Anda di halaman 1dari 3

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,

42700 BANTING SELANGOR

KERTAS KERJA:
KERJA-KERJA PENAMBAHBAIKAN RANGKAIAN CAPAIAN INTERNET DI KOLEJ
VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD.
1.0 PENDAHULUAN

Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad telah dinaik taraf sebagai kolej vokasional pada
tahun 2013 pada awalnya adalah sebuah sekolah harian biasa. Tujuan kolej vokasional
ditubuhkan bagi menyediakan tenaga kerja yang bersesuaian dengan keperluan industri.
Sebagai salah satu kolej vokasional dalam pengajaran dan pembelajaran aliran
vokasional, Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad (KVSAS) telah berusaha menaiktaraf
bilik-bilik tutorial, bilik-bilik khas untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran kelas
abad ke 21 dengan usaha dari pelajar dan pensyarah-pensyarah KVSAS sendiri sejak
awal tahun 2013. Usaha ini dijalankan dengan kos yang hampir semuanya dibiayai dana
kolej dan inisiatif kewangan dari pensyarah-penyarah sendiri. Namun demikian untuk
tahun 2020, kewujudan bilik seperti Technology Development Centre (TDC) dan Mock
Office.

Bilik Technology Development Centre (TDC) dan Mock Office diwujudkan untuk
penambahbaikan program untuk memberikan ruang kepada pelajar dan pensyarah di
kolej, penambahankan ini juga menyebabkan keperluan internet di setiap ruang. Pihak
pentadbir yakin bahawa dengan adanya penambahan rangkaian internet ini dapat
menyelesaikan masalah capaian internet yang terhad untuk menggerakkan sesuatu
program.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Agar dapat menjadikan setiap ruangan dan bilik khas di sekitar Kolej mendapat
akses internet.
2.2 Meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar
2.3 Menyediakan kemudahan internet yang baik dan selesa untuk kegunaan pelajar dan
pensyarah.

3.0 JUSTIFIKASI PERMOHONAN

3.1 Menaiktaraf rangkaian internet yang sedia ada.

4.0 BAHAGIAN DAN LOKASI

4.1 Technology Development Centre (TDC), Mock Office, Student Learning Centre
(SLC), Jabatan Elektrikal, Hospitaliti, Senireka Fesyen dan Bilik Seminar.
5.0 CADANGAN DAN PEMBELIAN BAJET

BIL. PERKARA ANGGARAN


KOS (RM)
1. WiFi router 6 Unit 0,000.00

2. Switch 5 Port 3,200.00


1,040.00
3. Cable CAT6E
640.00
4. Casing Trunking Cable
150.00
5.
800.00
6.
2,835.00
7.
1,200.00
8.
5,700.00
9.
1,000.00
10. 500.00
11.
500.00
12.
JUMLAH 19,965.00
6.0 PENUTUP

Amatlah diharapkan permohonan menaiktaraf rangkaian capaian internet yang baharu


dapat diluluskan bagi memberikan suasana yang kondusif kepada semua warga Kolej
Vokasional Sultan Abdul Samad. Seterusnya menjadikan Kolej lebih cemerlang pada
masa akan datang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Anbalagan A\L Arjunan Ts Azhar Bin Sulaiman


Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Ketua Jaminan Kualiti
Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad Kolej Vokasioanal Sultan Abdul Samad

Kelulusan

Permohonan menaiktaraf rangkaian capaian internet ini memerlukan perbelanjaan


sebanyak RM 19,965.00 (Sembilan Belas Ribu Sembilan Ratus Enam Puluh Lima
Sahaja). Diharapkan peruntukan menaiktaraf rangkaian capaian internet diluluskan/
tidak diluluskan.

Saya yang menjalankan amanah,

Hjh Norhayati Binti Hj. Ab. Wahab


Pengarah Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor

Anda mungkin juga menyukai