme


dan pluralisme agama adalah serangan pemikiran yang merupakan strategi Barat
paling ampuh bagi melumpuhkan pertahanan aqidah umat Islam daripada luar. Ia
berlaku dengan memasukkan ideologi-ideologi ciptaan mereka secara halus dan
tanpa disedari. Ideologi-ideologi yang ditawarkan dengan jelas boleh memberi kesan
langsung terhadap aqidah dan syariah Islam. Malah ia terbukti telah meninggalkan
impak yang amat besar sehingga mengujudkan masyarakat Islam yang hilang jati
diri dan nilai keimanan. Justeru, kami menyeru agar umat Islam membenteng diri
daripada terpengaruh dengan ideologi-iedologi tersebut dan senantiasa dikurniakan
petunjuk dan hidayah Allah SWT untuk membezakan antara yang haq dan yang
batil.

‫ َواَل‬،ُ‫ َوارْ ُز ْق َنا اجْ ت ِنا َ َبه‬، ‫ َوأَ ِر َنا ْالبَاطِ َل بَاطِ اًل‬،ُ‫ـ َوارْ ُز ْق َنا ا ِّت َبا َعه‬،‫اللَّ ُه َّم أَ ِر َنا ْال َح َّق َح ًّقا‬
َ ‫ َواجْ َع ْل َنا ل ِْل ُم َّتق‬،َّ‫َتجْ َع ْل ُه م ُْل َت ِبسًا َع َل ْي َنا َف َنضِ ل‬
‫ِين إِ َمامًا‬
Maksudnya: “Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai
kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah
kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk
menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan
jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa sebagai pemimpin.”

Akhukum fillah,

SS Dato' Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

Nota Hujung:

[1] Liberalisme adalah satu fahaman berkenaan kebebasan. Ia mengajarkan tentang


kebebasan manusia dalam apa jua hal. Kebebasan beragama, kebebasan
berpendapat, kebebasan berperilaku dan kebebasan kepemilikan. Dari liberalisme
ini muncullah gerakan-gerakan baru yang mengatasnamakan gerakan
memperjuangkan Hak Asasi Manusia. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 74 pada 25 – 27 Julai 2006
telah memutuskan gerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman-fahaman yang
didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berpegang kepada
konsep pluralism agama, mndakwa akal manusia adalah wahyu, mempersoalkan
metodologi pentafsiran al-Qur’an dan al-Hadith dan lain-lain. Berdasarkan kepada
ciri-ciri penyelewengan tersebut muzakarah memutuskan bahawa pemikiran
liberalism agama adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.

[2] http://pluralism.org/what-is-pluralism/

Anda mungkin juga menyukai