Anda di halaman 1dari 7

SISTEM PELINCIRAN

Pengenalan

Merupakan sistem yang melancarkan pergerakan bahagian- bahagian yang bergerak di


dalam enjin dan mengurangkan geseran.

Tujuan

•Membekalkan minyak pelincir ke bahagian-bahagian enjin yang bergerak seperti aci


engkol, omboh, rod penghubung, mekanisme injap dan gear.
•Mengurangkan geseran dan kehausan.
•Bahan bantu penyejukan.
•Pencuci enjin.
•Perendam bunyi.
•Meningkatkan kedapan di antara gelang omboh dengan selinder

Komponen Utama Sistem Pelinciran

1. Takung minyak(oil sump)


- Menakung minyak pelincir.
- Ia juga membantu menyejukkan minyak dengan membebaskan haba ke udara
sekeliling.
- Padanya terdapat palam buang (drain plug) bagi mengeluarkan minyak pelincir
semasa penukarannya.

2. Penapis Minyak(oil Filter)

Penapis minyak (oil filter) pula dipasang di sebelah enjin yang mana ia berfungsi untuk
menapis minyak pelincir yang membawa segala kotoran yang datang dari bawah enjin
seperti debu,cebisan-cebisan logam dan endapan-endapan karbon.Kotoran-kotoran ini
jika tidak ditapis maka ia akan merosakkan minyak pelincir dan seterusnya
mempercepatkan berlakunya kehausan.

Jaring-jaring pada minyak pelincir pada penapis boleh tersumbat oleh kotoran setelah
jangka waktu pemakaian yang cukup lama.Penapis tidak akan dapat lagi berfungsi
dengan baik dan perjalanan minyak pelincir juga akan terganggu jika ia tidak
diatasi.Oleh itu penapis minyak ini perlulah dibersihkan selalu.Penapis minyak terbahagi
kepada 2 iaitu :
i.Jenis yang bolej dibuka
ii.Jenis katrij (tidak boleh dibuka).
Kedua-dua fungsinya adalah sama cuma dari segi reka bentuknya sahaja yang
berlainan. Jenis katrij memerlukan special toolnya tersendiri untuk membukanya.

3. Pam Minyak(oil pump)


- Ia merupakan nadi bagi sistem pelinciran.
- Berfungsi mengepam dan menyedut minyak dari takung minyak untuk dihantar ke
seluruh bahagian enjin yang bergerak.
- Terdapat 2 jenis pam : Jenis Gear dan Jenis Rotor.

4. Suis Tekanan Minyak(oil Pressure switch)

- Berfungsi menghantar isyarat kepada pemandu (melalui lampu penunjuk tekanan


minyak ) akan keadaan semasa tekanan minyak.
- Lampu tekanan minyak akan menyala jika tekanan minyak pelincir rendah.

Jenis-Jenis Sistem Pelinciran

1.Jenis Simbah
2.Jenis Daya Bekal/Tekanan.
3.Jenis Gabungan Simbah Dan Tekanan

Minyak Pelincir

• Minyak pelincir adalah sebagai bahan yang meminimumkan geseran di antara


permukaan bergerak.

Sifat Minyak Pelincir.

• Minyak pelincir mestilah mempunyai kelikatan yang betul dan mestilah mencegah
pembentukan karbon,
pengoksidaan, karat, hakisan, haus, pembentukan asid dan menghapuskan
pembusaan.
• Ia juga bertindak sebagai agen pencuci, mestilah boleh dituang pada suhu rendah, dan
mesti mempunyai kelikatan khas pada suhu rendah dan tinggi.
• Minyak mentah tidak mempunyai semua sifat tersebut.Oleh itu pengilang minyak
pelincir menambahkan bahan tambahan ke dalam minyak semasa berlaku proses
mengilang.Bahan tambahan seperti :
1.memperbaiki indeks kelikatan.
2.bahan penurun takat tuang.
3.perencat pengoksidaan.
4.perencat hakisan.
5.perencat pembusaan.
6.Pengemburan bahan cuci.
7.Bahan penentang asid.

Kelikatan

• Kelikatan ialah sukatan rintangan sesuatu cecair terhadap pengalirannya.Kelikatan


merangkumi dua aspek iaitu :
a. Kejasadan : iaitu rintangan lapisan minyak terhadap cucukan atau penusukan.Ia
diistilahkan dengan sifat kelikatan minyak.
b. Kebendaliran : ialah keadaan bagaimana mudahnya minyak mengalir .Ia diistilahkan
dengan sifat lekatan minyak.

Kadar Kelikatan

• Persatuan Jurutrera Automotif menggunakan meter likat sejagat Saybolt ( Saybolt


universal viscometer ) (lihat rajah dibawah) untuk mencatat masa yang diambil bagi
contoh minyak sebanyak 60 millileter mengalir masuk ke dalam takungan bersuhu 99 C.
• Minyak juga diuji pada suhu 38 C.Masa yang diperlukan untuk minyak 60 ml mengalir
ke dalam takungan menunjukkan kelikatan minyak dalam kiraan saat Saybolt (S.S) pada
takat suhu tersebut.
• Persatuan Jurutera Automotif mengkadarkan kelikatakan minyak dalam dua cara iaitu
untuk musim sejuk dan bukan sejuk.
• Minyak musim sejuk digredkan dalam suhu – 18 Cdan 99 C.
• Terdapat tiga gred minyak iaitu SAE 5W, SAE 10W dan SAE 20W, huruf W diakhiran
menunjukkan musim sejuk.
• Bagi minyak berakhiran W masa minimum pada suhu 99 C ialah 39 SUS.Minyak
akhiran W adalah sesuai untuk iklim Artik dan iklim sederhana,kerana ia tetap bbendalir
walaupun pada suhu rendah.
• Gred minyak lain yang bukan musin sejuk adalah seperti SAE 20, SAE 30, SAE 40 dan
SAE 50.Kesemuanya tidak mempunyai huruf pada akhirannya.

Indeks kelikatan

• Sebagaimana yang telah kita fahami iaitu sifat kejasadan berkurangan tetapi sifat
kebendaliran akan bertambah apabila suhu ditambah.
• Indeks kelikatan (I.K) menunjukkan kepayahan sifat kejasadan dan sifat kebendaliran
sesuatu minyak berubah apabila suhu berubah .
• Skala I.K bermula dari 0 pada takat kelikatan minyak berubah dengan jumlahnya
apabila suhu berubah, dan berakhir pada 300 iaitu takat kelikatan minyak tidak banyak
berubah dari suhu rendah ke suhu tinggi.
• Minyak yang mempunyai I.K tinggi boleh memenuhi lebih daripada satu penjenisan
SAE.
• Minyak yang mempunyai I.K kurang daripada 150 akan memenuhi penentuan bagi
SAE 10W, SAE 10, SAE 20 dan SAE 30.
• Minyak yang mempunyai kelikatan berbagai-bagai takungannya ditanda SAE 10W-30.

Minyak Pelincir dengan Pengelasan API

• Pusat Piawaian Petroleum Amerika ( American Petroleum Institute ) atau nama


ringkasnya API telah mereka satu kaedah pengelasan mengikut keadaan khidmat dan
penggunaan minyak.
• API mengelaskan ke dalam dua kategori khidmat iaitu S untuk kategori enjin petrol
atau enjin penyalaan percikan bunga api sementara huruf kedua berkadar dari A ke F.
• Kategori kedua ialah bermula dengan huruf C yang memberi makna minyak
perdagangan atau minyak enjin untuk penyalaan mampatan sementara huruf kedua
pula untuk perlakuannya.Ia berkadar dari A hingga D.

Penjenisan Rawatan Enjin API

1. SA – Rawatan enjin yang dijalankan dalam keadaan yang sederhana dan hanya
dapat memberikan perlindungan yang minimum dengan campuran lain tidak
perlu.Penjenisan ini tidak mempunyai keperluan pelaksanaan.
2. SB – Rawatan bagi enjin yang dikendali dalam keadaan sederhana yang mana hanya
perlindungan minimum sahaja diperlukan.Minyak untuk rawatan ini boleh mencegah
hentaman dan rintangan terhadap pengoksidaan minyak dan hakisan galas.
3. SC – Rawatan untuk enjin petrol model tahun 1964 – 1967 bagi kereta-kereta
penumpang dan sebahagian lori yang dijalankan di bawah waranti pembuat enjin dalam
tahun-tahun tersebut.Minyak dibuat dengan mengadakan kawalan terhdap perubahan
suhu , mencegah haus, berkarat dan hakisan dalam enjin petrol.
4. SD – Rawatan untuk enjin petrol tahun 1968 – 1970 bagi kereta penumpang dan
sesetengah lori di bawah waranti tahun-tahun tersebut.Minyak dibuat untuk rawatan
memberi perlindungan yang lebih terhadap perbezaan di antara suhu tinggi dan rendah,
haus, karat dan hakisan dalam enjin petrol berbanding dengan minyak yang
memuaskan penjenisan SC.
5. SE – Rawatan untuk enjin model 1972.minyak dibuat untuk perlindungan terrhadap
pengoksidaan minyak, mendapan enjin akibat suhu tinggi, karat dan hakisaan di dalam
enjin petrol.
6. CA – Rawatan untuk enjin diesel yang dijalankan di bawah kerja ringan hingga
sederhana menggunakan bahan api mutu tinggi dan kadangkala dimasukkan untuk enjin
petrol kerja ringan.minyak memberi perlindungan hakisan galas dan mendapan akibat
daripada suhu tinggi dalam enjin diesel.
7. CB – Rawatan untuk enjin diesel kerja ringan hingga sederhana tetapi menggunakan
minyak bermutu rendah yang banyak memerlukan perlindungan haus dan
mendapan.Minyak jenis ini memberi perlindungan hakisan galas dan mendapan akibat
suhu tinggi dalam enjin diesel yang biasanya menyedut sendiri dan menggunakan
bahan api sulfur tinggi.
8. CC – Rawatan untuk enjin diesel bercas tinggi yang menjalankan kerja sederhana
hingga kerja berat dan termasuk enjin petrol kreja berat.Minyak ini memberi
perlindungan mendapan akibat suhu tinggi dalam minyak diesel bercas tinggi, karat,
hakisan dan mendapan suhu rendahdalam enjin petrol.
9. CD – Rawatn untuk enjin diesel bercas tertinggi yang dijalankan dalam keadaan
lampau laju, kerja berat yang memerlukan kawalan berkesan dari karat dan
mendapan.Minyak dibuat untuk rawatan prelindungan hakisan galas dan mendapan
akibat suhu tinggi dalam enjin diesel bercas tertinggi apabila menggunakan bahan api
berbagai-bagai mutu.

Minyak Pelincir 2-Lejang

Minyak enjin 2-lejang adalah sejenis minyak yang dibuat khas untuk kegunaan enjin 2-
lejang.Ia dikenali sebagai minyak 2T.

Ciri Khas Minyak 2-Lejang

1. Pembakaran bersih : Minyak 2-Lejang sering terbakar dalam ruang pembakaran.Oleh


itu minyak mestilah bersih bagi mencegah pembentukan karbon yang banyak di kepala
omboh dan silinder.Minyak 2-lejang yang tidak bersih akan menyekat dan menyumbat
liang pengambilan dan liang ekzos.Kesan ini menjadikan enjin hilang kuasa dan
berprestasi rendah.

2. Mudah bercampur dengan bahan api petrol : Minyak 2-lejang biasanya dicampurkan
terus dengan petrol.Dikira penting jika campuran minyak ini mempunyai sifat mudah
campur sama rata dalam bahan api petrol.Untuk mencegah pembentukan karbon tinggi
di dalam ruang pembakaran, maka kadar percampuran minyak tidak terlalu tebal.Jika
terlalu rendah, bahagian-bahagian bergerak enjin akan cepat haus.Ciri-ciri ini
menjadikan percampuran minyak 2-lejang tidaklah terlalu tinggi dan tidak terlalu
rendah ,sesuai dengan pelaksanaan dan keperluannya.

3. Kebolehan Melawan Hablur Sungut : Hablur sungut berlaku apabila zarah masuk dan
melekat diantara elektrod tengah dan elektrod tepi plug pencucuh.Biasanya zarah ini
adalah pengalir elektrik, maka apabila hablur sungut ini terbentuk, maka terjadilah litar
pintas.Bagi mengurangkan hablur sungut, pembuat minyak 2-lejang telah mencipta
bahan kimia khas yang boleh mencegah pembentukan mendapan plumbum.

Jangka Waktu Penggunaan

Jangka waktu penggunaannya juga adalah merupakan satu faktor yang diambil kira
dalam Sistem Pelinciran.Ini adalah untuk membolehkan pengguna menggunakan
minyak Pelincir dalam jangka masa yang tertentu.Jangka waktu penggantian minyak
pelincir mestilah sesuai dengan petunjuk-petunjuk yang telah diberikan oleh pembuat
kenderaan. Tetapi,pada umumnya penggantian minyak pelincir enjin kenderaan
penumpang dilakukan pada setiap 5000 Km jarak perjalanan.Sedangkan untuk
kenderaan berat seperti Bas dan Trak pula adalah pada setiap 3000 Km.Namun
demikian hendaklah menggantikan minyak Pelincir apabila keadaannya sudah kurang
memuaskan,meskipun jaraknya belum sampai.

Minyak pelincir enjin kenderaan yang sering dihidupkan dan dimatikan (di dalam kota)
mesti lebih cepat diganti.Penggantian minyak pelincir hendaklah dilakukan semasa enjin
dalam keadaan panas.Ini adalah kerana pada masa ini minyak pelincir yang sudah
terpakai dengan mudah mengalir keluar dari enjin.Ini dapat dilakukan dengan membuka
Bolt pengikat yang berada di bawah bekas engkol.

Anda mungkin juga menyukai