Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBANGUNAN PASUKAN BOLA JARING


KELOLAAN UNIT KOKURIKULUM
SK MARIAN CONVENT, IPOH

HARI : SELASA
MASA : 3.00 PETANG– 5.00 PETANG
TEMPAT : GELANGGANG BOLA JARING
1. Pendahuluan
Pasukan bola jaring ini ditubuhkan selaras dengan dengan saranan KPM supaya murid
aktif dalam sukan. Di samping itu, sebagai platform mencungkil bakat murid yang
berpotensi untuk mewakili sekolah dalam penyertaan yang diadakan pada peringkat
zon, daerah, negeri, kebangsaan seterusnya antarabangsa. Program pembangunan ini
akan diadakan secara berterusan setiap minggu. Diharapkan dengan adanya program
yang dirancang ini dapat meningkatkan kemahiran murid-murid yang terlibat di samping
dapat melahirkan atlit-atlit yang berkualiti untuk negara.

2. Objektif:
2.1 Melengkapkan peserta dengan pengetahuan, kemahiran dan teknik-teknik
dalam permainan bola jaring.
2.2 Melengkapkan peserta dengan peraturan dan undang-undang bola jaring.
2.3 Memupuk semangat bekerjasama dan mengamalkan semangat persaingan
yang sihat.
2.4 Melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berkebolehan dalam segala bidang
terutamanya kepemimpinan dan pengurusan kumpulan.
2.5 Memupuk dan menghayati nilai-nilai murni serta sikap positif berterusan melalui
penglibatan aktif dalam aktiviti Kokurikulum Permainan.

3. Tarikh, Masa dan Tempat :


Jangka masa latihan adalah seperti berikut:
Tarikh : Januari hingga Oktober
Masa : 3:00 petang – 5: 00 petang
Tempat : Gelanggang bola jaring

4. Sasaran:
4.1 Semua murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6
5. Instruktor / Jurulatih
5.1 Pn Nuur Hafiza Bt Saad
 Pengurus dan jurulatih dalaman pasukan bola jaring SKMC.

1. 5.2 Puan Nurul A,syikin Bt Ahmad Shukry

 Pembantu pengurus pasukan bola jaring SKMC


5.3 Jurulatih luar

6. Anggaran Perbelanjaan:

6.1 Bola jaring (tournament) 3 biji x RM 110 RM 330.00

6.3 Bayaran Jurulatih Luar 2jam x 2 x 10 x RM30 RM 1200.00

6.4 Makanan dan minuman RM5 x 20 RM 100.00

JUMLAH BESAR RM1650.00

7. Jawatankuasa :

Pengerusi : Datin Hjh Fauziah Binti Abdul Samat (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Pn Noranishak bt Ahmad Sibi (PK Ko)

Setiausaha Kokurikulum : Pn Aidahani Binti Kamaruzzaman

Setiausaha Sukan : Pn Nuur Hafiza Binti Saad (ketua)

AJK:
1. Puan Nurul A,syikin Bt Ahmad Shukry (P.Ketua)
2. Puan Aziatul Shima bt Zamri
3. Puan Normuhaziawati Bt Muhamed
4. Puan Hjh Salinah Bt Safei
5. Puan Nurulhusna Bt Ahmad Azizi
6. Puan Salmi bt Hasan
7. Puan Hoo Siew Chien
8. Penutup:

Dengan terlaksananya program pembangunan ini diharap murid dapat memperoleh


pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kemahiran dan undang-undang sukan bola
jaring agar menjadi pemain yang berimu dan berkemahiran.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


____________________ _______________________
(NUUR HAFIZA BINTI SAAD) (NORANISHAK BINTI AHMAD SIBI)
Ketua Penasihat Bola Jaring PK KOKURIKULUM
SKMC 2020 SKMC 2020

Disahkan oleh,
_____________________________________
( DATIN HJH FAUZIAH BINTI ABDUL SAMAT)
GURU BESAR,
SKMC 2020.

Anda mungkin juga menyukai