Anda di halaman 1dari 2

Ribut telah melanda sekolah kamu baru-baru ini.

Tuliskan
sebuah berita berkenaan tragedi tersebut

SUBANG JAYA,12 MAC - Beberapa tempat di negara kita mengalami cuaca

buruk pada minggu lepas. Lebih mendukacitakan sebuah sekolah di Subang Jaya

telah dilanda ribut.

Sekolah tersebut terletak di kawasan penempatan USJ 20. Sewaktu

kejadian iaitu pukul 11.30 pagi, para murid sedang asyik belajar dan hujan

sememangnya sudah turun sejak malam tadi. Tiba-tiba angin yang kuat telah

melanda kawasan sekolah.

Angin yang sangat kencang itu telah menyebabkan atap di tingkat atas sekali

tercabut. Ramai murid panik ketika itu. Guru yang bertugas pada minggu

tersebut telah membunyikan loceng dengan tempoh yang agak lama sebagai

tanda kecemasan dan murid perlu berkumpul di tempat yang selamat.

Syukurlah kerana semua murid SK USJ 20 pernah terlibat dengan latihan

kebakaran. Kaedah dalam latihan kebakaran tersebut juga boleh digunakan

sewaktu bencana alam atau apa-apa kecemasan. Dalam masa lima minit, para

murid sudah berada di tempat selamat.

Para guru kelas menyemak jumlah murid supaya tiada yang tertinggal di dalam

bangunan sekolah yang ranap. Syukur sekali lagi kerana tiada kemalangan jiwa

yang berlaku.

Guru Besar SK USJ 20 memberi sedikit taklimat tentang jadual dan

kedudukan kelas pada hari esok kerana ada beberapa buah bilik darjah terjejas.

Beberapa anggota bomba tiba di sekolah untuk memeriksa struktur bangunan

sekolah.
Ribut telah melanda sekolah kamu baru-baru ini. Tuliskan

Anda mungkin juga menyukai