Anda di halaman 1dari 7

Nama: Mohamad Faris Asyraf Bin Mohd Redzuan

Kelas: PISMP C6
Tarikh: 9 April

Soalan: Apakah cabaran yang dihadapi dari segi hubungan etnik? Cabaran
politik, sosial dan ekonomi.
Jawapan:

Cabarab hubungan etnik dari aspek ekonomi.


Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan
ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan
ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu
menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan
berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju
seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum
India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit.
Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya
jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara
Malaysia.

Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini
untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan
ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan
ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan
ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam
sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan
menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum
India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan
ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya
juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang
keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah.
Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang
perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu
timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama
ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan
perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.

Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan


negara tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar
dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam
pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan
pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk
seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan
produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di
kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat
perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan
kelompok etnik yang tertentu sahaja.

Cabaran hubungan etnik dari aspek politik.

Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana
politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan
semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh
semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama,
kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak
akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk


mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka
akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata.
Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik
kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri.
Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik
hanya mementingkan hak etnik masing-masing.

Cabaran hubungan etnik dari aspek sosial.

Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut
pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar
dan kontrak sosial. Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara
ini yang timbul akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh
British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja
terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis
pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu
tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama
mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang berbeza. Hal ini berlaku
akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang
terpisah oleh Laut China Selatan.

Implikasi Hubungan Etnik Dari Faktor Sosial

Hanya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang
berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan
etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau
etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok
etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan
menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli
bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat
Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak
yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara
sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang
etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk
menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan
terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan
yang terasing.

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya


di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa
perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga
menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India
menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang
memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan
peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan
pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik
yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang
negatif kepada negara Malaysia.
Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak
akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap
adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain
itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem
pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada
penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak
juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya
para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya
pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia
tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga
mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri
daripada etnik yang berbeza.

Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran
ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan
pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat
sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian
tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan
sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini
adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat
diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum.
Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai
untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah
menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan
struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak
mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu
perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang
bertindak sedemikian.

Soalan B: Cabaran globalisasi.

Jawapan B:

Globalisasi sebagai suatu fenomena yang telah mengubah dunia dan juga telah
mempengaruhi sebahagian besar gaya hidup masyarakat. Globalisasi merupakan suatu
perkembangan yang amat penting yang membawa keuntungan kepada rakyat di
Malaysia. Globalisasi turut menyebabkan berlakunya interaksi antara tamadun, dialog
serta faham memahami di kalangan penganut-penganut agama utama di dunia. Menurut
Osman (2002), globalisasi yang akan berlaku dalam konteks gelombang ketiga akan
mendatangkan kesan dalam pelbagai bidang termasuklah ekonomi, politik dan budaya.

Fenomena globalisasi pada akhir abad ke-20 telah mencetuskan pelbagai implikasi
kepada seluruh dunia. Cabaran yang berbentuk ekonomi, politik, kebudayaan dan
ketahanan kedaulatan negara perlu dilalui dengan berhati-hati supaya kita tidak
kehilangan jati diri dan tidak mengalami kerugian.

CABARAN GLOBALISASI DARI ASPEK SOSIO-BUDAYA

Untuk melihat kesan globalisasi terhadap hubungan etnik di Malaysia, kita harus
memerhatikan terlebih dahulu konsep-konsep yang berkaitan dengan hubungan etnik itu
sendiri seperti konsep perpaduan, asimilasi, amalgamasi, pluralisme dan perpaduan
nasional. Antara konsep yang berkait rapat dengan hubungan etnik ialah konsep
perpaduan dan penyatuan. Menurut Mardiana dan Hasnah (2000) perpaduan ialah
proses penyatuan daripada semua aspek termasuk fizikal, sosial, ekonomi dan politik.
Teng Chew Peh (1985) pula memasukkan elemen-elemen asimilasi, amalgamasi dan
pluralisme.

Asimilasi adalah fenomena di mana sesuatu golongan minority dalam sesuatu


masyarakat menyerap dan menerima masuk nilai dan budaya golongan yang lebih
dominan dalam masyarakat tersebut. Amalgamasi pula merujuk kepada proses interaksi
biologi yang berlaku di antara kaum melalui proses kahwin campur. Sementara
pluralisme pula membawa maksud kewujudan pelbagai etnik dan budaya yang hidup
dalam sebuah masyarakat di bawah satu payung unit politik. Satu lagi konsep yang
penting dalam membicarakan hubungan etnik ialah konsep perpaduan nasional.
Perpaduan nasional ialah suatu proses dan keadaan yang melibatkan penukaran dan
pemecahan bentuk hubungan yang tradisional kepada pembentukan hubungan yang
baru bagi menimbulkan satu jenis keperibadian yang baru di kalangan rakyat
(Nazaruddin et.al, 2001). Oleh yang demikian, terbentuklah jati diri bangsa, budaya
bangsa, satu jiwa-satu bahasa yang akan melambangkan identiti bangsa dan negara
kita. Kita akan bersetuju untuk tidak bersetuju dangan orang lain yang tidak mempunyai
identiti kita. Dalam masa yang sama, kita juga menghormati identiti orang lain.

Budaya global dan hubungan etnik


Proses globalisasi bukan hanya mempunyai matlamat untuk menghomogenkan dunia
dengan hanya satu sistem ekonomi iaitu sistem kapitalis tetapi juga proses
penghomogenan itu melibatkan usaha mewujudkan satu budaya tunggal di dunia. (Omar
Jah, 2001). Cadangan yang dilontarkan ialah masyarakat baru, dengan budaya baru,
yang menolak budaya tradisi termasuklah adat resam dan agama ditukar kepada
budaya baru berasaskan kepada kehidupan kebendaan sekular moden. Dalam
masyarakat yang baru, budaya masyarakat tradisional akan dikesampingkan dan diganti
dengan nilai-nilai sekular barat seperti konsumerisme, materialisme dan individualisme.
Bahaya nilai baru ini ialah wujudnya suatu pandangan hidup yang mengenepikan
peranan agama dan realiti metafizik dalam pembinaan budaya, sekaligus mencipta
manusia yang tidak kenal tuhannya; sebaliknya mempunyai matlamat utama dalam
penghasilan dan penggunaan material yang melampau (Omar Jah, 2001).

Bahaya globalisasi ke atas budaya terletak dalam fakta bahawa globalisasi ialah
salah satu bentuk penjajahan yang memasuki ciri teras dalam kehidupan seseorang iaitu
pemikiran dan kesedaran manusia. Globalisasi memiliki tarikan kuat ke atas nafsu,
emosi serta keseronokan kebendaan yang memberi kesan ke atas setiap individu dalam
masyarakat. Globalisasi juga memiliki alat-alat teknologi komunikasi yang begitu
berkuasa dan canggih yang mampu menyampaikan berita-berita dan menyebarkan
idea-idea melintasi sempadan negara dan batasan fizikal, yang dengan mudahnya
memasuki minda manusia. Apa yang menambah lagi tarikan manusia moden ialah
pendekatannya yang liberal terhadap kehidupan yang menolak sebarang sekatan ke
atas apa yang manusia boleh lakukan (liberalisme), kebebasan bercakap,
kepenggunaan dan pemilikan. Budaya baru ini memperjuangkan individualisme dan
liberalisme tanpa jaminan bahawa kebebasan manusia memilih apa yang baik dan betul
untuk dirinya sendiri. Globalisasi budaya ialah kebebasan dan liberalisme dalam aktiviti
manusia.

Kebangkitan kesedaran tentang hak individu dan wanita yang disemarakkan oleh
arus globalisasi telah menyemarakkan kemunculan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan
di negara ini. Mereka berjuang bagi mendapatkan apa yang mereka panggil hak asasi
manusia, hak untuk wanita dan kanak-kanak, program-program bagi golongan warga
emas dan minoriti, hak-hak pengguna, pemuliharaan alam sekitar dan sebagainya.
Kemunculan organisasi sosial ini Bersama dengan parti-parti politik demokrasi dan
golongan intelektual telah menyumbang ke arah keterbukaan yang lebih luas dalam
suasana demokrasi, dan perkembangan kepada wujudnya masyarakat matang yang
meningkatkan satu perpaduan baru melintasi garis-garis etnik dan agama (Abdul
Rahman, 2001). Pihak kerajaan sendiri menyedari perkara ini dengan menyokong
beberapa NGO yang cenderung kepada mereka.

MIGRASI ANTARABANGSA

Proses globalisasi juga membawa kepada wujudnya masyarakat yang semakin


kompleks dengan kemasukan pendatang-pendatang dari luar negeri yang membawa
bersama mereka nilai dan norma hidup masing-masing. Masyarakat Malaysia yang telah
pun menjadi masyarakat plural kini semakin kompleks apabila jumlah pendatang dari
Myanmar, Vietnam, Kampuchea, Thailand (Selatan Thai atau masyarakat Patani),
Indonesia, China, Nepal, Afrika dan Filipina semakin bertambah di negara ini.
Kedatangan mereka didorong oleh kepesatan pembangunan negara yang digerakkan
oleh proses transformasi ekonomi yang dijana kerajaan melalui rancangan
pembangunan yang dipercepatkan lagi melalui proses globalisasi.

Antara masalah besar yang melibatkan hubungan etnik di negara ini ialah
kurangnya integrasi antara golongan pendatang dengan penduduk tempatan. Mereka
cenderung mendiami kawasan petempatan sama ada setinggan atau perkampungan
tertentu secara berkelompok dengan saudara mara dan dengan orang yang sama
bangsa, sama suku dan sama tempat asal. Konflik dan pergaduhan menjadi amat
mudah untuk tercetus, sama ada dengan etnik tempatan atau dengan pihak berkuasa
sendiri. Beberapa pergaduhan telah tercetus antara pendatang Bangladesh dengan
penduduk tempatan kerana beberapa isu sosial. Pada tahun 1998 misalnya, telah terjadi
peristiwa rusuhan yang besar yang melibatkan pendatang Indonesia dengan anggota
keselamatan yang mengorbankan seramai lapan orang pendatang dan seorang anggota
polis serta mencederakan lebih 30 anggota polis yang lain. Perkara ini bukan hanya
menimbulkan kesusahan kepada kerajaan tetapi juga telah mencapai tahap membawa
ancaman kepada keselamatan negara (Salleh Lamry, 2000).

Anda mungkin juga menyukai