MODUL TRANSISI Julai 2019
MODUL TRANSISI Julai 2019
KATA ALU-ALUAN
Usaha ini memerlukan komitmen yang tinggi dari guru dan staf sokongan Pendidikan
Khas. Tidak ketinggalan juga kerjasama daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum
(BPK), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Unit
Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU), Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
(JPNM), Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor (JPNS), Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(JPNWPKL), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Jabatan Tenaga Kerja (JTK),
Kementerian Sumber Manusia (KSM), Rumah Amal Cheshire Selangor, Rumah Amal
Cheshire Kuala Lumpur, Persatuan Sindrom Down Malaysia, Universiti Sains Malaysia
(USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sangat dialu-alukan dalam
merealisasikan matlamat ini.
Saya berharap inisiatif menerbitkan Modul dan Garis Panduan Program Transisi ke
Kerjaya Murid Berkeperluan Khas (MBK) ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh
pihak yang terlibat dan diaplikasikan oleh murid-murid berkeperluan khas dalam
menyediakan diri mereka menghadapi cabaran globalisasi masa kini.
KATA ALU-ALUAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya Modul
dan Garis Panduan Program Transisi ke Kerjaya Murid Berkeperluan Khas (MBK) ini
berjaya dihasilkan dengan jayanya.
Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) berharap agar Modul dan Garis Panduan
Program Transisi ke Kerjaya MBK ini dapat diamati dan difahami dengan jelas kepada
semua pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Selain daripada itu, diharapkan modul
ini juga dapat dijadikan rujukan dan diterjemahkan oleh guru-guru di sekolah agar
pelaksanaan program transisi ke kerjaya dapat dilaksanakan dengan efektif.
BPKhas ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak yang terlibat
dalam usaha menghasilkan Modul dan Garis Panduan Program Transisi ke Kerjaya
MBK khususnya kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Unit Pelaksanaan dan
Prestasi Pendidikan (PADU), Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM), Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS),
Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPNWPKL), Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Sumber
Manusia (KSM), Rumah Amal Cheshire Selangor, Rumah Amal Cheshire Kuala
Lumpur, Persatuan Sindrom Down Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) dan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana telah bersama-sama berganding bahu
dengan BPKhas bagi memantapkan Modul dan Garis Panduan Prorgram Transisi ke
Kerjaya Murid Berkeperluan Khas (MBK).
MUKA
BIL TAJUK
SURAT
1. PENDAHULUAN 7
3. MATLAMAT 9
4. OBJEKTIF 9
5. FOKUS 10
6. KAEDAH PELAKSANAAN 11
MBK perlu belajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam perkembangan
fizikal, tahap pemikiran, hubungan sosial dalam kehidupan harian khususnya
hubungan dengan ahli keluarga, rakan sebaya, rakan sekerja serta ahli komuniti di
sekolah, tempat latihan dan tempat kerja.
Selain penekanan kepada akademik dan kemahiran, penerapan gabung jalin aktiviti
khidmat sokongan dalam PdP boleh meminimakan halangan dan meningkatkan
potensi MBK.
Pelbagai kerjasama di antara agensi kerajaan dan bukan kerajaan khususnya industri
akan memberi peluang kepada MBK untuk mendapat pengalaman ‘hands-on’ di
tempat kerja secara On Job Training (OJT) dapat menyediakan MBK ke kerjaya dan
alam dewasa. Manakala dengan bantuan Job Coach, MBK dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran dan tuntutan di tempat kerja.
Program Transisi ke Kerjaya MBK dibina berasaskan enam komponen iaitu kemahiran
kehidupan, kemahiran advokasi diri, kemahiran membudayakan kehidupan
kedewasaan, kemahiran kerjaya, penilaian kesediaan kerjaya dan kemahiran di
tempat kerja (latihan industri dan Job Coach)
Enam aktiviti transisi ke kerjaya ini akan membantu MBK bersedia untuk bekerja,
berkeluarga, bersosialisasi dan berekreasi dengan kekuatan dan keupayaan individu
serta minat dan potensi masing-masing.
4.0 OBJEKTIF
5.0 FOKUS
Program Transisi ke Kerjaya MBK berfokus kepada tiga aspek penting iaitu:
Penekanan kepada komitmen dan kerjasama pihak ibu bapa, ahli keluarga, pihak
sekolah dan komuniti setempat untuk membina kolaborasi dengan pelbagai
agensi/industri dalam menyediakan kemahiran dan pengalaman di tempat kerja.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang ditetapkan dalam
standard kandungan. Program transisi harus diberikan pendedahan kepada ibu bapa
dan Pibg serta mendapat sokongan dari pihak terbabit.
Tahap Minimum:
o Sekurang-kurangnya dua sesi (satu sesi mewakili satu hari atau enam jam
aktiviti) untuk meningkatkan kesedaran dalam setahun melibatkan
kumpulan guru dan ibu bapa.
o Sekurang-kurangnya tiga sesi (termasuk bimbingan dan mentoring)
advokasi diri melibatkan MBK. Tempoh masa bagi setiap sesi bergantung
kepada kesesuaian MBK dan sekolah.
o Sekurang-kurangnya 12 minggu pendedahan di tempat kerja mengikut
kesesuaian kursus dan keperluan individu MBK serta persetujuan
agensi/industri terlibat.
Tumpuan diberikan kepada aktiviti untuk membantu MBK membina sikap positif
dengan mempunyai rasa tanggungjawab dan mengurangkan kebergantungan
kepada orang lain, mengamalkan amalan cara hidup sihat dengan menjagadiri
jika sakit serta mengetahui cara penampilan diri yang sesuai dengan masa dan
keadaan.
MBK perlu diberikan kemahiran untuk bertenang dengan kawalan emosi dan
amalan teknik menarik nafas setiap kali mereka tidak dapat memberikan
tumpuan dan bersikap agresif. MBK dibimbing untuk mampu meluahkan
perasaan dan berkomunikasi dengan rakan dan guru. Guru membantu MBK
untuk merancang kaedah dan cara penyelesaian masalah samada secara
individu atau berkumpulan.
MBK belajar untuk bertanggungjawab terhadap diri sendiri, ibu bapa, ahli
keluarga, rakan sekerja dan lain-lain. MBK juga perlu bertanggungjawab
terhadap kerja dan tugasan yang telah diberikan kepada mereka samada di
sekolah, rumah dan tempat kerja. Rasa tanggungjawab yang dibina akan
membantu MBK untuk lebih memahami diri sendiri dan mahu menanam cita-
cita untuk berdikari dan tidak sentiasa bergantung kepada orang lain dalam
kehidupan seharian.
Setiap MBK yang mempunyai kesedaran diri akan boleh menerima keadaan
diri mereka yang mempunyai ketidakupayaan. MBK mampu memahami dan
menerima keadaan diri mereka. Setelah MBK berjaya menerima keadaan
diri, mereka akan mampu untuk mengatasi perasaan rendah diri dengan
lebih berkesan. Melalui kesedaran diri, MBK mampu untuk berusaha ke arah
membina keyakinan diri dan yakin untuk bekerja dan menghadapi cabaran
kehidupan.
MBK akan belajar untuk mengatasi perasaan rendah diri agar mereka tidak
ketinggalan dalam bidang kerjaya yang mereka ceburi. MBK akan cuba
menyelesaikan masalah mereka sendiri sebelum terpaksa memohon
bantuan orang lain. Penguasaan kemahiran ini seawal boleh akan membantu
ibu bapa dan ahli keluarga untuk sama-sama membantu anak mereka
meningkatkan keyakinan diri.
MBK dilatih untuk menyedari potensi diri melalui sikap positif, memberi galakkan,
memberi peluang dan menjadi model yang boleh dicontohi oleh rakan yang lain.
MBK juga digalakkan untuk membuat pilihan sendiri dan belajar untuk
bertanggungjawab dengan pilihan yang telah diambil.
Sekolah boleh menubuhkan Kelab Advokasi Diri untuk memberi ruang kepada
MBK bagi:
Menyuarakan pendapat di kalangan rakan sekelab.
Berkongsi idea.
Meningkatkan sikap tolong-menolong antara rakan.
Menyelesaikan masalah bersama secara kumpulan.
Meningkatkan sikap tanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.
Meningkatkan kesedaran tentang diri sendiri dan mengetahui hak
sebagai OKU.
Mendapat sokongan rakan sebaya dalam meningkatkan keyakinan diri.
Ahli jawatankuasa terdiri daripada MBK sendiri dan perlantikan ahli dijalankan
melalui pengundian. Guru berperanan sebagai penyokong yang membantu dan
menasihati kelab dalam menguruskan dan menjalankan aktiviti kumpulan. Guru
sebagai penasihat dan jurulatih perlu membantu ahli kelab untuk membina sikap
positif, memberi keyakinan, mengalakkan perhubungan sebagai kawan dan
mentor dalam kumpulan serta memberi motivasi.
15 Buku Panduan Program Transisi ke Kerjaya MBK
7.3 Membudayakan Kehidupan Kedewasaan
Matlamat aktiviti ini adalah untuk mempertingkatkan kesediaan MBK bagi menempuh
alam kedewasaan MBK perlu bersedia sebagai seorang dewasa yang
bertanggungjawab memberi sumbangan positif kepada komuniti. Modul ini memberi
fokus kepada peningkatan pengurusan diri, gaya hidup, hubungan antara ahli keluarga
dan komuniti setempat melalui penguasaan kemahiran sosial yang sihat. MBK juga
dilatih untuk mahir menggunakan kemudahan awam dan mampu menjaga
keselamatan diri dalam kehidupan harian.
Isu utama yang dihadapi oleh MBK di peringkat remaja meliputi aspek berikut:
kesedaran diri – membangunkan identiti diri.
mengurus emosi diri dan perasaan.
membangunkan perhubungan (building relationship).
mobiliti – pengangkutan.
informasi – kebersihan diri.
informasi kesihatan dan rekreasi.
MBK sebagai remaja melalui peringkat yang penting dari segi perkembangan
dan pembangunan diri dari kanak-kanak ke alam dewasa. Peringkat ini MBK
mengalami perubahan fizikal dan kematangan sosial-emosi.
MBK dilatih cara untuk mengendalikan suasana apabila bertemu dengan rakan
baru iaitu dengan cara:
senyum.
perkenalkan diri “Selamat sejahtera, saya…
bertanya soalan mengenai diri mereka.
mendengar dengan teliti apabila kawan bercakap.
memperkenalkan hobi anda.
MBK perlu pandai menjaga imej diri yang merangkumi aspek perkembangan
personaliti, hubungan sosial dan tingkah laku sosial. Pada masa yang sama,
perubahan emosi akan berlaku dan memberi kesan kepada pemikiran mereka.
Perubahan emosi yang akandialami adalah seperti berikut:
curiga.
rasa meluat/ jijik.
menyenangkan.
malu.
segan.
gembira.
takut dan sebagainya.
Pergaulan dan perhubungan khususnya antara rakan dan kekasih: MBK perlu
belajar cara-cara tingkah laku yang sopan dan tanggungjawab dalam pergaulan
dengan kawan yang berlainan jantina seperti teman lelaki dan teman wanita.
MBK perlu sedar dan faham aspek perubahan emosi dan perasaan semasa
berkawan serta perlu pandai bertindak mengikut situasi contohnya:
apabila menyukai seseorang.
cara meluahkan perasaan suka kepada seseorang.
batasan semasa berpasangan.
cara untuk berkawan rapat tanpa perlu menjadi pasangan kekasih.
gembira walaupun tiada pasangan/ perlu berkahwin.
MBK diberikan kemahiran untuk melindungi diri dan menjaga keselamatan diri
daripada pelbagai gangguan dan ancaman. MBK perlu menjaga keselamatan diri
dan waspada semasa berada dalam persekitaran di rumah, sekolah, pusat
latihan, tempat kerja dan tempat awam. MBK perlu mempunyai kemahiran
melindungi diri daripada gangguan seksual, penderaan atau sebarang kes buli.
MBK perlu mengetahui pihak perkhidmatan awam yang mereka boleh hubungi
semasa kecemasan seperti pihak hospital, polis, bomba dan JKM.
Pihak bomba, pertahanan awam, polis dan lain-lain boleh dijemput untuk
memberikan maklumat dan bimbingan dalam aspek perlindungan dan
keselamatan diri serta pencegahan dari gangguan seksual, buli dan sebagainya.
MBK perlu tahu bagaimana untuk berinteraksi sesama jantina atau berlainan
jantina. MBK juga perlu diberikan kemahiran untuk memainkan peranan dan
tanggungjawab sekiranya mereka sudah berkahwin atau masih bujang. MBK
diperkenalkan dengan konsep akil baligh (puberty) dan berbincang bagaimana
menikmati perubahan proses membesar seperti hormon, tumbesaran otot-otot
dan perkembangan emosi dan perasaan.
MBK perlu mengetahui tingkah laku yang bersesuaian apabila bergaul dengan
rakan berlainan jantina. Mereka perlu faham dan tahu bagaimana untuk respon
kepada perasaan seperti berikut:
perasaan negatif: marah, kecewa, cemburu, benci dan lain-lain.
perasaan positif: cinta, belas kasihan, gembira, riang dan lain-lain.
perasaan seksual: keberahian, cinta, kesedaran diri, dan
kehendak.
MBK juga didedahkan dengan makna sentuhan sama ada yang baik dan tidak
baik. Mereka perlu memberitahu seseorang yang mereka percayai sekiranya
ada sentuhan tidak baik. Sentuhan baik daripada orang yang dikenali dan orang
yang baik akan membuat mereka merasa selamat, disayangi, gembira dan
penuh kasih sayang. MBK diberikan latihan bagaimana untuk mengenalpasti
orang yang tidak baik yang mungkin lelaki atau perempuan. Seseorang yang
jahat mungkin mempunyai wajah atau perwatakan yang baik dan menarik, oleh
itu MBK perlu selalu diingatkan untuk tidak mudah terpedaya. MBK perlu belajar
untuk tidak takut dan hanya mendiamkan diri apabila disentuh di tempat yang
tidak sepatutnya. MBK perlu berani untuk memaklumkan seseorang untuk
mendapatkan bantuan. MBK perlu sentiasa berfikir dan tidak mudah
mempercayai seseorang.
Modul ini melatih MBK dalam aspek berkaitan kerjaya seperti berikut:
Kandungan topik adalah bermatlamat melatih MBK dengan sikap dan tingkah
laku yang bersesuaian di tempat kerja contohnya bertanggungjawab, sudi
belajar, peramah, boleh mengikut arahan, jujur dan lain-lain. MBK perlu faham
sekiranya mereka mengekalkan sikap dan tingkah laku yang positif di tempat
kerja, mereka akan mampu kekal bekerja dengan imej yang baik dan senang
untuk orang bekerja dengan mereka.
Kandungan topik ini mendedahkan MBK dengan proses untuk mendapat kerja
dan mengenali dan menyediakan resume, bagaimana untuk mengisi borang
permohonan kerja. MBK diberikan contoh format resume untuk mereka berlatih
menyediakan resume sendiri. MBK belajar untuk membaca iklan jawatan
kosong dalam surat khabar atau media massa atau dengan berkomunikasi dan
bertanya secara bersemuka dengan pengurus atau pemilik agensi yang ada
menawarkan peluang pekerjaan. MBK dilatih untuk mengisi borang
permohonan dengan memberi fokus kepada maklumat berikut:
o maklumat peribadi.
o latar belakang pendidikan.
o pengalaman kerja.
o kemahiran komunikasi.
o kemahiran komputer dan sebagainya.
Salah satu matlamat kandungan topik ini ialah untuk MBK dapat menguasai
kemahiran temuduga yang diperlukan untuk meninggalkan imej yang baik
kepada majikan. MBK diberikan tips semasa temuduga dan juga apa yang patut
dibuat selepas temuduga. MBK perlu membuat persiapan rapi sebelum
menghadiri temuduga dengan memastikan cara atau pengangkutan untuk ke
tempat temuduga dan pastikan jadual perjalanan, pastikan dokumen lengkap
serta memahami latar belakang syarikat atau agensi yang menawarkan
pekerjaan tersebut. Mereka perlu berlatih untuk menjawab soalan yang
mungkin akan ditanya oleh bakal majikan.
Bagi memastikan MBK lebih memahami faedah KWSP dan PERKESO, MBK
dibekalkan dengan lembaran kerja yang merupakan soal selidik untuk
mengenal pasti tahap kefahaman mereka mengenai topik berkenaan. Pada
masa yang sama, MBK didedahkan dengan contoh slip gaji, akaun bank dan
jadual caruman. Konsep simpanan khususnya untuk semasa persaraan
diperkenalkan kepada MBK sebagai persediaan. MBK juga dikenalkan dengan
kiosk KWSP di pejabat KWSP atau bank berkenaan untuk mendapatkan
maklumat lanjut.
Topik ini berfokus kepada kefahaman semua yang terlibat khususnya pihak industri
dan komuniti setempat dalam mengiktiraf potensi, keupayaan dan kemahiran yang
dimiliki oleh MBK. Semua pihak perlu memahami konsep dan pelaksanaan Program
Transisi ke Kerjaya bagi MBK. Kesedaran mengenai hak OKU membantu kejayaan
program transisi melalui penglibatan dan kerjasama pihak industri dan komuniti
setempat dalam menyediakan sokongan, ruang dan peluang kepada MBK untuk
menyumbangkan tenaga dan kemahiran mereka.
KSAK boleh menganjurkan program motivasi dan kesedaran serta bengkel dan
seminar untuk memahami hak dan isu berkaitan OKU. Perbincangan dengan
pihak industri boleh diadakan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan
sokongan pihak industri dalam menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.
Melalui kerjasama industri, pihak sekolah boleh menyediakan latihan
pendedahan di tempat kerja bagi MBK.
Setiap pencapaian dan kemajuan yang dicapai akan direkod dan diberikan
skor.
Item 1:
Skor Penerangan
Kesabaran
1 Kurang upaya MBK kurang upaya menghasilkan produk.
Kurang MBKkurang sabarmenyiapkan tugasan
2 sabarmenyelesaikan dan produknya kurangmenepati piawai
tugasan yang ditetapkan.
Sabar menyelesaikan MBK menyiapkan tugasan dengan sabar
3
tugasan dan produk yang memuaskan.
Sabar menyelesaikan MBK melaksanakan semua tugasan
4 semua tugasan dengan dengan menepati piawaian yang
sempurna. ditetapkan.
Item 2 :
Skor Penerangan
Komunikasi
Sukar untuk berkomunikasi dengan
1 Tiada keupayaanberkomunikasi
masyarakat
Boleh berkomunikasi tetapi MBK berkomunikasi tetapi sukar
2
sukar difahami. difahami masyarakat
MBK memerlukan bimbingan
Boleh berkomunikasi dengan
3 komunikasi supaya masyarakat
bimbingan
memahaminya.
MBK boleh berkomunikasi secara
4 Boleh berkomunikasi
efektif dengan masyarakat.
Item 3 :
Skor Penerangan
Berinisiatif
1 Kurang berupaya MBK Tidak berkeupayaan
Boleh memberi layanan yang
2 MBK melayan rakan
baik kepada semua orang
Menghormati orang lain dengan
3 MBKboleh menghormati orang lain
pemantauan
MBK boleh menghormati orang lain
4 Beradab
dengan beradab sopan.
Item 5 :
Skor Penerangan
Konsep Nombor
Tidakberkeupayaan mengenal MBK tidak berkeupayaan mengenal
1
nombor. nombor.
MBK boleh mengenal (boleh tunjuk
2 Kenal nombor 1-10. dan/atau sebut) nombor lingkungan
1-10.
Kenal nilai nombor lingkungan 1- MBK boleh mengenalpasti nilai
3
10. nombor.
MBK mampu membuat operasi
Boleh membuat operasi tambah
4 tambah dan/atau tolak dalam
dan tolak dalam lingkungan 10.
likungan 1-10.
Item 6 :
Skor Penerangan
Konsep Masa
Ketidakupayaan memahami MBK tidakupayatahu konsep
1
konsep masa. nombor dan waktu.
Mampu membaca jam digital tanpa MBK boleh mengenal nombor tetap
2
memahami konsep masa. tidak tahu konsep waktu.
Mampu membaca jam digital dan MBK kenal nombor dan tahu konsep
3
memahami konsep masa. waktu.
Boleh membaca jarum jam dan MBK mampu membaca kedudukan
4
memahami konsep masa. jarum jam dan tahu konsep waktu.
Item 8 :
Skor Penerangan
Konsep Wang
1 Tidak berupaya tahu nilai wang. MBK berupaya membezakan nilai wang.
Tahu nilai wang tetapi tidak
MBK boleh membezakan nilai wang
2 boleh buat operasi tambah dan
(lingkungan RM50).
tolak.
Tahu nilai wang dan boleh MBK boleh membezakannilai wang dan
3 membuat operasi tambah dan boleh membuat operasi tambah dan tolak
tolak. (lingkungan RM50).
Bertanggungjawab dengan wang MBK boleh mengurus perbelanjaan harian
4
sendiri. dengan sendiri(lingkungan RM50).
Item 9 :
Skor Penerangan
Membaca dan Menulis
Tidak berkeupayaanmembaca tetapi
1 MBK tidakberkeupayaan membaca
boleh menyalin.
Bolehmenyurih, menyalin dan MBK boleh menyurih, menyalin dan
2
membatangsuku kata membatangsuku kata kvkv, kvk
Boleh membaca dan menulis ayat MBK boleh membaca dan/atau
3
pendekdengan mudah. menulis ayat pendekdengan mudah.
MBK boleh membaca dan/atau
Boleh membaca dan menulis ayat
4 menulis ayat lengkap dengan
lengkap.
mudah.
Item 11 :
Skor Penerangan
Adab Makan
1 Kurang tertib ketika makan. MBK kurang tertib ketika makan.
Bolehtertib ketika makandengan
2 MBK tertib makandengan bantuan.
bantuan.
Tertib dan perlu diingatkan ketika MBK perlu ditegur kerana kurang
3
makan. tertibsemasa makan.
4 Beradab sopan ketika makan. MBK makan dengan beradab sopan.
Item 12 :
Skor Penerangan
Kesihatan
Kesihatan MBK lemah dan tidak
1 Kerap sakit
mampu bekerja
2 Mudah sakit. MBK mudah jatuh sakit.
3 Jarang sakit. Kesihatan MBKbaik.
MBK sihat tetapi memerlukan bantuan
4 Sihatdengan bantuan.
perubatan
Item 14 :
Skor Penerangan
Penyesuaian Diri
MBK rasa sukar menyesuaikan diri di
1 Kurang menyesuaikan diri.
tempat baru.
Memerlukan MBK memerlukan arahan serta bimbingan
2 bimbinganberterusan berterusanuntuk menyesuaikan diri di
untuk menyesuaikan diri. tempat kerja sepanjang masa.
Kadangkala memerlukan MBK adakalanya boleh menyesuaikan diri
3 bimbingan yang minima di tempat baru dengan bimbingan yang
untuk menyesuaikan diri. minima.
MBK boleh menyesuaikan diri ditempat
4 Boleh menyesuaikan diri.
kerja.
Item 15 :
Skor Penerangan
Kerja Berkumpulan
MBK hanya boleh melaksanakan
1 Kerja secara individu.
tugasan secara bersendirian.
MBK dapat menyelesaikan tugasan
Bekerja kumpulan dengan
2 dalam kumpulan dengan
pengawasanberterusan.
pengawasanberterusan.
Boleh bekerja dalam
MBK perlu pengawasanminima untuk
3 kumpulan
menyelesaikan tugas dalam kumpulan.
denganpengawasanminima.
Boleh bekerja dalam pasukan MBK boleh menyiapkan tugasan dalam
4
tanpa pengawasan. kumpulan tanpa pengawasan.
Item 16 :
Skor Penerangan
Arahan Kerja
MBK tidak dapat melaksanakan tugasan
1 Kurang faham.
yang diberikan di tempat kerja.
2 Faham dengan arahan mudan MBK memerlukan bimbingan
34 Buku Panduan Program Transisi ke Kerjaya MBK
dan mudah lupa. Perlu ada berterusansebagai peringatan untuk
bimbingan berterusan. melaksanakan tugasan yang diberi.
Faham arahan tetapi kadang-
MBK boleh melaksanakan arahan tugas
3 kadang lupa. Perlu bimbingan
dengan bimbinganyang minima.
secara minima.
MBK boleh mematuhi arahan kerja dan
4 Faham dan ingat.
menyiapkan tugasan yang diberi.
Item 18 :
Kebolehan Mengaplikasi
Skor Penerangan
Kerja Dalam Berlainan
Situasi
MBK kurang upaya mengaplikasi proses
1 Kurang berupaya. kerja yang telah diberi latihan apabila
berlaku perubahan persekitaran.
Memerlukan masa yang
MBK memerlukan bimbingangaplikasi
2 panjang dan bimbingan
proses kerja yang telah diberi latihan.
berterusan
MBK memerlukanbimbingan latihan di
Perlu bimbingan yang
3 dalam situasi baru sebelum dapat
berterusan
mengaplikasi proses kerja yang diarahkan.
MBK boleh mengaplikasi proses kerja
4 Berupaya.
dalam pelbagai situasi.
Item 19 :
Skor Sikap Bersesuaian Mengikut Penerangan
Situasi
MBK tiada keupayaantentang
Tiada keupayaan dan tidak perbezaan umur, dan tahap
1
menghiraukan keadaan. perkembangan diri dari segi fizikal dan
mental.
Tingkah laku berubah apabila ditegur
Tingkah laku berubah apabila
2 dan diajar, MBK akanmengubah tingkah
ditegur dan/atau diajar.
lakunya mengikut situasi.
Apabila ditegur dan/ diajar, MBK
Tingkah laku berubah apabila
3 bolehmengubah tingkah lakumengikut
ditegur dan/atau diajar.
situasi.
Boleh menyesuaikan diri MBK dapat mengadaptasi dirinya
4
mengikut situasi. mengikut situasi.
Item 22 :
Skor Penerangan
Penggunaan Telefon
Tiada keupayaan menggunakan MBK tidakberkeupayaan cara
1
telefon. menggunakan telefon.
Menggunakan telefon dengan MBK boleh menggunakan telefon
2
bimbingan. denganbimbingan
MBK boleh menggunakan telefon
3 Bolehmenggunakan telefon.
tanpa bimbingan.
Boleh menggunakan telefon MBK boleh menggunakan telefon
4
dengan betul. dengan cara yang betul.
Item 23 :
Skor Penerangan
Pergaulan
MBK tidak suka bergaul dan/atau
Tiada keupayaanbergaul dan
1 tidak menghiraukan orang lain dan
tidak menghiraukan orang lain.
lebih suka bekerja sendirian.
MBK boleh bergaul dengan
2 Boleh bergauldengandorongan
masyarakat dengan dorongan.
MBK Boleh bergaul dengan
3 Boleh bergaul tanpa dorongan.
masyarakat tanpa dorongan.
36 Buku Panduan Program Transisi ke Kerjaya MBK
MBK boleh bergaul dalam
Boleh bergaul dengan
masyarakat dan membezakan
4 masyarakat dan dapat
batasan pergaulan antara lelaki
membezakan batas pergaulan.
dan perempuan.
Item 25 :
Skor Penerangan
Mobiliti
Boleh berjalan MBKboleh mengikuti program
1
denganpengawasan mobiliti yang dijalankan.
MBK tidak mempunyai
Boleh mengikuti program mobiliti
2 masalahketika mengikuti program
dengan pengawasan.
mobiliti.
Boleh menggunakan MBK tidak mampu dan/atau mahu
3 pengangkutan dan kemudahan menggunakan kenderaan dan
awam yang biasa digunakan. kemudahan awam.
Boleh menggunakan
MBK boleh menggunakan
4 pengangkutan dan kemudahan
pengangkutan awamdengan yakin.
awam dengan yakin.
Item 26:
Skor Penerangan
Keterampilan Diri
Item 28 :
Skor Penerangan
Ketepan Membuat Kerja
MBK tidak dapat menghasilkan produk
1 Kurang tepat.
mengikut piawai yang ditetapkan.
MBK tidak dapat menghasilkan produk
Kurangtepat dalam
2 mengikut piawai yang ditetapkan dalam
banyak situasi.
pelbagai situasi.
MBK menyiapkan tugasan tetapi
Kurang tepatmengikut
3 kebanyakan produk kurang mengikut
piawaian.
piawai yang ditetapkan.
MBK dapat menghasilkan produk mengikut
4 Tepat.
piawai yang ditetapkan.
Item 29:
Skor Penerangan
Produktiviti
MBK kurangmenghasilkan produk mengikut
1 Kurang produktif.
piawaian yang ditetapkan.
2 Produktif. MBK boleh menghasilkan produk mengikut.
MBK menghasilkan produk mengikut
3 Sangatproduktif.
piawaian yang ditetapkan.
MBK secara konsisten menghasilkan
Sangatproduktifsecara
4 produk mengikut piawaian yang telah
konsisten.
ditetapkan.
v. Kesediaan kerjaya
Item 31 :
Skor Penerangan
Kemahuan Bekerja
MBK tidak berupaya bekerja bagi
1 Kurang berupaya.
menampung hidup.
MBK seringkali memerlukan dorongan
2 Perlu galakan untuk bekerja.
untuk terus bekerja.
MBK hanya bekerja apabila
3 Boleh bekerja apabila diarah.
diarahkan.
MBK mempunyai kemahuansikap
4 Kemahuan bekerja.
positif terhadap perlunya bekerja.
Item 32 :
Skor Penerangan
Semangat Bekerja
Kurang upayamelaksanakan
1 Kurang upaya bekerja.
tugasan/kerja.
2 Bekerja dengan galakan. MBK boleh bekerja dengan galakan.
MBK menunjukkan perasaan seronok
3 Seronok bekerja.
dan bersemangat ketika bekerja.
MBK menunjukkan perasaan seronok
Seronok bekerjadengan
4 dan bersemangat bekerjadengan
konsisten.
konsisten.
Item 34 :
Skor Penerangan
Mematuhi Arahan
MBK tidak faham walaupun satu
1 Kurangfaham arahan lisan.
arahan, sama ada dalam bentuk lisan.
MBK tidak dapat melaksanakan
Memahami arahan
2 sepenuhnya arahan yang diberi sama
mudahlisan dan/ atau gambar.
ada dalam bentuk lisan dan gambar.
Memahami arahan
3 mudahlisan, bergambar MBK memahami arahan yang diberikan.
dan/atau bertulis.
MBK dapat melaksankan sepenuhnya
Memahami dan sentiasa
arahan yang diberi sama ada dalam
4 mematuhi arahan lisan,
bentuk lisan, bergambar, dan/atau
bergambar, dan/atau bertulis.
bertulis.
Item 35 :
Skor Penerangan
Keinginan Untuk Bekerja
Tiada keupayaan untuk
1 MBK tiada keupayaan perlunya bekerja.
bekerja.
Faham perlunya bekerja
MBK menyedari kepentingan bekerja
2 tetapi tiada keinginan untuk
tetapi tidak minat bekerja.
bekerja.
Faham danmempunyai MBK menunjukkan pelakuan rajindan
3
keinginan untuk bekerja. melaksanakan tugasan yang diberi.
Faham dan berusaha untuk
4 MBK berusahamendapatkan pekerjaan.
mendapatkan pekerjaan.
Item 37 :
Skor Penerangan
Patuh Pada Peraturan
Tiada keupayaan untuk patuh Tidakberkeupayaan mematuhi
1
pada peraturan. peraturan
MBK mengikut peraturan untuk
2 Patuh pada arahan mudah
masa yang singkat sahaja.
Patuh pada peraturan dengan MBK mengikut peraturan dengan
3
bimbingan minima. pemerhatian.
MBK sentiasa patuh kepada
4 Patuh pada peraturan.
peraturan.
Item 38 :
Skor Penerangan
Kehadiran
Tidak hadir 3 kali seminggu tanpa MBK eminggu tanpa memberi alasan
1
sebab munasabah. yang munasabah
Tidak hadir 2 kaliseminggu tanpa MBK tidak hadir2 kaliseminggu tanpa
2
sebab munasabah. memberi alasan yang munasabah
Tidak hadir 1 kali seminggutanpa MBK Tidak hadir 1 kali seminggutanpa
3
sebab munasabah. memberi alasan yangmunasabah.
Tidak hadir 1 hingga 2 kali
MBKtidak hadir 1 hingga 2 kali
4 seminggu dengan sebab
seminggu dengan sebab munasabah.
munasabah.
Item 40 :
Skor Penerangan
Ketangkasan Fizikal
MBK tidak dapat melaksanakan tugas
1 Tidak berkeupayaan.
dalam tempoh yang diberi.
MBK boleh melakukan tugasan yang
2 Kurang cerdas
diberi tetapi lambat.
MBK perlu diingatkan selalu agar
3 Cerdas apabila diingatkan. dapat menyiapkan tugasan yang
diberi.
MBK melakukan tugasan mengikut
4 Cerdas bertindak mengikut arahan.
arahan dalam tempoh yang diberi.
2 51 – 64 % Separuh tercapai
3 65 – 80 % Tercapai
Nota:
Markah = Peratus X Skala
100
Markah Komen
<2 Harapan
MBK perlu didedahkan dengan persekitaran sebenar di tempat kerja agar mereka
boleh menjalankan tugas dengan baik. Di samping itu, sokongan yang diperolehi
sepanjang sesi persekolahan perlu diteruskan. Selepas menamatkan persekolahan,
MBK boleh mendapatkan sokongan daripada pihak tertentu seperti Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Jabatan Pembangunan OKU, Jabatan Tenaga Kerja dan juga Kumpulan
Sokongan Ahli Keluarga (KSAK) dan berpersatuan yang telah dibina dengan
kerjasama pihak sekolah, ibu bapa dan pihak agensi/ industri berkenaan. Dua bentuk
sokongan yang diperlukan oleh MBK melalui kolaboratif KSAK adalah:
i) latihan industri
ii) sokongan agensi melalui peranan Job Coach.
Matlamat latihan industri atau On Job Training (OJT) memberi peluang kepada
MBK untuk mendapat pengalaman hands o’ di tempat kerja, melalui pelbagai
Job Coach adalah individu yang dilatih dalam memberikan sokongan serta
menjadi penghubung antara MBK dan majikan. Konsep Job Coach berasal dari
Amerika Syarikat melalui penggubalan akta pemulihan dan sokongan pekerjaan
setelah Akta Pemulihan diinstitusikan. Di Malaysia, khidmat Job Coach
telahdiuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan
OKU dibiayai oleh Tabung Simpanan Pemulihan Pekerjaan.
Di sekolah sokongan Job Coach ini boleh diberikan oleh guru dengan
mengambil salah satu tugas Job Coach sebagai pengajar bagi sesuatu
pekerjaan.
Di antara langkah yang boleh diambil bagi memastikan intervensi minimum ini
dilaksana adalah:
Penilaian prestasi pekerja OKU di tempat kerja mendapati mereka tidak/ kurang
bersedia pada peringkat awal kerja. Mereka perlu dilatih supaya dapat
meningkatkan tahap persediaan mereka sebelum dapat ditempatkan di tempat
Sebelum program latihan dan sokongan Job Coach disediakan, tiga bentuk
penilaian perlu dilakukan iaitu:
i) Kesediaan MBK
Guru dan Job Coach mengadakan sesi temu bual dengan ibu bapa
khususnya bagi MBK yang mempunyai tahap ketidakupayaan yang
tinggi. Pada masa yang sama, maklumat tambhan daripada dokumen
seperti profil diri, rekod kesihatan, surat rujukan atau lain-lain juga
dikumpulkan. Ujian kognitif (IQ), penilaian vokasional, penilaian fizikal
serta penilaian tingkah laku, dan sikap juga boleh dilaksanakan.
Sekiranya MBK mempunyai pengalaman kerja, penilaian prestasi
mereka juga boleh diambil kira.
Penilaian kognitif membantu Job Coach untuk menilai keupayaan dan sikap
individu MBK. Tahap kognitif individu MBK boleh mempengaruhi tumpuan,
kepekaan, prestasi kerja, cara belajar, kemahiran menganalisis, ketepatan dan
keupayaan membuat kesimpulan/ keputusan.
Elemen dalam penilaian sikap dan tingkah laku adalah seperti berikut:
- Tingkah laku dan sikap di tempat kerja.
- Keupayaan bahasa dan pembawaan diri di tempat kerja.
- Eye contact dalam komunikasi.
- Bahasa badan dan postur apabila berkomunikasi.
- Maklum balas daripada pihak berkepentingan seperti pelatih, penyelia,
rakan, ahli keluarga dan bekas majikan.
Job Coachadalah sumber tenaga manusia yang penting dan pakar untuk
mempromosikan Sokongan pekerjaan bagi menyediakan sokongan profesional
bukan sahaja untuk MBK tetapi juga kepada majikan dan syarikat.
Peranan dan sokongan Job Coach dirumuskan berdasarkan fasa transisi iaitu:
Persediaan Sokongan Intensif Sokongan Untuk Kekal
- Penilaian. - Sokongan di tempat kerja. - Follow-up.
- Mencari tempat - Adaptasi persekitaran kerja. - Kolaboratif dengan
latihan/kerja - Sokongan semulajadi. organisasi terlibat.
- Padanan kerja.
(Borang ini perlu diisi oleh Guru pada setiap kali menjalankan Penilaian Prestasi)
TAHAP 1
Nota : Guru perlu menanda (√) pada kebolehan berkaitan yang dinilai di ruangan
yang disediakan berpandukan kepada Skala Tahap Pencapaian.
Mula
Tidak
Penilaian Tahap Kemampuan Bekerja MBK
Ya
Kelulusan PPD
Ya
Pengoperasian
Parents Consent, Penjadualan dll.
Penilaian
Pelaporan
Tamat
GARIS PANDUAN
PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
1. PENDAHULUAN
Transisi merupakan peralihan atau perubahan yang dilalui oleh setiap MBK
i) Kemahiran Kehidupan;
3. MATLAMAT
4. OBJEKTIF
5. RASIONAL
Mula
Tidak
Penilaian Tahap Kemampuan Bekerja MBK
Ya
Ya
Pengoperasian
Parents Consent, Penjadualan dll.
Penilaian
Pelaporan
Tamat
I. Sebelum Program
I. Sebelum Program
I. Sebelum Program
I. Sebelum Program
8. KEMUDAHAN
9. PERLINDUNGAN INSURAN
12. PENUTUP
7.1.1 Modul Kemahiran Kehidupan merupakan asas kepada pengurusan diri seharian MBK yang
Kemahiran Pengurusan menekankan konsep hidup berdikari melalui amalan dan budaya kehidupan yang positif secara
Diri dan Sikap Positif berpandu.
Sikap berdikari
Kesedaran cara hidup Tumpuan diberikan kepada aktiviti untuk membantu MBK membina sikap positif dengan mempunyai
sihat rasa tanggungjawab dan mengurangkan kebergantungan kepada orang lain, mengamalkan amalan
Mengurus diri apabila cara hidup sihat dengan menjaga diri jika sakit serta mengetahui cara penampilan diri yang sesuai
sakit dengan masa dan keadaan.
Penampilan diri
Kemahiran mobiliti 1.1 MBK membina sikap 1.4 MBK mengetahui cara 1.7 MBK mengetahui cara
berdikari(positive independent menjaga kesihatan diri dan penampilan diri yang
attitude). mengikut nasihat doktor sesuai dengan masa dan
sekiranya sakit. keadaan.
1.2 MBK menyelesaikan kerja/ 1.5 MBK merancang dan 1.8 MBK belajar berdikari untuk
tugasan yang diberikan mengurus kerja/tugasan membeli barang keperluan
dengan penuh dengan menyusun diri dan mobiliti untuk
tanggungjawab sama ada di langkah-langkah kecil melakukan aktiviti harian.
rumah/ sekolah untuk sehingga kerja dapat
mengurangkan sikap dilengkapkan.
kebergantungan.
1.3 MBK membina sikap 1.6 MBK mengetahui cara 1.9 MBK mengetahui cara
berdikari (positive menjaga kesihatan diri dan penampilan diri yang
7.1.2 Penekanan diberikan kepada aktiviti membina kesedaran tentang kepentingan masa dalam
Kemahiran Mengurus kehidupan seharian. MBK perlu diberi kemahiran merancang strategi mengurus masa yang efektif.
Masa MBK perlu dibimbing merancang dan membuat pengisian masa yang praktikal dan efektif.
Pengurusan masa yang efektif berasaskan kepada lima prinsip iaitu:
1.1 MBK membina kesedaran 1.3 MBK belajar konsep jangan 1.5 MBK belajar untuk
tentang kepentingan masa membazir waktu. mematuhi peraturan dan
dalam kehidupan seharian prosedur agar
di sekolah/rumah. kerja/tugasan dapat
disiapkan mengikut masa.
1.2 MBK boleh merancang 1.4 MBK belajar untuk 1.6 MBK mengetahui peranan
aktiviti harian di mendisiplinkan diri untuk dan tanggungjawab
sekolah/rumah. menyiapkan kerja/tugasan mereka untuk mengisi
mengikut masa yang masa dengan aktiviti
ditetapkan (bina jadual). bermakna dan tidak
membazir waktu.
7.1.3
Kemahiran Mengurus Kemahiran mengurus kewangan berfokuskan kemahiran memahami kepentingan wang dalam
Kewangan kehidupan seharian dan bagaimana wang boleh diperoleh daripada bekerja. MBK dibimbing dalam
memahami konsep wang, mengurus wang cara berhemah dan merancang untuk tabungan bagi
Aktiviti utama adalah bertumpu kepada memahami konsep nilai wang, membuat senarai
perbelanjaan dan penerimaan wang dalam tempoh tertentu seperti seminggu atau sebulan
bergantung kepada keupayaan individu MBK. MBK perlu merancang bersama dengan ibu bapa dan
ahli keluarga yang merupakan sokongan (back-up) dalam urusan kewangan.
1.1 MBK membina kesedaran 1.2 MBK mengetahui cara 1.3 MBK mengetahui cara dan
mengenai kepentingan dan pengurusan kewangan boleh menyimpan wang
kegunaan wang dalam yang berhemah dengan sama ada secara tabungan
kehidupan harian. membuat perancangan dan khusus untuk kecemasan–
catatan penggunaan wang. latih tubi dan simulasi.
7.1.4 Kemahiran pengurusan kehidupan berfokuskan kepada aktiviti untuk MBK memahami konsep
Pengurusan Kehidupan tingkah laku positif yang bersesuaian dengan umur, MBK perlu diberi teguran sekiranya mereka
(Life Coping Skill- memberikan tingkah laku negatif dan memberi pujian dan ganjaran bagi tingkah laku positif dengan
behaviour, emotion and nilai murni dan beretika.
problem solving)
MBK perlu diberikan kemahiran untuk bertenang dengan kawalan emosi dan amalan teknik menarik
nafas setiap kali mereka tidak dapat memberikan tumpuan dan bersikap agresif. MBK dibimbing
untuk mampu meluahkan perasaan dan berkomunikasi dengan rakan dan guru. Guru membantu
MBK untuk merancang kaedah dan cara penyelesaian masalah sama ada secara individu atau
berkumpulan.
1.1 MBK memahami konsep 1.3 MBK mengetahui amalan 1.5 MBK belajar kemahiran
tingkah laku positif: nilai murni dan beretika bertenang dan cara
mengetahui tingkah laku dalam kehidupan harian. mengawal emosi dalam
bersesuaian dengan umur. pelbagai situasi.
7.2
Modul Advokasi Diri dan STANDARD PEMBELAJARAN
Komunikasi
TAHAP 1
7.2.1 Advokasi diri merupakan satu komponen kemahiran berdikari yang penting bagi MBK sebagai
Pengenalan Advokasi Diri individu. MBK perlu belajar untuk memahami dan menerima keadaan diri merangkumi potensi,
Pengenalan kelemahan dan kekuatan diri. MBK perlu sedar kemampuan mereka dan bersedia untuk
Advokasi Diri menghadapi cabaran kehidupan harian. MBK perlu sedar kemampuan mereka dan kemampuan
bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan harian.
1.1 MBK mengetahui apa itu 1.3 MBK mengetahui dan sedar 1.5 MBK mengetahui keperluan
advokasi diri dan mengenai kelemahan dan advokasi diri di sekolah.
kepentingan advokasi diri kekuatan diri sendiri dan
dalam kehidupan. berkongsi masalah dengan
rakan dan ahli keluarga.
1.2 MBK belajar cara 1.4 MBK belajar untuk 1.6 MBK mengetahui keperluan
menyedari dan memahami menerima keadaan diri dan advokasi diri di tempat
keadaan dan sikap diri mengetahui cara untuk kerja dan di tempat awam.
dengan berbincang dengan mempertingkatkan potensi
keluarga dan guru. diri.
1.1 MBK belajar untuk berani 1.3 MBK belajar untuk berani 1.5 MBK belajar
berkomunikasi dan memberikan pendapat dan bertanggungjawab
berhubung dengan orang menjadi pemimpin. terhadap kerja/ tugasan di
di sekeliling secara lebih sekolah & rumah.
berkesan.
1.2 MBK belajar untuk 1.4 MBK belajar untuk 1.6 MBK belajar untuk berdikari
memberitahu dan bertanggungjawab dan tidak bergantung
memaklumkan orang lain terhadap diri sendiri, kepada orang lain dalam
berkenaan perasaan, keluarga dan rakan. kehidupan harian.
pemikiran dan kemahuan
serta hak mereka.
7.2.2 Kesedaran Diri Setiap MBK yang mempunyai kesedaran diri akan boleh menerima keadaan diri mereka yang
mempunyai ketidakupayaan. MBK mampu memahami dan menerima keadaan diri mereka. Setelah
MBK berjaya menerima keadaan diri, mereka akan mampu untuk mengatasi perasaan rendah diri
dengan lebih berkesan. Melalui kesedaran diri, MBK mampu untuk berusaha ke arah membina
keyakinan diri dan yakin untuk bekerja dan menghadapi cabaran kehidupan.
MBK akan belajar untuk mengatasi perasaan rendah diri agar mereka tidak ketinggalan dalam
1.1 MBK belajar untuk 1.2 MBK belajar untuk yakin 1.3 MBK belajar menyelesaikan
mengatasi masalah rendah diri menghadapi cabaran masalah mereka sendiri.
diri. dalam kehidupan.
7.2.3 MBK didedahkan dengan Akta OKU 2008 yang menjaminkan hak OKU dan sebagai MBK mereka
Kesedaran Hak harus memahami hak diri mereka. MBK sepertimana golongan OKU yang lain adalah ahli
Hak asas : masyarakat yang mempunyai hak yang sama rata. MBK perlu ditanam dengan kefahaman
mengenai hak mereka sejak dari zaman persekolahan. Di sekolah MBK perlu secara praktikal dan
Pendidikan
melalui pengalaman diberikan kefahaman mengenai hak dan peluang khususnya akses pendidikan
Aksesibiliti dan perkhidmatan sokongan yang diperlukan bagi meminimakan halangan mereka untuk belajar
Peluang Pekerjaaan dengan lebh cemerlang.
Khidmat Kesihatan
Perlindungandiri Hak asas perlu diketahui oleh MBK yang merangkumi aspek berikut:
o Pendidikan
o Aksesibiliti
o Peluang Pekerjaan
o Perkhidmatan Kesihatan
o Pelindungan diri dari dibuli
1.1 MBK mengetahui jaminan 1.2 MBK mengetahui hak 1.3 MBK membina rangkaian
hak mereka dalam Akta mereka dan jenis khidmat kerjasama dengan pelbagai
OKU 2008 – Resolusi sokongan / bantuan yang pihak untuk mengetahui
Persidangan Advokasi Diri disediakan oleh kerajaan. perkembangan terkini
Kebangsaan. mengenai peluang dan
ruang akses kepada
pelbagai perkhidmatan.
MBK dilatih untuk menyedari potensi diri melalui sikap positif, memberi galakkan, memberi peluang
dan menjadi model yang boleh dicontohi oleh rakan yang lain. MBK juga digalakkan untuk membuat
pilihan sendiri dan belajar untuk bertanggungjawab dengan pilihan yang telah diambil.
1.1 MBK belajar memahami 1.3 MBK belajar untuk 1.5 MBK belajar menggunakan
halangan dalam bercakap, meluahkan teknologi contohnya AAC
menyuarakan diri. perasaan dan berbincang (augmentative & alternative
dengan guru dan rakan communication) untuk
mengenai diri, keluarga, menyuarakan pendapat
persahabatan, cita-cita dan
lain-lain.
1.2 MBK belajar kaedah dan 1.4 MBK belajar berucap di 1.5 MBK belajar untuk membuat
cara menyuarakan diri hadapan kumpulan rakan pilihan dan
dengan berkesan. sekelas atau perhimpunan bertanggungjawab dengan
bulanan. pilihan tersebut.
7.2.5 Sekolah boleh menubuhkan Kelab Advokasi Diri untuk memberi ruang kepada MBK bagi:
Kumpulan Sokongan i) Menyuarakan pendapat di kalangan rakan sekelab.
Advokasi Diri ii) Berkongsi idea.
iii) Meningkatkan sikap tolong-menolong antara rakan.
iv) Menyelesaikan masalah bersama secara kumpulan
v) Meningkatkan sikap tanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.
vi) Meningkatkan kesedaran tentang diri sendiri dan mengetahui hak sebagai OKU.
vii) Mendapat sokongan rakan sebaya dalam meningkatkan keyakinan diri.
1.1 MBK mengetahui 1.3 MBK menjadi ahli anggota 1.5 MBK menyertai pelbagai
kepentingan penubuhan kumpulan sokongan aktiviti meningkatkan
kumpulan advokasi diri di transisi. advokasi diri samada.
kalangan MBK di sekolah.
7.3
Membudayakan STANDARD PEMBELAJARAN
Kehidupan Kedewasaan
TAHAP 1
Matlamat aktiviti ini adalah untuk mempertingkatkan kesediaan MBK bagi menempuh alam
kedewasaan, MBK perlu bersedia sebagai seorang dewasa yang bertanggungjawab memberi
sumbangan positif kepada komuniti. Modul ini memberi fokus kepada peningkatan pengurusan diri,
gaya hidup, hubungan antara ahli keluarga dan komuniti setempat melalui penguasaan kemahiran
sosial yang sihat. MBK juga dilatih untuk mahir menggunakan kemudahan awam dan mampu
menjaga keselamatan diri dalam kehidupan harian.
Isu utama yang dihadapi oleh MBK di peringkat remaja meliputi aspek berikut:
o Kesedaran diri – membangunkan identiti diri.
o Mengurus emosi diri dan perasaan.
MBK sebagai remaja melalui peringkat yang penting dari segi perkembangan dan pembangunan diri
dari kanak-kanak ke alam dewasa. Peringkat ini MBK mengalami perubahan fizikal (physiological
changes)dan kematangan sosial-emosi (psychosocial maturity).
1.1 MBK mengetahui tentang 1.3 MBK belajar kemahiran 1.5 MBK belajar tentang
kesedaran diri dan prinsip sosial melalui cara dan menjaga keselamatan dan
asas membuat pilihan kaedah interaksi positif dan perlindungan peribadi
dalam kehidupan. ikatan persahabatan serta semasa di sekolah dan
penjagaan imej yang baik. tempat awam.
1.2 MBK belajar untuk 1.4 MBK belajar kemahiran 1.6 MBK mengetahui tentang
Komuniti merupakan jaringan perhubungan dengan pelbagai individu yang berkaitan dengan MBK
7.3.1 bermula dengan ahli keluarga mereka sendiri. Modul berfokus kepada kefahaman dan kesedaran
Perhubungan Dengan MBK mengenai hubungan mereka dengan ahli keluarga mereka. MBK perlu faham dan dapat
memainkan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai anak, adik atau abang dalam organisasi
Keluarga dan Komuniti
keluarga mereka. MBK belajar menghargai setiap anggota dalam keluarga dan tanggungjawab diri
terhadap keluarga agar hubungan diri dengan keluarga lebih erat.
MBK perlu mengenali ahli komuniti di sekeliing mereka khususnya jiran tetangga mereka serta
kemudahan awam (contohnya stesen LRT, tandas awam, pusat membeli-belah dan sebagainya)
dan informasi (internet, surat khabar, risalah, televisyen dan sebagainya) yang terdapat dalam
komuniti mereka. Modul juga memberi penekanan kepada budaya kehidupan inklusif dalam
komuniti berdasarkan 3 aspek penting iaitu:
o Peranan: Menekankan tingkahlaku yang sesuai dalam komuniti seperti mengikut peraturan,
bersopan-santun dan menghormati orang lain.
Hak diri: Hak sebagai pengguna dan hak sebagai rakyat untuk mendapat perkhidmatan seperti di
bank, hospital, balai polis dan lain-lain agensi kerajaan.
1.1 MBK belajar mengenai 1.2 MBK belajar mengenai 1.3 MBK belajar mengenai
peranan dan peranan dan peranan dan
7.3.2 Kemahiran ini melatih MBK dengan kaedah dan cara yang betul untuk mengenal kawan,
Kemahiran Bersosial menjalinkan persahabatan yang sihat, membina hobi dan aktiviti rekreasi dalam komuniti.
Dalam Masyarakat Contohnya kawan yang rapat mesti saling bantu membantu, memberi nasihat yang sihat, galakkan
dan motivasi. MBK perlu sedar dan faham adakalanya mereka tidak dapat kawan rapat kerana
mereka:
o Malu
o Bercakap terlalu kuat
o Terlalu kasar
o Suka berlawan
MBK dilatih cara untuk mengendalikan suasana apabila bertemu dengan rakan baru iaitu dengan
cara:
o Senyum
o Perkenalkan diri “Hello, saya …
o Bertanya soalan mengenai diri mereka
o Mendengar dengan teliti apabila kawan bercakap
o Memperkenalkan hobi anda
MBK juga dilatih untuk meningkatkan tanggungjawab mereka dalam persahabatan melalui kaedah:
o Mengekalkan perhubungan
o Tidak mementingkan diri
o Pandai menyimpan rahsia peribadi kawan
o Menyumbang bantuan apabila kawan dalam kesedihan/ kesusahan
o Meminta maaf kalau anda membuat sesuatu yang menyinggung perasaan kawan
o Selalu ucap terima kasih apabila menerima bantuan
o Selesaikan segala perselisihan dengan aman
1.1 MBK belajar kaedah dan 1.2 MBK belajar kemahiran 1.3 MBK belajar kemahiran
cara mengenali kawan menguruskan mengekalkan
yang baik bagi menjalinkan persahabatan dengan persahabatan melalui
persahabatan yang sihat. memahami tanggungjawab pelbagai kaedah contohnya
mereka sebagai rakan dan tidak mementingkan diri,
warganegara. pandai simpan rahsia
kawan dan sebagainya.
7.3.3 Modul ini bertujuan memperkenalkan pelbagai jenis kemudahan pengangkutan awam dan melatih
Kemahiran Mengguna MBK kemahiran menggunakan pengangkutan dan perkhidmatan awam lain yang disediakan oleh
Kemudahan Awam kerajaan dan pihak swasta dalam komuniti. Perkhidmatan menggunakan kemudahan awam
merangkumi dua jenis iaitu:
o Dikenakan bayaran
o Percuma
MBK didedahkan dengan pelbagai bentuk kemudahan awam di komuniti mereka seperti pejabat
pos, stesen LRT, bank, balai bomba, balai polis, hospital dan sebagainya. Semasa menggunakan
kemudahan awam, MBK perlu mematuhi peraturan dan bertanggungjawab contohnya menyediakan
tambang yang cukup apabila menaiki bas atau boleh menggunakan kad ‘Touch N Go’ dan menjaga
kebersihan tandas apabila menggunakan tandas awam.
1.1 MBK belajar mengenali 1.2 MBK belajar mengenai 1.3 MBK secara
pelbagai jenis kemudahan tanggungjawab untuk praktikal/‘hands-on’ berlatih
pengangkutan awam dan mematuhi peraturan yang menggunakan kemudahan
cara bagaimana ditetapkan semasa awam yang ada contohnya
menggunakan kemudahan menggunakan kemudahan di balai polis, bank,
tersebut dengan baik. awam. hospital, pejabat pos dan
7.3.4 Modul ini memberi penekanan kepada aspek perubahan semulajadi kepada perkembangan fizikal,
Kesedaran Perkembangan fisiologikal dan psikologikal MBK semasa mereka membesar melalui zaman remaja dan menjadi
dan Kematangan Fizikal semakin dewasa. Fokus merangkumi aspek pendidikan seksualiti yang bukan sekadar hubungan
seks tetapi lebih berkaitan dengan perasaan, emosi, pemikiran dan tingkah laku sebagai seorang
dan Emosi
wanita atau lelaki.
ii) Perubahan fizikal mengikut jantina (lelaki & wanita) khususnya perubahan melalui proses akil
baligh.
Malu
Segan
Gembira
Takut dan sebagainya
iii) Keselamatan dan perlindungan diri: MBK mampu untuk melindungi diri mereka daripada; (a)
gangguan seksual, dan (b) penderaan atau buli samada di rumah, sekolah, tempat kerja dan
tempat awam.
iv) Hubungan yang sihat contohnya bentuk ‘dating’ yang sihat dan persediaan untuk berkahwin.
MBK perlu mengetahui batasan hubungan dan sedar dengan risiko dalam aspek contohnya:
Sentuhan yang tidak baik atau ancaman membuatkan kita rasa takut, tidak selesa dan
tidak selamat.
Katakan TIDAK bagi sentuhan tidak baik.
MBK perlu pandai menjaga imej diri yang merangkumi aspek perkembangan Perkembangan
Personaliti (Personality Development), hubungan sosial dan tingkah laku sosial. Pada masa yang
sama perubahan emosi akan berlaku dan memberi kesan kepada pemikiran mereka. Perubahan
emosi yang akan dialami adalah seperti berikut:
Curiga
Rasa meluat/jijik
Menyenangkan (comfortable)
v) Pergaulan dan perhubungan khususnya antara rakan dan kekasih. MBK perlu belajar cara
tingkah laku yang sopan dan tanggungjawab dalam pergaulan dengan kawan yang berlainan
jantina seperti ‘boyfriend’ dan ‘girlfriend’. Tingkah laku yang baik menarik perhatian orang untuk
suka berkawan dengan kita dan penting untuk mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat
seperti advokasi diri.
MBK perlu sedar dan faham aspek perubahan emosi dan perasaan semasa berkawan serta perlu
pandai bertindak mengikut situasi contohnya:
o Apabila menyukai seseorang.
o Bagaimana meluahkan perasaan suka kepada seseorang.
o Batasan semasa berpasangan.
o Bagaimana untuk berkawan rapat tanpa perlu menjadi pasangan kekasih.
o Gembira walaupun tiada pasangan/perlu berkahwin.
1.1 MBK belajar mengenai 1.2 MBK belajar mengawal 1.3 MBK belajar cara
perkembangan perasaan, perasaan dan emosi dalam menghadapi perubahan
92 Buku Panduan Program Transisi ke Kerjaya MBK
emosi, tingkah laku dan pelbagai situasi kehidupan emosi dan pemikiran dalam
pemikiran apabila mereka harian pelbagai situasi
menjadi dewasa
7.3.5 MBK diberikan kemahiran untuk melindungi diri dan menjaga keselamatan diri daripada pelbagai
Keselamatan dan gangguan dan ancaman. MBK perlu menjaga keselamatan diri dan waspada semasa berada dalam
Perlindungan Peribadi persekitaran di rumah, sekolah, pusat latihan, tempat kerja dan tempat awam. MBK perlu
mempunyai kemahiran melindungi diri daripada gangguan seksual, penderaan atau sebarang kes
buli. MBK perlu mengetahui pihak perkhidmatan awam yang mereka boleh hubungi semasa
kecemasan seperti pihak hospital, polis, bomba dan JKM.
MBK diberikan pendedahan mengenai gangguan seksual dan mengajar mereka konsep
perlindungan contohnya:
o Memberitahu seseorang apabila dibuli.
o Menggelakkan diri dari tempat yang sunyi, gelap dan tidak selamat.
o Menggelakkan diri dari orang yang tidak dikenali dan mencurigakan.
Pihak bomba, pertahanan awam, polis dan lain-lain boleh dijemput untuk memberikan maklumat dan
bimbingan dalam aspek perlindungi dan keselamatan diri serta pencegahan dari gangguan seksual,
buli dan sebagainya.
1.1 MBK belajar kemahiran 1.2 MBK belajar kemahiran 1.3 MBK belajar bagaimana
melindungi diri dan melindungi diri daripada untuk menghubungi pihak
menjaga keselamatan diri gangguan seksual, yang boleh membantu
dari pelbagai gangguan penderaan dan kes buli. contohnya polis, hospital,
dan cabaran. MBK belajar untuk bomba dan lain-lain.
mengatakan ‘tidak’.
7.3.6 MBK diberikan kemahiran untuk mengenali perubahan dan perkembangan fizikal diri dalam proses
Pendidikan Seksualiti kedewasaan. MBK juga diberikan pendedahan mengenai kematangan emosi dan bagaiman mereka
mengawal emosi khususnya di peringkat dewasa berkaitan dengan aspek perkahwinan, bujang dan
jantina.
o MBK perlu mengetahui tingkah laku yang bersesuaian apabila bergaul dengan rakan
berlainan jantina. Mereka perlu faham dan tahu bagaimana untuk respon kepada perasaan
seperti berikut:-
o Perasaan negatif: marah, kecewa, cemburu, benci dan lain-lain.
o Perasaan positif: cinta, compassion, gembira, riang dan lain-lain.
o Perasaan seksual: infactuation, love, self-consciousness, desire.
MBK perlu disediakan dengan kemahiran yang membolehkan mereka membuat pilihan yang kreatif
contohnya:
o Meluahkan perasaan dan emosi dengan orang yang mereka percaya/kaunseling.
o Melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat seperti advokasi diri, kendiri, kelab sosial dan hobi.
MBK diberikan pendedahan bagaimana untuk mengenalpasti kesediaan mereka untuk berkahwin
melalui aspek kematangan fizikal, mental dan emosi. MBK juga perlu bersedia dari segi kapasiti
kewangan untuk menyara hidup sama ada sebagai pasangan atau bujang. MBK juga perlu bersedia
dari segi komitmen untuk mempunyai keluarga, bertanggungjawab dalam menyara keluarga dan
menjaga kebajikan ahli keluarga. MBK perlu faham sama ada pasangan mereka boleh menerima
atau sesuai dengan diri mereka
Semasa proses membesar MBK akan mengalami perubahan fizikal melibatkan tumbesaran
bahagian-bahagian badan. Oleh itu sebagai persediaan untuk menjalani hidupa dalam komuniti,
mereka perlu tahu bagaimana menjaga keselamatan dan kebersihan diri termasuk tingkah laku yang
positif. MBK diberikan pendedahan perbezaan dan perubahan fizikal dalam aspek berikut:
o mengenai kawasan atau ruang peribadi (private place): bilik tidur, tandas, bilik air
o bahagian sulit (private parts)
MBK juga didedahkan dengan makna sentuhan samada yang baik dan tidak baik. Mereka perlu
memberitahu seseorang yang mereka percayai sekiranya ada sentuhan tidak baik. Sentuhan baik
daripada orang yang dikenali dan orang yang baik akan membuat mereka merasa selamat,
disayangi, gembira dan penuh kasih sayang.
MBK diberikan latihan bagaimana untuk mengenalpasti orang yang tidak baik (orang jahat/bad
person) yang mungkin lelaki atau perempuan. Seseorang yang jahat mungkin mempunyai wajah
dan perwatakan yang menarik. Oleh itu, MBK perlu selalu diingatkan untuk tidak mudah terpedaya.
MBK perlu belajar untuk tidak takut dan hanya mendiamkan diri bila disentuh di tempat yang tidak
sepatutnya. MBK perlu berani untuk memaklumkan seseorang untuk mendapatkan bantuan. MBK
perlu sentiada berfikir dan tidak mudah mempercayai seseorang.
Sepanjang proses membesar, apabila meningkat remaja, MBK akan mengalami perasaan untuk
dicintai dan ingin memiliki teman wanita atau lelaki. Hubungan kasih sayang dan cinta amat penting
dalam membantu MBK membina tahap emosi dan perasaan yang sihat. MBK didedahkan dengan
cara untuk mendapat dan mengekalkan hubungan cinta yang sihat.
1.1 MBK belajar kemahiran 1.3 MBK belajar kemahiran 1.4 MBK belajar mengenai
mengenali perubahan membuat pilihan komitmen untuk
fizikal tubuh badan dan berhubungan perasaaan mempunyai keluarga
emasi di peringkat dewasa dan emosi contohnya sendiri.
khususnya aspek kesediaan berkahwin
perkahwinan, bujang dan melalui aspek kematangan
jantina serta konsep ‘akil fizikal, mental dan emosi.
baligh’'.
Modul ini melatih MBK dalam aspek berkaitan kerjaya seperti berikut:
i. MBK perlu mengenali potensi diri dan minat kerjaya dalam memastikan kesesuaian jenis pekerjaan
yang mereka boleh ceburi. Disamping minat, kejayaan MBK dalam mengenali kelemahan dan
kekuatan diri membantu mereka memilih jenis pekerjaan yang bersesuaian. Sekiranya pilihan
kerjaya tidak tepat, MBK berisiko untuk merasa tertekan dan mempunyai hubungan yang kurang
baik dengan rakan sekerja.
ii. Aktiviti seperti penggunaan instrumen penilaian kendiri bagi menentukan kesediaan MBK untuk
bekerja. MBK boleh menerokai jenis pekerjaan yang ada di pasaran sebelum menentukan pekerjan
yang mereka telah terima.
Kandungan topik ini bertujuan untuk memberi gambaran mengenai dunia pekerjaan dengan peluang
dan ruang bekerja sedia ada dan seterusnya menarik minat dan keinginan untuk bekerja. MBK diharap
7.4.1 akan lebih bermotivasi untuk bekerja kerana mereka telah memahami tujuan bekerja. MBK digalakkan
Menerokai untuk berbincang mengenai perkara berikut:
Minat Kerjaya i) memahami alam pekerjaan.
ii) mengenali potensi diri dan minat kerjaya.
iii) membuat pilihan kerjaya yang tepat.
MBK dibantu untuk mengenalpasti jenis pekerjaan yang bersesuaian dengan kemampuan dan potensi
individu. Setiap jenis pekerjaan adalah berbeza dari segi skop kerja, kemahiran, suasana tempat kerja,
waktu kerja dan lain-lain keperluan organisasi. Kesesuaian individu dan pekerjaan bergantung kepada
kemahiran, kelayakan, minat, kebolehan, sikap dan personaliti.
1.1 MBK belajar memahami alam pekerjaan 1.4 MBK belajar membuat pilihan kerjaya yang
dengan peranan dan tanggungjawab tepat melalui penerokaan alam pekerjaan
melengkapan tugasan dengan komitmen dan
prestasi kerja yang baik
1.2 MBK belajar mengenali potensi diri dan minat 1.5 MBK menggunakan pelbagai instrument untuk
kerjaya dan kesesuaian individu berasaskan penilaian kendiri bagi mengenalpasti potensi,
kelayakan, minat, kebolehan, sikap dan kelemahan dan kekuatan diri
personaliti
1.3 MBK belajar memahami kepentingan dan
tujuan bekerja
Kandungan topik adalah bermatlamat melatih MBK dengan sikap dan tingkah laku yang bersesuaian di
tempat kerja contohnya bertanggungjawab, sudi belajar, peramah, boleh mengikut arahan, jujur dan
lain-lain. MBK perlu faham sekiranya mereka mengekalkan sikap dan tingkah laku yang positif di tempat
98 Buku Panduan Program Transisi ke Kerjaya MBK
kerja mereka akan mampu kekal bekerja dengan imej yang baik dan senang untuk orang bekerja
dengan mereka.
Di samping itu, mereka perlu mengekalkan hubungan baik dan pergaulan dengan rakan sekerja dan
juga pelanggan serta pengurus mereka. Mereka perlu mematuhi arahan, hormati ketua dan bersikap
7.4.2
terbuka dengan sentiasa sudi untuk belajar. Mereka perlu sentiasa rela membantu dan bersopan santun
Persediaan Ke
apabila berurusan dengan pelanggan. Mereka juga perlu pandai memilih rakan sekerja yang boleh
Alam
membantu dan mendorong mereka untuk bekerja dengan baik.
Pekerjaaan
1.1 MBK belajar mengenai sikap dan tingkah laku 1.3 MBK belajar mengenai peraturan di
bersesuaian semasa di tempat kerja tempat kerja melalui prosedur cuti rehat,
contohnya: rajin, cuti sakit dan sebagainya
peramah, jujur, ikut peraturan dan sebagainya
1.2 MBK belajar cara mendapatkan kerja melalui 1.4 MBK belajar mengenai faedah dalam
penyediaan resume, mengisi borang pekerjaan seperti EPF dan SOCSO.
permohonan Latihan dan lawatan.
kerja, kemahiran menghadiri sesi temuduga
7.4.3 Kandungan topik ini mendedahkan MBK dengan proses untuk mendapatkan kerja dan mengenali dan
Tatacara menyediakan resume, bagaimana untuk mengisi borang permohonan kerja. MBK diberikan contoh
Mendapat kan format resume untuk mereka berlatih menyediakan resume sendiri. MBK belajar untuk membaca iklan
Kerja jawatan kosong dalam surat khabar atau media masa atau dengan berkomunikasi dan bertanya secara
bersemuka dengan pengurus atau tuan punya agensi yang ada menawarkan jawatan kosong. MBK
Salah satu matlamat kandungan topik ini ialah untuk MBK dapat menguasai kemahiran temuduga yang
diperlukan untuk meninggalkan imej yang baik kepada majikan. MBK diberikan tips semasa temuduga
dan juga apa yang patut dibuat selepas temuduga. MBK perlu membuat persiapan rapi sebelum
menghadiri temuduga dengan memastikan cara atau pengangkutan untuk ke tempat temuduga dan
pastikan jadual perjalanan, pastikan dokumen lengkap serta memahami latar belakang syarikat atau
agensi yang menawarkan pekerjaan tersebut. Mereka perlu berlatih untuk menjawab soalan yang
mungkin akan ditanya oleh bakal majikan.
Semasa hari temuduga, MBK perlu memastikan perkara berikut:
• Makanan
• Ketepatan masa
• Dandanan diri
• Cara bertenang
• Bersopan santun
1.1 MBK berlatih menyediakan resume dan 1.2 MBK melalui simulasi sesi temuduga
mengisi borang bermula dengan persediaan sebelum
melalui kemudahan komputer dan internet temuduga dan semasa hari temuduga
Kandungan topik bermatlamat untuk membantu MBK menguasai pengetahuan asas tentang cuti
7.4.4 tahunan, cuti sakit dan lain-lain faedah di tempat kerja yang mereka layak terima setelah menjadi
Memahami pekerja. Latihan akan melibatkan aspek seperti berikut:
Peraturan di
o Memahami syarat lantikan yang merangkumi peraturan am dan faedah yang dibekalkan seperti
100 Buku Panduan Program Transisi ke Kerjaya MBK
Tempat Kerja cuti, EPF, SOCSO, perubatan dan lain-lain yang tertakluk.
o Faedah cuti termasuk cuti sakit (perlu ada MC), cuti tahunan yang bergantung kepada polisi
syarikat dan perlu dipohon awal sekurang-kurangnya satu minggu notis, cuti bersalin, cuti
kecemasan dan lain-lain.
o Cara permohonan cuti yang betul dengan membuat permohonan awal, mengisi borang dan
menggunggu pengesahan kelulusan cuti dari pihak atasan.
MBK diberikan penerangan mengenai definisi dana apa itu EPF (Employer Provident Fund). Mereka
dilatih bagaimana nilai caruman dikira berdasarkan jadual caruman. MBK juga perlu memahami apa itu
SOCSO yang merupakan perlindungan untuk pekerja yang mengalami kecederaan semasa bekerja
atau perjalanan ke tempat kerja. MBK diperkenalkan dengan borang dan jadual caruman EPF dan
SOCSO sebagai lembaran kerja dalam aktiviti PdP.
Bagi memastikan MBK lebih memahami faedah EPF dan SOCSO, MBK dibekalkan dengan lembaran
kerja yang merupakan soal selidik untuk mengenal pasti tahap kefahaman mereka mengenai topik
berkenaan. Pada masa yang sama, MBK didedahkan dengan contoh pay slip, akaun bank dan jadual
caruman. Konsep simpanan khususnya untuk semasa persaraan diperkenalkan kepada MBK sebagai
persediaan. MBK juga dikenalkan dengan kiosk EPF di pejabat KWSP atau bank berkenaan untuk
mendapatkan maklumat lanjut.
1.1 MBK berlatih mematuhi peraturan dan 1.3 MBK menjalani latihan di tempat kerja
prosedur samada melalui lawatan, program
apabila berada di tempat kerja. attachment, latihan industri berdasarkan
kemahiran yang diambil.
Perkongsian pintar dan kolaborasi di antara keluarga, sekolah, komuniti, NGO dan industri amat penting
dalam memastikan khidmat sokongan transisi berterusan di rumah, di pusat latihan dan di tempat kerja.
7.5
Melalui kerjasama dan kolaborasi tersebut, kumpulan sokongan ibu bapa (parent-support group) boleh
Kesediaan
ditubuhkan dengan bantuan pihak sekolah. KSAK memberi ruang kepada ibu bapa, ahli keluarga,
Kerjaya
industri dan komuniti setempat untuk mengenali dengan lebih dekat potensi dan keupayaan MBK.
7.5.1
KSAK boleh menganjurkan program motivasi dan kesedaran serta bengkel dan seminar untuk
Kumpulan
memahami hak dan isu berkaitan OKU. Perbincangan dengan pihak industry boleh diadakan hari masa
Sokongan
ke semasa bagi meningkatkan sokongan pihak industri dalam menyediakan lebih banyak ruang
Ahli Keluarga
pekerjaan. Melalui kerjasama industri pihak sekolah boleh menyediakan latihan pendedahan di tempat
(KSAK)
kerja bagi MBK.
KSAK merealisasikan kolaborasi di antara sekolah dengan industri setempat dan badan korporat dalam
merancang dan melaksanakan program transisi ke kerjaya bagi MBK.
1.1 MBK menerima sokongan daripada kumpulan 1.3 MBK menghadiri bengkel kesedaran
sokongan keluarga atau ‘Parent Support Group’ mengenai hak, ruang dan peluang
melalui kolaborasi di antara Ibu bapa, ahli bagiOKU dalam pekerjaan bersama
keluarga,
102 Buku Panduan Program Transisi ke Kerjaya MBK
guru dan agensi / syarikat kerja ibu bapa melalui aktiviti KSAK
1.2 MBK menjadi ahli kumpulan advokasi diri 1.4 MBK mendapat kerjasama penuh
daripada ibu bapa dan ahli keluarga
dalam menghadiri latihan di tempat
kerja
7.5.2 Penilaian ini menerangkan prosedur pentaksiran untuk menentukan tahap pencapaian MBK di dalam
Penilaian beberapa komponen. Penilaian ini memberi gambaran menyeluruh tumpuan MBK dalam persediaan
Tahap mereka menempuh ke alam pekerjaan. Penilaian melibatkan:
Kemampuan i. Pelaksanaan aktiviti dalam modul transisi ke kerjaya.
Bekerja MBK ii. Pencapaian dan kemajuan dalam melaksanakan tugasan berdasarkan modul.
iii. Instrumen tahap peningkatan kerja.
Setiap pencapaian dan kemajuan yang dicapai akan direkod dan diberikan skor.
Tafsiran 40 item dalam instrumen mengikut komponen adalah seperti muka surat 29.
Setelah analisa pencapaian aktiviti dan tugasan di dalam modul transisi diperoleh, tahap
peningkatan kerja akan diukur berdasarkan kompetensi tertentu yang merangkumi aspek
dan nilai berikut:
Kemahiran kehidupan
Kemahiran advokasi diri dan komunikasi
Membudayakan kehidupan kedewasaan
Kemahiran kerjaya
Kesediaan kerjaya
Setiap aspek dan nilai tersebut diberi markah (peratus) berdasarkan skala dan jumlah
markah min.
2 51 – 64 % Separuh tercapai
3 65 – 80 % Tercapai
Markah Komen
<2 Harapan
Penilaian ini merupakan tambahan atau dokumen sokongan kepada pencapaian akademik melalui
peperiksaan sedia ada SPM atau STPM serta pencapaian Sijil Kemahiran Vokasional melalui kursus
dan latihan vokasional dan teknik yang diikuti di sekolah atau institut latihan vokasional seluruh negara.
Disamping itu, laporan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) juga boleh digunakan sebagai dokumen
sokongan bagi membuktikan yang MBK mempunyai potensi dan keupayaan untuk melaksanakan
tugasan di tempat kerja. Apa yang diperlukan oleh MBK adalah sokongan berterusan daripada ahli
keluarga, komuniti kejiranan tempat mereka tinggal dan pihak industri serta rakan sekerja mereka agar
mereka sentiasa bersemangat dan mempunyai motivasi dan keyakinan untuk meneruskan kehidupan
sebagai individu yang berguna kepada masyarakat.
1.1 MBK melalui proses penilaian 1.2 MBK melalui proses penilaian tahap peningkatan kerja.
menggunakan
instrument yang disediakan.
7.6 Pada masa yang sama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melatih staff di beberapa
Pembangunan agensi penempatan kerja / industri dengan kemahiran Job Coach khusus untuk membantu orang kurang
Sokongan di upaya (OKU) menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan. Konsep Job Coach berasal dari Amerika
Tempat Kerja Syarikat dan setelah Akta Pemulihan (rehabilitation) digubal dan Supported Employment diinstitusikan,
(Workplace kos khidmat Job Coach telah dapat dibiayai oleh tabung simpanan pemulihan pekerjaan.
Development)
Penilaian prestasi pekerja OKU di tempat kerja mendapati mereka tidak/kurang bersedia pada peringkat
7.6.1 awal kerja. Mereka perlu dilatih supaya dapat meningkatkan tahap persediaan mereka sebelum dapat
Latihan ditempatkan di tempat kerja yang sesuai. Penilaian dan kesesuaian kerja akan dilakukan setelah MBK
Industri
Tanggungjawab sebagai Job Coach bermula dengan memberi sokongan kepada OKU untuk
membolehkan OKU itu bekerja, dan kemudian beralih kepada sokongan berterusan kepada OKU dan
syarikat yang menjadi majikannya sehingga OKU itu boleh bekerja dengan stabil dalam syarikat
tersebut. Oleh itu, di sekolah sokongan Job Coach ini boleh diberikan oleh guru dengan mengambil
salah satu tugas Job Coach sebagai pengajar bagi sesuatu kerja atau mengajar tentang kerja.
Tugas dan tanggungjawab Job Coach adalah berbeza berdasarkan kepada keperluan organisasi.
Secara asas, elemen-elemen berikut dapat menjelaskan peranan Job Coach iaitu:
o Penilaian terhadap potensi OKU.
o Mencari tempat kerja.
o Penilaian dan modifikasi persekitaran tempat kerja.
7.6.2
o Job Matching.
Sokongan
o Sokongan Intensif di tempat kerja.
Job Coach
o Kerjasama dalam pengambilan pekerja.
o Sokongan berterusan di tempat kerja.
o Fading (Pengurangan pergantungan sokongan).
o Tindakan susulan.
Sebelum program latihan dan sokongan Job Coach disediakan, 3 bentuk penilaian perlu dilakukan iaitu:
i) Kesediaan MBK
o Penilaian dilakukan dengan mengadakan sesi temu bual dengan ibu bapa khususnya bagi
MBK yang mempunyai tahap ketidakupayaan yang tinggi. Pada masa yang sama maklumat
tambahan daripada dokumen seperti profil diri, rekod kesihatan, surat rujukan atau lain-lain
juga dikumpulkan. Ujian kognitif (IQ), penilaian vokasional, penilaian fizikal serta penilaian
tingkah laku, dan sikap juga boleh dibuat untuk membantu guru mengenal pasti kesediaan
MBK. Sekiranya MBK mempunyai pengalaman kerja, penilaian prestasi mereka juga boleh
Penilaian kognitif membantu Job Coach untuk menilai keupayaan dan sikap individu MBK. Tahap
kognitif individu MBK boleh mempengaruhi tumpuan, kepekaan, prestasi kerja, cara belajar, kemahiran
menganalisis, ketepatan dan keupayaan membuat kesimpulan/keputusan.
o Elemen dalam penilaian sikap dan tingkah laku adalah seperti berikut:
- Tingkah laku dan sikap di tempat kerja.
- Keupayaan bahasa dan pembawaan diri di tempat kerja.
- Eye contact dalam komunikasi.
- Bahasa badan dan postur apabila berkomunikasi.
- Maklum balas daripada pihak berkepentingan seperti pelatih, penyelia, rakan, ahli keluarga
dan bekas majikan.
o Guru atauJob Coach menilai keupayaan MBK untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai
persekitaran berbeza, keupayaan MBK untuk menerima arahan berkaitan kerja dan
kemahiran/ kecekapan melaksanakan tugas.
o Keupayaan MBK untuk berhubung dan berkomunikasi dengan rakan tempat kerja dinilai
bagi mengetahui kemahiran interaksi dan sosial mereka.
o Guru, Job Coach dan MBK berbincang dan meneliti keupayaan MBK untuk bekerja, sikap
dalam bekerja dan juga adaptasi kepada fizikal dan persekitaran tempat kerja.
Secara keseluruhan penilaian kesediaan MBK untuk bekerja dipengaruhi oleh kompetensi mereka
dalam kemahiran vokasional dan kemahiran pengurusan kehidupan. Penilaian secara holistik
melibatkan empat aspek seperti yang disenaraikan dalam Rajah 2: Penilaian Keseluruhan.