Anda di halaman 1dari 1

SURAT PERJANJIAN SEWA PAJAK TANAH SAWAH

SURAT PERJANJIAN ini dibuat di Kampung Padang Limau pada ....................................................... ....
diantara________________________________No. Kad Pengenalan : __________________________
beralamat di ________________________________________________________________. (yang mana
dalam perjanjian ini disebut sebagai ‘PIHAK PERTAMA’) bagi satu pihak manakala
________________________________, no. Kad Pengenalan ____________________________ beralamat
di ________________________________________________
(yang mana dalam perjanjian ini disebut sebagai ‘PIHAK KEDUA’) bagi satu pihak yang lain.

BAHAWASANYA pihak PERTAMA yang memiliki TANAH SAWAH di _______________, No.


_______________________________________________________ dengan keluasan ¿¿ ( yang mana dalam
perjanjian ini disebut sebagai ‘TUAN TANAH’ ), dengan ini bersetuju menyewakan TANAH SAWAH itu
kepada PIHAK KEDUA mengikut butir-butir perjanjian berikut :

1. TEMPOH JANGKAMASA SEWA PAJAK TANAH SAWAH


1.1 Perjanjian sewa pajak sawah ini bagi tempoh jangkamasa genap 2 (dua) musim padi
bermula dari tarikh perjanjian ini hingga tahun 2020 atau bersamaan 1 tahun
kalendar Masehi.

1.2 Selepas tamat tempoh tersebut, PIHAK KEDUA boleh memperbaharui jangkamasa
sewa tersebut dengan persetujuan PIHAK PERTAMA.

1.3 Sekiranya PIHAK PERTAMA tidak berniat memberi kebenaran menyambung tempoh
sewa pajak setelah genap 2 (dua) musim padi, maka PIHAK PERTAMA mestilah
memberi notis sekurang-kurangnya 2 bulan (60 hari) dari tarikh tersebut kepada
PIHAK KEDUA.

2. BAYARAN SEWA
2.1 Bayaran Sewa Pajak Tanah Sawah selama 2 (Dua) musim padi atau 1 tahun
atau mana-mana yang terdahulu sebanyak RM 1200.00 (RINGGIT MALAYSIA SATU
RIBU DUA RATUS SAHAJA) mestilah dijelaskan kepada PIHAK PERTAMA pada
tarikh surat perjanjian ini ditandatangani.

2.2 PIHAK PERTAMA berhak untuk mengubah kadar sewa pajak tanah sawah mengikut
kadar nilai sewa semasa atau kadar yang munasabah

Tanda tangan PIHAK PERTAMA, Tanda tangan Saksi I,

.................................................... .....................................................
( ) ( )

Tanda tangan PIHAK KEDUA, Tanda tangan Saksi II,

....................................................... .....................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai