Anda di halaman 1dari 6

Sokongan pemimpin sekolah adalah sangat penting bagi menjayakan Program

Pendidikan Khas Integrasi. Pemimpin sekolah termasuklah guru besar, pengetua,

penolong-penolong kanan dan ketua-ketua bidang. Menurut Farah Mohamad Zain et

al. (2020), kepemimpinan sekolah perlu memastikan kepuasan dan komitmen guru

berada pada tahap tinggi demi menjamin kelansungan peningkatan kemajuan

sekolah. Komitmen dan moral guru perlu dijaga agar kerjasama antara pemimpin

sekolah dengan guru berjalan lancar. Norasmah Othman & Rofilah Md Said (2013)

pula menyatakan bahawa kepemimpinan sekolah bukan lagi terletak di bahu seorang

pengetua. Ini menjelaskan operasi sekolah perlu semua pihak mengambil bahagian,

bekerja berpasukan dan bertanggungjawab bersama.


Mengikut kajian yang dijalankan oleh Abdul Said Ambotang et al. (2014), stress

memberi banyak kesan negative kepada pihak guru dan boleh dianggap sebagai

petunjuk kepada tahap kesihatan mental guru. Peningkatan stress bertambah lagi

apabila pihak pemimpin tidak ambil kisah terhadap sumbangan atau masalah yang

dihadapi oleh guru. Ini akan menjatuhkan semangat guru yang mengajar. Oleh itu

kebajikan guru tidak boleh diabaikan. Guru-guru juga perlu diberi perihatin dan

dihargai jasanya. Bagaimana menghasilkan budaya kerja yang positif dan innovatif

dikalangan warga sekolah?


Disini saya cadangkan program permuafakatan dijalankan disekolah. Program-

program permuafakatan seperti sukan-neka, gotong royong, majlis anugerah,

pertandingan-pertandingan yang boleh mengeratkan hubungan dan sebagainya.

Anjurkan seminar-seminar mengurangkan stress bagi guru-guru. Kebajikan guru

seperti kenaikan pangkat guru perlu diambil berat oleh pemimpin sekolah. Pemimpin

sekolah juga perlu menghadiri khusus pengurusan dan komunikasi dengan guru.
Mengikuti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagai

pendidik, kita sekarang berada di gelombang ke-3 (2021 hingga 2025) iaitu

mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme berasaskan rakan setugas.

Akan tetapi masih terdapat banyak masalah profesionalisme yang dihadapi oleh guru

pendidikan khas. Contohnya daripada kajian Shariza Said (2017) menyatakan


bahawa guru-guru didapati menghadapi masalah untuk menangani tingkah laku

seksual murid dan ini disebabkan kurang mendapat pendedahan tentang pendidikan

seksualiti dan kurang bahan sumber yang sesuai. Ini menunjukkan tahap

Profesionalisme atau pengetahuan guru pendidikan khas belum sampai lagi tahap

yang diingini. Masih banyak pengetahuan tentang pendidikan khas yang belum

dikuasai atau dinerokai oleh guru.


Menurut Siti Muhibah Nor & Zetty Nurzuliana Rashed (2018) keberhasilan untuk

kemenjadian murid sudah tentu mempunyai hubungan yang signifikan dengan

kemenjadian guru. Maka profesion keguruan menuntut seorang guru memiliki

kemahiran untuk menyampaikan ilmu pengetahuan terutama kepada murid

berkeperluan khas. Proses meningkatkan kompetensi warga guru adalah satu

keperluan untuk memastikan system pendidikan kita berada di landasan yang betul.

Kesimpulan yang dibuat oleh Norliah Mohd Amin & Mohd Hanafi Mohd Yasin (2016)

dalam kajiannya menyatakan bahawa pengetahuan pentadbir dan guru arus perdana

tentang pendidikan inklusif adalah penting agar dapat membantu PPI dilaksanakan

dengan baik dan berkesan.


Disini jelasnya guru- guru perlu ada latihan atau bengkel supaya pengurusan

guru pendidikan khas lebih lancar. Latihan atau bengkel ini perlu diurus oleh pakar-

pakar pendidikan khas. Menghantar guru-guru ke luar negara yang lebih maju dari

segi pendidikan khas untuk membantu guru-guru membuka minda terhadap

pedagogi guru pendidikan khas. Mengimport guru dari luar negara untuk membantu

mendidik guru-guru pendidikan khas juga merupakan satu cara membantu

meningkat kemahiran guru mendidik MBK


Bilik darjah atau kelas di sekolah penting sebagai medan bagi menjayakan

proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain mengajar, guru juga memainkan

peranannya sebagai pengurus bilik darjah. Tugas-tugas guru sebagai pengurus ialah

mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas

mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya

menjadi lebih kondusif. Amalan pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu
meningkatkan disiplin pelajar dan menggalakkan penambahbaikan terhadap

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (Aney Marinda Muhammad Amin &

Norasmah Othman,2019). Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai

pengurus bilik darjah akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang

baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan

keberkesanan PdP.
Suasana sesebuah bilik darjah mempunyai peranan besar dalam menghasilkan

aktiviti pembelajaran yang baik dan maka itu pelbagai aspek perlu diambil kira

sebelum sesebuah bilik darjah pendidikan khas dibina atau diubah suai ( Mohd

Hanafi et al., 2013). Pelbagai kekangan dan permasalahan yang akan wujud dalam

bilik darjah. Oleh itu, keperluan dan kesedaran tentang pentingnya pengetahuan

pengurusan bilik darjah perlu ada dan ditanam di dalam minda semua guru.

Mengikut Foziana, Mohd Yusof & Mohd Nor (2018) hasil pembelajaran dan sikap

positif murid meningkat apabila guru menerima latihan pengurusan bilik darjah

semasa dalam perkhidmatan. Jadi disini saya cadangkan guru pendidikan khas

menerima latihan dalam perkhidmatan. Khasnya latihan berbentuk pengurusan bilik

darjah dari masa ke sema. Memohan kepada kerajaan supaya memberikan ruang

bilik darjah yang lebih besar kepada pendidikan Khas. Mendapatkan sumbangan-

sumbangan luar untuk membantu membina atau mengubahsuai bilik darjah.


Khidmat sokongan merupakan satu kumpulan orang yang mempunyai

kepakaran dan keperihatan dalam kerja-kerja sosial . Mereka terdiri daripada

pelbagai professional yang mahir dalam bidang tertentu. Mereka bekerja secara

berpasukan, tidak berdasarkan bayaran dan mereka lebih dikenali sebagai Pasukan

pelbagai Disiplin. Khidmat sokongan biasanya dalam bentuk bantuan atau

pertolongan seperti khidmat kepakaran, penasihat, kemudahan, perundangan,

kewangan atau psikologi dalam menangani murid- murid pendidikan khas bagi

mencapai matlamat pendidikan. Guru resos adalah salah satu orang yang penting

dalam khidmat sokongan. Akan tetapi kekurangan tenaga khidmat sokongan seperti

guru resos membawa masalah kepada Program Pendidikan Inklusif (PPI).


Mengikut kajian Siti Fatimah & Mustafa Che Omar (2018) pelaksanaan PPI MBK

adalah kurang berjaya kerana terdapat kekangan-kekangan yang menjadi halangan

dan cabaran kepada guru-guru aliran perdana mata pelajaran bagi melaksanakan

PdP mengikut cara pedagogi inklusif di kelas mereka. Guru resos amat diperlukan

untuk membantu kelancaran program PPI. Penambahan guru resos adalah perlu

dilaksanakan oleh kerajaan. Untuk menambahkan khidmat sokongan, dicadangkan

pemotongan cukai kepada sukalerawan yang menderma kepada PPKI. Selain

daripada itu, Penyebaran maklumat golongan MBK menerusi media secara percuma

agar makin ramai orang yang memahami keadaan MBK. Meninggikan lagi gaji bagi

menarik minat guru perdana atau orang menjadi guru resos. Pendidikan khas

memerlukan sumber kewangan yang besar dengan mengabungkan tenaga dan

peralatan dari pelbagai pihak. Untuk mengurangkan beban ini, dicadangkan kerajaan

menambahkan lagi peruntukkan bagi PPKI supaya masalah-masalah dapat

diselesaikan dengan lebih efektif.


Senarai Rujukan

Abdul Said Ambotang, Norazizah Pilus & Christina Andin (2014). Hubungan Kerenah
Pelajaran Dan Beban Tugas Dengan Tahap Stres Guru Di Sekolah
Menengah. Jurnal Kinabalu, 20. Retrieved from
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/134

Aney Marinda Muhammad Amin & Norasmah Othman (2019). Pengurusan Bilik
Darjah Guru Baharu yang Mengikuti Program Pembangunan Guru Baharu
(PPGB)(Classroom Management of New Teachers that Participate in the New
Teacher Development Program). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian
Journal of Education), 44(1), 21-27

Farah Mohamad Zain, Yahya Don & Yaakob Daud (2020). Kepemimpinan dan
pengurusan sekolah abad Ke-21. UUM Press.

Kementian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia


2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Hanafi Mohd Yasin, Hasnah Toran, Mohd Mokhtar Tahar, Safani Bari, Siti Nur
Nadirah Ibrahim & Rozniza Zaharudin (2013). Bilik Darjah Pendidikan Khas
Pada Masa Kini Dan Kekangannya Terhadap Proses Pengajaran (Current
Special Education Classroom And Its Limitations Towards Teaching
Process). Asia Pacific Journal of Educators and Education, 28, 1-9.

Norasmah Othman & Rofilah Md Said (2013). Tahap Kesediaan Guru Sekolah
Menengah Harian Mengamalkan Kepimpinan Tersebar. Jurnal Teknologi,
64(1). DOI: https://doi.org/10.11113/jt.v64.1557

Norliah Mohd Amin & Mohd Hanafi Mohd Yasin (2016). Pelaksanaan Program
Pendidikan inklusif Murid Berkeperluan Khas dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013–2015. In Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas
Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6.

Shariza Said (2017). Pembangunan modul latihan pendidikan seksualiti untuk guru


program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) peringkat Sekolah
Rendah/Shariza Said (Doctoral dissertation, University of Malaya).

Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar (2018). Masalah Pengajaran Guru Dalam
Program Pendidikan inklusif di Sekolah. Asian People Journal (APJ), 1(2),
243-263.
Siti Muhibah Nor & Zetty Nurzuliana Rashed (2018). Peranan Dan Cabaran Guru-
Guru Pendidikan Khas Membentuk Kemenjadian Murid-Murid Masalah
Pendengaran Dalam Abad Ke 21. Journal of Quran Sunnah Education &
Special Needs. 2(1), 1 - 8. DOI: https://doi.org/10.33102/jqss.vol2no1.10

Anda mungkin juga menyukai