Anda di halaman 1dari 2

MURID BERKEPERLUAN KHAS : DISLEKSIA

Disleksia bermaksud ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan

kesukaran dalam kefahaman serta perhubungan antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf. Antara

ciri-ciri murid yang mengalami disleksia ini adalah mempunyai perkembangan pertuturan

yang lambat, kemahiran mengeja dan membaca yang lemah, sukar mengikut arahan, konsep

kendiri yang lemah dan pelbagai lagi. Ianya boleh dibahagikan dalam konteks ciri-ciri yang

umum, pengamatan dan tingkah laku, kecelaruan pandangan dan penglihatan dan kemahiran

motor.

Daripada video yang saya lihat, saya dapati bahawa murid yang menghidapi disleksia

mempunyai masalah untuk mengenal huruf sebagai contoh ‘b’ dan ‘d’. Bagi seorang guru

yang tidak memahami masalah yang dihadapi oleh muridnya di dalam video ini sering

memarahinya kerana murid tersebut tidak menyiapkan kerja sekolah dan mendapat markah

tercorot dalam peperiksaan.

Selain tu, dari aspek pengamatan dan tingkah laku pula, murid disleksia ini

mengalami konsep kendiri yang lemah dimana ibunya perlu menyiapkannya untuk ke sekolah

seperti memakaikannya baju dan memandikannya kerana murid ini sering berada di dalam

dunia imaginasinya sendiri. Murid disleksia ini keliru dengan konsep arahan yang diberikan

oleh ibu dan gurunya yang menyebabkan dia banyak diuruskan oleh ibunya. Sebagai contoh,

ibunya sering melatih anaknya untuk menulis dengan baik kerana murid tersebut mempunyai

masalah tulisan yang buruk dan lambat menulis.

Bagi pengamatan saya terhadap guru yang membantu murid tersebut ketika dia

berpindah ke sekolah baharu ialah perkara yang patut dilakukan oleh semua guru dalam

membantu murid berkeperluan khas. Sebagai contoh, guru tersebut dapat mengenalpasti

masalah yang dihadapi murid tersebut dan cuba memberitahu ibu bapa murid tentang cara
yang boleh diambil untuk membantu masalah tersebut. Guru tersebut juga telah mencungkil

potensi murid berkeperluan khas ini melalui seni yang diminati oleh murid tersebut.

Berikut saya sertakan link video tersebut : https://www.youtube.com/watch?

v=FrZtNsO3R1w

Beri Nilai