Anda di halaman 1dari 2

Kerajaan 

Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung
Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram.
Menurut catatan I-Tsing (Yijing, 635-715, sami di Dinasti Tang) dari negara China, Kedah Tua juga
disebut sebagai Cheh-Cha / Chiecha dalam rekod Cina) [1]
Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-2. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan
pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Masyarakat Kedah Tua
menghasilkan barang perdagangan sepert rotan, damar, kayu cendana dan gading gajah. Kedah
Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-
Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.
Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di
pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat
penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang
dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke
Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk
tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya.
Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana
dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.
Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil
(847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan , manik yang
dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.
faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kerajaan Kedah Tua

1 terletak di Lembah Bujang

2 berperanan sebagai pelabuhan entreport

3 dikunjungi pedagang China dan Timur Tengah

4 Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang ke pelabuhan

5 kedudukannya srategik di Selat Melaka/terlindung daripada tiupan angin monsu

6 kemudahan menyimpan barang dan membaiki kapal

7 memperoleh barangan dagangan daripada luar - sutea/tembikar/manik

8 kaya hasil hutan contohnya damar/rotan/timah

Anda mungkin juga menyukai