Anda di halaman 1dari 2

Tingkah laku ‘multitasking’ dapat dinyatakan sebagai pelaksanaan beberapa tugas

yang dilakukan serentak dan diselaraskan oleh pemprosesan kognitif bersiri dan diedarkan di

pelbagai sumber proses (Anderson, et. Al., 2004). Pekerjaan guru dapat digambarkan sebagai

peningkatan kerumitan dan intensiti. Hal ini disebabkan oleh perubahan yang berlaku dalam

masyarakat, pembaharuan dan peningkatan tugasan kerja dan perubahan moral serta watak

normatif kerja seorang guru.

Walaupun begitu, seorang guru berpengalaman dikatakan melakukan lebih daripada

satu perkara pada masa yang sama. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab terhadap

pembelajaran pelajar malah mereka juga perlu bertindak sebagai ibu bapa pengganti murid,

disiplin, penilai, pentadbir dan juga seorang mentor (Zivcakova, 2015).

Perbuatan ‘multitasking’ mempunyai kelebihan terhadap sesetengah tugasan.

Keupayaan seorang guru untuk beralih antara tugasan berbeza juga dapat merangsang

kreativiti seorang guru. Kelebihan guru model ‘multitasking’ ialah dapat membolehkan

perjalanan sesebuah aktiviti kokurikulum berjalan lancar secara serentak dengan PdP dan

lain-lain aktiviti. Sebagai contoh, aktiviti sukan bagi murid berkeperluan khas dan murid

aliran perdana dapat dilakukan serentak mengikut kesesuaian murid.

Tambahan lagi, ‘multitasking’ mengajar seorang guru untuk bijak menguruskan masa

terluang dengan lebih produktif. Sebagai contoh, seorang guru pendidikan inklusif harus

bijak menyediakan pelbagai aktiviti yang saling berkaitan bagi mengelakkan murid berasa

bosan di dalam kelas. Aktiviti ini pula tidak perlu terlalu lama supaya murid tidak hilang

fokus. Pengisian masa dengan pelbagai aktiviti yang menarik juga dapat membantu

mengawal tingkah laku murid supaya lebih terkawal dan mematuhi arahan guru.

Akhir sekali, model guru ‘multitasking’ juga membolehkan aktiviti pengajaran dan

pengajaran dapat dilaksanakan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Contohnya, guru

boleh menggunakan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran dalam kelas seperti perisian
Talk Any, perisian untuk belajar kosa kata dan matematik untuk membantu murid

berkeperluan khas masalah pendengaran. Oleh itu penting bagi seorang guru mempunyai

kemahiran dalam ICT bagi mempelbagaikan kaedah pengajarannya.

Rujukan

Janice Serenio Alquizar. Multitasking of Teachers In The Contemporary Setting Boon Or

Bane? Retrieved Jun 27, 2020, Daripada

https://files.eric.ed.gov/fulltext/ED590561.pdf

Smk Jalan Mengkibol. Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan. Retrieved Jun 28, 2020,
Daripada http://pengetuasjm.blogspot.com/2010/01/pelaksanaan-latihan-dalam-
perkhidmatan.html