Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN 6

1. Bagaimankah caranya komunis mula berkembang di tanah Melayu?


Idealogi komunis tiba di tanah Melayu pada tahun 1920an terutamanya
sekitar tahun 1925. Imigran cina telah membawa buku-buku dan risalah-
risalah mengenai ajaran komunis dimana berita dibawa terus dari China.
Mereka juga menyebarkan berita propaganda dengan menggunakan
persatuan buruh dan wanita. Ideologi komunis juga diserapkan mereka
melalui program pertubuhan belia. Penyebaran risalah dan buku komuni dan
menggunakan sayap kiri pertubuhan KMT.

2. Apakah sebab-sebab yang mempercepatkan perkembangan pengaruh


komunis?
Sebab-sebab yang mempercepatkan perkembangan pengaruh komunis ialah
dimana berlakunya sentiment keChinaan setelah serangan Jepun ke atas
Manchuria dan juga China sendiri. Peristiwa kemelesetan ekonomi pada
tahun 1929 hingga 1933 juga menjadi sebab perkembangan pengaruh
komunis. Sebab lain seperti sikap “tidak mesra pekerja” yang ditunjukkan oleh
kebanyakkan majikan. Kemunculan Loi Teck sebagai pemimpin dengan
mendapat sokongan puak berhaluan kiri dan radikal yang sama-sama
menentang kerajaan dan wujud kerjasama dengan kerajaan bagi kepentingan
semasa itu.

3. Apakah kesan yang diterima oleh PKM dari peristiwa penjajahan Jepun ke
atas tanah Melayu?
Kesan yang diterima oleh PKM dari peristiwa penjajahan Jepun ke atas tanah
Melayu ialah PKM mendapat sokongan dan bantuan kerajaan melalui Force
136. Sokongan dari masyarakat cina juga bertambah kepada PKM 143.
Latihan dapat dilengkapkan dan persenjataan yang dibekal oleh kerajaan.
Orang melayu di pandang serong oleh PKM dimana mereka merasakan
orang melayu menjadi tali barut pihak Jepun dan berlakunya peristiwa “hitam”
semasa zaman kekosongan pemerintahan.

4. Kenapakah orang melayu membenci komunis setelah tamat perang Jepun?


Orang melayu membenci komunis setelah tamat perang Jepun akibat dari
peristiwa “hitam” pada zaman kekosongan dimana ianya amat menyayukan
perasaan orang melayu dimana mereka telah menerima kedatangan orang
cina dengan penuh mesra sejak sekian lama. Hanya kerana sedikit masalah
kerana tekanan dari pihak Jepun, menjadikan orang cina menunjukkan sikap
siapa mereka yang sebenarnya. Ini menjadikan istilah cina menjadi sinonim
dengan komunis, sedangkan yang melakukan onar ialah komunis. Inilah salah
faham yang besar yang wujud semasa itu.

5. Apakah muslihat PKM menerima kedatangan kembali kuasa penjajah?


PKM berhasrat mahu menggunakan penjajah bagi mencapai maksudnya iaitu
menghalau penjajah sendiri. Mereka cuba menggunkan strategi sebelum
kedatangan Jepun dengan mendapatkan latihan dan bekalan yang akan
digunakan kembali bagi menentang penjajah. PKM juga terpaksa menerima
kembali penjajah kerana sebahagian besar rakyat mengalu-alukan
kepulangan semula penjajah. Ketiganya penjajah kembali dengan kekuatan
tentera yang besar (show of force) yang tidak mungkin ditandingi oleh PKM.

6. Apakah yang anda faham mengenai “memenangi hati dan perasaan rakyat”
dalam usaha kerajaan menyekat pengaruh komunis?
Dalam usaha kerajaan menyekat pengaruh komunis, tidak semua kekerasan
boleh di atasi dengan cara kekerasan. Dalam konteks ini komunis tidak boleh
dihancurkan dengan kekuatan angkatan bersenjata semata-semata.

7. Apakah kesan baik yang boleh dipelajari daripada peristiwa darurat?


Kesan yang baik yang dapat dipelajari daripada peristiwa darurat ialah orang
melayu mula bersatu kembali sebagai bangsa yang besar. Negara dapat
mengenal pasti kesetiaan penduduk dengan adanya peraturan. Agama islam
dapat bertahan dari ujian komunis setelah orang melayu yang menjadi
komunis masih mengamalkan ajaran Islam. Wujudnya juga sebuah negara
Persekutuan yang menyatukan negeri-negeri kecil dan wujudnya sebuah
perlembagaan yang menjadi pelindung kepada penduduk dengan lebih jelas
lagi. Akibat dari peristiwa darurat juga melahirkan Hasrat memerdekakan
tanah air setelah timbul kesedaran di kalangan rakyat.

Anda mungkin juga menyukai