Anda di halaman 1dari 6

Latih tubi antalogi

Latihan 1 (Munsyi)
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat-ayat anda sendiri.

Hampir beberapa purnama, saya tidak bertemu Munsyi di perkampungan pinggir kota ini. Suatu hari, saya
terhidu perkhabaran tentang rancangan sebuah syarikat perumahan dengan kebenaran pengusaha kota untuk
mengambil alih kampong tradisi yang didiami oleh Munsyi serta lebih dua puluh buah rumah yang semuanya
diduduki keluarga Melayu. Khabarnya kawasan itu akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah serta
hotel bertaraf lima bintang. Penduduk diberikan tempoh beberapa hari untuk mengosongkan premis mereka
sebelum dirobohkan. Oleh sebab kesibukan tugas, saya tidak sempat menemui lelaki tua itu.

Seminggu selepas itu, ketika saya sampai di kampung pinggir kota itu, keadaan sudah kelam-kabut. jentera-
jentera berat bersiap sedia merobohkan rumah-rumah kayu usang. Puluhan anggota penguat kuasa mengawal
suasana sekitar yang dipanaskan dengan demonstrasi penduduk membantah pencerobohan itu.

Saya mencari Munsyi. Saya bimbang akan puluhan buku lama yang dihadiahkan oleh bonda kepada Munsyi.
Ketika sesi meroboh bermula, saya jadi terkedu melihat puluhan buku ini ranap dan berkecai bersama-sama
ranapnya rumah Munsyi dihentam taring-taring tajam jentera berat yang melanggar dan meredah apa-apa saja.
Air mata saya menitis sedih dan pilu bukan sahaja mengenang khazanah berharga yang musnah, tetapi
membayangkan satu-satunya tanah rizab milik bangsa di kota besar ini akan berpindah kepada tuan-tuan
saudagar asing yang bakal mengaut keuntungan di bumi ini.

Selepas kejadian itu, berhari-hari saya cuba menjejak Munsyi, namun kelibatnya langsung tidak saya temui.
Saya bertanya setiap orang, ke mana perginya gerangan orang tua itu, namun tiada sesiapa mengetahui pejuang
bahasa ibunda itu menghilangkan diri. Dipetik daripada cerpen ’Munsyi’ oleh Husna Nazri dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, nyatakan reaksi Mel apabila sesi meroboh perkampungan pinggir
kota yang merupakan tempat tinggal Munsyi bermula? [2 markah]
(ii) Pada akhir cerita, Mel cuba menjejak Munsyi, namun kelibatnya langsung tidak ditemui. Pada pendapat
anda, apakah yang terjadi kepada pejuang bahasa ibunda tersebut? [3 markah]
(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat lain
daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Latihan 2 (Burung Terbang Dipipiskan Lada)


Syahadan, pada suatu hari,maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah samasama orang banyak.
Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini
menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain
semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa
perempuan sekali. Mengapakah maka demikan fiil tuan?”

Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun
Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta,
tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan
diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu?
Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala
perkakas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh
Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini
hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya;
kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.”
1
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu,

(i) Berikan maksud maka demikian fiil tuan. [2 markah]


(ii) Nyatakan respons Tun Perak terhadap pertanyaan Seri Amerta berkaitan orang Kelang yang membawa
anak isteri bersama-sama ke Melaka. [3 markah]
(iii) Setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam usaha membentuk
keluarga yang bahagia. Pada pendapat anda, apakah peranan tersebut? [3 markah]

Latihan 3
Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga)

Apabila terpelihara mata.


Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping.


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi. .

Dipetik daripada ‘Gurindam Dua Belas’ antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia

Apabila terpelihara kuping.


Khabar yang jahat tiadalah damping

(i) Berikan maksud rangkap di atas. [2 markah]


(ii) Kemunculan media sosial seperti whatsapp, telegram, twitter dan facebook menjadi wadah kepada
individu yang tidak bermoral untuk menyebarkan berita-berita yang boleh mempengaruhi minda
pembacanya. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang akan anda ambil sekiranya anda menerima
sesuatu berita yang diragui kebenarannya. [3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]

2
Latihan 4
ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi malam sepi


bagai kalung yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka tiada makna


anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun ada yang mati ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan

(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan dua harapan penyajak. [2 markah]

(ii) Kasih sayang amat penting dalam hubungan kekeluargaan. Pada pendapat anda, mengapakah hubungan
kekeluargaan perlu mengutamakan kasih sayang? [3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

Latihan 5
SANG GEMBALA KUDA

Dia lelaki bergelar perkasa


dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda dipadang
berebutan memburu kandang.

Rumput dan jerami yang terhidang adalah kanun


janji kesetiaan dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.
3
Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiringi seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur dipaya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kuda


hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!

(i) Berdasarkan sajak tersebut, berikan maksud tak peduli nasib diri setelah kenyang. [2 markah]
(ii) Andaikan anda seorang penggembala kuda. Selain memberikan makan dan minum, nyatakan langkah-langkah
yang perlu anda lakukan untuk memastikan binatang peliharaan anda berada dalam keadaan yang baik. [3 M)]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

Skema
Latihan 1 (Munsyi)
(i) Reaksi Mel apabila sesi meroboh perkampungan pinggir kota yang merupakan tempat tinggal Munsyi bermula;
P1 Terkedu melihat puluhan buku ranap dan berkecai bersama-sama ranapnya rumah Munsyi dihentam taring-
taring tajam jentera berat yang melanggar dan meredah apa-apa sahaja.

P2 Air matanya menitis sedih dan pilu mengenangkan khazanah berharga yang musnah.

P3 Membayangkan satu-satunya tanah rizab milik bangsa di kota besar itu akan berpindah kepada tuan-tuan
saudagar asing yang bakal mengaut keuntungan di bumi ini. [Maksimum: 2 markah] [Isi cukup: 2 isi]

(ii) Perkara yang terjadi kepada pejuang bahasa ibunda (Munsyi) tersebut;

P1 Telah meninggal dunia.


P2 Berpindah ke rumah yang lain.
P3 Menumpang di rumah keluarga atau saudara mara.
P4 Berada di hospital / mengalami masalah kesihatan 3M

(iii) Latar masyarakat dalam petikan;

P1 Masyarakat yang berani mempertahankan hak sendiri. Penduduk di perkampungan pinggir kota melakukan
demonstrasi untuk membantah pencerobohan. (1+1)

4
P2 Masyarakat yang mementingkan keuntungan Syarikat perumahan ingin mengambil alih satu-satunya tanah
rizab milik bangsa Melayu untuk membina pelbagai bangunan mewah serta hotel bertaraf lima bintang (1+1)

Latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen;

P1 Masyarakat yang tidak mudah putus asa apabila menemui kegagalan Mel meminta izin ibunya sekali lagi
apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya. (1+1)

P2 Masyarakat yang taat terhadap ibu bapa. Mel taat akan nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah
ke bandar kerana pada pendapat ibunya dia masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar (1+1)

P3 Masyarakat yang amanah. Mel berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh ibunya iaitu
menyerahkan naskhah-naskhah kitab lama kepada Munsyi (1+1) [4 markah] [Isi cukup: 2 isi]

Latihan 2 (Burung Terbang Dipipiskan Lada)


(i) Maksud rangkai kata maka demikian fiil tuan;  begitu kelakuan / perangai Tun Perak [Maksimum: 2 markah]
(ii) Respons Tun Perak terhadap pertanyaan Seri Amerta berkaitan orang Kelang yang membawa anak isteri
bersama-sama ke Melaka;

P1 Menasihati Tun Perak agar menjaga pedangnya dengan baik agar tidak berkarat
P2 Tugas menjaga /memelihara keamanan negara tidak diketahui oleh orang lain
P3 Orang Klang diminta membawa isteri dan anak-anak supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh.
[Maksimum : 3 markah] [Isi cukup: 2 isi]

(iii) Peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga dalam usaha membentuk keluarga yang bahagia;

P1 Ibu bapa mestilah memberikan didikan agama dan moral sejak kecil lagi
P2 Ibu bapa dan anak-anak perlulah meluangkan masa bersama-sama
P3 Anak-anak yang sudah dewasa bolehlah membantu meringankan beban ibu bapa
P4 Ibu bapa hendaklah mencurahkan kasih sayang, belas kasihan dan kesanggupan untuk berkorban
P5 Datuk dan nenek haruslah memberikan nasihat dan pengajaran
P6 Ahli keluarga berkongsi masalah yang dihadapi dan cuba mencari jalan penyelesaian dengan cara berbincang
secara baik [Maksimum : 3 markah]

Latihan 3 ( Gurindam 12)


(i) Maksud rangkap kedua:  telinga perlu dijauhkan daripada mendengar segala hasutan dan kejian ( 2 markah]
(ii) Tindakan yang akan diambil:

P1 Bertanya kepada badan yang bertanggungjawab


P2 Menyiasat kesahihan berita tersebut daripada pelbagai sumber
P3 Melaporkan berita kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya
P4 Mengabaikan berita tersebut (Jawapan lain yang sesuai boleh diterima) [Maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2]
(iii) Pengajaran

P1 Kita hendaklah menjaga penglihatan (1+1) Contoh, menjaga penglihatan kita agar tidak menimbulkan
keinginan yang tidak baik

P2 Kita mestilah memelihara pendengaran (1+1) Contoh, memelihara pendengaran kita agar tidak mendengar
berita yang tidak sahih

P3 Kita haruslah menjaga anggota kaki (1+1) Contoh, menjaga anggota kaki agar tidak menjejaki tempat yang
tidak berfaedah (Jawapan lain yang sesuai boleh diterima) [Maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 isi]
5
Latihan 4 (Erti Hidup Bererti)
(i) Dua harapan penyajak
P1- anak-anak menziarahinya/menjenguknya
P2-anak–anak insaf atas perbuatan mereka yang mengabaikannya
P3-anak-anak menjadi penawar/pengubat kedukaannya [Maksimum: 2 markah]
(ii) Hubungan kekeluargaan perlu mengutamakan kasih sayang

P1- menjaga emosi ahli keluarga


P2- mengelakkan anak-anak terlibat dalam gejala sosial
P3- mengukuhkan hubungan/silaturahim
P4- membentuk keluarga yang harmoni/bahagia
P5- mengelakkan konflik keluarga
P6- memupuk sikap saling menghormati [Maksimum: 3 markah] [Isi cukup: 2 isi]

(iii) Dua pengajaran

P1- Kita mestilah menziarahi ibu bapa sekiranya tinggal berjauhan. (R1) Huraian : Penyajak mengharapkan anak-
anaknya datang menziarahinya kerana dia berasa terlalu sunyi. [1 + 1]

P2- Kita mestilah menjaga ibu bapa ketika mereka sakit. (R2) Huraian : Penyajak menyatakan bahawa anak-
anaknya melepaskan tanggungjawab untuk menjaganya. [1 + 1]

P3- Kita mestilah insaf bahawa kehidupan kita hanyalah sementara dan Tuhan yang kekal abadi. (R3) Huraian :
Penyajak sedar dan insaf bahawa kehidupan ini hanya sementara dan hanya Tuhan yang kekal. [1 + 1]

P4- Kita mestilah mendoakan anak-anak supaya mereka sentiasa melakukan kebaikan. (R3) Huraian : Penyajak
sentiasa mendoakan anak- anaknya agar diberi keinsafan. [1 + 1] [Maksimum 4 markah]

Latihan 5 ( Sang Gembala Kuda)


(i) Maksud rumput dan jerami yang terhidang adalah kanun janji kesetiaan: [Maksimum : 2 markah]

P1 Dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami / sebagai makanan yang menjadikan kuda sentiasa setia. 2

(ii) Ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin agar dihormati dan disegani:

[Isi cukup - 2 isi] [Maksimum: 3 markah]

P1 seorang pemimpin perlu mempunyai personaliti yang baik 1


P2 bersedia menerima teguran dan kritikan yang membina 1
P3 mempunyai daya fikiran jauh ke hadapan atau berwawasan 1
P4 kebolehan berkomunikasi secara berkesan 1
P5 mempunyai integriti 1
P6 mempunyai pegangan agama yang kukuh 1

(iii) Dua Pengajaran daripada sajak: [Maksimum : 4 markah]

P1 Kita mestilah patuh akan arahan yang diberikan agar tidak berhadapan dengan masalah. 1 +1
P2 Kita hendaklah sentiasa menjaga maruah diri agar tidak menjadi hamba kepada pihak lain. 1+1
P3 Kita perlulah menggunakan kuasa yang diberi untuk tujuan yang baik agar tidak menindas pihak lain. 1+1
P4 Kita hendaklah melaksanakan tugas sebagai pemimpin dengan penuh tanggungjawab agar diri dihormati. 1+1
P5 Kita tidak harusbersikap zalim terhadap orang bawahan kerana mereka juga mempunyai perasaan. 1+1

Anda mungkin juga menyukai